February 18, 2026

Panduan Setup Meja, Kerusi & Monitor Ergonomik Untuk Pejabat, WFH & Gaming


Bekerja atau Bermain Game Berjam‑jam: Kenapa Mata Cepat Letih?

Bekerja atau bermain game dalam tempoh yang panjang memang jadi rutin ramai orang. Tapi tanpa setup ergonomik yang betul, mata dan tubuh akan cepat letih. Ramai tak sedar bahawa penggunaan skrin terlalu lama boleh menyebabkan Computer Vision Syndrome (CVS) keadaan di mana mata mengalami:

  • Keletihan & pedih
  • Penglihatan kabur sementara
  • Mata kering
  • Sakit kepala
  • Ketegangan bahu & leher

CVS berlaku apabila mata fokus dekat terlalu lama tanpa rehat, menyebabkan otot mata bekerja lebih keras daripada sepatutnya. Dengan ergonomi visual yang betul, risiko ini boleh dikurangkan dengan ketara.

Kenapa Ergonomi Visual Penting

Ergonomi visual memastikan mata, kepala dan tubuh berada dalam posisi stabil semasa bekerja atau belajar. Bila posisi tak betul, mata terpaksa bekerja lebih kuat untuk kekalkan fokus dan ini mencetuskan CVS.

CVS sering berlaku ketika kita menggunakan komputer, tablet atau telefon dalam jangka masa panjang. Walaupun tidak berbahaya, ia boleh mengganggu rutin harian. 

Berita Baik: Semua Ini Boleh Dikurangkan

Dengan setup ergonomik yang betul, mata dapat bekerja dalam keadaan lebih selesa, fokus lebih stabil, dan risiko CVS dapat diminimumkan. Perubahan kecil pun boleh beri kesan besar pada keselesaan harian.


Panduan Setup Ergonomi

Meja dan Kerusi

1. Meja

Meja yang sesuai membantu memastikan jarak dan sudut pandangan mata kekal stabil.
Tinggi meja yang ideal ialah sekitar 72–75 cm, dengan ruang yang cukup untuk:

  • Keyboard
  • Mouse
  • Monitor

Meja yang terlalu rendah atau terlalu tinggi boleh menyebabkan postur membongkok, dan ini memaksa mata bekerja lebih kuat untuk kekalkan fokus.

2. Kerusi

Kerusi pula sebaiknya boleh dilaras dan mempunyai sokongan lumbar untuk menyokong tulang belakang.

Postur duduk yang betul:

  • Kaki menapak rata di lantai
  • Tubuh duduk tegak
  • Bahu santai
  • Kepala tidak membongkok ke depan
  • Siku berada pada sudut 90°

Posisi duduk yang tidak stabil menyebabkan jarak dan sudut pandangan berubah‑ubah, dan ini menjadi punca utama mata cepat letih & CVS.

Monitor / Skrin

Bahagian atas skrin perlu berada sedikit di bawah paras mata supaya kepala tidak perlu menunduk atau mendongak. Ini membantu mengekalkan postur kepala yang neutral, sekali gus mengurangkan ketegangan otot mata dan leher.

Jarak skrin yang ideal ialah 50–70 cm dari mata, manakala sudut skrin yang selesa ialah sekitar 10–20° condong ke belakang. Sudut ini membantu mengurangkan silau dan memastikan mata tidak perlu bekerja terlalu keras untuk fokus.

Jika menggunakan lebih daripada satu monitor:

  • Letakkan monitor utama tepat di depan
  • Monitor kedua berada pada paras mata dan sedikit ke sisi
  • Pastikan kedua‑dua skrin berada pada jarak yang sama dari mata

Apabila skrin berada pada paras yang betul, mata tidak perlu menegangkan otot fokus, dan ini membantu mengurangkan simptom CVS dengan ketara.

Tips Harian Untuk Kurangkan CVS

  • Gunakan kaedah 20‑20‑20: setiap 20 minit, lihat objek jauh selama 20 saat
  • Kelip mata lebih kerap untuk elakkan mata kering
  • Ambil microbreak 5 minit setiap jam untuk rehatkan mata & tubuh
  • Pastikan jarak skrin sentiasa konsisten
  • Elakkan skrin terlalu terang atau terlalu gelap
  • Kurangkan silau dengan pencahayaan yang seimbang
https://optom.com.my/

Peranan Optometris Dalam Ergonomi Visual

Optometris memainkan peranan penting dalam memastikan mata bekerja dalam keadaan yang selesa, stabil dan selamat. Mereka membantu menilai sama ada simptom yang dialami berpunca daripada rabun, silau, mata kering, atau Computer Vision Syndrome (CVS).

