Showing posts with label Daily Life. Show all posts
Showing posts with label Daily Life. Show all posts

June 21, 2023

Blog www.shazillahsani.com Sudah Bertukar Wajah

 Assallammualaikum, sudah lama rasanya Sha tidak aktif dalam menulis blog. Bukan apa kadang lebih kepada kengkangan masa. Minggu ini Sha sudah mula aktif kembali cuma berapa kerap aktif itu Waallahualam. Buat masa ini memang Sha hanya buat entry yang ringkas dan santai sahaja. Cuma bila melibat entry berbayar barulah karang dengan lebih teliti.

Kadang-kadang buka blog tengok entry yang publish, Ya Allah sedihnya kerana sikit sangat. Kesian blog ini sudah berhabuk dan hampir berkarat. Mujur tersedar kembali dan gilapkan kembali blog ini dari terus terkubur. Kalau korang tengok pun design blog ini Sha buat seringkas yang boleh untuk nampakkan ia lebih minimalist. Cuma kalau ada keluar beberapa iklan adsense itu, pejamkan mata sahaja kerana ia telah di set secara automatik jadi ia akan keluar sesuka hati dan di mana-mana sahaja dia hendak muncul. Kalau korang hendak klik pun, lagi sha alu-alukan.

Blog ini sudah mencecah 11 tahun memang sayang. Dulu memang meriah dengan komen dan sapaan dari rakan-rakan blogger yang lain. Dari sini juga Sha mengenali blogger yang lain sehinggalah rezeki dapat masuk kelab Abang Sado iaitu Kelab Ben Ashaari. Rasanya tanpa blog ini memang Sha tidak berpeluang mengenali beliau dan blogger-blogger yang lain. 

Okay, akhir kata, semoga Sha terus Istiqomah untuk meneruskan penulisan blog www.shazillahsani.com ini. Walaupun hanya sekadar karang dan baca sendiri tetapi cukup untuk memberi kenangan dan peringatan.

Sekian.Terima Kasih

October 23, 2020

Power Mata Areez Berkurang

Assallammualaikum


06/10/2020, genap sebulan Areez menggunakan cermin mata. Hari itu juga merupakan hari dia periksa untuk di Hospital Pakar Kanak-kanak KL.

Alhamdulillah, hasil pemeriksaan yang yang dilakukan power mata operation Areez berkurang dari 300 lebih ke 200 ratus lebih. Minta selepas ini power mata dia akan semakin berkurangan. 

Pemeriksaan yang lalu mendapati ada garis halus seperti benang pada kanta baru itu. Jika garis itu masih ada, Areez kena buat lasee untuk buang garis halus itu. Pada pemeriksaan kali ini mendapati garis itu yelah tiada. Jadi Areez tidak perlu lagi menjalani laser. 

Sekarang apa yang perlu Areez buat adalah melatih mata operation itu agar dia seimbang dengan mata normal. Apa yang Areez perlu buat adalah menutup mata normal dan menggunakan mata operation dengan jangka masa sekurang kurangnya 2 jam sehari agar mata operation itu tidak menjadi malas. 


Areez ada cerita yang doktor memuji cermin mata dia cantik.. Hihihi. Haaa kalau nak tahu, cermin mata itu Shailla beli Kedai cermin mata menjadi pilihan Shailla semestinya Kedai Cermin Mata Eye Pro Vision. Kedai CERMIN MATA MURAH DENGAN LENS ALPHA BLUE 420. Lokasi kedai cermin mata Eye Pro Vision Sungai ini terletak di Sungei Wang Plaza. 

Alhamdulillah, sedikit sebanyak cermin mata ini telah membantu mengurangkan power mata Areez. Sebenarnya bukan hanya doktor sahaja memuji cermin mata Areez cantik, malah ramai juga yang berkenan dengan rekaan cermin mata yang di pilih oleh Areez sendiri. 

Kalau korang hendak lihat lebih banyak lain rekaan cermin mata yang cantik-cantik, boleh lihat maklumat dibawah ini:




Contact:
William - 016 3771304

Alamat: 

Lot G1111,
Ground Floor,
Sungei Wang Plaza,
Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur.

