Hay Cafe ini merupakan kafe berkonsepkan Inggeris. Menawarkan pelbagai hidangan seperti Nasi Lemak Ayam Rempah, Pasta, Kopi dan Kek.
June 23, 2023
Travel | Hay Cafe Sekinchan
Hay Cafe ini merupakan kafe berkonsepkan Inggeris. Menawarkan pelbagai hidangan seperti Nasi Lemak Ayam Rempah, Pasta, Kopi dan Kek.
March 16, 2023
BUFFET RAMADHAN 2023 - DEWAN BANKUET MBSA TAMPIL DENGAN “SELERA NUSANTARA”
Menampilkan Chef Bob dan Chef Shahril yang berpengalaman lebih 15 tahun di dalam dan luar negara telah bersama-sama menghasilkan kompilasi hidangan nusantara yang mempunyai lebih 100 sajian yang bakal menarik hati semua peringkat umur.
Khas buat yang datang berbuka di Dewan Bankuet MBSA nanti ada gerai yang menyajikan KAMBING GOLEK DENGAN SOS LADA HITAM DAN SOS DAUN MINT dan AYAM DARA GOLEK DENGAN SOS ISTIMEWA, DIM SUM, KUEW TEOW PENANG STYLE, MEE GORENG MAMAK dan pelbagai lagi menu istimewa dari kedua-dua chef berpengalaman ini.
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan istimewa mereka seperti ayam masak lemak cili api bersama pucuk ubi, daging salai rebung sri menanti, daging masak kerutub, ketam masak kam heong, ayam goreng berlado cik ani, sotong sambal petai, daging, rendang minang, kari kambing mamak style, ayam masak merah kacang peas, ayam goreng berdaun kari dan udang mamak style.
Buat pemanis mulut, pihak Dewan Bankuet MBSA menyediakan beraneka kuih muih tradisional melayu, sago gula melaka, tapai pulut daun getah, beraneka puding, cream caramel, rojak buah, dan buah-buahan.
Jangan dilupa pembuka selera seperti jeruk pak ali, telur masin, ikan pekasam, kerabu tauge pucuk paku, kerabu jantung pisang, kerabu mangga, kerabu ikan bilis, pasembur utara, pasta salad, pecal, keropok ikan, papadom dan banyak lagi. Buat pengemar sambal belacan, cencalok dan budu turut dihidangkan.
Harga Buffet Ramadhan 2023 - Dewan Bankuet MBSA
Promosi pembukaan pada harga RM88 Nett sah sehingga 23 Mac 2023 boleh dibeli dengan menghubungi 011-54040385 atau scan code yang ada di poster yang disediakan.
Harga RM98 Nett untuk dewasa dan RM58 Nett untuk warga emas dan kanak-kanak bermula 24 Mac 2023 amat berbaloi untuk semua lapisan masyarakat.
Pelbagai kemudahan disediakan buat semua pengunjung yang datang berbuka puasa di Dewan Bankuet MBSA termasuk parking kereta percuma, surau, mesra OKU dan juga berhawa dingin.
Antara yang menarik di sini, Dewan Bankuet MBSA akan membawakan showcase yang cukup istimewa daripada artis-artis jemputan, ada live band, OOTD Corner dan juga ‘kid corner’ untuk anak-anak bermain turut disediakan.
Buat pelanggan korporat yang ingin mengadakan majlis di Dewan Bankuet MBSA, perkhidmatan layanan VVIP dan hidangan secara Dome juga disediakan. Begitu juga dengan tajaan berbuka puasa untuk anak-anak yatim bagi pelanggan individu atau korporat yang ingin membuat tajaan turut ditawarkan.
Sementara itu bagi yang mahu menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri, Nusantara Catering & Event menawarkan perkhidmatan mereka dengan harga yang sangat berpatutan. Telah berpengalaman dalam pelbagai penganjuran majlis dan kenduri memberikan mereka satu sisi lain dalam setiap majlis yang dianjurkan.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan yang cukup enak di Buffet Ramadhan 2023 - Dewan Bankuet MBSA yang dibawakan oleh Nusantara Catering & Event ini. Semua tempahan boleh di buat dengan menghubungi 011-54040385 atau
January 22, 2022
MARRYBROWN KEMBALI LAGI KHAS UNTUK TAHUN BARU CINA DENGAN ‘EGG-STRA ONG’ YANG LAGI POWER DAN EGG-STRA BAHAGIA!
