July 21, 2022

Memenangi Hadiah Menarik Dengan "Jom Taksir Zakat"

 Assallammualaikum,

Hai semua, okay kali ini Shailla ingin kongsikan tentang "Jom Taksir Zakat" bersempena bulan taksir zakat Lembaga Zakat. Apa yang menarik tentang "Jom Taksir Zakat" ini adalah korang berpeluang untuk memenangi hadiah menarik dari pihak Lembaga Zakat.

Tujuan bulan taksir zakat ini diadakan adalah :

1. Mendidik dan mengajak umat Islam di Selangor mengira sendiri zakat dengan lebih mudah dan tepat.
2. Memberi kesedaran untuk taksiran jenis-jenis zakat harta.
3. Membentuk sentimen minda masyarakat untuk membudayakan taksiran dan bayar zakat setiap tahun.
4. Menggalakkan kaedah taksiran yang menyeluruh agar jumlah yang dizakatkan lebih tepat.
5. Menganjur dan mempelbagaikan aktiviti menarik di sepanjang tempoh program berlangsung.

Jenis-Jenis Zakat

1. Zakat Fitrah
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

2. Zakat Harta
(Maal) adalah zakat yang diwajibkan apabila sudah mencapai nisab (mencapai jumlah tertentu) akan sesuatu harta tersebut. Zakat harta ini merangkumi hasil perniagaan, pertanian, hasil ternak, hasil temuan, emas, perak dan matawang dimana harta-harta tersebut memiliki kadar nisab yang tersendiri.
  • Zakat Pendapatan
  • Zakat Perniagaan
  • Zakat Wang Simpanan
  • Zakat Pelaburan
  • Zakat KWSP
  • Zakat Emas & Perak
  • Zakat Takaful
  • Taksiran Zakat 
  • Qada Zakat
Jadi korang boleh memilih samaada ingin melunaskan kewajipan zakat fitrah dan zakat harta. Lebih banyak korang berzakat, Insha Allah bertambah keberkatan punca rezeki korang.

Cara Tebus Baucar



1. Muat Turun & Log MasukMuat turun aplikasi mudah alih "ZakatSelangor" di App Store atau Play Store, kemudian, Daftar dan Log Masuk ke akaun anda. Apps ini merupakan Applikasi Rasmi Lembaga Zakat Selangor. Apps ini membantu pengguna membuat bayaran zakat, menyemak status bantuan zakat dan pelbagai perkhidmatan lain dengan mudah.

AppStore

GooglePlay

Antara fungsi lain yang terdapat dalam apps ini adalah:

• Buat Pembayaran semua jenis Zakat Harta dan Zakat Fitrah
• Buat Pembayaran FIDYAH secara online
• Semak Rekod Bayaran Zakat lepas
• Semak Status Bantuan Zakat yang dipohon (Asnaf)
• Semak Status Bayaran Zakat (Vendor)
• Simpan Kiraan Zakat
• Download Penyata Bayaran Zakat Tahunan
• Download Borang VCASH (Asnaf tiada akaun bank)
• Download Borang Bantuan Zakat
• Pengiraan Zakat
• Lokasi Cawangan Zakat Selangor
• Info Zakat terkini

2. Taksir & Simpan - Gunakan fungsi "Taksir" di dalam aplikasi ZakatSelangor, buat taksiran jenis-jenis zakat harta dan "Simpan Taksir Zakat"

3. Dapatkan Baucar dengan tebus baucar di cawangan LZS berdekatan dengan beserta bukti taksiran. Selagi stok masih ada. Promosi ini mengikuti garis panduan syariah penganjuran peraduan zakat, Lembaga Zakat Selangor.



Jom sertai Taksir zakat sebelum 31 Julai 2022 dan menangi hadiah menarik! Laksanakan kewajipan anda yang memberi ganjaran dunia dan akhirat dengan taksir zakat di https://jom.zakatselangor.com.my sekarang!


Selain itu, korang yang memohon bantuan zakat di Lembaga Zakat Selangor (LZS) kini boleh menyemak rekod bantuan secara atas talian melalui kemudahan platform eZakat Online

Melalui platform eZakat Online ini, korang hanya perlu hanya perlu mendaftar sebagai pengguna di https://ezo.zakatselangor.com.my/ dan seterusnya dapat mengakses rekod bantuan zakat yang diterima.
Ini merupakan alternatif bagi memudahkan korang untuk menyemak status permohonan bantuan. Selain menjimatkan kos dan masa, ia juga mudah diakses di mana-mana dan pada bila-bila masa.

Agihan Zakat

Setiap permohonan zakat akan dinilai melalui tapisan haddul Kifayah. Proses kelulusan permohonan agihan boleh diringkaskan seperti berikut :
  1. LZS terima permohonan borang yang lengkap dari pemohon.
  2. Permohonan zakat akan dibuat semakan berdasarkan kadar had kifayah dan maklumat dimasukkan dalam Sistem Agihan Zakat
  3. Proses siasatan akan dijalankan terhadap permohonan
  4. Pemohon diluluskan/ditolak
  5. Pemohon dikelaskan mengikut asnaf fakir atau miskin
  6. Sekiranya asnaf, bantuan zakat yang bersesuaikan akan diberikan

No tel : 1-300-88-4343


Logo KBBA

WARNAI RAMADAN DI KLANA BEACH RESORT PORT DICKSON – SAJIAN NASI PADANG & SELERO NEGERI SEMBILAN

  Assallammualaikum Hai semua, minggu lalu Sha berkesempatan menghadiri pelancaran Bufet Ramadan 2024 bertemakan Nasi Padang & Selero Ne...