Melalui pemeriksaan mata yang menyeluruh, optometris dapat:

  • Mengenal pasti punca sebenar ketidakselesaan visual
  • Mengesan masalah fokus atau koordinasi mata
  • Mencadangkan lensa digital, kanta khas, atau routine rehat visual yang sesuai
  • Memberi panduan untuk mengurangkan ketegangan mata semasa bekerja atau belajar

Selain itu, optometris juga menilai faktor luar seperti:

  • Postur duduk
  • Jarak skrin
  • Ketinggian monitor
  • Pencahayaan persekitaran

Dengan panduan profesional, pengguna boleh menyesuaikan setup kerja supaya lebih ergonomik dan lebih selamat untuk penglihatan jangka panjang. Pendek kata, optometris bukan sekadar memeriksa rabun malah mereka membantu memastikan mata dapat bekerja dalam keadaan optimum setiap hari.

https://optom.com.my/

Ergonomi dan Seni Visual Dalam Optometri

Ergonomi dalam optometri bukan hanya berkaitan dengan postur tubuh. Ia juga melibatkan cara mata:

  • Memproses cahaya
  • Mengawal fokus (accommodation)
  • Bekerjasama antara kedua‑dua mata (binocular vision)

Apabila elemen‑elemen ini tidak seimbang, mata terpaksa bekerja lebih keras untuk mengekalkan penglihatan yang stabil dan ini menyebabkan ketegangan visual serta simptom CVS.

Seni Visual Dalam Optometri

Seni visual dalam optometri membantu menerangkan konsep kompleks ini dengan cara yang lebih mudah difahami. Melalui:

  • Ilustrasi
  • Carta fokus
  • Demonstrasi visual
  • Model jarak & sudut pandangan

Optometris dapat menunjukkan bagaimana pencahayaan, jarak, sudut skrin, dan koordinasi mata mempengaruhi keselesaan penglihatan harian.

Pendekatan visual ini memudahkan pengguna memahami kenapa ergonomi visual sangat penting dalam mencegah ketegangan mata dan simptom Computer Vision Syndrome (CVS).

https://optom.com.my/https://optom.com.my/

OPTOM: Komitmen Terhadap Penjagaan Mata Profesional & Selamat

OPTOM ialah pusat optometri bertauliah yang memberi fokus kepada pemeriksaan mata menyeluruh, rawatan visual kanak‑kanak, serta penyediaan kanta khas mengikut keperluan klinikal. Setiap pemeriksaan dilakukan oleh optometris profesional yang berpengalaman dalam mengesan masalah penglihatan awal seperti:

  • Juling
  • Mata malas (amblyopia)
  • Rabun jauh & rabun dekat
  • Isu fokus dan koordinasi mata

Rawatan Selamat, Beretika & Mesra Kanak‑Kanak

OPTOM komited menyediakan rawatan yang:

  • Selamat
  • Mengikut SOP optometri
  • Tidak melibatkan pembedahan
  • Tidak menjalankan rawatan luar skop klinikal
  • Mesra kanak‑kanak & tidak menakutkan

Setiap maklumat pesakit dijaga dengan penuh privasi dan hanya digunakan untuk tujuan rawatan bagi memastikan pengalaman yang selamat dan dipercayai oleh ibu bapa.

Membantu Keluarga Faham Kepentingan Pemeriksaan Mata Awal

Sebagai pusat yang aktif dalam kempen kesedaran visual, OPTOM sentiasa berusaha membantu lebih ramai keluarga memahami:

  • Kenapa pemeriksaan mata awal penting
  • Bagaimana masalah penglihatan boleh menjejaskan pembelajaran
  • Rawatan yang tepat untuk kanak‑kanak yang memerlukan
  • Cara menjaga kesihatan mata jangka panjang

OPTOM bukan sekadar pusat pemeriksaan malah ia adalah rakan penjagaan visual yang membantu memastikan setiap kanak‑kanak mendapat penglihatan terbaik untuk membesar, belajar dan meneroka dunia.

optom, mata juling, Mata malas, cermin mata, Optometris

Kempen Kesedaran Risiko Buta Tanpa Sedar Kanak‑kanak

Hadiah Giveaway Istimewa

1. Sepasang Kanta Premium, sebuah Cermin Mata Preskripsi bernilai satu ribu ringgit untuk seorang peserta dan

2. Sepasang Kanta Khas, sebuah Cermin Mata untuk seorang kanak-kanak terpilih yang anda sponsor menerusi giveaway kali ini.