Terima Kasih

April 11, 2020

BABAH PERGI BUAT SELAMANYA

Assallammualaikum ❤️


Semalam iaitu 10/04/2020 merupakan mimpi ngeri buat kami sekeluarga di mana tepat pukul 8 pagi, Babah telah pergi buat selamanya. Macam nak luruh jantung ini bila kakak beritahu Babah sudah tiada. Ketika itu rasa kosong, macam tidak percaya pun ada dan macam mimpi pun ada.

April 09, 2020

SAMBUT HARI LAHIR AREEZ SYAHMI KE 5 TAHUN

Assallammualaikum ❤️


Alhamdulillah, pada 06 April 2020 Areez Syahmi telah mencecah umur 5 tahun. Sekejap sahaja masa berlalu. Sambutan tahun ini serba sederhana dan ringkas memandangkan PKP.

March 09, 2020

MATA KANAN AREEZ ADA KATARAK

Assallammualaikum ❤️


Hai... Macam dah lama tidak menulis blog. Hari ini saja nak kongsi dengan korang berita yang menyedihkan buat Shailla sekeluarga dimana anak sulung Shailla mengidap Katarak pada mata belah kanan.

December 15, 2019

Aqeef Muntah dan Cirit Birit

Assallammualaikum ❤️


Hai semua, hurmmm.. Hari ini Aqeef tiba-tiba muntah dan cirit birit. Risau betul rasa hati tengok dia muntah banyak tadi. 

March 08, 2019

Pengalaman Harungi Ribut

Assalamualaikum


Pengalaman yang tidak dapat dilupakan hari ini dimana balik elok sampai depan flat floral ribut kuay. Bayangkan dahan pokok besar-besar jatuh berdebuk kena cermin dan bumbung kereta. Dalam hati berdoa agar tidak ada mana-mana pokok yang tumbang sebab kiri kanan memang ada pokok besar.

Masuk simpang, haishhh tidak boleh teruskan ni sebab angin kuat sangat sampai mengkaburi pemandangan .. Dalam hati risau takut kereta terbang melayang๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚. Terus buat keputusan berhenti kejap depan rumah pak long tunggu sampai hujan reda.
Nak keluar simpang rumah pak long.. Fulamakk kereta berderet.. Macamana nak mencelah ini? Tunggu sajalah sampai satu van bagi laluan.. Alhamdulillah

Masuk simpang tepi projek itik, elok sampai jambatan, tengok ada kereta kena himpap besi. Kereta lain pulak bagi lampu beam supaya patah balik. Lemah betul kalau bab patah balik di kawasan sempit, tambah pula bila bawa kereta panjang macam pesona. Terkial-kial undur kereta takut terlanggar kereta lain.

Sepanjang jalan keluar ke jalan utama, kiri  kanan pokok tumbang. Jalan habis dipenuhi dengan ranting dan daun pokok. Terlihat beberapa kedai dan rumah turut rosak. Signboard serta bumbung melayang sana sini. Gerai kecil tepi jalan tu tak payah cakaplah habis payung terbang. Perniaga sibuk mengutip barang-barang di tepi jalan.
Ribut kecil pun sudah rasa gentar. Bagaimana pula perasaan orang seberang hadapi tsunami.. Masyaallah.. Semoga semua berada dibawah lindungan Allah.. Amin.

Terima Kasih

November 19, 2018

Tragedi Rumah Di Masuki Air Banjir

Assalamualaikum ๐Ÿ’•

Khamis lalu, sewaktu pulang dari tempat kerja memang hujan tengah lebat. Sesampainya Shailla di trafik light dekat rumah, Shailla tengok air membuak-buak turun dari kem longkang area kem askar melempah ke jalan raya. Memang ketika itu jalan raya pun telah ditenggelami air. 

Sebaik sahaja sampai ke penurun bukit area rumah Shailla, terus kereta berderet berhenti dan patah balik. Memandang jalan satu hala, Shailla terpaksa buka lampu kecemasan untuk memberitahu kereta belakang agar mengundur kereta ke belakang. Sikit demi sikit Shailla undur kereta ke balakang sehingga sampai ke persimpangan ke masjid terus pusing dan parking kereta di masjid. Beberapa minit kemudian, abah Shailla datang ambil Shailla di masjid dengan membawa payung.



Ketika turun ke bawah jalan raya lorong rumah Sha, air dalam juga lebih sikit dari paras buku lali Sha. Tetapi ketika itu air masih lagi jernih.


