September 22, 2015

Throwback : IPC Shopping Center

Assallammualaikum,


Hai semua, apa khabar? Diharap dalam keadaan sihat selalu. Semasa shaila berjalan-Jalan di IPC Shopping Center, Shaila terperasan ada satu pameran. Jadi Shaila singgahlah untuk melihat. Shaila tidak ingat pula apa nama pameran itu, tetapi pameran ini berciri hari raya dan suasana kampung. Antara yang di pamerkan di situ adalah seperti congkak seperti gambar diatas.


Selain itu terdapat juga serkup ayam, beberapa bakul daripada rotan, tikar menkuang, nyiru dan bemban yang turut dipamerkan disitu.


Reban ayam dan juga anak ayam palsu turut juga di pamerkan di situ. haaa...sampai tergolek0golek ayam itu dibuatnya..huhuhu.


Shaila sempat mengambil gambar di rumah yang turut disediakan untuk para pengunjung mengambil gambar. Kalau tengok dari latar rumah itu memang meriah dengan lampu-lampu di pasang.Memang terserlah tema hari raya di kampung..memang nampak menarik dan kreatif.Okay sampai di sini sahaja entry shaila, jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih

September 12, 2015

Food Review : Resepi Puding Roti

Assallammualaikum,


Hai semua apa khabar? di harap dalam keadaan sihat sejahtera. Okay, kali ini shaila hendak berkongsi resepi puding roti. Shaila tidak sempat ambil banyak gambar jadi shaila akan kongsi secara lisan resepi puding roti ini.

Bahan-Bahan

1. Roti Garnier 6 keping di potong dadu
2. Susu cair 2 cawan
3. Gula Halus setengah cawan
4. Butter 1 sudu makan
5. Essen Vanilla 1 sudu makan
6. Telur 2 biji
7. Kismis


Cara - cara memasak

1. Panaskan susu di dalam periuk hingga mendidih.
2. Kemudian masukkan roti yang telah di potong ke dalam periuk. Kacau rata agar roti itu tenggelam.
3. Masukkan gula, garam dan butter. Kemudian kacau rata. Biarkan seketika
4. Apabila bahan sudah sejuk sedikit, masukkan telur dan essen vanilla.
5. Letak kismis.
6. Ambil loyang bersize sedang, lenser dengan mentega. Kemudian masukkan bahan-bahan tadi.
7. Ambil 1 lagi loyang bersize besar, masukkan loyang yang mengandungi bahan-bahan tadi ke dalam loyang besar. Masukkan air panas ke dalam loyang besar untuk di bakar secara steam bath.
8. Bakar pada suhu 180c selama 45 minit hingga 1 jam. Apabila siap di masak, biarkan seketika, barulah potong untuk di makan.

Sekian Terima Kasih

September 08, 2015

Travel Review : Tan Sia Kee Kerpok Sotong Paka Terengganu



Assallammualaikum



Hai semua pembaca, diharap pagi ini lebih ceria dari semalam. Okay entry shaila kali ini adalah tentang keropok sotong? siapa di sini pengemar keropok sotong? pastikan ramaikan. Semasa shaila pergi bercuti di Terengganu, shaila ada singgah di sebuah kedai keropok sotong yang terletak di Paka Terengganu. pemilik kedai ini berbangsa cina.



Semasa kunjungan shaila di kedai ini, shaila disambut mesra oleh seorang aunty dengan senyuman yang tidak lekang di bibir. Aunty ini sangat pasif berbahasa melayu sehingga langsung tiada pelat cine. Kalau ikut dari percakapanya, shaila dapat rase yang dia sudah menetap di Terengganu lebih dar 10 tahun.Seperti yang semua lihat, kedai aunty ini hanyalah menjual keropok sotong dan juga keropok ikan. Kebanyakkan keropok di sini adalah dari jenama kedai ini sendiri. Untuk keropok sotong, harganya adalah rm15 sepeket.



Ini adalah keropok pilihan kami. Keropok sotong ini, bila di goreng akan menjadi besar dan rasanya juga sedap. Selalunya keropok ini di minati di kalangan kanak-kanak. Orang dewasa juga tidak kurangnya kalau di hidang, tidak sampai setengah jam..selesai...okay sampai disini sahaja entry shaila, jumpe lg di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih.

September 07, 2015

Food Review : Western Food at Foodjem

Assallammualaikum


Haiiii...apa khabar semua? diharap dalam keadaan sihat sejahtera. Okay, entry shaila kali ini adalah berkenaan makanan. Baru-baru ini, shaila berkesempatan pergi makan di sebuah kedai bernama foodjem.


Kedai ini lebih kepada western food. Kebanyakkan masakkanya lebih kepada seafood. Shaila tertarik dengan decoration dan juga enviroment yang nampak cantik dan tenang ketika berada di dalam kedai ini.


Ini adalah makanan yang shaila pesan. Nama untuk makan ini adalah mega spin. selain mega spin, satu lagi makanan yang famous di kedai ini adalah foodjem. Untuk pengetahuan semua, makanan sampai makan masa lebih kurang 1 jam atau lebih kerana order yang banyak. Walaupun bagaimana pun shaila telah di beritahu tentang kelewatan itu semasa order, jadi kita boleh buat pilihan sama ada untuk tunggu atau tidak ketika itu.


Sementara menanti makanan tiba, kami di berikan kentang dan juga nugget. hurmmmm mesti xmau pelanggan lari ini...hahaha..walaupun makanan lambat tetapi shaila sangat berpuas hati dengan layanan mesra yang diberikan.Okay sampai sini sahja entry shaila kali ini,jumpe lagi di entry akan datang.

sekian terima kasih.

Logo KBBA

WARNAI RAMADAN DI KLANA BEACH RESORT PORT DICKSON – SAJIAN NASI PADANG & SELERO NEGERI SEMBILAN

  Assallammualaikum Hai semua, minggu lalu Sha berkesempatan menghadiri pelancaran Bufet Ramadan 2024 bertemakan Nasi Padang & Selero Ne...