Hello..hello..semua! hurmmm apa menu makan korang hari ini? okay kali ini Shailla ingin berkongsi menu terbaru dari Marrybrown yang mana lebih padu dan menyengat. Suatu ketika dahulu Marrybrown pernah mengeluarkan menu telur masin yang merupakan menu kegemaran Shailla. Kali ini Marrybrown sekali lagi mengeluarkan mene terbaru berasaskan telur asin iaitu berkonsepkan 'Egg-stra Ong, Lagi Power' dengan limpahan sos telur masin yang menyelerakan lagi ‘power’ bermula dari hari ini hingga 28 Februari 2022. Menu ini dikelurkan sempena perayaan Tahun Baru Cina yang bakal tiba nanti.
Sinonim dengan slogan 'something different', bermula dari hidangan
makanan malah penyediaan perkhidmatan yang sememangnya best, kini Marrybrown
kembali lagi dengan menu telur masin mereka yang terkenal! Kali ini lagi
power, dengan taburan kepingan cili kering pada roti burger dan egg-stra limpahan
sos telur masin. Kombinasi ini sememangnya cukup sempurna dengan rasa pedas dan
masin yang pasti akan memberikan ‘kejutan’ tambahan kepada para penggemarnya!
“Prihatin kepada rakyat Malaysia yang sebelum ini mengalami detik suka dan duka akibat daripada keadaan yang tidak menentu sejak pandemik, malah kita juga tidak dapat meraikan perayaan bersama keluarga dan rakan. Dengan keadaan yang dijangka beransur pulih, kita semua akhirnya dapat bertemu semula dengan orang tersayang. Oleh itu, kami kembalikan hidangan Egg-stra Ong yang kali ini lagi power, khas untuk musim perayaan yang bakal tiba. Kami berharap dengan sajian Egg-stra Ong ini, dapat memberikan egg-stra kegembiraan dan semangat yang lagi power untuk persiapan musim perayaan,” kata Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.
“Pelanggan kami sememangnya best kerana mereka sentiasa memberikan
sokongan dan inilah yang menjadi visi dan misi kepada kami dalam membangkitkan
semangat agar terus menawarkan ‘something different’ terutamanya untuk hidangan
Egg-stra Ong ini. Kami yakin dengan idea gabungan egg-stra limpahan sos telur
masin dan taburan kepingan cili kering yang terdapat pada roti burger ini pasti
akan memberikan kelazatan dan kenikmatan unik yang tidak dapat anda lupakan,”
kata Dato' Joshua Liew.
Marrybrown kini melayani berjuta-juta orang pelanggan melalui lebih daripada
500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard kualiti, servis,
kebersihan, dan nilai tertinggi untuk pengalaman pemakanan yang sempurna.
Bagi Shailla, dalam banyak-banyak menu dari Marrybrown, menu telur asing ini tidak pernah mengecewakan. Tidak rugi untuk korang mencuba menu terbaru ini kerana kuah salted Egg dia memang sedap dan pekat memang pembuka selera. Bagi penggemar salted Egg memang berbaloi untuk mencuba menu ini. Selain itu juga, korang kena cuba burger ayam dia yang sememangnya ranggup. Untuk tambahkan lagi kelazatkan korang boleh tambah sos telur masin. Untuk Shailla burger dia terasa pedas sedikit tetapi untuk orang kuat makan pedas rasanya tiada masaalah.
Menu 'Egg-stra Ong, Lagi Power' ini sangat sesuai dihidangkan untuk sesisi keluarga. Selain menyelerakan, korang juga dapat mengeratkan lagi hubungan sesama ahli keluarga sambil menikmati hidangan ini. Jangan lupa untuk dapatkan Marrybrown 'Egg-stra Ong, Lagi Power' ini di Marrybrown berdekatan korang.
Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi mereka dan
perkhidmatan penghantaran, sila layari :
Facebook : MarrybrownMalaysia
October 28, 2021
WOW, MARRYBROWN MEMBAWA RAKYAT MALAYSIA KE NEGARA YAM-MY
Assallammualaikum
Hari ini 28 OCTOBER 2021, Marrybrown membawa korang berjalan mengelilingi dunia ke Land of Smiles, Thailand! Dikenali sebagai salah satu destinasi yang paling digemari di kalangan rakyat Malaysia berkat budaya yang mengalu-alukan dan hidangan yang menyelerakan, Marrybrown membawakan rasa kebiasaan itu dalam menu pedas, masam dan YAM-my terbaru mereka, Marrybrown Tom Yam Chicken. Sementara menunggu sempadan antarabangsa dibuka semula sepenuhnya ke Thailand, biarkan Marrybrown menyediakan korang untuk pengembaraan seterusnya dan rasai keseronokan yang telah lama hilang dengan hidangan YAM-my baharu mulai sekarang!
Untuk Ayam Tom Yam yang dihidangkan dalam baldi ini, korang boleh dapatkan dengan harga bermula dari RM 31.50. Rasa Ayam Tom Yam yang disalut dengan gabungan rasa pedas dan masam yang membuatkan ia terasa istimewa. Rasa ayam dia memang wow. Mana tidaknya, korang akan rasa pedas dalam masa yang sama rasa masam. Bagi Shailla pedas dia boleh layan lagi la..tidak la terlalu pedas sampai tahap berasap telinga..hahaha.
Korang juga dijemput untuk mencuba Burger Ayam Tom Yam berair yang terdapat dalam Kombo Burger Ayam Tom Yam dari RM 14.90, disertakan dengan kentang goreng dan Nestlé Pink Lemonade, yang disediakan secara eksklusif dalam Marrybrown. Burger kalau ayam di dalamnya jenis ranggup memang sedap la. Tambah pula dengan perasa tom yang YAM-my memang kena la dengan rasanya.
Tom Yam Big Box
Jika kentang goreng asli tidak cukup rasa pedas dan masam, korang juga boleh memilih untuk menaik taraf kentang goreng asli kepada Tom Yam Fries pada mana-mana kombo dari hanya RM 1.00 atau menikmatinya sendiri daripada RM 5.00!. Bagi Shailla kedua-dua kenatang goreng sedap tetapi kalau korang nak rasakan kelainan, seeloknya ambil Tom Yam Fries rasa ranggup dan pedas masam itu membuat ia rasa lebih sedap.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Marrybrown, makanan di seluruh dunia, promosi dan perkhidmatan penghantaran, sila layari:
August 04, 2021
Marrybrown Eatalian Setiap Gigitan Bagaikan Berada di Italia
Assallammualaikum
Hai semua! apa khabar? diharap korang dan kelurga di dalam keadaan sihat selalu. Seperti mana tahu, Covid sekarang semakin mengganas. Sana sini kita lihat keluarga yang terjejas bukan sahaja kesihatan malah kewangan kerana Covid. Semoga semua yang terjejas itu terus tabah dan diberikan rezeki berlipat kali ganda.

Bercerita tentang rezeki, Alhamdullilah minggu yang lalu, Shailla berkesempatan merasai keenakkan menu terbaru dari Marrybrown iaitu Marrybrown Eatalian . Bila sebuat sahaja tentang "Eatalian" pasti semua sudah tahu yang menu Marrybrown kali ilham dari negara Italia yang indah!. Marrybrown terkenal menghidangkan ayam rangup, nasi lemak wangi dan selalu memperkenalkan "sesuatu yang berbeza" dalam setiap hidangan.
Bersempena dengan Ulangtahun Ke-40 Marrybrown (rantaian makanan segera Halal terbesar di negara ini) telah meningkatkan prestasi dengan memastikan bahawa mereka tetap setia pada misi mereka ketika menyediakan sesuatu yang berbeza. Menyemarakkan semangat mengembara di Malaysia dengan makanan bertema Around the World terbaru mereka, Marrybrown Eatalian yang bakal ditemui pada 5 Ogos 2021. Sempena dengan tema Around the World, Marrybrown ingin membawa rasa menggoda untuk penduduk tempatan dengan gabungan perasaan seperti berada didunia luar tetapi dekat rumah dengan setiap gigitan.Kombo MB Spaghetti yang digabung dengan Crispy Chicken kesayangan kami dan cawan Coca-Cola yang menyegarkan bermula dari RM19.90. Ayam Ranggup Marrybrown seperti selalu memang sangat ranggup dan untuk Shailla agak pedas sedikit. Pedas dia itu mula-mula makan okay boleh layan lagi, tetapi makin lama makin pedas cuma belum sampai tahap berasap telinga la lagi..hahaha.