Ini merupakan keadaan rumah Shailla ketika itu. Kedua-dua kereta abah Shailla masih di garaj kereta. Sebelum ini pun memang air akan naik tapi hanyalah air jernih seperti lopak dan kemudian surut. Jadi kami semua sekeluarga masih tenang sambil pantau keadaan sekeliling.


Air yang tenang jangan di sangka tiada buaya. Tiba-tiba air berwarna kuning datang dari arah depan. Terus kami sekeluarga cemas.



Abah Shailla kalang kabut alihkan kedua-dua keretanya ke kawasan lebih tinggi dengan harapan keretanya akan selamat. 


Manakala mama Shailla sibuk dalam misi menyelamatkan ayam dan juga arnab. Tidak lupa bunga orkid kesayangannya.. Hihihi. 


Air naik terlalu pantas, kami sempat selamatkan barang-barang mana yang sempat sahaja. Sedang sibuk menyelematkan barang yang berada di lantai, tiba-tiba Shailla terperasan beg laptop Shailla atas lantai! Ketika itu belah bawah beg sudah basah. Sepantas kilat angkat keluarkan laptop dari cover laptop yang sedikit basah di bahagian bawah dan camera juga cover dia sedikit basah. Terus keringkan di atas almari. Dalam hati ketika itu berdoa agar kedua-duanya selamat.

Abah Shailla hampir jatuh tangga luar pintu dapur akibat tergelincir. Nasib dia sempat berpaut pada pintu. Namun bergerak juga pintu itu ke tepi kena air kuat. Anak buah nak tarik pun tidak sempat. 


Setelah air surut, kami pun menjalankan operasi membersihkan rumah. Dari depan rumah hinggalah ke dapur. Sedang leka membersihkan rumah di bahagian dapur, suami Shailla pula tergelincir di tempat yang sama abah Shailla tergelincir tadi. Terduduk suami Sha di lantai luar rumah. Pinggang dia terandas tangga rumah. Memang mengah juga dia ketika itu. Badan pula ada kesan tergeser sikit. Sehingga kini pinggang dia masih terasa sakit. Memang penat mengemas satu rumah. Habis sakit-sakit satu badan. Keting kaki memang terasa tegang dan sakit.

Kemudian abah Shailla pergi melihat keadaan kedua-dua keretanya. Teksi dapat di hidupkan manakala naza citra sehingga sekarang gagal di hidupkan. Bukan sahaja kereta abah Shailla jadi mangsa, lorong rumah Shailla ada 5 biji kereta lagi yang tenggelam air dan tidak boleh di hidupkan. 


Keesokkan harinya, kolam ikan sudah tukar jadi kolam ikan keli. Penuh dengan air lumpur. 


Kereta abah Shailla masih tersadai tidak boleh di hidupkan. Dengan keadaan sekeliling rumah yang berlecak. Dengan segala sampah sarap dan barang-barang yang hanyut merata tempat. 

Anak arnab Shailla juga tidak dapat dikesan mungkin tertimbus di dalam lubang ketika air masuk ke dalam reban. Yang tinggal hanya arnab yang besar sahaja.

Ketika Shailla berada di dalam kesulitan akibat rumah dinaiki air banjir , ada lagi yang teruk dilanda musibah ini. Jiran belakang rumah habis  peti ais terbalik. Jiran tepi rumah, habis almari baju semua tumbang terendam air banjir. Jiran hujung sana tu, beberapa barang katering hanyut, kena beli baru. Semoga ada hikmah disebalik kejadian ini. Amin.

Terima Kasih kepada semua yang memberikan sokongan. Shailla sangat menghargainya. 

July 02, 2018

Raya Aidilfitri 2018

Assallammualaikum ❤️


Hai semua, apa khabar? Baru kali ini shailla berkesempatan untuk update entry Raya Aidilfitri 2018. Memandangkan masih dalam bulan raya lagi, jadi tidak terlewatkan untuk sha update entry. 


Raya kali ini, Shailla dan keluarga sambut dengan suasana sederhana tetapi meriah. Seminggu sebelum sambutan Hari Raya, kami sempat bergotong royong buat wajik sirat. 


