December 24, 2022

Persiapan Awal Beli Barang Persekolahan 2023 di Pusat Pakaian Hari-Hari Cawangan Sungai Buloh

 Assallammualaikum

Alhamdulillah, isnin yang lalu, anak-anak Shailla telah selamat bersunat. Mereka bersunat di dewan anjuran perstuan penduduk. Memang seronok mereka diraikan dengan kedatang Bomba menyiram mereka dengan pili bomba memang semasa itu melompat-lompat keseronokkan kena siram. Selain itu juga mereka dapat pelbagai hadiah. Sebelum bersunat memang seronok mereka berlari-lari tanpa tahu erti sunat sebenar. Habis sahaja sunat memang menangis dan menyesal budak-budak ini. Nasiblah bersunat sekali seumur hidup. hihihi.

Beberapa hari sebelum sunat, sebenarnya Shailla berfikir juga untuk buat persiapan beli barang-barang sekolah sebelum atau selepas sunat. Fikir punya fikir sehinggalah sampai sehari sebelum mereka hendak bersunat, petang itu juga Shailla pergi membeli kelngkapan barang persekolahan mereka. Lagi pula, Kalau hendak tunggu diorang betul-betul baik sunat makan masa juga, lebih baik beli awal-awal senang nanti. Lagi pula sebelum diorang sunat kita happy dulu dengan belanja barang keperluan persekolahan. Jadi petang itu, kami ke pusat pakaian yang berdekatan sahaja dengan rumah Shailla. 


Kalau bercerita tentang pakaian sekolah, memang tempat yang Shailla tuju adalah tidak lain tidak bukan Pusat Pakaian Hari-Hari. Untuk Shailla yang jenis golongan berpendapatan sederhana ini, memang Pusat Pakaian Hari-Hari menjadi pilihan kerana pakaian mereka berkualiti dan mampu milik. 

Kalau korang hendak tahu, Pusat Pakaian Hari-Hari ini mempunyai lebih 95 rangkaian cawangan di seluruh negara. Shailla pergi yang cawangan di Sungai Buloh. Ketika sampai disini memang tidak ramai orang memandangkan masih awal sebenarnya untuk membeli kelengkapan sekolah. Tetapi bagi Shailla beli awal lagi elok dan senang untuk membuat pilihan. Memang banyak pilihan pakaian dan peralatan sekolah yang terdapat di sini. 


Antara koleksi kasut Jony&Jerry yang terdapat disini. Macam-macam rekaan ada, pilih sahaja yang mana berkenan dihati. Dari yang bertali hinggalah yang pakai pelekat. Untuk peringkat umur anak Shailla, Shailla lebih suka beli yang jenis pelekat kerana senang pakai dan buka. Untuk yang bertali pula, mungkin nanti diorang dah besar sikit bolehlah, kalau tidak nanti kita juga mangsa untuk hari-hari ikat tali dan buka tali kasut mereka.


Anak-anak paling suka bahagian beg kerana terdapat pelbagai pilihan yang ada. Dari beg size sekolah tadika hinggalah ke sekolah menengah. Harganya juga berpatutan. Shailla sebagai ibu pun ramabang mata melihat terutama beg sekolah budak-budak tadika memang comel-comel semuanya.


Paling senang cari adalah beg abang. Sebab abang punya citarasa simple sahaja. Dia memang dari dulu suka corak abstract macam itu. Corak-corak macam ini memang dari jauh dah nampak. Jadi mudah untuk Areez membuat pilihan.



Si Aqeef ini pula sangat cerewet, agak lama juga untuk dia membuat pilihan. Susah juga untuk kami yakinkan dia bahawa beg roda tidak sesuai untuk bawa ke sekolah tadika kerana size yang besar jadi sukar untuk masuk dalam almari beg yang tersedia di tadika. Akhirnya adik kata hendak bawa beg ini untuk pergia bercuti lebih kurang macam beg bagasi..Hahaha..Tetapi, hahaha banyak sangat tetapi, kalau korang hendak tahu, akhirnya kami berjaya yakinkan adik untuk ambil beg kecil. Makanya beg yang adik pegang itu tidak jadi ambil..Fuhhh..lega.



Bagi Shailla, bahagian ini agak sukar sikit kerana anak-anak Shailla berkejar-kejaran di dalam kedai. Memang susah untuk mereka mencuba pakaian sekolah. Jenuh juga untuk suruh mereka mencuba baju sekolah. Nasiblah ketika ini orang tidak ramai, jadi mudah untuk Shailla memilih size yang sesuai untuk mereka.