Giveaway ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai risiko buta tanpa sedar dan menggalakkan pemeriksaan mata awal.

CARA PENYERTAAN

1.  Sediakan content ringkas mengenai Giveaway kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan seperti juling.

2. Kanak-kanak yang terpilih selepas tamat tempoh Giveway akan dihadiahkan cermin mata khas.

3. Manakala peserta giveaway pula bakal mendapat sepasang Kanta Premium untuk sebuah Cermin Mata Preskripsi.

4. Jangan lupa tag link kepada 5 orang rakan di saluran sosial media ( Facebook, Instagram dan TikTok) bagi melengkapkan syarat penyertaan.

5. T&C apply.

Jangan Tunggu Sampai Anak Mengadu Masalah Mata Kanak‑kanak Selalunya Berlaku Tanpa Tanda Awal

Pemeriksaan mata awal boleh mencegah risiko buta tanpa sedar, meningkatkan prestasi belajar, dan memastikan perkembangan visual yang sihat.

πŸ‘‰ Daftar untuk pemeriksaan mata di OPTOM hari ini
πŸ‘‰ Sertai giveaway & bantu seorang kanak‑kanak mendapatkan rawatan yang mereka perlukan
πŸ‘‰ Klik untuk tempah slot pemeriksaan link WhatsApp/booking

Penglihatan yang baik bermula dengan satu langkah kecil dan langkah itu mungkin menyelamatkan masa depan seorang kanak‑kanak.

Ikuti OPTOM di Media Sosial

Website: https://optom.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/optommalaysia
Instagram: https://www.instagram.com/optommalaysia
TikTok: https://www.tiktok.com/@optommalaysia

Alamat OPTOM

OPTOM Eyecare
No. 37, Jalan 8/1, Seksyen 8
Bandar Baru Bangi
43650 Selangor

December 23, 2025

Seronoknya Kembali Ke Sekolah 2026 Bersama Hari-Hari

Hi semua! Shailla di sini 🌟

Kebanyakan ibu bapa tahu betapa rumitnya nak sediakan barang sekolah anak. Bukan setakat beli uniform sekolah kebangsaan, tapi juga baju sekolah agama, kasut, stoking, dan pakaian harian memang senarainya panjang.

Tambah pula kalau ada anak kecil yang tak boleh duduk diam, memang tak larat nak ulang-alik dari satu kedai ke satu kedai lain. Dalam keadaan macam ni, Shailla cuma nak satu tempat yang ada semuanya  mudah, cepat, dan tak memeningkan kepala. Selain itu jimat masa dan jimat tenaga

Tahun ini, Shailla putuskan untuk buat persiapan ✨Kembali Ke Sekolah 2026✨ di Hari-Hari sahaja. Jujur cakap, keputusan itu memang mudahkan Shailla. Dari mula jejak kaki sahaja, staff Hari-Hari sambut dengan senyum mesra dan layan dengan sopan.

Tanpa berlengah, mereka terus bertanya keperluan kami, tunjuk bahagian uniform, cadangkan saiz yang betul, dan beri ruang selesa untuk anak-anak Shailla cuba baju. Sepanjang membeli-belah, staff tak pernah nampak kelam-kabut atau tergesa-gesa, semuanya dilakukan dengan tenang dan profesional.

Layanan sebegini buat Shailla rasa lebih tenang dan dihargai sebagai pelanggan, walaupun membeli-belah bersama anak kecil yang kadang-kadang boleh buat pening kepala.


Senang rasa, sekali pergi Shailla terus dapat selesaikan banyak keperluan penting anak-anak. Shailla terus membeli set uniform sekolah kebangsaan untuk kedua-dua anak lelaki. Pilihan memang banyak dari saiz, potongan, hingga kualiti kain, semuanya ada.

Uniform yang dipilih pula nampak kemas, selesa dipakai, dan sesuai untuk pemakaian harian ke sekolah. Sebagai seorang ibu, Shailla memang utamakan keselesaan dan ketahanan kain, memandangkan anak-anak memakai uniform hampir setiap hari dalam jangka masa yang lama.


