Logo KBBA

November 27, 2022

Mini Festival YEZ 2022 Anjuran Pusat Pungutan Zakat

 Assallammualaikum

Alhamdulillah, Sha diberikan peluang untuk hadir ke AEON AU2 Setiawangsa, Kuala Lumpur bagi bersama-sama memeriahkan Mini Festival YEZ 2022 Anjuran Pusat Pungutan Zakat. Sebenarnya pertama kali Sha sampai ke AEON AU2 Setiawangsa, Kuala Lumpur ini. Ketika sampai tadi pun agak berpusing-pusing juga mencari tempat Mini Festival YEZ 2022 ini diadakan. Sha hadir disini bersama beberapa rakan blogger yang lain.

Pasti korang tertanya-tanyakan apa Sha buat disinikan?pada yang tidak tanya tu...takpe Sha nak cerita juga yang Sha datang sini adalah kerana Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ("PPZ-MAIWP") melancarkan Kempen Year End Zakat 2022 (YEZ) di AEON AU2, Setiawangsa. Pelancaran kempen dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman. Kempen YEZ 2022 ini bermula 26 November 2022 hingga 13 Disember 2022 bertujuan menggalakkan orang ramai untuk menunaikan kewajipan berzakat sebelum 31 Disember 2022.


Ramai juga tetamu dan juga Vip yang hadir tadi bagi pelancaran Kempen Year End Zakat 2022 (YEZ). Tujuan kempen ini diadakan dengan mengangkat tema"Memberi Tanda Syukur" PPZ-MAIWP ingin mengajak seluruh masyarakat Islam untuk menzahirkan rasa syukur dengan menunaikan zakat untuk kelangsungan hidup asnaf lebih-lebih lagi dalam situasi sukar ekonomi kini. Kadang-kadang kita rasa kita susah tanpa kita sedari diluar sana ada yang lagi susah dari kita. Jadi inilah masa kita meringan beban mereka dengan menunaikan tanggunjawab dengan menunaikan zakat.

PPZ-MAIWP selari dengan motonya iaitu "Memudahkan Anda Berzakat" menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan bayaran khususnya menjelang hujung tahun bagi member rang kepada pembayar zakat untuk mendapatkan 100% rebat cukai pendapatan.

Pada masa kini, memang senang untuk membayar zakat. Korang tidak perlu lagi mohon cuti atau beratur panjang bagi menunaikan. Banyak perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh pihak bagi memudahkan korang untuk membayar.

Berikut adalah perkhidmatan dan kemudahan bayaran zakat yang disediakan :

1. 10 KAUNTER PPZ-MAIWP

Bavaran zakat boleh dilakukan di 10 kaunter PPZ-MAIWP sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Sepanjang Disember ini, kaunter akan dibuka 7hari seminggu bermula jam 8.15 pagi hingga 4.45 petang

Friday +

Istimewa pada tahun ini, PPZ-MAIWP akan melanjutkan waktu operasi kaunter pada setiap hari Jumaat sehinggajam 9 malam. 30 pembayar terawal di setiapkaunter pada hari Jumaat akan mendapat baucar KFC bernilai RM10.

2. PORTAL PZ-MAIWP &APLIKASI MYZAKAT

Pembayaran zakat secara dalam talian mealuli w zakatocm my atu aplikasi MyZakat yang boledimuat turun di Gogel Paly dan Apel Store. Pembayar ujga boleh Kira,Bayar dan Semak rekod bayaran.

3. EJEN-EJEN KUTIPAN ZAKAT

Pembayaran zakat juga boleh dibuat melalui eien-ejen rasmi yang telah dilantik oleh PZ-MAIWP iaitu melalui perbankan internet, portal online, e-walet, kaunter-kaunter bank dan pos.

4. ZAKAT+ @MYTEMUJANJI

Zakat+ @MyTemujanji berperanan sebagai o'ne stop centre" bagi memberi pilihan kepada para pembayar zakat untuk menetapkan temujanii bagi perkhidmatan iaitu Kaunter Zakat Digital, Kaunter Zakat Bergerak, Door To Door &Ride2U. Untuk tempahan boleh layari link di portal https://mytemujanji.zakat.com.my/

5. TALIAN ZAKAT

Nilai tambah baharu yang mana pembayar zakat bukan sahaja boleh membuat pertanyaan dan taksiran zakat, malah dengan hanya satu panggilan ke 130088 5757 pembayar juga boleh menunaikan zakat.

