Assallammualaikum ❤️
Pejam celik pejam celik kita telah menghampiri bulan yang mulia iaitu bulan ramadhan. Bagaimana dengan persiapan korang untuk bertemu dengan bulan ramadhan kali ini? Macam Shailla agak teruja kerana tahun ini Shailla dapat sambut ramadhan dirumah sendiri. Macamana agaknya nanti yer.. Hihihi.
Baru-baru ini, Shailla dapat merasa dua menu dari Lapowey. Memandangkan hari khamis lepas giliran Shailla berkerja jadi makan tenghari Shailla rancang untuk tempah sahaja. Bukan tidak boleh makan di kedai bawah, tetapi bila makan sorang-sorang ini ibarat macam putus cinta pula jadi Shailla terus tempah makanan di Lapowey. Menu yang Shailla ambil adalah nasi putih bersama ikan masam manis dan briani ayam merah. Asal Shailla ingat nak makan sorang sahaja, tetapi tukar fikiran untuk bawa ke rumah untuk makan bersama keluarga.
Antara dua menu yang Shailla cuba adalah nasi putih bersama ikan masam manis dan briani ayam masak merah.
Shailla memilih nasi putih bersama ikan masam manis dengan gabungan sayur brocoli yang menjadi kesukaan Shailla semestinya memenuhi citrasa Shailla. Kurma dia juga sedap. Bila makan sahaja kurma terus merindui suasana saat berbuka puasa bersama keluarga.
Manakala suami Shailla pula memilih nasi briani bersama ayam masak merah dan jelatah memang menambat rasa. Shailla dan suami bertukar-tukar merasa kedua-dua menu. Bagi Shailla untuk set makan dia agak banyak dan mengenyangkan. Walaupun kami suami isteri berkongsi dan bertukar-tukar makanan, masih juga tidak berjaya menghabiskanya kerana kekenyangan.
Apa yang Shailla suka tentang tentang Lapowey adalah korang akan mendapat air mineral serta kurma secara PERCUMA. Selain itu, penghantaran juga adalah percuma PERCUMA untuk kawasan sekitar Lembah Klang Sahaja.
Memandangkan bulan Ramadhan yang akan tiba ini juga, elok jika dapat berkongsi rezeki dengan insan-insan dalam kesusahan atau memerlukan. Amalan bersedekah ini bukan hanya terbatas kepada wang ringgit malah ia meliputi makanan seperti kuih-muih dan juga hidangan makanan kepada orang ramai yang pahalanya sangat besar di sisi Allah SWT.
Bagaimana Cara Untuk Infaq Dengan Lapowey
Kalau korang nak tahu,korang boleh membeli makanan di Lapowey dan menginfaqkan kepada orang-orang yang lebih memerlukan. Memandangkan sekarang negara kita dilanda Covid19, pasti ramai yang punca pendapatannya terjejas. Jika ada badan koperat atau individu yang ingin berkongsi rezeki bersama dengan mereka yang memerlukan boleh menggunakan perkhidmatan dari Lapowey.
Korang sebagai pihak peng’Infaq atau penderma hanya perlu membuat tempahan kepada pihak Lapowey mengikut menu yang korang pilih serta kuantiti pax yang diperlukan.Terdapat 6 menu pilihan yang yang boleh korang pilih seperti dibawah ini:Pihak Lapowey juga akan memuat naik bukti kepada pihak penderma dan media sosial (tanpa mendedahkan maklumat penderma) bahawa infaq makanan telah selesai disampaikan bagi pihak penderma.
#LapoweyXkbba9 #ProjekInfaqRamadhan2021 #JalanKeSyurga #MurahMeriah #SaidilaLifestyle
#kbba9 #kelabbloggerbenashaari