Raya tahun ini agak istimewa sikit kerana abah shailla dapat set pakaian raya dari pihak Jakel Malaysia. Teringat shailla ketika memberitahu abah, bahawa dia mendapat hadiah set pakaian raya dari pihak Jekal, teruja betul dia. Awal-awal lagi sudah minta shailla gosokkan baju itu untuk dia pakai di pagi raya nanti. 


Manakala shailla satu keluarga juga bergaya dengan pakaian Jakel juga. Ini merupakan tahun keempat shailla beraya dengan pakaian dari jakel. Shailla suka membeli pakai di Jakel Shah Alam berbanding Jakel KL. Sebenarnya warna kuning mustard ini dari tahun lepas lagi kami rancang untuk beli, tetapi memandang anak pulak tiada size, jadi tahun ini, kami sekeluarga berjaya mendapat warna idaman.


Pada raya ketiga, kami sekeluarga melawat tok nek di Manjung, Perak. Sebaik sahaja habis menziarahi tok nek, kami singgah sebentar di Jeti Lumut untuk bersiar-siar sambil membeli barang.


Tiap-tiap tahun selalunya pada hari raya kedua, kami sekeluarga akan beraya di klang iaitu rumah saudara mara belah ibu mertua. Tetapi untuk tahun ini, kami beraya di klang pada raya keempat.


Kalau nak tau, di tangga ini adalah tempat wajib tiap-tiap tahun kami ramai-ramai bergambar. Anak tengok cerita matilanak tak? Haaa... Ada beberapa scene diorang lakonkan di rumah ini. Okay sampai di sini sahaja entry shailla kali ini, jumpa lagi di entry akan datang

Terima Kasih


February 20, 2018

Aqeef Syamil Turn 1

Assalamualaikum ๐Ÿ’• 


Sudah lama entry ini terperap dalam draft. Bukan apa, hari itu sudah siap, entah ada masaalah apa, hilang habis semua. Hurmmm memang rasa berduka cita untuk karang balik. Tapi tetapku gagahkan jua untuk menyiapkannya. 07 January 2018 merupakan hari lahir anak kedua sha iaitu Muhammad Aqeef Syamil. Untuk kali ini, memang tidak terikat dengan mana-mana tema. Senang bukan, tidak perlu pening kepala perah otak untuk fikir tema.


Majlis sambutan hari lahir Aqeef berlangsung selepas maghrib. Kesemua persiapan kami satu keluarga lakukan sendiri. Kesemua juadah dan lauk pauk adalah hasil air tangan mama sha. Kami sekeluarga sejak pagi hingga ke maghrib bergotong royong membuat persiapan untuk majlis ini.


Selepas maghrib, rombongan muslimah dari bbsb datang untuk membaca bacaan yasin serta doa.


Untuk majlis hari lahir kali ini, mendapat tajaan char keaw teaw serta mee daripada abg chak catering. Kesemua keaw teaw dan juga mee dimasak disitu. Jadi semua tetamu yang datang dapat makan panas-panas.


Sha hanya menjemput saudara mara dan rakan-rakan terdekat sahaja. Selain itu jiran-jiran bersebelahan rumah turut diundang. Memandang esok hari isnin iaitu hari berkerja, memang tidak jangka tetamu yang dijemput akan datang semua. Jangkaan sha meleset kerana tetamu yang datang pada malam itu sangat ramai sehingga tidak cukup tempat duduk. Yang mana tidak dapat duduk terpaksa makan didalam rumah.


Pada malam itu, terasa seperti emak pengantin pun ada. Mana tidaknya penuhlah poket baju sha orang hulur untuk Aqeef. Aqeef juga dapat banyak hadiah baju. Elok jugalah dapat baju, kalau mainan, memang abang dialah yang main. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar malam itu. Hendak tercabut rasa kaki sha dari pagi hingga ke malam tidak henti bergerak. Okay sampai disini sahaja cerita sha untuk kali ini. Jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih ❤️