 

Pembayar yang menunaikan zakat sepanjang kempen berlangsung berpeluang untuk memenangi lebih 500 hadiah menarik. Pemenang akan dipilih melalui cabutan secara rawak tertakluk terma dan syarat. Wahhh hadiah dia mengancam rugi kalau melepaskan peluang ini. Mana tahu rezeki korang berzakat menang cabutan bertuah.


Pada majlis yang sama, turut diadakan penyerahan zakat perniagaan berjumlah RM532,350.11 daripada:

1. Felcra Processing &Engineering Sdn Bhd- RM375.220.38
2. Kop. Jaya Murni Wanita Bhd - RM157, 129.73


Sumbangan berbentuk Bakul Rezeki yang terdiri daripada barangan makanan kering seperti beras, minyak, maggi dan sebagainya yang bernilai RM100 dengan nilai keseluruhan sumbangan sebanyak RM10,000 turut diberikan kepada 100 asnaf di Kawasan PPR sekitar Setiawangsa, Kuala Lumpur.


Sebelum melancarkan Kempen Year End Zakat 2022 (YEZ), menurut Keuta Pegawai Eksekultif PZ-MAIWP, Tuan Haij Abdul Hakmi Amri Osman, program serahan zakat perniagaan dan sumbangan zakat kepada asnaf dalam majlis ini menunjukkan kepada masyarakat dengan jelas tentang kitaran daripada pengeluar zakat kepada pemanfaat zakat yang berhak di mana zakat yang ditunaikan menyumbang kepada pembangunan asnaf dan ekonomi masyarakat Islam.

"Dalam situasi negara berhadapan dengan krisis ekonomi, kita yang masih diberi rezeki pertulahtampil untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik untuk saling melengkapi antara satu sama lain", katanya.


Selesai sudah Pelancaran Kempen Year End Zakat 2022 (YEZ) yang dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman. Majlis ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Cik Piah dan Tyzo sebagai pengara untuk majlis ini.


Selesai sahaja Pelancaran Kempen Year End Zakat 2022 (YEZ) , Shailla dan rakan blogger yang lain tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan Cik Piah dan juga Tyzo. Selain itu terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan mewarna serta Meet & Greet Omar Hana & Ustaz Amil dan booth-booth jualan Asnaf. Kaunter-kaunter zakat juga ada buka disana. Selain itu ada  penampilan istimewa seperti Tyzo, Cik Piah dan Lah Ahmad. Sembang santai bersama PU Amin & Imam Muda Hassan. Borak dengan Miro bersama influencer Tik Tok Dak Ayam, Qowiy, Helmet 'Singer' & Man Raja Lawak.

Kuiz & cabutan bertuah juga turut ada tau! jadi jangan ketinggalan untuk datang ke Mini Festival YEZ 2022.

Marilah semua kita sama-sama menjalankan tanggungjawab dengan menunaikan zakat bagi membantu golongan yang susah. Bukankah dengan memberi kepada orang lain, Allah akan memberi dan menggantinya dengan hal yang lebih baik? Tidak sesekali kita rugi sekiranya memberi dan membantu orang lain dengan hak dan barangan kita. Melalui amalan bersedekah juga akan melahirkan perasaan tenang dan bahagia.Semoga kita mendapat lebih keberkatan rezeki apabila korang memenuhi tuntutan Allah s.w.t. Semoga Allah memudahkan kerja kita.

Untuk mengetahui lebih lanut mengenai kempen ini, sila layari, https://www.zakat.com.my/yez2022/

Terima Kasih

November 22, 2022

PAKAI SUNSCREEN BERAPA KALI SEHARI? | MARI IKUT CARA MEMILIH DAN MEMAKAI SUNSCREEN YANG BETUL

Assallammualaikum

Hello semua, korang sudah pakai sunscreen hari ini? haa..pada yang belum pakai sunscreen, cepat-cepat pergi pakai kerana sunscreen merupakan salah satu ruitn penjagaan wajah yang penting. Rugi sahaja kalau korang pakai serum dan krim mahal tetapi tidak memakai sunscreen. Selain untuk melindungi wajah dari sinaran matahari, sunscreen juga berguna untuk mencegah penuan dan risiko pelbagai jenis masaalah kulit. 