Beginalah rupanya hasil dari paksa Areez mencuba baju sekolah. Hahaha. Areez dapat dua helai baju sekolah kebangsaan jadi mudah untuk berulang pakai. Kalau sehelai sahaja sakit jugalah untuk berulang pakai dan cuci. Untuk harga baju dan seluar adalah berasingan.


Ini pula untuk baju sekolah agama Areez. Sebenarnya samping warna hijau, tetapi si Areez ini sangat yakin yang dia akan jadi pengawas tahun hadapan jadi kami layankan jelah dia bergambar sambil pakai sampin warna merah walaupun hakikatnya samping kami tidak beli pun.hahaha.


Takkan abang sahaja dapat bajukan, adik pun mestilah dapat juga. Tahun 2023, adik masuk tadika 6 tahun. Semoga tahun depan adik dapat anugerah cermelang lagi ya adik, ingat saja-saja ke ibu belanja beli baju baru ini..hahaha...takdelah gurau je!. Tapi kalau korang hendak tahu, adik memang suka melukis dan mewarna kebanyakkan aktiviti dekat rumah banyak dihabiskan untuk mewarna dan melukis. Tetapi, haaa...ada tetapinya dia suka mewarna guna magic color. Memang sebulan sekali juga kami beli colour magic dia, nasib beli dekat kedai "merah" sahaja..wakaka.




Sudah beli baju dan beg, macam tidak lengkapan pula jika tidak ambil sekali peralatan menulis. Anak-anak Shailla dua-dua ambil sorang satu pencil box dan juga pencil menulis. Itupun diorang nak ambil botol air juga tetapi telah dipangkah oleh Shailla kerana botol air dirumah sudah banyak. kalau buat koleksi, memang penuh satu almari.


Hasil tangkapan ketika berbelanja di Pusat Pakaian Hari-Hari. Penuh jugalah satu bakul. Nasib suami sudah azan kat telinga, kalau tidak mahu 2 bakul juga Shailla sambar.hahaha.



Semasa di kaunter jangan lupa untuk scan dan tebus RM20 off jika korang berbelanja RM100 ke atas. Kalau  ikutkan pada maklumat disitu, tawaran ini valid sampai 31 December 2022 sahaja. Jadi cepat-cepat datang ke Pusat Pakaian Hari-Hari untuk dapatkan tawaran ini hampir sampai ke penghujungnya melainkan pihak Pusat Pakaian Hari-Hari tambah lagivalid date dia.hihihi.


Alhamdulillah, sedikit sebanyak persiapan anak-anak Shailla untuk bersekolah sesi 2023 hampir lengkap, walaupun masih awal tetapi nanti takdelah kalang kabut menjelang sesi persekolah 2023 buka semua sudah tersedia ada.


Promosi kembali ke sekolah kembali lagi!

FREEGIFT calendar untuk setiap pembelian RM30 dan keatas dalam satu resit!

Marilah Pergi Hari-Hari!

95 Hari-Hari seluruh Malaysia: www.hari.com.my/locator
Hari-Hari Online Store: http://ehari.com.my 
Hari-Hari Shopee: http://shopee.com.my/harihari_ 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh layari website: 

www.hari.com.my dan pembelian online: www.ehari.com


Sekian Terima Kasih

December 14, 2022

Cuti Sekolah Bawa Anak Mandi Di Bangi Wonderland Water Park


 Assallammualaikum

Bangi Wonderland Water Park

Hai semua, bila tiba musim cuti sekolah mesti kita sebagai ibu bapa perah otak fikir untuk bawa anak-anak pergi mana. Begitu juga dengan Shailla, kesian pulakan cuti sekolah diorang duduk rumah sahaja. Walaupun kita tidak dapat bawa mereka bercuti lama, kadang-kadang pergi tempat peranginan yang berdekatan pun boleh buat mereka  gembira. Macam anak-anak Shailla memang suka sangat mandi kolam. Jadi tempat yang Shailla tuju pastinya berkaitan kolam.

Hujung minggu lalu, Shailla telah membawa anak-anak Shailla ke Bangi Wonderland Water Park yang terletak di No. 2, Persiaran Bangi Avenue,Bangi Avenue,43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. 