December 22, 2017

Ujian Saringan HIV untuk Pra Perkahwinan Di Selangor

Assallammualaikum

Hai semua, apa khabar? diharap dalam keadaan sihat selalu. Okay, kali ini shaila hendak menceritakan pengalaman shaila sewaktu menjalani ujian saringan HIV  untuk pra perkahwinan. Sebelum shaila pergi buat HIV Test, shaila google dahulu di dalam internet untuk mendapatkan info tentang Hospital atau klinik kesihatan kerajaan yang buat ujian saringan HIV untuk Pra Perkahwinan. Setelah Shaila mendapat info, shaila telefon dahulu Hospital yang shaila hendak pergi itu untuk mengetahui prosedur menjalani ujian saringan HIV. Macam shaila, office di shah Alam, jadi target shaila adalah klinik kesihatan seksyen 7 dengan seksyen 9. kedua-dua klinik kesihatan ini tidak perlu buat temu janji, boleh terus datang. Ohh lupa hendak bagitahu, untuk mengetahui klinik kesihatan mana yang buat ujian saringan hiv boleh ke laman web JAIS kerana di situ korang boleh mendapat maklumat tentang klinik kesihatan yang buat ujian saringan hiv itu. Pada pagi itu, takdelah pagi sangat pun dalam pukul 11 pagi, shaila pergi ke klinik kesihatan seksyen 9, tetapi rupanya ujian saringan hiv di lakukan pada sebelah pagi. Jadi shaila lepak dahulu kedai mamak dengan kakak saudara then pukul 1 bergerak ke klinik kesihatan seksyen 7.


Setibanya shaila disana, shaila kena naik tingkat 1 untuk mengisi borang, kelihatan di situ beberapa pasangan bakal pengantin telah menunggu. Sementara duduk menunggu kaunter buka, shaila kiralah shaila orang yang ke berapa sampai...hahaha...tepat pukul 2pm kaunter buka terus berdesup pergi ambil borang dan isi. PERHATIAN yer...sewaktu pergi silalah bawa pen sendiri kerana dekat klinik kesihatan tiada disediakan pen banyak kalau ada pun setakat 2 batang, jadi korang terpaksa menunggu giliran untuk mengisi borang. Selepas siap mengisi borang, shaila ke tingkat bawah, ambil nombor untuk ke stesen pertama iaitu membuat pembayaran dan key in data base korang sikit oleh kakitangan klinik kemudian barulah ke stesen kedua iaitu ambil darah.


sementara menunggu giliran itu, jantung tak payah cakap lar..rasa macam hendak tercabut..dup dap dup dap..huhuhu...tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar cuma sakit sikit lar jari yang kena cucuk itu..lebam jugak lar..hahaha


Setelah selesai ambil darah, duduk kembali menanti nama di panggil. apabila nama dipanggil, dia just bagi salinan borang seperti di atas sahaja. masa itu blur jugaklah sebab dekat salinan borang itu yang kita isi tadi, tiada tulis reactive or non reactive. Rupanya since kita dah dapat salinan borang itu, maknanya non reactive hiv lar so boleh lar ke next stage pulak.hikhikhik...Okay sampai sini sahaja entry shaila kali ini..jumpa lagi

Terima Kasih

December 16, 2017

'Expo Negaraku 2017 - Kuala Lumpur ’

Assalamualaikum ๐Ÿ’•


Hai semua, kali ini sha ingin cerita tentang Expo Negaraku 2017 yang telah berlangsung pada 15 November 2017 sehingga 15 December 2017 bertempat di dataran merdeka.


Jika tidak silap sha, terdapat 5 kubah semuanya yang dibina khas untuk ekspo infrastruktur ini. Setiap kubah kalau korang hendak tahu, mempunyai temanya tersendiri.

Kubah Pertama


Tema - Rasa Bertuah Dirasai Bersama

Di dalam kubah ini kita dapat menyaksikan tayang video yang berkisar tentang kehidupan rakyat makaysia yang di limpahi tuah hasil daripada kemajuan infrastruktur negara. Video ini sangat menarik dan kreatif dimana pelajar perempuan di dalam video ini lemah dalam pelajaran dan sering diejek rakan sekelas. Suatu hari cikgu bagi tugasan kepada semua pelajar untuk membentangkan tentang topik infrastruktur negara. Apa menariknya pelajar perempuan ini berjaya menceritakan tentang kemajuan infrastruktur negara dengan mencantumkan lakaran lukisannya dan membuat semua rakan-rakan yang sering mengejeknya merasa terpegun lalu menolongnya melekatkan lakaran itu bersama-sama sehingga mencantum menjadi lakaran besar yang menceritakan tentang kemajuan infrastruktur negara.

