Logo KBBA

November 22, 2022

PAKAI SUNSCREEN BERAPA KALI SEHARI? | MARI IKUT CARA MEMILIH DAN MEMAKAI SUNSCREEN YANG BETUL

Assallammualaikum

Hello semua, korang sudah pakai sunscreen hari ini? haa..pada yang belum pakai sunscreen, cepat-cepat pergi pakai kerana sunscreen merupakan salah satu ruitn penjagaan wajah yang penting. Rugi sahaja kalau korang pakai serum dan krim mahal tetapi tidak memakai sunscreen. Selain untuk melindungi wajah dari sinaran matahari, sunscreen juga berguna untuk mencegah penuan dan risiko pelbagai jenis masaalah kulit. 

Bukan mudah yer untuk mencari sunscreen yang sesuai dengan kulit kita terutama yang mempunyai masaalah kulit sensitif seperti Shailla. Kalau hendak di hitung rasanya pelbagai juga sunscreen yang Shailla cuba. Kebanyakkannya membuat kulit Shailla menjadi breakout. Kalau muka dah breakout memang makan masa untuk pulih. Ada juga sunscreen yang buat muka menjadi bertambah oily, icty dan tumbuh jerawat. Kesan salah pilih sunscreen ini juga berbeza-beza bergantung pada induvidu. Macam Shailla lebih kepada oily dan jerawat. 

Menyedari sunscreen sangat penting dalam kehidupan harian, jadi Shailla tidak putus asa untuk mencari sunscreen yang sesuai untuk kulit Shailla. Tambah kulit muka Shailla telah kelihatan tompok-tompok jeragat kecil. Beberapa bulan yang lalu, Shailla akhirnya bertemu dengan sunscreen yang sesuai dengan kulit muka Shailla. 


Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature

Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature dari Hansaegee Nature mengandungi Glycerin, Sodium Hyaluronic & Allantoin ini dapat mengurangkan dan mengelakkan keradangan kulit. Ekstrak Aloe Vera yang terkandung dalam sunscreen ini juga dapat menenangkan kulit dari masalah kulit seperti kemerah-merahan dan kegatalan. Memang sesuai untuk kulit sensitif macam Shailla. 

Shailla memilih Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature sebagai my current favorite sunscreen adalah kerana dengan melihat beberapan ciri yang ada pada sunscreen ini. Korang juga boleh jadikan ia sebagai panduan jika korang ingin memilih dan membeli sunscreen.

3 Kebaikan Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature

Menghalang sinar mataharii (sun protection)
Melembapkan kulit (Moisure Skin)
Menenangkan Kulit (Claming Skin)



Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature adalah sunscreen mempunyai SPF50 dan PA+++ yang tinggi bagi melindungi kulit dan menghalang sinaran UVA dan UVB. Ingredients terkandung di dalam sunscreen ini dapat merawat kulit kita selama dan setelah terdedah pada sinar matahari. Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature ini selamat digunakan dan ianya bebas dari bahan-bahan yang merbahaya antaranya ialah Alcohol-Free, Paraben-Free, Silicon-Free, Sulfate-Free, Allergen-Free. Sangat bagus untuk korang yang kulit sensitif dan mudah iritasi terhadap bahan-bahan tersebut.

Bahan-Bahan Utama :

Glycerin, Sodium Hyaluronic & Allantoin

Kandungan Ekstrak Tumbuhan Semulajadi :

Aloe Barbadensis Leaf Juice, Centella Asiatica Extract, Morus Alba Bark Extract, Orchird Extract.

Bahan utama yang terkandung dalam Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature adalah seperti Glycerin, Sodium Hyaluronic & Allantoin ini dapat mengurangkan dan mengelakkan keradangan kulit. Ekstrak Aloe Vera yang terkandung dalam sunscreen ini juga dapat menenangkan kulit dari masalah kulit seperti kemerah-merahan dan kegatalan.. Jadi kulit korang akan nampak sihat dan berseri. 


Texture Cream Soft Dan Moisture

Texture Aloe Vera Sunscreen ini  Oil Free /Tidak Berminyak dan Light Weight /Ringan. Memiliki aroma segar kerana bau aloe vera.Selain itu, kulit korang akan terasa lembap sahaja ketika menggunakannya. Kalau  korang lihat  warna krim ini adalah berwarna putih dengan light green color cream. Tetapi korang jangan risau jika pakai, ia tidak memberi kesan white cast pada muka korang. Muka korang juga tidak akan nampak bercapuk. Selain itu, texture yang tidak berminyak sangat mudah dibersihkan dan tidak menempel di dalam pori. Memang mesra wudhuk. Boleh refer entry Shailla ( LINK) sebelum ini tentang Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature.


Cara Guna Sunscreen

Kalau untuk aktiviti seharian, cukup hanya gunakan sunscreen dengan SPF 30. Apabila korang melakukan aktiviti sepanjang hari ditempat yang terkena sinar matahari secara langsung, gunakan sunscreen wajah dengan SPF 50.


Berapa banyak korang perlu pakai sunscreen ini  adalah seeloknya dua jari. Korang boleh menggunakan sunscreen setelah menggunakan pelembap. Sapuan pada semua permukaan kulit yang terdedah (termasuk di pelipat-pelipat). Seeloknya memakai sunscreen 30 minit lebih awal sebelum korang keluar rumah. Sunscreen perlu dipakai setiap 3 hingga 4 jam. Ini kerana kulit tetap jadi gelap walaupun dah pakai sunscreen jika terdedah bawah matahari dalam jangka masa yang lama.

My Experience

Ketika menggunakan Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature ini, Shailla tertarik dengan teksturnya yang ringan, mudah meresap dan no whitecast.  Tona kulit muka Shailla yang berwarna medium, tidak membuat wajah Shailla menjadi bercapuk dan nampak putih pelik. Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature ini hanya terlihat seperti memakai tone-up cream. Ia juga sesuai dijadikan sebagai make up base. 

Kulit muka Shailla jenis combination dan lebih cenderung kepada kulit mudah berminyak . Dengan Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature  ini, mampu mengawal minyak dengan baik, tanpa membuat kulit kering. Kulit terasa tetap terjaga kelembapannya walaupun terdedah dibawah matahari yang agak lama.


Shailla memiliki pori-pori yang besar, biasanya sunscreen akan masuk ke dalam pori-pori dan membuat pori-pori yang tersumbat. Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature ini, tidak menyumbat pori-pori yang boleh menyebabkan jerawat.

Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature terasa sangat nyaman di kulit Shailla yang sensitif dan cenderung mudah berjerawat. Nak tahu sunscreen itu sesuai atau tidak dengan korang, biasanya kulit akan menjadi  kemerahan dan ruam-ruam seperti iritasi, kemudian beberapa hari kemudian akan muncul jerawat. Shailla telah menggunakan sunscreen ini selama hampir 3 hingga 4 bulan  dan aku tidak melihat adanya tanda-tanda breakout.


Akhirnya bertemu juga  sunscreen yang sesuai dengan kulit sensitif Shailla. Shailla sangat rekomen korang guna Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature ini terutama untuk korang yang kulitnya sensitif, wajib cuba!


Untuk maklumat lanjut dan membeli produk Hansaegee Nature :

Brand: Hansaegee Nature 





Terima Kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan