Logo KBBA

Ogos 12, 2022

Pengalaman Menyertai McDonald’s Malaysia Blood Donation Drive

Assallammualaikum,

Hai semua, McDonald’s Malaysia telah menganjurkan McDonald’s Malaysia Blood Donation Drive pada 30 Jun 2022 di McDonald’s, Uptown 3, Damansara Utama. Ia merupakan kerjasama antara McDonald’s Malaysia dan Pusat Darah Negara, selaras dengan seruan kerajaan  bagi mendapatkan bekalan darah yang mencukupi untuk memenuhi permintaan masyarakat. 

Sejak 2017, McDonald’s Malaysia telah menganjurkan kempen derma darah tahunan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat mengenai kepentingan menderma darah.

Kerjasama ini kini memasuki tahun keenamnya, dan sepanjang tahun, McDonald’s Malaysia telah berjaya mengumpulkan McFamily untuk menderma darah dan menyebarkan kepentingan mengisi tabung darah kita.


Ketika Shailla mengikuti McDonald’s Malaysia Blood Donation Drive ini, memang perasaan ketika itu amat teruja dan dalam masa yang sama agak gementar juga kerana kali terakhir Shailla ikuti program derma darah ini adalah di tempat kerja.

Sebelum hadir ke McDonald’s Malaysia Blood Donation Drive, Shailla membaca dahulu kriteria bagi penderma darah. Sebelum menderma darah pastikan korang sihat tubuh badan, mempunyai berat badan 45 kilogram ke atas, berumur 18-70 tahun bagi penderma kerap, dan di antara 18-60 tahun bagi penderma baru. Selain makan sebelum menderma darah, korang perlu rehat atau tidur sekurang-kurangnya lima jam sebelum menderma serta tidak mengambil ubat seperti antibiotik dalam tempoh terdekat.


Seperti yang semua tahu,sekali kita menderma darah, ia mampu menyelamatkan tiga nyawa. Menderma darah merupakan satu amalan kebajikan yang amat mulia kerana ia bukan sahaja membantu golongan yang memerlukan tetapi merupakan satu khidmat bakti serta pengorbanan yang amat bermakna kepada masyarakat. Amat beruntungnya kita jika berpeluang untuk khidmat bakti kepada masyarakat. 



Hari Derma Darah ini diadakan di ibu pejabat McDonald’s Malaysia, yang menyaksikan kehadiran lebih daripada 200 penderma pada tahun ini. Penderma yang hadir terdiri daripada kakitangan, rakan-rakan niaga, dan pelanggan McDonald’s serta wakil media. Restoran khidmat segera tersebut berhasrat menanamkan satu tabiat yang baik dan mewujudkan kesedaran yang tinggi mengenai kepentingan menderma darah di kalangan kakitangannya dan juga rakyat Malaysia. Bersama-sama, kita boleh membantu rakyat Malaysia lain yang memerlukan. Aktiviti derma darah yang dianjurkan oleh McDonald’s Malaysia dengan Kerjasama PDN menyaksikan lebih 1,300 penderma sejak tahun 2017.

Di pintu masuk McDonald’s, ada disediakan kaunter pendaftaran untuk korang daftar dan isi beberapa maklumat. 



Seterusnya, ambil borang dan isi maklumat peribadi yang di perlukan.


Kemudian, timbang berat badan bagi memastikan berat badan lepas untuk ke langgkah seterusnya. Kalau tidak silap, untuk menderma darah berat badan perlulah 45kg dan ke atas.



Selepas itu, buat ujian darah bagi memastikan korang jenis darah apa sebelum menderma. Juga memastikan korang layak atau tidak untuk menderma darah.


Setelah itu, kena pergi ambil tekanan darah.


Dan isi form untuk maklumat yang diperlukan sekali lagi.


Inilah dia saat yang buat jantung bagai nak luruh..iaitu kena cucuk untuk ambil darah..hihihi



Setelah selesai menderma darah, korang boleh pergi ke kaunter untuk ambil kupon makan dan goodie bag.


Kemudian naik ke level 12A untuk tebus kupon makanan. Sebelum ke kaunter tebus kupon, korang boleh bergambar di photo booth yang disediakan. Pasti semua tertanya-tanya mengapa tiada gambar Shailla menderma darah, ini kerana Shailla sedang datang bulan ketika itu jadi tidak boleh menderma darah.


Kaunter tebus kupon makan.

Sebagai tanda penghargaan, McDonald’s Malaysia menyediakan hidangan McChicken dan Sundae Cone kepada semua penderma darah yang hadir.Terima kasih kepada McDonald’s Malaysia kerana menganjurkan McDonald’s Malaysia Blood Donation Drive bagi memastikan bekalan darah berterusan dan mencukupi.

Sekian Terima Kasih