Shailla sampai sini awal, jadi terdapat banyak cabana yang boleh dipilih.Memandangkan abang ipar Shailla pun datang sekali bawa anak-anaknya jadi, Shailla memilih untuk sewa Cabana. Shailla memilih cabana kerana mudah untuk letak barang dan lepak. Kalau hendak solat pun senang. 

Ini adalah harga untuk penyewaan Cabana. Kalau nak jimat boleh kongsi dengan keluarga atau raka-rakan. Di dalam Cabana ini juga ada disediakan kipas dinding sangat berguna pada waktu tengahari..hahaha.

Antara aktiviti yang korang boleh lakukan di Bangi Wonderland Water Park :

KIDS ADVENTURE



Untuk anak-anak sangat sesuai untuk mandi disini, kerana pelbagai permainan ada disini. Antara yang menjadi tarikan disini adalah baldi besar itu. Memang gigih Shailla dan anak-anak tunggu air jatuh dari baldi giant itu. Mengambil masa dalam 15 hingga 20 minit jugalah untuk tunggu air jatuh. Tetapi bila air jatuh jer dia punya seronok, hilang penat menunggu.Hahaha



Tarikkan kedua yang paling digemari kanak-kanak adalah gelungsur air. Anak Shailla titak tahulah berapa kali dia ulang naik gelungsur rasa tidak terkira dari datang hinggalah balik tidak henti-henti naik. Rasanya guard yang jaga dekat situ pun dah kenal asyik muka dia sahaja.






Kalau nak tahu, disini sahaja korang boleh habiskan masa separuh hari untuk main semua mainan yang ada di kids Adventure ini. Kanak-kanak memang akan leka ketika bermain disini. Lagi pula kita kita senang nak pantau anak-anak bila duduk dibawah bumbung dan di Cabana.


Di sini sahaja ada banyak permainan menarik yang boleh korang main. Kita yang dewasa ini pun terikut main sama okay..Hahaha.

WATER CANNON



Permainan ini menarik, ibarat korang duduk dalam meriam buluh kemudian meletup. Korang akan melambang bersama percikan air yang besar masuk ke dalam kolam. Untuk main permainan ini, korang perlu pakai jaket keselematan dan berat kurang dari 85kg. 

PIRATES BAY



Di sini kolam boleh mandi kolam seperti mandi pantai. Di mana reka bentuknya mencuram seperti laut dan juga ada ombak. Ombak akan dibuka mengikut masa yang ditetapkan. Kolam akan berombak seketika kemudia dia akan tutup untuk sesi seterusnya. Bila tiba waktunya ombak akan buka, kami akan berkumpul ramai-ramai depan itu menati ombak datang membadai cewahhhh.

MEANDER RIVER



Korang boleh guna pelampung untuk melalui Meander River, ini kerana jika korang jalan menyusurinya memang lenguh kaki juga sebab korang akan berjalan handuk air seluruh kawasan Bangi Wonderland. Kalau naik pelampung takdelah terasa sangat. 

Ada juga beberapa permainan yang Shailla tidak sempat main tetapi sempat ambil gambar  kerana kengkangan masa. Lagi pula anak-anak asyik main dekat kids pirate jadi sempat datang ambil gambar sahaja.  Antara mainan lain yang terdapat di Bangi Wonderland Water Park adalah seperti :

Insane Racer

Spiralax

Magic Funnel

Green Pearl

Boomeriang

The Fall & Anaconda Trail

Kesemua mainan diatas adalah antara pemainan yang mencabar dan memerlukan korang menggunakan pelampung.

Pengalaman Ketika Berada Di Bangi Wonderland Water Park
                                   

Shailla sampai disini sebelum kaunter Bangi Wonderland Water Park buka. Ketika sampai, Shailla di minta untuk menunggu di ruang menunggu. Kemudian bila  kaunter buka dan siap pakai tag di tangan, Shailla pun masuk ke kawasan  taman tema. Untuk sewa cabana kena cepat kerana dia limited. Korang juga boleh duduk di ruang public area yang  menempatkan kerusi dan meja.

Apa yang Shailla suka adalah, toilet tidaklah jauh dari taman tema. Selain itu ditingkat atas juga ada toilet, ruang persalinan dan loker untuk korang simpan barang berharga. Tempatnya memang selasa serta kemudahan yang ada amay menyenangkan.

