Assallammualaikum
Hai semua, minggu lalu Sha berkesempatan menghadiri pelancaran Bufet Ramadan 2024 bertemakan Nasi Padang & Selero Negeri Sembilan anjuran Klana Beach Resort Port Dickson. Pasti semua sudah tahu bahawa yang Klana Beach Resort lokasinya terletak bersebelahan Kompleks Baitul Hilal. Kompleks Baitul Hilal merupakan sebuah balai cerap pada asalnya dijadikan sebagai tempat kajian astronomi, tetapi sekarang ini tempat ini telah dibuka kepada umum sebagai satu usaha untuk menarik pelancong datang melancong di Port Dickson.
Kalau korang rancang untuk bercuti ketika bulan puasa boleh datang menginap di Klana Beach Resort Port Dickson. Ini kerana pihak Klana Beach Resort mengada pakej berbaloi dengan harga RM168 korang akan dapat 3 dalam 1 pakej penginapan. Mengapa Sha katakan 3 dalam 1. Haa..Ini kerana pihak hotel menyediakan pakej penginapan, berbuka puasa dan sahur semuanya dalam satu pakej, memang berbaloi untuk korang.
INFO MENGENAI BUFET RAMADAN 2024 BERTEMAKAN NASI PADANG & SELERO NEGERI SEMBILANKlana Beach Resort Port Dickson kembali lagi bersama Bufet Ramadan 2024 bertemakan Nasi Padang & Selero Negeri Sembilan. Menu-menu sajian tahun ini dapat dinikmati mengikut lima putaran menu bermula dari 3 Ramadan sehingga 27 Ramadan 1445H.
LIMA PUTARAN MENU MASAKAN PANAS
RAMADAN - 3 / 8 / 13 / 18 / 23 / 28
Nasi putih, ayam pencen masak gulai, daging dendeng batakok, ikan patin, asam podeh, telor dadar,pucuk ubi masak lemak putih.
RAMADAN – 4 / 9 / 14 / 19 / 24
Nasi putih, kalio ayam kampong, paru berlado, gulai ikan tongkol, sambal tauhu petai, kobis tumis ikan bilis.
RAMADAN – 5 / 10 / 15 / 20 / 25
Nasi putih, masak lomak ayam padang, gulai daging, sambal ikan goreng, tempe kicap, gulai nangka telor sotong.
RAMADAN – 6 / 11 / 16 / 21 / 26
Nasi putih, ayam masak lomak cili padi, rendang daging, gulai urat keting kikil, telor gulai padang,terung cabai rawit.
RAMADAN – 7 / 12 / 17 / 22 / 27
Nasi putih, ayam lado hijau, gulai perot padang, tenggiri masak lemak kencur, cabai jering ikan bilis, gulai putih padang.
DI KETUAI OLEH CHEF SIDI BERSAMA PASUKAN
Perasmian Bufet Ramadan yang di ketuai oleh Chef Sidi bersama pasukan, pengunjung akan disajikan dengan pelbagai hidangan yang pasti menjadi kegemaran ramai khasnya pengujung yang merindui masakan mereka.
Memang banyak juadah lauk pauk dan kuih muih disediakan. Memang korang tidak sempat habis rasa semua menu sudah kenyang. Korang juga boleh memilih samada untuk di dalam bilik aircond ataupun duduk luar sampai layan angin pantai.
Terdapat banyak gerai-gerai makanan disediakan menanti para pengunjung yang hadir disitu. Untuk kanak-kanak jangan risau kerana menu untuk kanak-kanak juga turut disediakan. Sha pertama kali makan Rendang Pucuk Maman memang sedap. Sambal Kering Pucuk Ubi Ikan Bilis juga padu dan pedas. Seperti semua tahu, lauk negeri sembilan semua pedas-pedas tapi pedas itu sebenarnya yang menaikkan selera makan.
Disini juga disediakan pelbagai jenis minuman panas dan sejuk. Selain itu terdapat pelbagai untuk pencuci mulut seperti buah buahan, kuih muih serta kek.