Kubah Kedua


Tema - Kemudahan infrastruktur

Di dalam kubah nombor 2 ini pula, apa yang dapat korang lihat disini adalah korang dapat lihat tentang tranformasi kepada kehidupan rakyat Malaysia termasuk lapangan terbang, sistem transit aliran massa hinggake penjana kuasa.

Kubah Ketiga


Tema - Kehidupan dan Kesejahteraan

Untuk kubah ketiga ini pula, apa yang cuba disampaikan disini adalah tentang program dan juga insiatif yang disediakan termasuklah dari aspek Kesejahteraan rakyat,  pertumbuhan ekonomi serta pembangunan inklusif serta lain-lain.

Kubah Keempat


Tema - Gaya Hidup Malaysia

Kubah keempat pula adalah memberi peluang kepada kita untuk melihat video interaktif tentang mengenai komitmen kerajaan dalam memastikan rakyat bebas mengamalkan budaya serta agama masing-masing.

Kubah Kelima


Tema - Masa Depan Kita

Dan kubah yang akhir sekali iaitu kubah kelima adalah bertemakan tayangan interaktif mengenai perancangan pembangunan negara pada masa hadapan dengan kemudahan dan juga prasarana moden serta usaha kerajaan dalam mengekalkan sebuah masyarakat yang aman, damai dan harmoni.

Sesuatu pengalaman yang menyeronok dapat mengunjungi expo negarku 2017 ini. Untuk melewat semua kubah ini, korang akan mengambil masa 45 minit sehingga 60 minit. Okay sampai disini sahaja perkongsian sha kali ini, jumpa lagi di entry yang akan datang.

Sekian Terima Kasih

September 11, 2017

Pertama Kali Sambut Raya Haji di Terengganu

Assalamualaikum ❤️


Hai semua, apa khabar? Di harap dalam keadaan sihat selalu. Okay kali ini sha ingin cerita tentang percutian sha ke Terengganu. Sha jatuh cinta dengan Terengganu ini sejak sha berkahwin dengan suami lagi. Sha cuti bulan madu juga di Pulau Redang, Terengganu.

Ada beberapa perkara yang buat sha jatuh cinta dengan Terengganu ini iaitu pertama adalah pantai dan kedua adalah makanan.

Ketika cuti sempena hari Kemerdekaan dan juga cuti Hari Raya Haji sha dan juga keluarga mertua telah pergi bercuti sambil melawat saudara mara mertua yang berada di sana.

Berbalik pada sambutan Hari Raya Haji di sana, bagi sha sama sahaja dengan di Selangor. Kami telah menyewa homestay milik saudara mertua dan bergotong royong untuk menyediakan juadah Hari Raya Haji seperti ketupat, rendang dan masak lodeh. Pada belah malam pula bergotong royong bakar BBQ.


Barisan model-model yang bergelar mak-mak orang di Hari Raya Haji. Sang suami,  selepas balik sembahyang raya, makan dan terus tidur. Jadi kami sang isteri-isteri sahaja bergambar. Pada Hari Raya Haji kali ini makanya tidak dapatlah lihat sembelihan lembu seperti raya-raya yang lepas. Selepas sembahyang jumaat, kami semua bergerak ke rumah saudara yang terletak di Bandar Ketengah Jaya Dungun, Terengganu.

Sudah masuk makan tenghari, masa untuk makan!  sha akan sambung lagi cerita tentang Terengganu di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih ๐Ÿ’•

July 28, 2017

Merasai Naik Mrt dari Sungai Buloh ke Stadium Kajang

Assallammuaikum ❤️


Pasti ramai yang telah naik Mrt sampai ke Kajangkan. Ahad lepas shailla bersama family shailla dan juga mertua pergi merasai sendiri naik Mrt dari Sungai Buloh hingga Stadium Kajang. Dari rumah, kami menaiki bus Mrt ke station Sungai Buloh. Areez adalah orang paling seronok bila dapat naik bus. Bising mulut dia ketika berada didalam bus dan menjadi perhatian ramai.


Ketika kami sampai ke station sungai buloh, orang agak ramai juga dan kena beratur panjang untuk beli tiket. Untuk pengetahuan semua, mesin tiket hanya untuk tiket dewasa manakala untuk warga emas kena beratur beli tiket dikaunter. Masa kami banyak terbuang dibahagian tiket kerana pada mulanya husband terus beratur dikaunter, bila sampai kaunter kena pergi beli tiket dekat mesin pula. Bila dimesin pula, warga punya tidak boleh, kena beratur balik dekat kaunter.



