December 22, 2017

Ujian Saringan HIV untuk Pra Perkahwinan Di Selangor

Assallammualaikum

Hai semua, apa khabar? diharap dalam keadaan sihat selalu. Okay, kali ini shaila hendak menceritakan pengalaman shaila sewaktu menjalani ujian saringan HIV  untuk pra perkahwinan. Sebelum shaila pergi buat HIV Test, shaila google dahulu di dalam internet untuk mendapatkan info tentang Hospital atau klinik kesihatan kerajaan yang buat ujian saringan HIV untuk Pra Perkahwinan. Setelah Shaila mendapat info, shaila telefon dahulu Hospital yang shaila hendak pergi itu untuk mengetahui prosedur menjalani ujian saringan HIV. Macam shaila, office di shah Alam, jadi target shaila adalah klinik kesihatan seksyen 7 dengan seksyen 9. kedua-dua klinik kesihatan ini tidak perlu buat temu janji, boleh terus datang. Ohh lupa hendak bagitahu, untuk mengetahui klinik kesihatan mana yang buat ujian saringan hiv boleh ke laman web JAIS kerana di situ korang boleh mendapat maklumat tentang klinik kesihatan yang buat ujian saringan hiv itu. Pada pagi itu, takdelah pagi sangat pun dalam pukul 11 pagi, shaila pergi ke klinik kesihatan seksyen 9, tetapi rupanya ujian saringan hiv di lakukan pada sebelah pagi. Jadi shaila lepak dahulu kedai mamak dengan kakak saudara then pukul 1 bergerak ke klinik kesihatan seksyen 7.


Setibanya shaila disana, shaila kena naik tingkat 1 untuk mengisi borang, kelihatan di situ beberapa pasangan bakal pengantin telah menunggu. Sementara duduk menunggu kaunter buka, shaila kiralah shaila orang yang ke berapa sampai...hahaha...tepat pukul 2pm kaunter buka terus berdesup pergi ambil borang dan isi. PERHATIAN yer...sewaktu pergi silalah bawa pen sendiri kerana dekat klinik kesihatan tiada disediakan pen banyak kalau ada pun setakat 2 batang, jadi korang terpaksa menunggu giliran untuk mengisi borang. Selepas siap mengisi borang, shaila ke tingkat bawah, ambil nombor untuk ke stesen pertama iaitu membuat pembayaran dan key in data base korang sikit oleh kakitangan klinik kemudian barulah ke stesen kedua iaitu ambil darah.


sementara menunggu giliran itu, jantung tak payah cakap lar..rasa macam hendak tercabut..dup dap dup dap..huhuhu...tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar cuma sakit sikit lar jari yang kena cucuk itu..lebam jugak lar..hahaha


Setelah selesai ambil darah, duduk kembali menanti nama di panggil. apabila nama dipanggil, dia just bagi salinan borang seperti di atas sahaja. masa itu blur jugaklah sebab dekat salinan borang itu yang kita isi tadi, tiada tulis reactive or non reactive. Rupanya since kita dah dapat salinan borang itu, maknanya non reactive hiv lar so boleh lar ke next stage pulak.hikhikhik...Okay sampai sini sahaja entry shaila kali ini..jumpa lagi

Terima Kasih

8 comments:

  1. skrg ni org peknen pun kena buat ujian HIV jugak...rules baru..huhu

    ReplyDelete
  2. Dulu pun risau masa buat ujian HIV ni eventhough kita tak da kaitan pun dengan dadah atau yang berkaitan. Bagus juga buat saringan ni

    ReplyDelete
  3. Happy Besday Shailla!! Tengah2 google pasal prosedur nak buat HIV test kat area selangor ni terjumpa plak entri Shailla ni.. membantu sangat!!! lagi-lagi mcm iols yang tengah cari tempat nak buat HIV test ni..neves wooo....

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum , nak tanya borang hiv test tu dapat dari mana ea sebab hari sya pegi klinik sungai besi , dia minta borang tu kat saya. Saya pun blur xtau ambik kat mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.

      Kalau awak buat ujian hiv ni untuk requirement kahwin, awak kena isi borang 'Permohonan untuk kebenaran kahwin'

      Kat situ ada sekali borang ujian hiv untuk awak bawa ke klinik.

      Delete
    2. Sy nk temujanji ujian hiv betul ke atida temujanji

      Delete
    3. Borang permohonan kahwin tu isi online ke

      Delete

Logo KBBA

WARNAI RAMADAN DI KLANA BEACH RESORT PORT DICKSON – SAJIAN NASI PADANG & SELERO NEGERI SEMBILAN

  Assallammualaikum Hai semua, minggu lalu Sha berkesempatan menghadiri pelancaran Bufet Ramadan 2024 bertemakan Nasi Padang & Selero Ne...