January 22, 2022

MARRYBROWN KEMBALI LAGI KHAS UNTUK TAHUN BARU CINA DENGAN ‘EGG-STRA ONG’ YANG LAGI POWER DAN EGG-STRA BAHAGIA!

Assallammualaikum

Hello..hello..semua! hurmmm apa menu makan korang hari ini? okay kali ini Shailla ingin berkongsi menu terbaru dari Marrybrown yang mana lebih padu dan menyengat. Suatu ketika dahulu Marrybrown pernah mengeluarkan menu telur masin yang merupakan menu kegemaran Shailla. Kali ini Marrybrown sekali lagi mengeluarkan mene terbaru berasaskan telur asin iaitu berkonsepkan 'Egg-stra Ong, Lagi Power' dengan limpahan sos telur masin yang menyelerakan lagi ‘power’ bermula dari hari ini hingga 28 Februari 2022. Menu ini dikelurkan sempena perayaan Tahun Baru Cina yang bakal tiba nanti.


Sinonim dengan slogan 'something different', bermula dari hidangan makanan malah penyediaan perkhidmatan yang sememangnya best, kini Marrybrown kembali lagi dengan menu telur masin mereka yang terkenal! Kali ini lagi power, dengan taburan kepingan cili kering pada roti burger dan egg-stra limpahan sos telur masin. Kombinasi ini sememangnya cukup sempurna dengan rasa pedas dan masin yang pasti akan memberikan ‘kejutan’ tambahan kepada para penggemarnya!

“Prihatin kepada rakyat Malaysia yang sebelum ini mengalami detik suka dan duka akibat daripada keadaan yang tidak menentu sejak pandemik, malah kita juga tidak dapat meraikan perayaan bersama keluarga dan rakan. Dengan keadaan yang dijangka beransur pulih, kita semua akhirnya dapat bertemu semula dengan orang tersayang. Oleh itu, kami kembalikan hidangan Egg-stra Ong yang kali ini lagi power, khas untuk musim perayaan yang bakal tiba. Kami berharap dengan sajian Egg-stra Ong ini, dapat memberikan egg-stra kegembiraan dan semangat yang lagi power untuk persiapan musim perayaan,” kata Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.


Sajian Egg-stra Ong ini dilengkapi dengan rasa manis, masin dan pedas yang menghasilkan kelazatan ‘umami’ pada setiap suapan. Penggemar boleh memilih sama ada dua atau tiga ketul ayam untuk Kombo Ayam Egg-stra Ong, dari harga RM17.90 dan RM22.90. Semua kombo ayam disertakan dengan kentang lenyek, salad sayuran dan secawan Minute Maid® Refresh® Orange. Sementara itu, Kombo Burger Ayam Egg-stra Ong, dihidangkan bersama dengan Burger Ayam Egg-stra Ong, kentang goreng dan secawan Minute Maid® Refresh® Orange, dari harga RM14.90. Untuk menambah kelazatan, penggemar boleh menambah sos telur masin tambahan pada hidangan mereka dari harga RM2.50.



Bagi mereka yang ingin menikmati kombinasi rasa burger dan ayam, mereka boleh memilih Egg-stra Ong Big Box yang merangkumi Burger Ayam Egg-stra Ong dan dua ketul Ayam Egg-stra Ong. Hidangan ini dilengkapi dengan kentang goreng dan secawan Minute Maid® Refresh® Orange, dari harga RM25.80. Satu lagi tawaran hebat untuk set besar ialah Egg-stra Ong Family Meal yang dilengkapi dua burger ayam, lapan ketul ayam goreng, satu mangkuk besar kentang lenyek dan 1.5 liter Coca-Cola® Rasa Asli dari harga RM80.00. Menariknya, set ini cukup berbaloi untuk dijadikan hidangan perkongsian di musim perayaan.

“Pelanggan kami sememangnya best kerana mereka sentiasa memberikan sokongan dan inilah yang menjadi visi dan misi kepada kami dalam membangkitkan semangat agar terus menawarkan ‘something different’ terutamanya untuk hidangan Egg-stra Ong ini. Kami yakin dengan idea gabungan egg-stra limpahan sos telur masin dan taburan kepingan cili kering yang terdapat pada roti burger ini pasti akan memberikan kelazatan dan kenikmatan unik yang tidak dapat anda lupakan,” kata Dato' Joshua Liew.

Marrybrown kini melayani berjuta-juta orang pelanggan melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard kualiti, servis, kebersihan, dan nilai tertinggi untuk pengalaman pemakanan yang sempurna.

Bagi Shailla, dalam banyak-banyak menu dari Marrybrown, menu telur asing ini tidak pernah mengecewakan. Tidak rugi untuk korang mencuba menu terbaru ini kerana kuah salted Egg dia memang sedap dan pekat memang pembuka selera. Bagi penggemar salted Egg memang berbaloi untuk mencuba menu ini. Selain itu juga, korang kena cuba burger ayam dia yang sememangnya ranggup. Untuk tambahkan lagi kelazatkan korang boleh tambah sos telur masin.  Untuk Shailla burger dia terasa pedas sedikit tetapi untuk orang kuat makan pedas rasanya tiada masaalah. 

Menu 'Egg-stra Ong, Lagi Power' ini sangat sesuai dihidangkan untuk sesisi keluarga. Selain menyelerakan, korang juga dapat mengeratkan lagi hubungan sesama ahli keluarga sambil menikmati hidangan ini. Jangan lupa untuk dapatkan Marrybrown 'Egg-stra Ong, Lagi Power' ini di Marrybrown berdekatan korang.

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi mereka dan perkhidmatan penghantaran, sila layari :

Facebook : MarrybrownMalaysia

Instagram : Marrybrownmy

Youtube : MarrybrownTV

Delivery : http://mbdelivery.com.my

Terima Kasih

Logo KBBA

WARNAI RAMADAN DI KLANA BEACH RESORT PORT DICKSON – SAJIAN NASI PADANG & SELERO NEGERI SEMBILAN

  Assallammualaikum Hai semua, minggu lalu Sha berkesempatan menghadiri pelancaran Bufet Ramadan 2024 bertemakan Nasi Padang & Selero Ne...