Bukan mudah yer untuk mencari sunscreen yang sesuai dengan kulit kita terutama yang mempunyai masaalah kulit sensitif seperti Shailla. Kalau hendak di hitung rasanya pelbagai juga sunscreen yang Shailla cuba. Kebanyakkannya membuat kulit Shailla menjadi breakout. Kalau muka dah breakout memang makan masa untuk pulih. Ada juga sunscreen yang buat muka menjadi bertambah oily, icty dan tumbuh jerawat. Kesan salah pilih sunscreen ini juga berbeza-beza bergantung pada induvidu. Macam Shailla lebih kepada oily dan jerawat. 

Menyedari sunscreen sangat penting dalam kehidupan harian, jadi Shailla tidak putus asa untuk mencari sunscreen yang sesuai untuk kulit Shailla. Tambah kulit muka Shailla telah kelihatan tompok-tompok jeragat kecil. Beberapa bulan yang lalu, Shailla akhirnya bertemu dengan sunscreen yang sesuai dengan kulit muka Shailla. 


Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature

Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature dari Hansaegee Nature mengandungi Glycerin, Sodium Hyaluronic & Allantoin ini dapat mengurangkan dan mengelakkan keradangan kulit. Ekstrak Aloe Vera yang terkandung dalam sunscreen ini juga dapat menenangkan kulit dari masalah kulit seperti kemerah-merahan dan kegatalan. Memang sesuai untuk kulit sensitif macam Shailla. 

Shailla memilih Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature sebagai my current favorite sunscreen adalah kerana dengan melihat beberapan ciri yang ada pada sunscreen ini. Korang juga boleh jadikan ia sebagai panduan jika korang ingin memilih dan membeli sunscreen.

3 Kebaikan Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature

Menghalang sinar mataharii (sun protection)
Melembapkan kulit (Moisure Skin)
Menenangkan Kulit (Claming Skin)



Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature adalah sunscreen mempunyai SPF50 dan PA+++ yang tinggi bagi melindungi kulit dan menghalang sinaran UVA dan UVB. Ingredients terkandung di dalam sunscreen ini dapat merawat kulit kita selama dan setelah terdedah pada sinar matahari. Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature ini selamat digunakan dan ianya bebas dari bahan-bahan yang merbahaya antaranya ialah Alcohol-Free, Paraben-Free, Silicon-Free, Sulfate-Free, Allergen-Free. Sangat bagus untuk korang yang kulit sensitif dan mudah iritasi terhadap bahan-bahan tersebut.

Bahan-Bahan Utama :

Glycerin, Sodium Hyaluronic & Allantoin

Kandungan Ekstrak Tumbuhan Semulajadi :

Aloe Barbadensis Leaf Juice, Centella Asiatica Extract, Morus Alba Bark Extract, Orchird Extract.

Bahan utama yang terkandung dalam Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature adalah seperti Glycerin, Sodium Hyaluronic & Allantoin ini dapat mengurangkan dan mengelakkan keradangan kulit. Ekstrak Aloe Vera yang terkandung dalam sunscreen ini juga dapat menenangkan kulit dari masalah kulit seperti kemerah-merahan dan kegatalan.. Jadi kulit korang akan nampak sihat dan berseri. 


Texture Cream Soft Dan Moisture

Texture Aloe Vera Sunscreen ini  Oil Free /Tidak Berminyak dan Light Weight /Ringan. Memiliki aroma segar kerana bau aloe vera.Selain itu, kulit korang akan terasa lembap sahaja ketika menggunakannya. Kalau  korang lihat  warna krim ini adalah berwarna putih dengan light green color cream. Tetapi korang jangan risau jika pakai, ia tidak memberi kesan white cast pada muka korang. Muka korang juga tidak akan nampak bercapuk. Selain itu, texture yang tidak berminyak sangat mudah dibersihkan dan tidak menempel di dalam pori. Memang mesra wudhuk. Boleh refer entry Shailla ( LINK) sebelum ini tentang Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature.


