July 22, 2023

Minyak Zaitun Palestine Al’ard

Minyak zaitun al'ard ini bukan sahaja boleh diminum begitu sahaja, malah Minyak zaitun organik ini terhasil dari pokok jenis Nabali, Roomy dan Souri yang berusia sehingga 500 tahun hasil daripada tanaman petani palestin. Diiktiraf Organik & Fairtrade, Extra Virgin(perahan pertama) dan Cold Pressed, minyak zaitun ini mempunyai kandungan acidity yang rendah iaitu bawah 0.8%. Organic Extra Virgin Olive Oil telah diproses mengikut standard & piawaian International Olive Council.


FIRST HARVEST adalah Minyak Zaitun Premium Organic Extra Virgin Paling Terbaik yang pernah dihasilkan oleh Alard Palestinian Agri Products.Ianya juga adalah Minyak Zaitun FIRST HARVEST dari Palestine yang Pertama di Dunia.PALESTINE yang dikenali sebagai “THE HOME OF THE ANCIENT OLIVE TREE” adalah tempat asal Allah SWT lahirkan pokok zaitun di bumi ini. 


Antara produk minyak zaitun adalah seperti Premium Organic Extra Virgin Olive Oil, Organic Extra Virgin Olive Oil, Black Seed Oil (Habatussauda),Nabulsi Soap dan lain-lain produk lagi.


Ini merupakan antara produk yang Shailla ambil untuk kegunaan saharian shailla iaitu Premium organic extra virgin olive oil dan Nabulsi soap.

FIRST HARVEST PREMIUM ORGANIC EXTRA VIRGIN OLIVE OIL



Shailla mengambil Premium organic extra virgin olive oil ini adalah tujuan untuk penjagaan kesihatan. Ini kerana pegambilan minyak zaitun ini dapat mengurangkan masaalah kolesterol di dalam badan. Kajian menunjukkan bahawa amalan 2 sudu Minyak Zaitun Extra Virgin setiap pagi dan Malam mampu menurunkan Kolestrol dalam badan dan memberikan Kesihatan untuk Tubuh dalaman badan.

Bukan setakat itu sahaja, pengambilan minyak zaitun ini dapat membantu Shailla menjaga kesihatan dan kualiti kulit secara tidak langsung dapat mencegah kulit dari terkena kanser kulit. Shailla juga mengamal minyak zaitun ini untuk membantu melancarkan proses pencernaan. Sebab itu , Shailla akan mengambilnya ketika perut tengah kosong.

Premium organic extra virgin olive oil ini juga akan Shailla berikan kepada abah Shailla untuk mencegah penyakit jantung dan mengekalkan jantung sentiasa muda. Dengan pengambilan minyak zaitun ini dapat mengurangkan sakit-sakit sendi dan kolesterol dalam darah. Memandangkan minyak zaitun ini mudah untuk amalkan terutama untuk golongan yang telah berusia.

Kelebihan Premium organic extra virgin olive oil
  1. Minyak zaitun terbaik (Early Harvest)
  2. Dari pilihan buah zaitun terbaik & diproses pada hari yang sama
  3. Kandungan acidity rendah <0.5%
  4. Minyak dari pokok zaitun jenis Nabali, Roomy dan Souri
  5. Diiktiraf organik dan fairtrade, extra virgin & cold pressed
  6. Hasil dari ladang Nablus, Tebing Barat, Palestin
  7. Pokok tua melebihi 500 tahun hasil tanaman petani Palestine
  8. Diproses mengikut standard & piawaian International Olive Council
Mengapa Perlu Memilih Premium organic extra virgin olive oil Al’Ard


Pasti korang tertanya-tanya apa hebatnya Premium organic extra virgin olive oil dari Al’Ard ini. Minyak Zaitun Al’Ard  ini kualiti ia terjamin kerana ia dituai dari bumi Palestin. Selain itu mengandungi Antioksida tinggi dan acidity kurang dari 0.5% dan menerima Anugerah Great Taste 2020. Terdapat juga lagi keistimewaan yang boleh korang perolehi jika membeli remium organic extra virgin olive oil dari Al’Ard ini. Antaranya:

Keistimewaan Premium organic extra virgin olive oil

✓ Minyak Zaitun terbaik ‘AWAL MUSIM’ dari pokok zaitun tua mencecah hingga 500 tahun.

