November 29, 2021

Safi Youth Gold Untuk Kulit Lebih Muda Dari Usia Sebenar

Assallammualaikum,

hai semua, kali ini Shailla ingin kongsikan satu produk yang boleh menganjal dan mengurangkan dagu berlapis untuk wajah tampil. Kepada semua yang memiliki dagu berlapis macan Shailla pasti teruja untuk mengetahui produk apakah itu kan. 

Kalau Shailla sebut nama produk ini mesti semua tahu kerana ia telah wujud dari zaman Shailla remaja lagi. Produk itu adalah produk dari Safi. Safi adalah jenama penjagaan kulit Halal No.1 di Malaysia.

Safi baru-baru ini telah melancarkan produk rangkaian terbaru mereka iaitu Safi Youth Gold yang dahulunya dikenali sebagai Safi Rania Gold. Rangkaian baharu ini bertujuan untuk mensasarkan pada mereka yang mencari produk kulit anti-penuaan dengannya formulasi yang lebih baik dan pembungkusan yang lebih menarik pada harga yang berpatutan tanpa menjejaskan keberkesanan produk . Selaras dengan keperluan pengguna semasa, Safi Youth Gold memperkenalkan dua item terkini dalam rangkaian yang membantu mengurangkan masalah penuaan kulit seperti dagu berganda dan kulit kendur yang berpotensi mengurangkan keyakinan terhadap wanita moden masa kini. 


Safi telah mengeluarkan dua produk terbaru mereka iaitu The Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum dan Lifting 24K Serum Cleanser . Apa yang menarik tentang produk ini adalah boleh mengurangkan Double Chin sebanyak *50% dalam masa 15 minit sahaja agar kulit muka nampak kelihatan lebih muda dengan kulit yang lebih terangkat, berkontur dan berseri. *50% ahli panel merasakan pengurangan dagu berganda berdasarkan penggunaan Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum. 


Shailla telah menggunakannya hampir seminggu. Apa yang Shailla perasan adalah kulit Shailla terasa lebih anjal dan lembut. Shailla sangat suka bau dia yang sangat menyenangkan. Korang akan rasa segar sahaja selepas menggunakannya. 

Rangkaian baharu antipenuaan dan menganjal Safi Youth Gold dengan formulasi dipertingkatkan dari Safi Rania Gold. Menganjal dan mengurangkan dagu berlapis untuk wajah tampil lebih anjal, runcing & tirus. Paling menarik adalah Safi Youth Gold ini berkesan dalam hanya 15 minit. Korang akan tampil atau nampak lebih muda dari usia sebenar. Apa pandangan korang? Muka Shailla ada nampak lebih runcing dan muda dari usia sebenarnya tak?hihihi.

Paling penting Safi Youth Gold diperkaya dengan Duo Age-Correcting Actives, gabungan Golden C & Ceramide untuk memberi 7 Dimensi Pembaharuan Keremajaan Kulit iaitu :

Menegangkan kulit 
Meningkatkan keanjalan 
Mengurangkan garis halus & kedutan 
Meningkatkan kelembapan kulit 
Melindungi kulit dari pengoksidaan 
Meningkatkan kehalusan kulit 
Memperbaiki kulit rosak 

*Berdasarkan ujian saintifik & klinikal*

SAFI Youth Gold Lifting 24K Serum Cleanser


Pembersih yang diselitkan serum emas 24K yang lembut dan menegangkan dengan bahan aktif memulihkan keremajaan Triple Gold, Asid Super Hyaluronic Acid dan Anti PM2.5 yang membersihkan secara lembut sambil melembapkan dan menegangkan kulit untuk kulit yang licin, lembap dan lebih tegang.

Teknologi Golden C-Lift menggabungkan bahan anti-penuaan yang  berkuasa, mengangkat bahan Golden C dan Nano Gold 24K yang memberikan penembusan yang dipertingkatkan lebih dalam ke dalam lapisan kulit untuk membaiki mikro, menyerikan dan menaikkan kulit yang menua, memastikan ia kekal muda, tegang dan terangkat.