Cara Guna Sunscreen

Kalau untuk aktiviti seharian, cukup hanya gunakan sunscreen dengan SPF 30. Apabila korang melakukan aktiviti sepanjang hari ditempat yang terkena sinar matahari secara langsung, gunakan sunscreen wajah dengan SPF 50.


Berapa banyak korang perlu pakai sunscreen ini  adalah seeloknya dua jari. Korang boleh menggunakan sunscreen setelah menggunakan pelembap. Sapuan pada semua permukaan kulit yang terdedah (termasuk di pelipat-pelipat). Seeloknya memakai sunscreen 30 minit lebih awal sebelum korang keluar rumah. Sunscreen perlu dipakai setiap 3 hingga 4 jam. Ini kerana kulit tetap jadi gelap walaupun dah pakai sunscreen jika terdedah bawah matahari dalam jangka masa yang lama.

My Experience

Ketika menggunakan Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature ini, Shailla tertarik dengan teksturnya yang ringan, mudah meresap dan no whitecast.  Tona kulit muka Shailla yang berwarna medium, tidak membuat wajah Shailla menjadi bercapuk dan nampak putih pelik. Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature ini hanya terlihat seperti memakai tone-up cream. Ia juga sesuai dijadikan sebagai make up base. 

Kulit muka Shailla jenis combination dan lebih cenderung kepada kulit mudah berminyak . Dengan Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature  ini, mampu mengawal minyak dengan baik, tanpa membuat kulit kering. Kulit terasa tetap terjaga kelembapannya walaupun terdedah dibawah matahari yang agak lama.


Shailla memiliki pori-pori yang besar, biasanya sunscreen akan masuk ke dalam pori-pori dan membuat pori-pori yang tersumbat. Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature ini, tidak menyumbat pori-pori yang boleh menyebabkan jerawat.

Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature terasa sangat nyaman di kulit Shailla yang sensitif dan cenderung mudah berjerawat. Nak tahu sunscreen itu sesuai atau tidak dengan korang, biasanya kulit akan menjadi  kemerahan dan ruam-ruam seperti iritasi, kemudian beberapa hari kemudian akan muncul jerawat. Shailla telah menggunakan sunscreen ini selama hampir 3 hingga 4 bulan  dan aku tidak melihat adanya tanda-tanda breakout.


Akhirnya bertemu juga  sunscreen yang sesuai dengan kulit sensitif Shailla. Shailla sangat rekomen korang guna Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature ini terutama untuk korang yang kulitnya sensitif, wajib cuba!


Untuk maklumat lanjut dan membeli produk Hansaegee Nature :

Brand: Hansaegee Nature 





Terima Kasih

REBUT TAWARAN JAM TANGAN TERBAHARU HUAWEI GT 3 SE

 

REBUT TAWARAN JAM TANGAN TERBAHARU HUAWEI GT 3 SE

Peminat kesihatan dan sukan kini boleh mendapatkan jam tangan pintar yang sangat

dinanti-nantikan daripada HUAWEI, WATCH GT 3 SE 

KUALA LUMPUR, 22 NOVEMBER 2022 – Huawei Consumer Business Group (CBG) baru-baru ini melancarkan jam tangan pintar edisi terbaharunya, HUAWEI WATCH GT 3 SE.  Kini boleh didapati di  Kedai Dalam Talian Rasmi HUAWEI dan Kedai Pengalaman HUAWEI dengan hanya RM899.

Menyampaikan jam tangan pintar peringkat kemasukan yang canggih, HUAWEI WATCH GT 3 SE merangkumine keperluan penjelajah bandar, peminat sukan dan kecergasan, dan individu yang berfokuskan kesihatan. Menggabungkan fesyen dan fungsi, HUAWEI WATCH GT 3 SE membantu menangani masalah pengguna dan membolehkan mereka bergerak ringan untuk merangkul alam sekitar dengan reka bentuk yang ringan dan pemakaian yang selesa.