Shailla juga beli set baju Melayu sekolah agama untuk anak-anak. Pilihan memang tak mengecewakan rekaan ringkas, jahitan kemas, dan potongan elok untuk budak-budak yang lasak. Bila anak-anak cuba dan senyum sambil cakap, “Ok, selesa,” Shailla terus masuk bakul tanpa fikir panjang.



Serius, beli-belah kat Hari-Hari memang best sebab semua benda ada kat satu tempat. Bukan setakat baju sekolah, tapi alat tulis, kasut, songkok, pakaian harian, aksesori dan lain-lain.

Ibu bapa pun tak payah susah-susah nak pergi banyak tempat, semua ada kat sini. Barang-barang pun tersusun kemas, tak payah tercari-cari, dan harga pun okay je taklah rabak sangat poket.

Kalau korang seorang  yang selalu sibuk dan lebih suka beli dari rumah, jangan risau, Hari-Hari memang memudahkan hidup. Mereka tawarkan pembelian online di ehari.com, siap dengan diskaun 10%. Memang senang, terutama bila masa sentiasa tak cukup dengan urusan keluarga setiap hari.

Tak hairanlah, Hari-Hari dah ada lebih 120 cawangan seluruh Malaysia, dan dah 35 tahun bertahan dalam dunia fesyen πŸ†. Sebagai jenama tempatan, mereka betul-betul faham apa yang keluarga dan ibu bapa perlukan. Macam Shailla sendiri, memang penting untuk percaya pada jenama, lagi-lagi bila melibatkan barang anak-anak.

Kalau anda tengah sibuk buat persiapan Kembali Ke Sekolah untuk anak-anak, Shailla memang syorkan singgah ke Hari-Hari. Semua barang keperluan ada kat sanasenang, cepat, dan tak perlu pening kepala.

Lagi best, ada hadiah percuma macam kalender dan tuala menanti korang. Jangan tunggu lama-lama, sebab stok terhad. Percayalah, bila semuanya dah siap dengan mudah, hati ibu bapa pun rasa lega dan puas.

Satu lagi, Shailla dapat free gift: kalender dengan tuala. Nampak macam kecil je, tapi benda-benda simple ni la yang buat mak-mak tersenyum lebar. Siapa tak suka barang percuma, betul tak? Cepat mengaku! Hahaha.

Sebagai seorang ibu, melihat anak-anak gembira dan bersedia untuk kembali ke sekolah sudah cukup membuatkan hati rasa lega. Pengalaman membuat persiapan Kembali Ke Sekolah 2026 bersama Hari-Hari benar-benar memudahkan urusan saya — semuanya lengkap, harga berpatutan dan kualitinya boleh diharap.

Apabila anak-anak teruja dengan pakaian baru mereka, ibu pun rasa lebih tenang dan yakin. Bagi saya, Hari-Hari bukan sekadar tempat membeli-belah, tetapi rakan yang membantu ibu bapa menyediakan yang terbaik untuk anak-anak tanpa tekanan.

Kembali Ke Sekolah 2026 jadi lebih mudah, jimat dan menyeronokkan bersama Hari-Hari.

March 28, 2024

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membekalkan nutrien penting dalam pembinaan tulang, otot dan gigi serta asid lemak yang bagus untuk sistem penghadaman.



Menyedari tentang kepentingan susu dalam proses pembesaran anak, Shailla telah memilih Suka Susu Kambing Cokelat. Pada entry yang lalu, Shailla ada bagitahu produk tambahan yang Shailla beli. Inilah dia produk itu.Sebenarnya Shailla pun baru tahu pasal susu ni dari Shopee. Itupun kebetulan beli OXYMEL KHAL in Sanivir, kemudia terlihat teantang Susu ini. Susu ini juga bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak shaja, tetapi sesuai untuk seisi keluarga.

ORIGINAL SUSU KAMBING COKELAT



Mengapa Shailla memilih Suka Susu Kambing Cokelat. Serbuk susu kambing ini adalah 100% tulen dan organik. Ia dihasilkan melalui kaedah "spray-dried" untuk menjadikan susu kambing segar kepada 100% serbuk susu tulen. Bahan mentah susu ini diimport daripada Belanda. πŸ’― Fresh Goat Milk Powder

- Pemprosesan "Spray Dried" Sahaja
- TIADA Sebarang Pengawet Tambahan
- TIADA Sebarang Krimer Tambahan
- Menggunakan Susu Kambing Baka Saanen
- Imported From Holland
- Lactose Friendly



Suka Susu Kambing Cokelat bukan hanya menggunakan bahan Serbuk susu kambing asli sahaja didalamnya, malah ada Belgian Dark Chocolate 70%, Cocoa powder 45%, Garam Himalaya dan Dengan Sedikit Gula Melaka . Yang paling penting, rasanya yang kurang manis kerana SUSU KAMBING ini menggunakan sedikit gula Melaka.

KEBAIKAN SUSU KAMBING

- Merupakan sumber susu terbaik selepas susu ibu
- Membantu menguatkan tulang anda (sumber kalsium baik)
- Membantu membaiki sistem metabolik dalam tubuh
- Sumber magnesium yang tinggi
- Baik untuk kesihatan jantung tubuh anda
- Membantu meningkatkan imuniti tubuh
- Membantu mengurangkan keradangan dalam tubuh
- Menyelesaikan masalah kulit yang kronik
- Meningkatkan kesihatan otak anda
- Membantu menyeimbangkan pH dalam tubuh
- Membantu menghindari tubuh daripada anemia
- Menyihatkan dan menguatkan rambut anda
- Lebih baik berbanding susu lembu
- Boleh diminum oleh mereka yang alah susu
- Sangat mudah dihadam
- Memberi tenaga
- Lactose friendly

Pengalaman Minum Suka Susu Kambing Cokelat



Seperti yang kita ketahui, susu kambing adalah salah satu makanan sunnah dan sangat berkhasiat. korang juga pasti tahu yang susu kambing adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu. Ini disebabkan khasiat susu kambing tu sendiri yang sangat tinggi.

Sebelum Shailla memberi anak-anak minum, Shailla sendiri sudah mencuba susu ini terlebih dahulu. Dari situ juga Shailla tahu tentang bancuhan yang sesuai untuk selera anak-anak. Pada bancuhan pertama, Shailla telah letak dalam 3 sudu besar serbuk susu ini. Pada ketika itu memang terasa kuat bau hamis dia. Jadi untuk bancuhan kedua Shailla mengurang dari 3 sudu bancuhan kepada 1 sudu sahaja. Kemudian Shailla lebih sikit air. Alhamdulillah tidak lagi bau hamis hanya rasa susu coklat tanpa rasa gula.

Kalau nak bagi anak-anak minum memang takda masalah, diorang mesti suka lebih-lebih lagi bila ada perisa coklat dan tiada bau hamis. Dengan pelbagai kebaikkan yang terdapat dalam Suka Susu Kambing Cokelat, Shailla berharap dapat membantu anak-anak Shailla bagi memberi tenaga serta meningkatkan imuniti tubuh memandang cuaca sekarang yang agak tidak menentu. Jadi kesihatan anak-anak amat Shailla titik beratkan. Manakala untuk kebaikkan yang lain jika amalkan Suka Susu Kambing Cokelat merupakan bonus untuk anak-anak.

Suka Susu Kambing Cokelat ada dalam bentuk serbuk. Jadi korang kena letak di dalam bekas kedap udara seperti susu tepung yang lain. Simpan pada suhu bilik. Tidak perlu masuk ke dalam peti sejuk. Elakkan daripada terkena cahaya matahari atau suhu panas. Jauhkan daripada kanak-kanak.

CARA-CARA PENGAMBILAN:

*Minuman ini tidak perlu dicampur pemanis kerana sudah ada rasa lemak manis daripada kandungan cokelat.

1. Untuk dewasa. Ambil 3 scoop (30gram +-) kemudian campurkan dengan air suam / panas dalam segelas air. Enak diminum pada waktu pagi dan malam. Minum sebelum memakan makanan berat.

2. Untuk kanak-kanak. Ambil 2 scoop (20gram +-) kemudian campurkan dengan air suam / panas dalam setengah gelas sahaja. Enak diminum pada waktu pagi dan malam. Minum sebelum memakan makanan berat. Cadangan usia, 2 tahun ke atas sahaja.

*Boleh juga dihidangkan sejuk bersama ais. Enak, sedap, lazat dan bergizi.

