February 24, 2021

Rancang Percutian Bersama Keluarga

Assallammualaikum ❤️

Sudah lama rasanya tidak pergi bercuti. Maklumlah kita masih lagi dalam situasi melawan covid 19. Rindunya rasa hati ingin kembali ke saat kita buat persediaan untuk pergi bercuti sambil menikmati suasana perjalanan untuk ke destinasi yang dituju.

Bila sebut tentang percutian ini, Teringin pula nak staycation dekat Melaka. Mengapa pilih Melaka? Kerana Melaka juga kaya dengan kesan peninggalan sejarah dan merupakan destinasi popular pelancong tempatan dan antarabangsa. Melaka juga merupakan destinasi pilihan utama warga Ibu Kota yang mencari tempat percutian singkat untuk melarikan diri daripada kesibukan bandar buat seketika.

Shailla rancang ingin pergi beberapa tempat kegemaran yang selalu pergi bersama keluarga bila habis PKP nanti. Antara tempat yang Shailla hendak pergi adalah :

The Pines


Untuk percutian kali ini,Shailla rancang nak cari hotel yang ada kolam mandi. Dalam banyak-banyak cari, Shailla tertarik untuk cuba menginap disini. lagi-lagi tengok pula harga macam menarik dekat The Pines Melaka ini. Mesti bertambah seronok staycation bersama keluarga. Walaupun sekarang masih PKP, boleh je cari hotel pilihan dahulu, nanti dah habis PKP kita terus pandu laju-laju kita lari dari realiti. 

Homestay Inap Desa Warisan Duyong

Kalau korang nak tahu, sinilah tempat kelahiran arwah nenek shailla. Apa yang menarik disini adalah terdapat Homestay Inap Desa Warisan Duyong Kitaorang selalu datang ke sini kalau ada undangan seperti Majlis Perkahwinan dan beberapa Majlis yang dianjurkan oleh Persatuan Sejarah dan Warisan Melayu Duyong (Pesawad)

Selain itu, disini juga terdapat sebuah Galeri Warisan yang mempamerkan pelbagai artifak dan barang tinggalan sejarah yang lalu. Paling seronok disini terdapat persalinan pakai orang zaman dahulu yang boleh korang cuba. Memandangkan sekarang musim covid 19,tidak pasti boleh pakai atau tidak.

Perigi Hang Tuah

Kalau singgah di Kampung Duyong, Shailla bersama keluarga pasti akan singgah disini. Disini terdapat sebuah perigi yang diberi nama perigi Hang Tuah. Shailla kalau sampai sini memang akan ambil air perigi sapu pada tangan dan muka. Air memang terasa sejuk sahaja.Terasa muka segar seketika. Di tepi dan depan Perigi Hang Tuah ini terdapat gerai jualan. Shailla dan keluarga suka memborong barang-barang di bahagian depan Perigi Hang Tuah seperti gula melaka. Barang-barang kraftangan dia juga kalau ada berkenan, Shailla akan bawa balik.

Magic Art 3D Museum


Magic Art 3D Museum ini Shailla belum pergi lagi. Selalu tengok kawan-kawan sahaja post di social media. Teringin juga untuk pergi lihat sendiri muzium 3D  ini rupa-rupanya adalah yang kedua terbesar di Malaysia selepas muzium 3D di Langkawi. Dengar cerita Magic Art 3D Museum ini yang mempunyai 8 tema 3D berbeza seperti tema di kuil purba, bandaraya Melaka, lautan, hutan dan beberapa tema lagi. Setiap tema ini lengkap dengan iringin muzik yang bersesuaian untuk menaikkan lagi ‘mood’ atau membuatkan anda lebih tenggelam dalam dunia 3D ini. Teringin juga rasa hati ingin mencuba pengalaman ketika berada disini.

Asam Pedas Melaka

Kalau sampai Melaka tidak makan asam pedas,rasa macam tidak lengkap percutian. Selalu Shailla akan pergi cari asam pedas area bandar Melaka kerana area sini terdapat beberapa kedai yang menjul asam pedas yang sedap. Selepas itu, Shailla akan pergi Pahlawan Walk Market bersebelahan dengan pusat beli belah Mahkota Parade, pusat ini juga menyediakan pelbagai cenderahati untuk dijadikan hadiah atau ole-ole kepada keluarga dan rakan.

 Pantai Klebang

Sebelum balik biasanya Shailla akan singgah pantai Klebang untuk lepak-lepak sambal menikmati air coconut shake. Di Pantai Klebang ini macam ada seperti gerai menjual pelbagai makanan dan barang-barang. Korang juga boleh menyewa tempat duduk pelampung untuk santai-santai sambal melihat anak-anak bermain pasir dan belon air.

Wah, tidak sabarnya rasa hati untuk berkunjung kembali ke sini. Semoga covid 19 semakin pulih dan pergi buat selamanya. I need vitamin sea!

Terima Kasih

Logo KBBA

WARNAI RAMADAN DI KLANA BEACH RESORT PORT DICKSON – SAJIAN NASI PADANG & SELERO NEGERI SEMBILAN

  Assallammualaikum Hai semua, minggu lalu Sha berkesempatan menghadiri pelancaran Bufet Ramadan 2024 bertemakan Nasi Padang & Selero Ne...