Ringan dan penuh ciri memenuhi keperluan peringkat kemasukan

Dibina dengan mengutamakan peminat sukan, estetika ringan dan berongga HUAWEI WATCH GT 3 SE menggabungkan fesyen dan fungsi, membolehkan pengguna meneroka persekitaran mereka dengan pakaian pergelangan tangan yang mudah dibawa dan ringan.

Terdiri daripada rupa yang sama sekali baharu, jam tangan ini memberikan pengguna pilihan yang lebih bergaya dan halus dalam reka bentuk antara muka baharu pada paparan warna AMOLED 1.43 inci. Paparan warna definisi tinggi jam tangan menggunakan resolusi definisi tinggi 466 x 466 dengan 326 PPI, membolehkan warna yang jelas dipersembahkan pada skrin.


Tambahan pula, skrin Corning Gorilla Glass digunakan, membawa jaminan rintangan haus dengan gentian polimer yang kukuh.

Walaupun menggunakan teknologi indah dan bahan tahan lama, HUAWEI WATCH GT 3 SE hanya mempunyai berat 35.6g (tanpa tali) dan ketebalan keseluruhan hanya 11mm (badan jam tangan). Jam tangan ini didatangkan dalam dua warna, hitam dan hijau, dengan pelbagai pilihin muka jam tangan. Selain daripada beribu-ribu tema muka jam tangan, pengguna boleh menggunakan foto OOTD dan Mod Potret untuk mencipta wajah jam tangan yang diperibadikan yang unik untuk mereka.

Dengan penggunaan yang meluas dan pengecasan pantas, HUAWEI WATCH GT 3 SE menyediakan penggunaan berterusan selama dua minggu sebelum perlu dicaj.



HUAWEI WATCH GT3 SE ialah Jam Tangan Pintar yang sempurna untuk sukan harian

Persekitaran fizikal di mana kita bersenam boleh menjadi keras pada masa-masa tertentu. Oleh itu, peminat sukan perlu diiringi oleh jam tangan pintar yang dapat menahan keadaan cuaca yang keras dan melampau.

HUAWEI WATCH GT 3 SE menyokong rintangan air 5ATM  yang memenuhi standard ISO 22810:2010, membolehkan ia beroperasi pada kedalaman sehingga 50 meter selama 10 minit. Bekerjasama dengan lima sistem satelit utama: GPS, BeiDou, GLONASS, Galileo dan QZSS, jam tangan ini menggunakan cip kedudukan GNSS lima sistem terbina dalam, berketepatan tinggi yang memberikan prestasi anti-gangguan yang sangat baik untuk semua latihan.

Untuk terus membantu pengguna dalam senaman mereka, HUAWEI WATCH GT 3 SE menyediakan lebih daripada 100+ mod sukan, pelan larian pintar dan juga algoritma TruSport™ Huawei yang dibangunkan sendiri yang memberikan penilaian dan cadangan sukan berwawasan berdasarkan pelbagai data berjalan.  

Pembantu kesihatan yang sempurna untuk melindungi kesihatan anda dengan HUAWEI TruSleep™ 3.0

HUAWEI WATCH GT 3 SE menyediakan bacaan yang tepat mengenai keperluan keseluruhan pengguna bagi membantu dalam pemantauan kesihatan. Melalui HUAWEI TruSeen™ 5.0+ yang dibangunkan sendiri, HUAWEI TruSleep™ 3.0 dan teknologi pemantauan kesihatan siri Tru yang lain, HUAWEI WATCH GT 3 SE menyokong pemantauan kesihatan menyeluruh[3] yang mengesan kadar denyutan jantung, tidur, SpO2, tekanan dan kitaran haid.

Menyediakan pemantauan kadar denyutan jantung yang tepat, HUAWEI TruSeen™ 5.0+ mempunyai kapasiti data yang meningkat dengan kadar kehilangan isyarat yang dikurangkan. Dengan reka bentuk anti-gangguan dan pengurangan bunyi yang kuat, HUAWEI TruSeen™ 5. 0+ boleh mengatasi bunyi gerakan dengan lebih baik dan meningkatkan lagi ketepatan pengukuran kadar jantung apabila bersenam.