Golden C – Antioksida super yang melindungi kulit daripada penceroboh luaran yang berbahaya dan memperbaiki struktur kulit mikro dengan menggalakkan pertumbuhan semula kulit.
Nano Gold 24K – Mengembalikan keanjalan dan menghaluskan tekstur kulit dengan berkesan untuk kulit yang anjal dan terangkat.
Triple Gold – Melindungi kulit daripada kerosakan radikal bebas, menggalakkan keanjalan kulit dan memberikan kulit berseri muda.
Super Hyaluronic Acid – Mengunci kelembapan kulit dengan berkesan, menghidrat secara intensif dari dalam dan meningkatkan keanjalan kulit untuk kulit yang terhidrat dan melenting.

SAFI Youth Gold Lifting Golden-C Duo Serum

Formula serum ringan yang mujarab dan mujarab diperkaya dengan Duo Age-Correcting Actives of Golden C dan Ceramide 3 yang berkuasa untuk memberikan Pembaharuan Keremajaan Kulit °7D dengan mengangkat kulit, meningkatkan keanjalan dan keanjalan, mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan, meningkatkan kelembapan kulit, melindungi kulit daripada pengoksidaan, meningkatkan kehalusan kulit dan membaiki kulit yang rosak. *Hasil pengangkatan yang boleh dilihat seawal 15 minit untuk kulit yang muda, tegang dan terangkat.

*Berdasarkan ujian saintifik dan klinikal

Teknologi Golden C-Lift menggabungkan bahan penentang usia yang maju dan berkuasa, mengangkat bahan Golden C dan Nano Gold 24K yang memberikan penembusan yang dipertingkatkan lebih dalam ke dalam lapisan kulit untuk membaiki mikro, menyerikan dan menaikkan kulit yang menua, memastikan ia kekal muda, tegang dan terangkat.

Golden C – Antioksida super yang melindungi kulit daripada penceroboh luaran yang berbahaya dan memperbaiki struktur kulit mikro dengan menggalakkan pertumbuhan semula kulit.

Nano Gold 24K – Mengembalikan keanjalan dan menghaluskan tekstur kulit dengan berkesan untuk kulit yang anjal dan terangkat.

Ceramide 3 – Menguatkan lapisan kulit untuk mengunci kelembapan, menghaluskan tekstur kulit dan meningkatkan berseri, cahaya yang sihat.

Kalau korang nak dagu runcing & muka tirus boleh beli sekarang di semua cawangan farmasi Watsons, Guardian, Aeon Wellness dan Caring serta laman e-dagang rasmi Wipro Unza di Shopee & Lazada dengan harga berpatutan hanya RM59.00. 

Lifting Golden C Duo Serum - https://bit.ly/3izM0fm 

Lifting 24K Serum Cleanser - https://bit.ly/3FpssEj

Sekian Terima Kasih

November 24, 2021

Tips Bercuti Bersama Keluarga

Assallammualaikum

Memandangkan sekarang ramai yang pergi bercuti, jadi Shailla pun rasa rancang ingin pergi bercuti juga bersama keluarga. Kemana agaknya lokasi menjadi pilihan Shailla yer? Hurmmmm.

Dalam perancangan adalah hendak pergi pada bulan 12 ini. Kebetulan mak cik buat kenduri kahwin anak dia di Perak jadi alang-alang pergi ke sana, pergi bercuti sekali la.


Majlis perkahwinan ini berlangsung di Taiping Perak. Tetapi rasanya sebelum pergi ke Taiping mungkin akan naik ke Penang dahulu kerana untuk melihat rumah arwah tok. Rumah itu sudah lama terbiar, banyak kenangan ada disitu. Kalau korang lihat seperti gambar diatas, haaa.. Itulah rumah arwah tok Shailla. Memang sudah tidak nampak rumah dah. Tidak tahulah apa yang ada dalam itu. 

Rancang PerjalananTerlebih Dahulu

Sebelum pergi bercuti, kita perlu membuat rancang awal agar percutian kita terlebih dahulu agar perjalanan semasa percutian berjalan lancar. Jadi apa yang kita perlu rancang? Masa Shailla selalu akan buat beberapa perkara ini sebelum pergi bercuti seperti :

Lokasi

Sebelum pergi ke mana-mana semestinya kita perlu tahu lokasi mana yang akan kita tuju. Tanpa lokasi memang akan jadi kalang kabut percutian korang nanti. 