Untuk Maklumat Lanjut :

February 24, 2024

WARNAI RAMADAN DI KLANA BEACH RESORT PORT DICKSON – SAJIAN NASI PADANG & SELERO NEGERI SEMBILAN

 Assallammualaikum

Hai semua, minggu lalu Sha berkesempatan menghadiri pelancaran Bufet Ramadan 2024 bertemakan Nasi Padang & Selero Negeri Sembilan anjuran Klana Beach Resort Port Dickson. Pasti semua sudah tahu bahawa yang Klana Beach Resort lokasinya terletak bersebelahan Kompleks Baitul Hilal.  Kompleks Baitul Hilal merupakan sebuah balai cerap  pada asalnya dijadikan sebagai tempat kajian astronomi, tetapi sekarang ini tempat ini telah dibuka kepada umum sebagai satu usaha untuk menarik pelancong datang melancong di Port Dickson. 

Kalau korang rancang untuk bercuti ketika bulan puasa boleh datang menginap di Klana Beach Resort Port Dickson. Ini kerana pihak Klana Beach Resort mengada pakej berbaloi  dengan harga RM168 korang akan dapat 3 dalam 1 pakej penginapan. Mengapa Sha katakan 3 dalam 1. Haa..Ini kerana pihak hotel menyediakan pakej penginapan, berbuka puasa dan sahur semuanya dalam satu pakej, memang berbaloi untuk korang.


INFO MENGENAI BUFET RAMADAN 2024 BERTEMAKAN NASI PADANG & SELERO NEGERI SEMBILAN

Klana Beach Resort Port Dickson kembali lagi bersama Bufet Ramadan 2024 bertemakan Nasi Padang & Selero Negeri Sembilan. Menu-menu sajian tahun ini dapat dinikmati mengikut lima putaran menu bermula dari 3 Ramadan sehingga 27 Ramadan 1445H.

LIMA PUTARAN MENU MASAKAN PANAS

RAMADAN - 3 / 8 / 13 / 18 / 23 / 28
Nasi putih, ayam pencen masak gulai, daging dendeng batakok, ikan patin, asam podeh, telor dadar,pucuk ubi masak lemak putih.

RAMADAN – 4 / 9 / 14 / 19 / 24
Nasi putih, kalio ayam kampong, paru berlado, gulai ikan tongkol, sambal tauhu petai, kobis tumis ikan bilis.

RAMADAN – 5 / 10 / 15 / 20 / 25
Nasi putih, masak lomak ayam padang, gulai daging, sambal ikan goreng, tempe kicap, gulai nangka telor sotong.

RAMADAN – 6 / 11 / 16 / 21 / 26
Nasi putih, ayam masak lomak cili padi, rendang daging, gulai urat keting kikil, telor gulai padang,terung cabai rawit.

RAMADAN – 7 / 12 / 17 / 22 / 27
Nasi putih, ayam lado hijau, gulai perot padang, tenggiri masak lemak kencur, cabai jering ikan bilis, gulai putih padang.

DI KETUAI OLEH CHEF SIDI BERSAMA PASUKAN


Perasmian Bufet Ramadan yang di ketuai oleh Chef Sidi bersama pasukan, pengunjung akan disajikan dengan pelbagai hidangan yang pasti menjadi kegemaran ramai khasnya pengujung yang merindui masakan mereka. 



Memang banyak juadah lauk pauk dan kuih muih disediakan. Memang korang tidak sempat habis rasa semua menu sudah kenyang. Korang juga boleh memilih samada untuk di dalam bilik aircond ataupun duduk luar sampai layan angin pantai. 

Terdapat banyak gerai-gerai makanan disediakan menanti para pengunjung yang hadir disitu. Untuk kanak-kanak jangan risau kerana menu untuk kanak-kanak juga turut disediakan. Sha pertama kali makan Rendang Pucuk Maman memang sedap. Sambal Kering Pucuk Ubi Ikan Bilis juga padu dan pedas. Seperti semua tahu, lauk negeri sembilan semua pedas-pedas tapi pedas itu sebenarnya yang menaikkan selera makan.

Disini juga disediakan pelbagai jenis minuman panas dan sejuk. Selain itu terdapat pelbagai untuk pencuci mulut seperti buah buahan, kuih muih serta kek.

BUFET RAMADAN KLANA PD “NASI PADANG 2024”


Dengan mengetengahkan menu-menu berinspirasikan dari Nasi Padang & Selero Negeri Sembilan seperti Rendang Pucuk Maman, Keli Masak Lomak Ciliapi, Asam Podeh dan Gulai Urat Keting, Sambal Kering Pucuk Ubi Ikan Bilis, Daging Dendeng Batakok, Gulai Nangko Telor Sotong, Gulai Perut Padang dan bermacam lagi menu pasti membangkit selera tetamu.