Shailla memang puas hati dapat meluangkan masa bersama keluarga bermain di Bangi Wonderland Water Park ini. Dari masuk hingga balik tidak terasa lama pun. Paling penting dapat lihat anak-anak gembira bermain taman tema pun dah buat Shailla gembira walaupun mukaku habis berbelang disebakan sunburn.wakaka.



Untuk makan pula, Shailla beli yang jual set. Satu set berharga RM12. Bagi Shailla harga dia okay sebab termasuk sekali air. Selain itu, makan dia  juga sedap. Koarang boleh pilih beberapa set makanan yang mereka sediakan seperti laksa, bihun sup dan set nasi. Anak-anak Shaila paling suka set ayam masak kicap. Air juga korang boleh pilih mengikut list yang mereka sediakan. Selain itu, Dikawasan public area juga ada jual makanan seperti nugget, kentang dan lain-lain lagi.

Antara Kemudahan Disediakan :


Klik Gambar Untuk Beli Tiket

Ini harga terkini jika korang beli secara atas talian. Promosi ini sah dari 01/05/2022 - 31/12/2022 tertakluk pada  terma dan syarat pihak Bangi Wonderland.


Bangi Wonderland Water Park(2 Days Entry) + Le' Venue Hotel(1 Night)
STAY & PLAY for 4 Persons🔥🔥
WEEKDAYS Package RM288 / 4 persons nett
* Check-in on Wednesday, Thursday & Sunday only.
* Deluxe Family Room.
WEEKEND Package RM338 / 4 persons nett
* Check-in on Friday, Saturday, School & Public Holidays only.
* Deluxe Family Room.
Kindly visit our official website at https://levenuehotel.com/ for booking
Info :
Walking distance from Le'Venue Hotel to Water Park is only about 5 min.

Selain itu, pada yang datang dari luar selangor, korang boleh menginap di Le' Venue Hotel kerana pakej dia termasuk sekali tiket masuk ke Bangi Wonderland Water Park. Kalau dari Hotel perjalanan makan masa hanya 5 minit.

Untuk info lanjut boleh klik link dibawah ini :

November 27, 2022

Mini Festival YEZ 2022 Anjuran Pusat Pungutan Zakat

 Assallammualaikum

Alhamdulillah, Sha diberikan peluang untuk hadir ke AEON AU2 Setiawangsa, Kuala Lumpur bagi bersama-sama memeriahkan Mini Festival YEZ 2022 Anjuran Pusat Pungutan Zakat. Sebenarnya pertama kali Sha sampai ke AEON AU2 Setiawangsa, Kuala Lumpur ini. Ketika sampai tadi pun agak berpusing-pusing juga mencari tempat Mini Festival YEZ 2022 ini diadakan. Sha hadir disini bersama beberapa rakan blogger yang lain.

Pasti korang tertanya-tanyakan apa Sha buat disinikan?pada yang tidak tanya tu...takpe Sha nak cerita juga yang Sha datang sini adalah kerana Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ("PPZ-MAIWP") melancarkan Kempen Year End Zakat 2022 (YEZ) di AEON AU2, Setiawangsa. Pelancaran kempen dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman. Kempen YEZ 2022 ini bermula 26 November 2022 hingga 13 Disember 2022 bertujuan menggalakkan orang ramai untuk menunaikan kewajipan berzakat sebelum 31 Disember 2022.


Ramai juga tetamu dan juga Vip yang hadir tadi bagi pelancaran Kempen Year End Zakat 2022 (YEZ). Tujuan kempen ini diadakan dengan mengangkat tema"Memberi Tanda Syukur" PPZ-MAIWP ingin mengajak seluruh masyarakat Islam untuk menzahirkan rasa syukur dengan menunaikan zakat untuk kelangsungan hidup asnaf lebih-lebih lagi dalam situasi sukar ekonomi kini. Kadang-kadang kita rasa kita susah tanpa kita sedari diluar sana ada yang lagi susah dari kita. Jadi inilah masa kita meringan beban mereka dengan menunaikan tanggunjawab dengan menunaikan zakat.

PPZ-MAIWP selari dengan motonya iaitu "Memudahkan Anda Berzakat" menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan bayaran khususnya menjelang hujung tahun bagi member rang kepada pembayar zakat untuk mendapatkan 100% rebat cukai pendapatan.