HUAWEI TruSleep™ 3.0 adalah satu lagi bahagian daripada siri HUAWEI Tru yang menggunakan teknologi terkemuka dalam industri berasaskan cahaya inframerah untuk memantau tidur. Ia telah meningkatkan ketepatan dalam pengesanan tidur dengan pengesanan automatik tempoh tidur pengguna dan membentangkan struktur tidur dan tidur yang komprehensif (termasuk tidur ringan, tidur nyenyak, REM dan terjaga) dengan menganalisis fisiologi berdasarkan pergerakan badan, kadar jantung dan HRV. Selain itu, HUAWEI TruSleep™ 3.0, melalui Aplikasi Kesihatan HUAWEI, menyokong rakaman perbualan tidur dan penjejakan berdengkur untuk memberikan pandangan berguna kepada pengguna mengenai tabiat tidur mereka.

Untuk membantu pengguna mengekalkan gaya hidup sihat, HUAWEI Health App menyediakan banyak peringatan peribadi mengenai cabaran Hidup Sihat, pengambilan air harian, peringatan ubat-ubatan dan banyak lagi untuk memastikan pengguna kekal berada di landasan yang betul.

HUAWEI WATCH GT 3 SE ialah pembantu peribadi yang berguna untuk pengalaman pintar

Memperluaskan lagi ekosistem pintar setiap pengguna, HUAWEI WATCH GT 3 SE menyediakan pengalaman pintar yang lebih mudah. Sama ada menjawab panggilan telefon, carian maklumat, penjejakan kecergasan dan banyak lagi, pengguna akan dapat melakukan semuanya dari pergelangan tangan mereka sahaja. HUAWEI WATCH GT 3 SE melangkaui sempadan jam tangan pintar dengan merangkumi semua aspek senario kehidupan.

HUAWEI WATCH GT 3 SE menawarkan ciri-ciri berguna untuk pelbagai senario. Bagi pengguna yang ingin melancong, jam tangan ini menawarkan Map Navigation, fungsi penting bagi sesiapa sahaja di kawasan yang tidak dikenali. Dalam bidang permainan dan hiburan, ia menyokong  Radio MyTuner,  Infinity Loop, Muzik eSound dan banyak lagi. Dan untuk meningkatkan kecekapan dan kesihatan, ia menyediakan  TickTick Focus To-Do, Senaman Rumah dan banyak lagi.

HUAWEI WATCH GT 3 SE menyokong ciri pembantu suara pintar seperti muzik, senaman dan kawalan suara untuk menetapkan penggera. HUAWEI WATCH GT 3 SE serasi dengan telefon pintar Android dan iOS untuk sokongan ciri yang menyediakan pengguna menggunakan pembantu peribadi terbaik.

Untuk maklumat lanjut mengenai HUAWEI WATCH GT 3 SE, sila layari Laman Web Rasmi HUAWEI, laman Facebook Rasmi HUAWEI  atau Instagram untuk maklumat terkini.

Terima  Kasih

November 09, 2022

HADIAH EKSKLUSIF BERNILAI SEHINGGA RM6,500* MENANTI ANDA! PRA-TEMPAH SIRI HUAWEI MATE50 SEKARANG

 

 HADIAH EKSKLUSIF  BERNILAI SEHINGGA RM6,500* MENANTI ANDA! PRA-TEMPAH SIRI HUAWEI MATE50 SEKARANG

Jangan ketinggalan tawaran ini untuk pra-tempah Siri HUAWEI Mate50 dan bawa pulang hadiah eksklusif di HUAWEI Experience Store terpilih

KUALA LUMPUR, 9 NOVEMBER 2022 Perhatian warga Malaysia! Panggilan terakhir untuk pra-tempah King of Flagship, Siri HUAWEI Mate50! Rebut peluang anda untuk membuat pra-tempahan siri HUAWEI Mate50 di serata HUAWEI Experience Store. Laman Web Rasmi HUAWEI, Stor Rasmi HUAWEI di Shopee, HUAWEI Flagship Store di Lazada dan Kedai Rakan Kongsi HUAWEI yang sah seperti SenHeng, senQ, Harvey Norman dan Urban Republic untuk menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM1,450*.