Perjalanan dari sungai buloh hingga stadium kajang memang terasa jauh kerana banyak station kena berhenti memang kematu rasa punggung duduk dalam train. Akhir sampai juga ke lokasi yang dituju iaitu satay kajang hj samuri. Kalau korang tengok suasana dekat restoran satay kajang hj samuri nampak tenang sahajakan.



Sebenarnya inilah hakikat yang korang perlu terima. Orang memang terlalu ramai. Untuk order kena beratur hampir sejam jugaklah dan terpaksa menunggu orang habis makan untuk mendapat tempat yang memang penuh. Kami bernasib baik sebab semasa menanti tempat duduk ada satu family offer duduk dimeja mereka kerana sudah habis makan. Mungkin ketika itu mereka lihat ada shailla dukung aqeef bersama keluarga dan mertua shailla, sebab itu mereka beri laluan pada kami.


Macam biasa, rasa satay kajang ini memang tidak mengecewakan. Rasanya memang nikmat. Ditambah kuah yang sedap dan daging yang gemuk memang terbaik walaupun kene beratur panjang. Setelah habis makan, kami pun beredar ke taman permainan yang terletak bersebelahan satay kajang itu. Kemudian setelah solat maghrib, kami pun beratur untuk beli tiket balik. Setibanya di Sungai Buloh ada bus ke rahman putra telah menanti, tetapi malangnya kami tidak sempat naik dan menjangka ada beberapa bus lagi ke rahman putra akan tiba, malang itu satu-satunya bus pada malam itu. Lebih kurang sejam lebih juga tunggu bus itu pusing balik ke stesen sungai buloh. Sempat jugalah si areez berak. Hahaha. Akhirnya pukul 10.45 malam baru kami sampai rumah. Okay sampai disini sahaja perkongsian shailla, jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih ๐Ÿ’•

July 27, 2017

Aqeef Masuk Wad Kerana Jangkitan Paru-Paru

Assallammuaikum ❤️


Pada minggu lepas, anak shailla telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Pada mulanya hanya deman biasa jadi pada hari rabu, shailla telah membawanya ke klinik biasa. Pada keesokkan harinya, demam dia masih sama tidak berubah.

Untuk dijadikan cerita, pada hari jumaat petang, abah shailla call. Katanya muka anam shailla sudah hampir biru dan nafas tercungap-cungap.

Shailla terus minta time off dan drive balik ke rumah. Memang time itu shailla tekan minyak 140/160 km juga. Tambah lalu highway jadi tiada masalah untuk shailla pecut.

Setibanya sampai dirumah, ketika itu hampir waktu asar. Selesai asar terus bergegas ke emergency sungai buloh. Ketika dikaunter daftar terus salah seorang staff disitu check dan mengarahkan anak shailla dibawa ke zon merah.

Ketika didalam zon merah, terus staff memeriksa dada anak shailla. Kemudian mereka buat xtray dan ambil darah. Pada mulanya shailla masih lagi cool tetapi seelok sahaja wayar dipasang dibadan dan dimasukkan gas oksigen, terus shailla rasa cuak.

Hasil daripada pemeriksaan doktor mendapati paru-paru anak shailla ada penuh kahak dan juga jangkitan kuman. Malam itu juga anak shailla dimasukkan ke wad paediatric 8c. Selepas dimasukkan disitu, gas oksigen akan diberikan setiap 3 jam sekali. Doktor juga akan datang melawat. Tangan anak shailla juga dimasukkan air melalui jarum kerana anak shailla memang tidak lalu makan mahupun minum susu. Sejak malam itu, bermula kehidupan shailla dihospital


Hari pertama,subuh lagi, nurse sudah kejut untuk periksa, beri gas oksigen dan juga sedut kahak aqeef. Kalau korang hendak tahu, melihat anak korang disedut kahak adalah pengalaman paling menyedihkan. Kesian sangat tengok aqeef. Dokktor akan datang dalam pukul 9 pagi untuk periksa pesakit. Shailla memang mengharap agar ketika doktor aqeef, aqeef boleh boleh. Malangnya doktor tidak benarkan balik. Setiap 3 jam aqeef akan dibekalkan gas oksigen dan antibiotic. Selain itu juga aqeef kena makan ubat deman. Kemudian pukul 2 petang doktor akan datang periksa kembali. Memang hari pertama itu agak mati kutu jugalah kerana ini merupakan pengalaman pertama shaillla jaga orang sakit dihospital. Tengahari pula pasti mama dan abah shailla datang menghantar makanan. Kemudian petang mereka akan datang kembali melawat aqeef. Doktor akan datang melawat balik. Kemudian pukul 8am doktor akan datang kali ketiga untuk periksa aqeef.


