Assallammualaikum
Hai semua! apa khabar? diharap korang dan kelurga di dalam keadaan sihat selalu. Seperti mana tahu, Covid sekarang semakin mengganas. Sana sini kita lihat keluarga yang terjejas bukan sahaja kesihatan malah kewangan kerana Covid. Semoga semua yang terjejas itu terus tabah dan diberikan rezeki berlipat kali ganda.
Bercerita tentang rezeki, Alhamdullilah minggu yang lalu, Shailla berkesempatan merasai keenakkan menu terbaru dari Marrybrown iaitu Marrybrown Eatalian . Bila sebuat sahaja tentang "Eatalian" pasti semua sudah tahu yang menu Marrybrown kali ilham dari negara Italia yang indah!. Marrybrown terkenal menghidangkan ayam rangup, nasi lemak wangi dan selalu memperkenalkan "sesuatu yang berbeza" dalam setiap hidangan.
Bersempena dengan Ulangtahun Ke-40 Marrybrown (rantaian makanan segera Halal terbesar di negara ini) telah meningkatkan prestasi dengan memastikan bahawa mereka tetap setia pada misi mereka ketika menyediakan sesuatu yang berbeza. Menyemarakkan semangat mengembara di Malaysia dengan makanan bertema Around the World terbaru mereka, Marrybrown Eatalian yang bakal ditemui pada 5 Ogos 2021. Sempena dengan tema Around the World, Marrybrown ingin membawa rasa menggoda untuk penduduk tempatan dengan gabungan perasaan seperti berada didunia luar tetapi dekat rumah dengan setiap gigitan.Kombo MB Spaghetti yang digabung dengan Crispy Chicken kesayangan kami dan cawan Coca-Cola yang menyegarkan bermula dari RM19.90. Ayam Ranggup Marrybrown seperti selalu memang sangat ranggup dan untuk Shailla agak pedas sedikit. Pedas dia itu mula-mula makan okay boleh layan lagi, tetapi makin lama makin pedas cuma belum sampai tahap berasap telinga la lagi..hahaha.
Selain itu, korang juga boleh menikmati Sup Cendawan yang sangat sesuai bagi yang suka untuk dijadikan permbuka selera atau bagi yang ingin menikmati sesudu sup halus dan lembut pada hari yang tenang. Korang boleh pilih untuk menambah apa-apa ini ke menu yang ada dari RM2.50 atau nikmati sendiri dari RM3.80. Sup Cendawan ini merupakan makanan kegemaran buat anak-anak Shailla. Bukan main berselera anak-anak Shailla makan terutamanya si abang Makan ketika suam-suam memang tak terkata keenakkannya.