✓ Diiktiraf Organik & Fairtrade.Pensijilan Organik: European Union-CU816212 dan Japanese Agricultural Standard

✓ Kandungan acidity dibawah 0.5%.
(PPOEVOO di botol dicetak sebagai 0.5%. Bacaan sebenarnya adalah dari Sijil yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertanian Palestine dimana yang PREMIUM POEVOO ialah di antara 0.2% hingga 0.37% bergantung kepada Batch)

✓ Hasil perahan buah zaitun terbaik jenis Nabali, Roomy dan Souri akan dipilih dan diproses dalam tempoh 24 jam selepas dipetik

✓ Hasil tanaman dari 50 ladang di sekitar Nablus, Tebing Barat Palestine.

✓ Diproses secara perahan sejuk (cold pressed) mengikut standard piawaian International Olive Oil Council.

✓ Pensijilan Kualiti: PS – Palestinian Standard Institution dan ISO – 22000 (Syarikat berasaskan Minyak Zaitun Pertama di Dunia)
Pensijilan: Fairtrade (Jaminan Urusniaga Telus & Amanah)

✓ Premium Organik juga menepati standard yang ditetapkan oleh badan Antarabangsa iaitu Olive Oil Council.


Shailla selalu amalkan pengambilan minyak sihat iaitu Premium organic extra virgin olive oil. Sekurang-kurangnya, 2 sudu besar sehari. Shailla selalu akan mengambil minyak zaitun ketika perut kosong memberikan pelbagai manfaat kesihatan yang tidak diketahui ramai.

Kalau korang lihat, kesemua produk dari Al'Ard ini diletakkan didalam botol gelapm anti Uv bagi memastikan kualitinya terjamin. Jika korang sudah buka botol ini, korang kena habiskan dalam masa 3 bulan bagi mengekalkan khasiat yang terkandung dalam minyak zaitun ini.

Nabulsi soap


Kalau korang hendak tahu, sabun Nabulsi Liquid Al'Ard ini bukan sahaja boleh digunakan untuk mencuci tangan, tetapi ia juga sesuai untuk badan, muka dan rambut. Shailla juga ada terbaca di page facebook Al Ard Malaysia yang sabun ini juga boleh digunakan untuk sabun badan, pencuci muka, shampoo, make up remover dan double cleansing.

Mempunyai kandungan 100% minyak zaitun Palestin, Nabulsi Soap terhasil daripada usaha Petani Wanita Palestin di sekitar Nablus. Sabun ini dihasilkan secara “Handmade” dengan menggunakan resepi sabun tertua di dunia sejak zaman “Levant” dan hanya menggunakan bahan asli tanpa campuran bahan kimia berbahaya. Nabulsi Soap boleh digunakan sebagai sabun badan, pencuci muka dan shampoo.

Kebaikkan:
  1. 100% minyak zaitun extra virgin
  2. 100% handmade oleh wanita Palestine di sekitar Nablus
  3. Mengandungi pelbagai khasiat antioksidan termasuk vitamin A dan E
  4. Melembapkan kulit dan melambatkan proses penuaan
  5. Dari resepi sabun tertua di dunia sejak dari zaman Levant
  6. Sesuai untuk golongan dewasa dan kanak-kanak
  7. Bebas dari parabens, SLS, pengawet, pewarna dan pewangi tiruan
Bahan-Bahan:
  1. Olive oil
  2. Water
  3. Sodium hydroxide

Berpeluang Menangi Hadiah Istimewa Dengan Pembelian

FIRST HARVEST LIMITED EDITION

PREMIUM ORGANIC EXTRA VIRGIN OLIVE OIL

2 PAKEJ UMRAH & ZIARAH PALESTINE

2 PAKEJ UMRAH

400 HADIAH ISTIMEWA DARI PALESTINE

Tertakluk Kepada Terma & Syarat.

Cara Memenangi Hadiah Istimewa

1. Lakukan pembelian First Harvest Limited Edition Premium Organic Extra Virgin Olive Oil dari penjual ALARD berdekatan dengan anda.

2. Setiap botol minyak zaitun First Harvest mempunyai nombor siri yang berbeza. Hanya terdapat 9,999 botol sahaja di dunia.


3. Sila daftarkan maklumat anda berserta nombor siri yang terdapat dalam kotak First Harvest.

4. Nama pemenang akan diumumkan di dalam website dan facebook rasmi AlardProductsMalaysia

Untuk belian produk Al'Ard , sila ke :

7 comments:

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...