March 30, 2019

Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur Bufet Iftar

Assallammualaikum


Hotel Seri Pacific kuala Lumpur amat sinonim dengan sajian bufet iftar yang bercirikan tradisional mengikut citarasa masyarakat yang majmuk. Lokasi bufet iftar terletak di tingkat 4, Atrium sehingga ke kolam renang dan Restoran Zende di aras lobi.



Dengan berkonsepkan 'sajian Tradisi Zaman ke Zaman' yang disediakan khas oleh barisan chef yang mempunyai pengalaman lebih dari 20 tahun di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur iaitu diketuai oleh Chef Eksekutif Steven. G dan Chef Saad dari dapur sajian Melayu. Sha rasa ini adalah alasan utama untuk korang berkunjung ke sini.



 Ayam Panggang Percik Kuah Putih - Kelantan

 Nangka Masak Lemak Gelang Patah - Johor

Udang Rendang Daun Kunyit - Perak


Kalau korang hendak rasa pelbagai hidangan tradisional yang terkenal mengikut 14 negeri-negeri di Malaysian maka sinilah tempat harus di tuju.


Selain itu hidangan lain yang turut tersedia disini seperti Ikan Masin Goreng Belada, Sambal Hijau & Merah, Telur Masin dan Kacang Tanah Goreng Berlada.



Dengar sahaja 'Sajian Tradisi Zaman ke Zaman' macam tidak lengkap jika tiada ulam ulaman. Antara ulam yang terdapat disini seperti Kacang Botol, Pegaga, Selom, Daun Ceylon, Ulam Raja, Dsun Pegaga, Pucuk Gajus dan banyak lagi.

Ehhh..Takkan ulam sahaja! Mana pencicahnya?. Pencicahnya pastilah ada seperti Sambal Belacan, Cencalok, Budu, Tempoyak Cili, Sambal Gesek, Cincaluk, Budu, Sambal Nenas dan Sambal Mangga.
Kalau korang perasan botol comel belakang pencicah itu adalah Jeruk Kelubi, Jeruk Ceremai, Jeruk Betik dan Jeruk Mangga.

Rojak buah dari Pulau Pinang serta Pecal Sayur Parit Sulong dari Johor turut juga terdapat disini. Sambil tulis entry ini rasa terliur pula. Mana tidaknya terbayang buah mangga yang Sha makan bersama rojak..  Fuhhh.. Memang sedap.


Pada yang suka akan kueh muih tradisional, di sini juga ada seperti Tepung Talam, Keria, Renggas, Ketayap, Seri Muka, lepat Pisang, Bingka Pisang, Kuih Sago Mata Ikan, Sago Gula Melaka, Cucur Badak, Putu Mayam, Kuih Apam, Kolie Kacang, Onde-Onde, Kuih koci dan Kastard Jagung.


Terdapat pelbagai juga kek yang boleh korang pilih seperti Mini Mango Cheese, Chocolates Torte, Mini Black Forest, Bananamisu, Fruit Flan, Mirror Cake, Chocolate Charlotte, White Chocolate Mousse, Lemon Meringue, Creme Brule, Crucomboush, Assorted French Pastries dan 14 jenis Jelly PuddingMemang rambang mata nak pilih mana satu.. Hihihi

Manakala dibahagian luar tersedia stall yang menyajikan pelbagai jenis makanan seperti :

Sushi Abang Sai

Warong Mee Padang Tembak

Fried Kway Teow Teluk Ansin

Shell in Pantai Remis

Kambing Bakar Abang Burn


Sup Gear Box Power Seri Pacific KL

Harga Early Bird – Tempah sebelum 15hb April 2019
RM90 nett dewasa
RM45 nett kanak-kanak (5 – 12 tahun)
Harga Buffet Ramadhan 2019 Seri Pacific Hotel KL
RM120 nett dewasa
RM60 nett kanak-kanak (5 – 12 tahun)
Tempahan
Untuk tempahan korang hubungi 03-4042 5555
Website : www.seripacifichotel.com
Facebook : www.facebook.com/seripacificofficial
Instagram : www.instagram.com/seripacifichotelKL

Sekian Terima Kasih

March 28, 2019

Kedai Emas Hajjah Halijah S/B Kedah

Assallammualaikum


Wanita dengan emas, memang tidak dapat dipisahkan. Walaupun tidak keliling pinggan, sebentuk cincin pun sudah cukup memberi erti bagi insan yang bergelar wanita.