Selain itu, anda juga berpeluang untuk mendapatkan hadiah hebat bernilai sehingga RM6,500 sekiranya anda pra-tempah Siri HUAWEI Mate50 di HUAWEI Experience Store tertentu, hadiah hebat termasuk Siri HUAWEI FreeBuds, Pin Touch 'n Go eWallet bernilai RM300*  dan berpeluang memenangi HUAWEI Vision S 65"*! Model flagship terbaru ini didapati dalam tiga varian iaitu HUAWEI Mate50 (8 GB RAM + 256 GB ROM), berharga RM3,699, dalam pilihan warna Hitam dan Perak; HUAWEI Mate 50 Pro (8 GB RAM + 256 GB ROM), berharga RM 4,499 dan HUAWEI Mate 50 Pro Orange Vegan Leather (8GB RAM + 512 GB ROM), berharga RM 5,299.

Freebies ekstra untuk pengguna Mate50: Log masuk atau daftar di aplikasi My HUAWEI untuk tebus ZUS Coffee secara PERCUMA.

Tunggu Apa Lagi! Pra-Tempah Sekarang Kerana Hadiah Menarik Menanti Anda!

Jadi apa yang anda tunggu lagi? Pra-tempah siri HUAWEI Mate50 sekarang sehingga 11 November 2022 di HUAWEI Experience Store yang disenaraikan di bawah, dan pergi ke HUAWEI Experience Store yang anda pra-tempah siri HUAWEI Mate50 pada Sabtu ini, 12 November 2022 untuk dapatkan telefon anda dan hadiah-hadiah menarik! (*T&S terpakai, sementara stok masih ada)

No

HUAWEI Experience Store

1

HUAWEI Experience Store Pavilion Elite

2

HUAWEI Experience Store Sunway Carnival

3

HUAWEI Experience Store Queensbay Mall

4

HUAWEI Experience Store Sunway Pyramid

5

HUAWEI Experience Store Midvalley

6

HUAWEI Experience Store IOI City Mall

7

HUAWEI Experience Store MidValley Southkey

8

HUAWEI Experience Store Aeon Tebrau City

9

SenQ Gurney Plaza

10

Urban Republic at Pavilion KL

 

 












*Tertakluk kepada terma dan syarat. Hadiah eksklusif hanya layak untuk 50 Pelanggan Pertama yang beratur untuk dapatkan siri HUAWEI Mate50 pada 12 November 2022.

 

Jika anda terlepas berita menarik ini, tertera adalah perkara yang anda perlu tahu mengenai King of Smartphone Huawei:

 

Point and Shoot Seperti Pro

Melompat terus ke tarikan utama Mate50 baharu  adalah  teknologi pengimejan kamera mudah alih terkini, XMAGE, yang mempunyai  apertur fizikal boleh laras 10 saiz, Kamera Ultra Aperture, Mod Super Night, Potret Profesional dan Super Makro.

Dengan memberi tumpuan kepada empat tonggak teknikal;  sistem optik, struktur mekanikal, teknologi pengimejan dan pemprosesan pengimejan  - Mate50 menampilkan kamera mudah alih unik Huawei yang membawa kemajuan ketara dalam sistem pengimejan mudah alih.  Sistem Kamera Ultra Aperture dengan Aperture Fizikal Boleh Laras 10 Saiz, Apertur Terbesar Industri F1.4, Mod Super Night, Potret Profesional, dan Super Makro semuanya termasuk dalam Sistem Kamera XMAGE, yang mengatasi prestasi pendahulunya pada setiap peringkat.

 

Dengan Kata Lain, Anda Tidak Perlukan Pelindung Skrin

Selain itu, versi Huawei Mate50 Pro Orange Vegan Leather menggabungkan skrin dengan teknologi ketahanan seperti Anti-Scratch, Anti-Fall, dan tahan air sehingga kedalaman 6 meter.

Pensijilan tahan jatuh kaca lima bintang yang pertama dari SGS Switzerland, KunLun Glass, menubuhkan standard baru untuk ketahanan skrin. Dengan ketahanan sepuluh kali lebih kuat daripada siri Mate sebelumnya hasil daripada 10-quadrillion level nanocrystal pada skrinnya.

