March 19, 2014

Kursus Perkahwinan

Assallammualaikum


Hai semua apa khabar? di harap dalam keadaan sihat selalu. Okay kali ini shaila hendak cerita tentang khusus perkahwinan...hahaha...haaaa...siapa di sini yang telah mengikuti khusus perkahwinan? jeng..jeng..jeng...

Okay sebelum korang hendak mengikuti khusus perkahwinan ini, apa yang perlu korang buat adalah mencari tempat khusus berdekatan dengan tempat korang duduk..tapi kalau hendak jauh pun boleh, depends pada korang. Apabila korang sudah tahu tempat mana yang korang hendak mengikuti khusus kahwin itu, korang perlulah telefon terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat untuk khusus ini seperti lokasi, tarikh khusus di jalankan, boleh booking dahulu date atau tidak, macamana pembayaran dan lain-lain. Apabila sudah mendapat semua maklumat bolehlah ke next stage iaitu pembayaran...ada separuh tempat boleh booking dahulu baru bayar, macam tempat shaila kena datang ke tempat itu sendiri dan buat pembayaran penuh untuk booking date. Time shaila yuran pembayaran adalah RM 80.

okay next stage adalah semasa hari khusus. Okay tempat shaila khusus di jalankan selama 2 hari iaitu pada hari sabtu dan ahad. Okay dari segi pakaian adalah manis jika bakal-bakal pengantin mengenakan baju kurung ker..baju kurung moden ker dari berseluar jeans and tshirt sebab macam shaila khusus di pejabat agama itu sendiri berdekatan rumah shaila so memang di haruskan berpakaian sopan dan tidak menjolok mata. Walaupun shaila pergi dengan tunang, duduk di dalam kelas dan waktu makan tidak boleh bersama okay harus di pisahkan tapi still boleh pandang-pandang..hahaha..

Semasa ceramah dijalankan, macam shaila perlu mengikuti 4 sesi iaitu 2 belah pagi dan dua belah petang di ikuti hari seterusnya bila dah total semua 8 sesi dari 8 orang penceramah yang berbeza. Macam biasalah dalam 8 orang penceramah itu, ada yang best, ada yang kelakar dan tidak kurang yang mengantuk...hahaha..

Okay kelebihan pergi dengan tunang adalah of course la apa yang kita dengar...dia akan dengar sebab kita dengar sumber dan tempat yang sama. Tetapi kekuranganya adalah bab bila diajukan soalan..hahaha...contoh soalan adalah "adakah si suami sanggup menaiki motor..berhujan...berpanas untuk memastikan si isteri selasa menaiki kereta ke tempat kerja?" soalan lain pula adakah si isteri sanggup berkongsi duit gaji untuk membantu atau meringankan beban suami? dan soalan-soalan mencabar yang lain..siapa terkena nasib la..jawablah anda didepan tunang masing-masing yer kerana kejujuran amat penting di situ yer..dan shaila lucky sebab tidak di tanyakan soalan.Okay sampai di sini sahaja cerita shaila jumpa lagi...

Sekian Terima Kasih

March 10, 2014

Tutorial wide shawl

Assallammualaikum

hai semua pembaca blog secret of shaila...apa khabar semua, diharap sihat sentiasa. Okay hari ini shaila hendak buat tutorial bergambar tentang cara pakai wide shawl dalam bentuk gambar sahaja yer...hendak buat video malu...hahaha. Ehhhh sejak bila pula jadi ala-ala model shawl nie?? hihihi...actually ini request dari blogger comel iaitu diyanahani berkenaan cara pemakaian wide shawl, hopefully pas ni dapatlah tengok hani menggayakan wide shawl yer... Okay tanpa buang masa, jom start.


Langkah-langkah:

1. Sediakan 3 biji pin dan satu biji jarum peniti
2. Lipat wide shawl kepada 2 bahagian, kemudian lebihkan sikit bahagian belakang agar belah belakang tidak nampak pendek apabila di gayakan.
3. Kemudian pakai wide shawl seperti pakai selendang, pastikan sebelah panjang dan sebelah pendek.
4. Kemudian bahagian belakang bawa ke bahagian atas kepala, dan pinkan di tepi dengan peniti.
5. kemudian kemaskan bahagian bawah dan peniti di atas bahu disebelah kiri dan kanan.
6. Done!!!


Selamat mencuba (^_^)

Sekian Terima Kasih

March 06, 2014

Review Serum Intense Lipstick dari LANEIGE

Assallammualaikum


Alhamdulillah..shaila dapat CPUV/BE dari pihak Nuffnang untuk bulan February 2014. CPUV/BE yang shaila dapat adalah dari pihak LANEIGE's 

Memperkenalkan LANEIGE's all-new Serum Intense Lipstick



Adakah anda sedang mencari satu gincu yang menjanjikan warna terang & bersinar cemerlang, meluncur dengan mudah di seluruh bibir anda, & kekal lembap sepanjang hari? 
Laneige dengan bangganya mempersembahkan Serum Intense Lipstick, yang boleh didapati dalam palet mewah warna untuk setiap personaliti!


Jom Make ala-ala korea !!!


Sekian Terima Kasih
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...