Kedai Emas Hajjah Halijah



Kilauan Emas Mengelip Mata

Kelebihan membeli dengan kedai Emas Hajjah Halijah (KEHH) adalah  merupakan pilihan no1 rakyat kedah. Mudah berurusan dan juga sebab paling utama, dapat semai sifat kekeluargaan.

Kelebihan lain yang boleh korang dapat dari KEHH adalah :

*Beli emas percuma emas
*Hadiah istimewa setiap pelanggan kesayangan 
*Ilmu emas setiap hari di Facebook 
*Harga berpatutan( bandingkan harga kami)
*Kualiti emas sejak 28 tahun
*Kepuasan pelanggan, Keutamaan kami👍
*Cuci emas percuma
*Harga istimewa setiap minggu
*Belian semula dgn hrga yg tinggi atau trade in
*Nilai saling mengahargai

Bagaimana pula dengan kualiti?


Produk dari KEHH ini nampak lebih kemas dan cantik kerana mereka menitik beratkan kualiti dari segi kandungan peratusan atau nilainya mengikut keselesaan kebendaan itu sendiri. Istimewanya lagi adalah kilauan dari emas KEHH memukau serta membuat mata korang mengelip. Korang boleh datang dan rasai sendiri. korang juga boleh membeli secara pembelian secara online jika malas atau susah untuk ke kedai yang terletak di Kedah iaitu Sungai Petani, Jitra, Kangar dan Alor Setar.


Korang juga boleh menjadi ahli untuk dapatkan lebih ganjaran istimewa. Bila korang daftar sebagai ahli kedai, korang akan dapat diskaun rm10/gm. Berpandukan slogan “Kepuasan Anda Keutamaan Kami” pasti korang tidak merasa rugi untuk membeli emas bersama KEHH.

Team KEHH Gerbang Dunia Emas Anda!
Terima kasih semua pelanggan kesayangan
Kedai emas hajjah halijah pilihan
No 1 rakyat kedah perlis sejak 1992

"KEPAKARAN KAMI MEMBANTU PARA WANITA DI LUAR SANA TAMPIL YAKIN DAN KELIHATAN LEBIH ANGGUN DENGAN PERHIASAN YANG EKSKLUSIF"

Facebook 

Instagram 

WHATSAPP

Telegram Dropship 

PM  atau Hubungi di talian

📞: 04-4212499 (Sg. Petani)
📞: 04-9174499 (Jitra)
📞: 04-9772399 (Kangar)
📞: 04-7329799 (Alor Setar)

Sekian Terima Kasih

March 14, 2019

Aladdin and The Malaysian Treasures Ramadan Buffet, Best Western i-City Shah Alam

Assalamualaikum ❤️


Aladdin and The Malaysian Treasures Ramadan Buffet di The View Cafe Level 5, Best Western i-City Shah Alam merupakan salah satu tempat yang korang kunjungi jika ingin berbuka puasa bersama keluarga dan juga kawan-kawan . Terdapat lebih 160 jenis juadah melayu yang boleh korang pilih mengikut selera masing-masing.


Mulai 6 Mei 2019 sehingga 3 Jun 2019 dari 7.00PM - 10.00PM, The View Cafe Level 5, Best Western i-City Shah Alam mempersembahkan hidangan buffet ramadhan yang mampu membuat korang rasa teruja untuk menikmati semua jenis makanan melayu terdapat di situ. Bermula dari pembuka selera, salad, sup, juadah utama, pencuci mulut, gerai-gerai yang membuat masakkan secara langsung.


Antara harta bernilai iaitu buah tempatan Malaysia yang tidak lapuk dek hujan tidak lekang dek panas tidak lain tidak bukan buah durian kampung.



Bermula dari pembuka selera, korang boleh nikmat pelbagai jenis kurma dan juga buah-buahan.



Selain itu terdapat pelbagai jenis ulam seperti salad, timun, tomato, kacang botol dan lain-lain. Selalu bila kita dengar pasal ulam pasti terbayang juga pencicah diakan? Korang boleh pilih kuah pencicah yang tersedia seperti sambal belacan.




Seterusnya adalah lauk utama menanti korang disana. Bermula dari Kari Kepala. Ikan, Daging Masak Hitam, Mutton Varuval, Ayam Masak Berempah, Udang Sambal Tumis Petai, Baked Honey Pumpkin, Lamb Shoulder bersama Mint Creamy Sauce, Teriyaki Honey Beef, Kambing Lada Hitam, Iris Lamb Stew, Beef Stroganoff , Bamboo Clam bersama Cili. Steamed Fish Teochew Style danl ain-lain.