Hari kedua, keadaan aqeef masih sama. Aqeef masih demam dan nafas bergerak laju. Antibiotic masih lagi on. Setiap 3 jam kena masuk gas dan 5 jam sekali sedut kahak.


Hari ketiga, pagi-pagi lagi sudah nampak senyum aqeef, wahhh seronok rasa hati. Mana tidaknya, sepanjang aqeef tidak sihat memang tidak nampak langsung senyuman yang mampu mencairkan semua hati wanita. Pada hari ketiga keadaan aqeef semakin baik. Tetapi nafas dia masih laju. Masih juga deman dan cirit birit..ohhhh ya, sejak hari pertama, shailla ada task tau dimana dokyor meminta shailla mencatat masa aqeef makan, minum, berak dan kencing. Paling seronok adalah kalau berak dan kencing sebelum buang kena timbang dan catat okay!! Hahahah.


Pada hari keempat, aqeef masih lagi ditahan kerana antibiotic belum habis dan nafas aqeef juga masih laju. Gas oksigen juga dari 3 jam sekali menjadi 6 jam sekali. Pada hari keempat aqeef tidak lagi menjalani proses sedut kahak. Doktor macam biasa akan datang tiga kali sehari untuk periksa. Pada malam hari pula kami dipindahkan ke bilik sebelah. Apa yang best adalah kedua-dua bilik dalam itu hanya ada 4 orang pesakit dan shailla dapat ditepi tingkap. Sambil menjaga aqeef boleh lihat pemandangan dari atas rasa tenang. Niat dihati shailla ingin siapkan task produk review. Baru beberapa kali ambil beberapa keping gambar tiba-tiba nurse datang. Apa lagi, terus terbantut niat.


Pada hari kelima, aqeef tidak lagi demam. Nafas aqeef juga tidak lagi laju. Hari kelima ini special sikit sebab ada beberapa bakal doktor datang melawat. Aqqef jadi bahan experiment la kejap dimana sorang-sorang datang memeriksa aqeef. Macam biasa semua cair melihat senyuman aqeef sehingga ada pelajar lelaki dari luar negara mendoakan agar aqeef menjadi doktor juga kelak... Aminnn.. Rutin macam biasa, aqeef masih lagi kena sedut gas dan antibiotic. Cuma pada sebalah malam, kami berpindah ke tingkat 7. Di tingkat 7 agak sedikit berbeza, dimana disini, shailla duduk diruang yang terbuka belah kanan 6 katil dan belah kiri ada 6 katil tengah-tengah laluan. Disini kita boleh lihat pelbagai jenis jantina dan golongan. Suami shailla minta bilik second class, tetapi buat pengetahuan semua, hospital sungai buloh tiada namanya kelas!! Semua sama sahaja. Belah shailla ada 4 katil sahaja berpenghuni ketika itu dan semuanya ibu-ibu yang menjaga anak, jadi tidaklah rasa tertekan sangat cuma belah malam masuk lagi 1 penghuni yang dijaga oleh bapanya disebelah shailla. Tapi tiada masaalah pun kalau nak tido... Tarik jelah langsir tutup.


Hari keenam, alhamdulillah setelah diperiksa oleh doktor, hari ini aqeef sudah boleh balik memandangkan ubat antibiotic telah habis malam tadi dan aqeef juga tidak demam. Tengahri itu, shailla terus call abah shailla untuk menjemput kami kerana husband shailla kerja. Lega rasanya dapat balik rumah. Selain itu kesian dengan areez berpisah dengan adik dan shailla selama 6 hari. Ini merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Semoga aqeef terus sihat selalu kerana cuti ibu sudah habis.. Hahaha. Okay sampai disini sahaja entry shailla, jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih ๐Ÿ’•
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...