April 09, 2020

SAMBUT HARI LAHIR AREEZ SYAHMI KE 5 TAHUN

Assallammualaikum ❤️


Alhamdulillah, pada 06 April 2020 Areez Syahmi telah mencecah umur 5 tahun. Sekejap sahaja masa berlalu. Sambutan tahun ini serba sederhana dan ringkas memandangkan PKP.


Jenuh juga cari tukang buat kek yang boleh buat semasa PKP ini. Pada mulanya Areez nak kek tema Ajen Ali. Cari punya cari jumpa orang yang boleh buat kek tema Ajen Ali. Disebabkan orang itu feedback lambat sangat, jadi Sha terpaksa membatalkan tempahan kek itu.

Kemudian, suami jumpa satu lagi contact brownies seperti diatas ini. Haaa.. Areez memang pengemar tegar strawberry. Bila dia tengok brownies strawberry ini, terus setuju!.

Setelah membuat tempahan pada hari Sabtu,  petang isninnya balik kerja, terus suami pergi brownies ini di area Saujana Utama. Malam itu kami sekeluarga sambut hari lahir Areez Syahmi di rumah sahaja. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Selamat Areez tidak minta kek Ajen Ali lagi. Mungkin kerana dia berpuas hati dapat makan strawberry dan juga coklat.

Brownies dia pun sedap ditambah pula dengan strawberry yang segar dan juga beberapa jenis coklat memang sedap la.. Hahaha

Kepada anakku Areez Syahmi. Selamat Hari Lahir. Semoga panjang umur dan menjadi anak yang Soleh. Amin..

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...