Harga Bufet Ramadan Klana Beach Resort Port Dickson

Dengan harga RM69.00 untuk dewasa dan RM30.00 untuk kanak-kanak, warga emas dan orang kelainan upaya, kami menanti kedatangan anda untuk menikmati Bufet Ramadan kali ini. Jangan lepaskan peluang merebut tawaran potongan harga istimewa (early-bird) serendah RM60.00 sahaja untuk dewasa sebelum 1 Ramadan ini. 

ULAM-ULAMAN


Ulam-Ulaman, Kacang Botol, Daun Selom, Kacang Panjang, Terung Pipit, Timun, Tomato, Terung, Sambal Gesek, Pecal, Sambal Belacan, Cencaluk, Budu, Ikan Masin, Jeruk, Keropok

GERAI 1

MURTABAK - Ayam & Daging

GERAI 2

KIBAS GOLEK - Air Asam, Cili Kicap, Mint Sauce, Black Pepper Sauce, Rosemary Sauce

GERAI 3

Sup Kibas

GERAI 4

GORENG-GORENG - Mee / Mee-hoon / Kueteow

GERAI 5

Tiga Jenis Cucur

GERAI 6

Aneka Ais Krim

GERAI 7

Satay Padang

GERAI 8

Soto Makassar

GERAI 9

Apam Balik Krispi

GERAI MINUMAN

Air Markisa, Air Tebu, Air Soya, Air Barli, Air Jus Kurma, Air Sirap Limau

NEGERI SEMBILAN CORNER

Rendang Kupang Pucuk Pakis 

Sambal Kering Pucuk Ubi Ikan Bilis

Asam Pedas Urat Keting

 Rendang Pucuk Maman

Keli Salai Masak Lomak Cili Api

KIDS CORNER


Napolitana Pasta, Bolognese Meatball Pasta, Carbonara Chicken Meatball Pasta, Chinese Fried Rice With Chicken Nugget

MANISAN

2 Jenis Kueh Melayu, 2 Jenis Agar-agar, 2 Jenis Puding, 2 Jenis Kek, 2 Jenis Kurma, 2 Jenis Kismis, Buah-buahan, Aneka Jenis Bubur, Bubur Lambok

Solat Terawih Berjemaah Dipimpin Iman Jemputan

Klana Beach Resort turut mengadakan Solat Terawih berjemaah yang dipimpin oleh Iman jemputan sekitar Port Dickson bagi tujuan ibadah pengunjung. 

Selain itu disamping menjamu selera di Bufet Ramadan, anda secara langsung telah menyumbang RM1 bagi setiap pembelian voucer dimana ianya akan disalurkan kepada tabung Wakaf Tunai Majlis Agama Islam Negeri Sembilan sebagai saham akhirat anda. 

Sarapan Pagi Atau Set Sahur

Untuk sarapan pagi bermula dari pukul 7pagi sampai pukul 10 pagi. Jika bulan puasa dia bermula lebih awal mengikut waktu sahur yag telah ditetapkan. Antara menu yang korang pilih adalah seperti :

Nasi lemak, mee goreng, kari ayam, sosej, kentang goreng dan kacang panggang

Roti canai dan juga lempang juga turut ada disini

Ubi kayu rebus dan keledek rebus

Konsep makan dia juga sama iaitu secara bufet dan korang boleh pilih samaada untuk duduk luar atau dalam. Apa lagi, jom tempat bufet ramadan bersama Klana Beach Resort.

Alamat Klana Beach Resort Port Dickson

Kompleks Baitulhilal,
Lot 4506 Batu, 8, Jalan Pantai,
71050 Port Dickson,
Negeri Sembilan

Untuk Tempahan Buffet Ramadan Klana Beach Resort Port Dickson

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Klana Beach Resort Port Dickson di talian 06-6487888 / sales@klanabeachresortpd.com.my

Logo KBBA

Panduan Setup Meja, Kerusi & Monitor Ergonomik Untuk Pejabat, WFH & Gaming

Bekerja atau Bermain Game Berjam‑jam: Kenapa Mata Cepat Letih? Bekerja atau bermain game dalam tempoh yang panjang memang jadi rutin ramai ...