Selain itu, korang juga boleh menikmati Sup Cendawan yang sangat sesuai bagi yang suka untuk dijadikan permbuka selera atau bagi yang ingin menikmati sesudu sup halus dan lembut pada hari yang tenang. Korang boleh pilih untuk menambah apa-apa ini ke menu yang ada dari RM2.50 atau nikmati sendiri dari RM3.80. Sup Cendawan ini merupakan makanan kegemaran buat anak-anak Shailla. Bukan main berselera anak-anak Shailla makan terutamanya si abang Makan ketika suam-suam memang tak terkata keenakkannya.
May 07, 2021
Hidrat Ramadan Bundle Dari F&N Menemaniku Di Pagi Raya
Assallammualaikum
Hai semua..pejam celik pejam celik sudah masuk 10 malam terakhir. Sekejap sahaja masa berlalu. Persiapan raya Shailla tahun ini banyak beli atas talian sahaja termasuk minuman untuk di Pagi Raya. Ingat tak entry Shailla yang lepas? Shailla ada cerita yang Shailla beli Hidrat Ramadan Bundle Dari F&N melalui atas talian sahaja.
Barang pun sudah sampai jadi Shailla hendak cerita pula apa yang Shailla buat dengan Hidrat Ramadan Bundle Dari F&N. Kalau korang pergi ke Gandakan Ganjaran Bersama F&N Life , korang boleh lihat yang pada Hidrat Ramadan Bundle ini, barang-barang dalam itu adalah untuk membuat Tea Tarik.
Sedap Giler Teh Tarik Bundle

April 29, 2021
Tekan - Tekan Dah Dapat Barang Untuk Minuman Di Pagi Raya bersama F&N
Assallammualaikum
Hai semua, korang dah ada rancangan untuk menu minuman dipagi Raya? Macam keluarga Shailla telah menjadi tradisi tea tarik wajib ada di pagi raya. Hurmmm mana nak dapatkan barang untuk membuat tea tarik?mestilah kena pergi kedaikan. Apalah Shailla ini, tanya soalan budak darjah 1. Sebenarnya Shailla nak kongsi, jika hendak beli barang-barang untuk buat tea tarik tidak perlu pergi ke kedai kerana korang boleh dapatkan dengan memesan di Apps F&N.
Cara Membeli Produk F&N Secara Atas Talian
1. Cari F&N Life di dalam App Store atau Google Play. Kemudian korang Muat Turun Aplikasi F&N Life dan daftar sebagai pelanggan dengan mengisi maklumat yang diperlukan.
2. Tekan dekat banner seperti gambar diatas. Korang akan dipautkan kepada page Gandakan Ganjaran Bersama F&N Life. Korang boleh pilih antara F&N Life Ramadan Bundle atau F&N Life Raya Bundle.
3. F&N Life Raya Bundle pula khas untuk Hari Raya. Terdapat 3 pilihan yang boleh korang pilih iaitu Masak Masak Raya Bundle, Rose Agar Agar Bundle dan Hidrat Ramadan Bundle.
Pembayaran
Terdapat beberapa kaedah pembayaran yang boleh korang lakukan.Korang boleh membuat pembayaran melalui TouchnGo eWallet, Boost Wallet, FPX, ShopeePay, MCash dan Credit/Debit card. Dengan pilihan yang ada ini, memudahkan untuk korang membuat pembayaran.
Penghantaran

Sedap Giler Teh Tarik Bundle


3 Tin F&N Evaporated Creamer 390G
3 Tin F&N Sweetened Condensed Milk 392G
2 paket BOH Jumbo Potbag (10 Jumbo Potbag for each pack)
Minyak Zaitun Palestine Al’ard
Minyak zaitun al'ard ini bukan sahaja boleh diminum begitu sahaja, malah Minyak zaitun organik ini terhasil dari pokok jenis Nabali, Roo...