 

Bateri yang Lebih Pintar, Penggunaan Yang Lebih Lama

Peranti utama ini juga dilengkapi dengan teknologi bateri yang dipertingkatkan dengan Super Energy Boosting Technology untuk memaksimumkan sepenuhnya keupayaan telefon anda

Untuk mencari titik manis antara hayat bateri, pengecasan pantas dan mudah alih, HUAWEI melengkapkan telefon pintar utamanya dengan 4,700mAh dan 66W HUAWEI SuperCharge. Di samping itu, Mod Kecemasan Bateri Rendah daripada HUAWEI menggabungkan bateri spesifikasi tinggi dan  teknologi SuperEnergy Boosting untuk memanfaatkan sepenuhnya potensi telefon anda. Membolehkan anda terus berjalan walaupun berada dalam keadaan yang sukar, memberi anda sehingga 2 jam standby atau sehingga 12 minit panggilan telefon dengan hanya 1% bateri.

 

Langkah-Langkah Dipertingkatkan Untuk Melindungi Privasi Pengguna

Tidak perlu risau lagi kerana maklumat peribadi anda selamat dengan Huawei AppGallery kerana ia mempunyai pemeriksaan keselamatan terbina. Dengan mekanisme pemeriksaan privasi 4 peringkat yang menyediakan privacy lengkap dalam apa jua keadaan:

 

       Pengesahan nama sebenar developer

       Empat langkah pemeriksaan keselamatan

       Keselamatan pemasangan

       Operasi pertahanan

 

HUAWEI memastikan bahawa aplikasi selamat dari peringkat pembangunan sehingga ia dipasang dengan pemeriksaan keselamatan terbina dalam. Dengan hanya satu klik, pengguna boleh mengimbas virus, menyemak scammer, melindungi privasi anda, dan petua keselamatan.

 

Memperkenalkan EMUI13

Dalam meneruskan matlamat mereka untuk mewujudkan antara muka pengguna yang produktif dan cekap, Mate50 akan menjadi yang pertama untuk menggunakan EMUI13 untuk memberikan pengguna mereka Super Device Experience.

HUAWEI komited untuk membangunkan antara muka pengguna yang menyenangkan dari segi estetika dan fungsi. EMUI13 merangkumi elemen antara muka pengguna yang dipertingkatkan melalui Widget Perkhidmatan yang boleh memaparkan semua data yang diperlukan oleh pengguna. Tidak lupa fungsi di belakang tabir, EMUI13 akan membantu anda membebaskan sehingga 20GB ruang pada peranti anda dengan menggabungkan data yang serupa, memampatkan program yang jarang digunakan, dan mencegah muat turun berlebihan yang mungkin tidak diketahui oleh pengguna.

 

Untuk maklumat lanjut, mengenai berita terkini atau promosi mengenai Siri Mate50, sila layari Laman Web Rasmi HUAWEI, laman Facebook atau Instagram rasmi HUAWEI.

 

- END -

 

 

 

 

 

About HUAWEI Consumer Business Group (CBG) Malaysia

Huawei's products and services are available in more than 170 countries and are used by a third of the world's population. Fourteen R&D centres have been set up in countries around the world, including Germany, Sweden, Russia, India and China. Huawei Device BG is one of Huawei's three business units and covers smartphones, PC and tablets, wearables and cloud services, etc. Huawei's global network is built on over 30 years of expertise in the telecom industry and is dedicated to delivering the latest technological advances to consumers around the world.

 

Issued on behalf of HUAWEI Consumer Business Group (CBG) Malaysia by S&L Integrated Public Relations Sdn Bhd:

 

For further information kindly contact:

Eunice Wong, Senior Partner, PR Director Southeast Asia

Mobile: +6012 287 7368

Email: eunice@slpr.com.my

 

Emily Kou, Senior PR Executive

Mobile: +6014 735 3066

Email: emily@slpr.com.my

 

Muhaimin Muhamed, PR Executive

Mobile: +6016 456 8569

Email: muhaimin@slpr.com.my