Jangan lupa juga untuk melihat gerai-gerai yang terdapat di luar Cafe ini. Terdapat 13 buah gerai yang menyajikan masakan secara langsung. 



Antara makanan yang boleh korang cuba adalah seperti Rojak Campur, Okonomiyaki, Teppanyaki, Shawarma, Pasta Station, Bolognaise, Lala Meat Char Kuey Teow.


Ikan Bakar, Lamb Shoulder, Slice Beef, Otak-otak, Yong Tau Foo, Murtabak dan Arabic Marinated Roasted Whole Lamb.



Penuhi pinggan korang dengan pencuci mulut yang lazat lavi menarik seperti Ice-Cream, Malay Kuih, Bread dan Butter Pudding, French Pastries  Assorted Mousse ,Jelly, Chocolate Fountain  Baklava, Tapai Dodol, dan banyak lagi.

Di bahagian lobby Hotel terdapat Miniature 'Rumah Melayu' yang akan membuat korang terkenang kenangan ketika zaman kanak-kanak. Terdapat juga Pelita, Buluh, Lemang dan Api mengambarkan suasana 'Malay Kampung' . Hiasan di dalam tema Cafe juga turut menerapkan sentuhan Arabic. Untuk memeriahkan lagi suasana, pihak Hotel membuat cabutan setiap hari kepada semua pelanggan.


Untuk pertanyaan lanjut dan tempahan di The View Cafe Level 5, Best Western i-City Shah Alam, tolong hubungi 03-55219000 atau email sales@bestwestern-icity.my

Early Birds Specials & Booking

Aladdin and The Malaysian Treasures Ramadan Buffet

Tarikh : 6 Mei 2019 - 3 Jun 2019
Masa : 7.00PM - 10.00PM
Tempat : The View Cafe Level 5, Best Western i-City Shah Alam
Harga : RM119 Dewasa / RM69 Kanak-kanak / warga Emas

*Tempah Early Bird Voucher bermula dati sekarang 13 March 2019 - 30 April 2019 untuk mendapatkan harga istimewa RM99 Dewasa. Jika korang datang berkumpulan, orang ke 10 percuma, tidak perlu bayar apa-apa. Jadi dari 10 orang, hanya 9 orang dewasa sahaja yang perlu bayar.

Sekian Terima Kasih

March 08, 2019

Pengalaman Harungi Ribut

Assalamualaikum


Pengalaman yang tidak dapat dilupakan hari ini dimana balik elok sampai depan flat floral ribut kuay. Bayangkan dahan pokok besar-besar jatuh berdebuk kena cermin dan bumbung kereta. Dalam hati berdoa agar tidak ada mana-mana pokok yang tumbang sebab kiri kanan memang ada pokok besar.

Masuk simpang, haishhh tidak boleh teruskan ni sebab angin kuat sangat sampai mengkaburi pemandangan .. Dalam hati risau takut kereta terbang melayang😂😂. Terus buat keputusan berhenti kejap depan rumah pak long tunggu sampai hujan reda.
Nak keluar simpang rumah pak long.. Fulamakk kereta berderet.. Macamana nak mencelah ini? Tunggu sajalah sampai satu van bagi laluan.. Alhamdulillah

Masuk simpang tepi projek itik, elok sampai jambatan, tengok ada kereta kena himpap besi. Kereta lain pulak bagi lampu beam supaya patah balik. Lemah betul kalau bab patah balik di kawasan sempit, tambah pula bila bawa kereta panjang macam pesona. Terkial-kial undur kereta takut terlanggar kereta lain.

Sepanjang jalan keluar ke jalan utama, kiri  kanan pokok tumbang. Jalan habis dipenuhi dengan ranting dan daun pokok. Terlihat beberapa kedai dan rumah turut rosak. Signboard serta bumbung melayang sana sini. Gerai kecil tepi jalan tu tak payah cakaplah habis payung terbang. Perniaga sibuk mengutip barang-barang di tepi jalan.
Ribut kecil pun sudah rasa gentar. Bagaimana pula perasaan orang seberang hadapi tsunami.. Masyaallah.. Semoga semua berada dibawah lindungan Allah.. Amin.

Terima Kasih

March 01, 2019

Pupuk Minat Membaca Bersama Set Happy Meal Readers

Assalamualaikum ❤️

Hai semua, apa khabar? Hari ini Shailla ingin berkongsi dengan korang tentang satu program yang boleh memupuk minat membaca terutama di kalangan anak-anak.