Macam Shailla, lokasi arah tuju Shailla adalah Taiping Perak dan Penang. Percutian ini merupakan percutian 3 hari 2 malam. Shailla akan menginap di Penang selama 2 malam barulah turun ke Perak. Jadi lokasi utamanya adalah Penang sebelum pergi ke Taiping. 

Penginapan 

Sudah dapat lokasi barulah kita mencari penginapan di lokasi yang kita rancang itu.Shailla rancang untuk mencari penginapan area dalam bandar atau berdekatan dengan pulau kerana mudah untuk pergi ke tempat-tempat menarik sekitar situ. Untuk penginapan Shailla memilih apartment ataupun homestay yang memiliki 2 bilik kerana Shailla bawa mama dan abah sekali jadi lagi elok kalau duduk satu rumah dari duduk bilik hotel asing-asing.

Shailla juga ada mencari tempat penginapan di dalam google dan beberapa platform travel untuk menempah penginapan staycation Shailla. Salah satunya adalah seperti di platform Traveloka. Ini adalah antara platform kesukaan Shailla jika ingin menempah penginapan kerana memang "user friendly" dan mudah untuk membuat tempahan.

Korang hanya perlu masukkan butiran hari dan jumlah keluarga. Kemudian butiran lokasi. Macam Shailla ingin pergi ke Pulau Pinang jadi Shailla cari hotel Penang

Untuk memudahkan pencarian, boleh pilih "filter" atau tapisan. Kalau hendak penginapan mempunyai kolam, jadi boleh tanda kolam.

Mana-mana penginapan yang menjadi pilihan, Shailla akan tanda suka untuk memudahkan Shailla membuat perbandingan dan memilih mana yang terbaik.

Agenda

Agenda juga sangat penting semasa percutian korang. Rancang mana tempat yang korang hendak pergi kerana selain memudahkan, ia juga dapat menjimatkan masa. Antara tempat-tempat menarik di Penang yang boleh dikunjungi seperti :

Wonderfood Museum


Alamat: Ground Floor, Dewan Sri Pinang, Light Street, Penang, 10200 | Lebuh Pantai Georgetown 10300 Penang (Sebelah CIMB bank)

Penang 3D Trick Art Museum


Alamat: 10 Lebuh Penang, Georgetown, 10200 Pulau Pinang

The Top Penang


1, Jalan Penang, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang, Malaysia

The Habitat Penang Hill


Jalan Bukit Bendera, 11500 Bukit Bendera, Pulau Pinang, Malaysia

Senarai tempat yang Shailla senaraikan diatas ini, korang boleh dapatkan tiket di platform Traveloka tau. Selain terkenal dengan tempat-tempat menarik, Penang juga terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang berasaskan rempah seperti nasi kandar, roti canai yang dimakan dengan kuah kari pekat, pasembur dan banyak lagi. Memang syurga makanan! kalau sudah sampai sana jangan lupa pula untuk pergi tempat makan yang sedap-sedap ini. 

Periksa Kenderaan

Ketika hendak pergi bercuti, memang kita akan rasa teruja dan seronok tetapi jangan lupa untuk periksa kenderaan terlebih dahulu. Seperti tayar, break, minyak hitam dan alatan kecemasan agar dapat mengurangkan risiko tersadai tepi jalan dan sebagainya.

Apapun, kita perlu sentiasalah berhati-hati semasa pergi bercuti, tambah lagi bagi yang menuju ke destinasi yang jauh bersama keluarga tersayang. Semoga tips ini memberi manfaat kepada korang semua.

Sekian, Terima Kasih.
Logo KBBA

WARNAI RAMADAN DI KLANA BEACH RESORT PORT DICKSON – SAJIAN NASI PADANG & SELERO NEGERI SEMBILAN

  Assallammualaikum Hai semua, minggu lalu Sha berkesempatan menghadiri pelancaran Bufet Ramadan 2024 bertemakan Nasi Padang & Selero Ne...