BUFET RAMADAN KLANA PD “NASI PADANG 2024”
Dengan mengetengahkan menu-menu berinspirasikan dari Nasi Padang & Selero Negeri Sembilan seperti Rendang Pucuk Maman, Keli Masak Lomak Ciliapi, Asam Podeh dan Gulai Urat Keting, Sambal Kering Pucuk Ubi Ikan Bilis, Daging Dendeng Batakok, Gulai Nangko Telor Sotong, Gulai Perut Padang dan bermacam lagi menu pasti membangkit selera tetamu.
Harga Bufet Ramadan Klana Beach Resort Port Dickson
Dengan harga RM69.00 untuk dewasa dan RM30.00 untuk kanak-kanak, warga emas dan orang kelainan upaya, kami menanti kedatangan anda untuk menikmati Bufet Ramadan kali ini. Jangan lepaskan peluang merebut tawaran potongan harga istimewa (early-bird) serendah RM60.00 sahaja untuk dewasa sebelum 1 Ramadan ini.
ULAM-ULAMAN
Ulam-Ulaman, Kacang Botol, Daun Selom, Kacang Panjang, Terung Pipit, Timun, Tomato, Terung, Sambal Gesek, Pecal, Sambal Belacan, Cencaluk, Budu, Ikan Masin, Jeruk, Keropok
GERAI 1
MURTABAK - Ayam & Daging
GERAI 2
KIBAS GOLEK - Air Asam, Cili Kicap, Mint Sauce, Black Pepper Sauce, Rosemary Sauce
GERAI 3
Sup Kibas
GERAI 4
GORENG-GORENG - Mee / Mee-hoon / Kueteow
GERAI 5
Tiga Jenis Cucur
GERAI 6
Aneka Ais Krim
GERAI 7
Satay Padang
GERAI 8
Soto Makassar
GERAI 9
Apam Balik Krispi
GERAI MINUMAN
Air Markisa, Air Tebu, Air Soya, Air Barli, Air Jus Kurma, Air Sirap Limau
NEGERI SEMBILAN CORNER
Rendang Kupang Pucuk Pakis
Sambal Kering Pucuk Ubi Ikan Bilis
Asam Pedas Urat Keting
Keli Salai Masak Lomak Cili Api
KIDS CORNER
Napolitana Pasta, Bolognese Meatball Pasta, Carbonara Chicken Meatball Pasta, Chinese Fried Rice With Chicken Nugget
MANISAN
2 Jenis Kueh Melayu, 2 Jenis Agar-agar, 2 Jenis Puding, 2 Jenis Kek, 2 Jenis Kurma, 2 Jenis Kismis, Buah-buahan, Aneka Jenis Bubur, Bubur Lambok
Solat Terawih Berjemaah Dipimpin Iman Jemputan
Klana Beach Resort turut mengadakan Solat Terawih
berjemaah yang dipimpin oleh Iman jemputan sekitar Port Dickson bagi tujuan
ibadah pengunjung.
Selain itu disamping menjamu selera di Bufet Ramadan, anda secara langsung telah
menyumbang RM1 bagi setiap pembelian voucer dimana ianya akan disalurkan
kepada tabung Wakaf Tunai Majlis Agama Islam Negeri Sembilan sebagai saham
akhirat anda.
Sarapan Pagi Atau Set Sahur
Untuk sarapan pagi bermula dari pukul 7pagi sampai pukul 10 pagi. Jika bulan puasa dia bermula lebih awal mengikut waktu sahur yag telah ditetapkan. Antara menu yang korang pilih adalah seperti :
Nasi lemak, mee goreng, kari ayam, sosej, kentang goreng dan kacang panggang
Roti canai dan juga lempang juga turut ada disini
Ubi kayu rebus dan keledek rebus
Konsep makan dia juga sama iaitu secara bufet dan korang boleh pilih samaada untuk duduk luar atau dalam. Apa lagi, jom tempat bufet ramadan bersama Klana Beach Resort.
Alamat Klana Beach Resort Port DicksonKompleks Baitulhilal,
Lot 4506 Batu, 8, Jalan Pantai,
71050 Port Dickson,
Negeri Sembilan
Untuk Tempahan Buffet Ramadan Klana Beach Resort Port Dickson
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Klana Beach Resort Port Dickson di talian
06-6487888 / sales@klanabeachresortpd.com.my
Suka sangat dengan masakan nogori dia. semua sedap2
ReplyDelete