Selalu kalau kita beli set Happy Meal pasti dapat permainan. Sebenarnya ini yang dinantikan oleh anak-anak bila membeli set Happy Meal ini. Kalau korang nak tahu, bukan sahaja hanya kanak-kanak, Shailla sendiri pun terjebak menanti permainan apa  yang keluar bila beli set Happy Meal. Ada suatu ketika, McDonald’s ada mengeluarkan koleksi kereta dan Hello Kitty. Ketika itu, memang Shailla kumpul setiap koleksi yang keluar..Hahaha
Untuk kali ini Mcdonald's telah membuat kelainan yang baru dengan tidak lagi mengeluarkan set permainan. Sebaliknya mereka memperkenalkan program Happy Meal Readers. Program Happy Meal Readers ini merupakan tanda sokongan terhadap aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara membaca di bawah Program Dekad Membaca Kebangsaaan.

Happy Meal Readers


Apa yang menarik tentang program Happy Meal Readers ini adalah kerjasama McDonald's dengan Cressida Cowell, penulis dan pelukis ilustrasi terkenal dunia yang menghasilkan siri buku popular How to Train Your Dragon dengan melancarkan satu siri buku bertajuk Treetop Twins Adventures.


Terdapat 12 cerita yang akan dipaparkan menerusi buku bersiri yang dihasilkan secara eksklusif untuk McDonald’s yang akan dikeluarkan setiap bulan sepanjang tahun ini. Buku ini boleh didapati dalam dua versi iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

Aplikasi Happy Studio di Google Play dan Apple Store


Kalau korang nak tahu, pihak McDonald’s juga ada melancarkan aplikasi Happy Studio yang boleh di muat naik di Play Store and Apple Store. Apa yang menarik tentang aplikasi ini adalah buku-buku itu juga boleh didapati dalam versi digital menerusi aplikasi Happy Studio.

Aplikasi ini sangat sesuai untuk dimainkan bagi seisi keluarga dimana korang dapat sama-sama membaca dan berinteraksi tentang cerita yang ditulis. Aktiviti sebegini juga, dapat meningkatkan pengalaman membaca dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

Treetop Twins Adventures


Buku Treetop Twins Adventures yang Shailla dapat ini mengisahkan kembar yang sangat beruntung di mana ayah dan ibu mereka iaitu Profesor Penelope Treetop dan Profesor Pablo Treetop mencipta mesin bagi memboleh mereka ke zaman dinasor. Mereka merupakan keluarga pertama yang mengembara ke alam dinasor bagi mengkaji umur dinasor. Kisah pengembaraan yang amat menarik, sesuai untuk dikongsikan bersama anak-anak. Bukan sahaja anak Shailla, malah Shailla juga turut rasa terhibur ketika menceritakan kisah ini kepada anak-anak Shailla.

Shailla juga suka dengan ukuran saiz buku ini. Dengan ukuran saiznya yang kecil, memudahkan Shailla untuk membawa buku ini ke mana-mana. Contoh seperti ketika berada di kedai makan, boleh Shailla beri buku ini pada anak-anak untuk mereka baca agar tidak merasa bosan ketika menanti pesanan makanan sampai.


Tujuan program dilaksanakan untuk menggalakkan keluarga agar meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga. Anak Shailla teruja ketika dapat buku ini. Walaupun dia tidak pandai membaca lagi, tetapi anak-anak Shailla suka melihat pelbagai watak lukisan animasi kartun yang comel terdapat di dalam buku ini.

Dengan adanya program ini, dapat membuka minda anak-anak tentang kebaikkan membaca di samping dapat meningkatkan ilmu pengetahuan. Aktiviti seperti ini bagus dilakukan  bersama seisi keluarga. Bukan sahaja menyeronokkan, malah dapat memupuk budaya membaca di kalangan anak-anak. Ibu bapa juga turut dapat meluangkan masa bersama-sama kelurga.

Tidak sabar rasanya untuk menanti keluaran buku yang akan datang. Pasti lebih banyak cerita dan pengembaraan lebih menarik dari sebelum ini.

Untuk Maklumat Lanjut :

Web

Terima Kasih

Logo KBBA

WARNAI RAMADAN DI KLANA BEACH RESORT PORT DICKSON – SAJIAN NASI PADANG & SELERO NEGERI SEMBILAN

  Assallammualaikum Hai semua, minggu lalu Sha berkesempatan menghadiri pelancaran Bufet Ramadan 2024 bertemakan Nasi Padang & Selero Ne...