Pada masa kini, memang senang untuk membayar zakat. Korang tidak perlu lagi mohon cuti atau beratur panjang bagi menunaikan. Banyak perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh pihak bagi memudahkan korang untuk membayar.

Berikut adalah perkhidmatan dan kemudahan bayaran zakat yang disediakan :

1. 10 KAUNTER PPZ-MAIWP

Bavaran zakat boleh dilakukan di 10 kaunter PPZ-MAIWP sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Sepanjang Disember ini, kaunter akan dibuka 7hari seminggu bermula jam 8.15 pagi hingga 4.45 petang

Friday +

Istimewa pada tahun ini, PPZ-MAIWP akan melanjutkan waktu operasi kaunter pada setiap hari Jumaat sehinggajam 9 malam. 30 pembayar terawal di setiapkaunter pada hari Jumaat akan mendapat baucar KFC bernilai RM10.

2. PORTAL PZ-MAIWP &APLIKASI MYZAKAT

Pembayaran zakat secara dalam talian mealuli w zakatocm my atu aplikasi MyZakat yang boledimuat turun di Gogel Paly dan Apel Store. Pembayar ujga boleh Kira,Bayar dan Semak rekod bayaran.

3. EJEN-EJEN KUTIPAN ZAKAT

Pembayaran zakat juga boleh dibuat melalui eien-ejen rasmi yang telah dilantik oleh PZ-MAIWP iaitu melalui perbankan internet, portal online, e-walet, kaunter-kaunter bank dan pos.

4. ZAKAT+ @MYTEMUJANJI

Zakat+ @MyTemujanji berperanan sebagai o'ne stop centre" bagi memberi pilihan kepada para pembayar zakat untuk menetapkan temujanii bagi perkhidmatan iaitu Kaunter Zakat Digital, Kaunter Zakat Bergerak, Door To Door &Ride2U. Untuk tempahan boleh layari link di portal https://mytemujanji.zakat.com.my/

5. TALIAN ZAKAT

Nilai tambah baharu yang mana pembayar zakat bukan sahaja boleh membuat pertanyaan dan taksiran zakat, malah dengan hanya satu panggilan ke 130088 5757 pembayar juga boleh menunaikan zakat.

 

Pembayar yang menunaikan zakat sepanjang kempen berlangsung berpeluang untuk memenangi lebih 500 hadiah menarik. Pemenang akan dipilih melalui cabutan secara rawak tertakluk terma dan syarat. Wahhh hadiah dia mengancam rugi kalau melepaskan peluang ini. Mana tahu rezeki korang berzakat menang cabutan bertuah.


Pada majlis yang sama, turut diadakan penyerahan zakat perniagaan berjumlah RM532,350.11 daripada:

1. Felcra Processing &Engineering Sdn Bhd- RM375.220.38
2. Kop. Jaya Murni Wanita Bhd - RM157, 129.73


Sumbangan berbentuk Bakul Rezeki yang terdiri daripada barangan makanan kering seperti beras, minyak, maggi dan sebagainya yang bernilai RM100 dengan nilai keseluruhan sumbangan sebanyak RM10,000 turut diberikan kepada 100 asnaf di Kawasan PPR sekitar Setiawangsa, Kuala Lumpur.


Sebelum melancarkan Kempen Year End Zakat 2022 (YEZ), menurut Keuta Pegawai Eksekultif PZ-MAIWP, Tuan Haij Abdul Hakmi Amri Osman, program serahan zakat perniagaan dan sumbangan zakat kepada asnaf dalam majlis ini menunjukkan kepada masyarakat dengan jelas tentang kitaran daripada pengeluar zakat kepada pemanfaat zakat yang berhak di mana zakat yang ditunaikan menyumbang kepada pembangunan asnaf dan ekonomi masyarakat Islam.

"Dalam situasi negara berhadapan dengan krisis ekonomi, kita yang masih diberi rezeki pertulahtampil untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik untuk saling melengkapi antara satu sama lain", katanya.


Selesai sudah Pelancaran Kempen Year End Zakat 2022 (YEZ) yang dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman. Majlis ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Cik Piah dan Tyzo sebagai pengara untuk majlis ini.


Selesai sahaja Pelancaran Kempen Year End Zakat 2022 (YEZ) , Shailla dan rakan blogger yang lain tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan Cik Piah dan juga Tyzo. Selain itu terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan mewarna serta Meet & Greet Omar Hana & Ustaz Amil dan booth-booth jualan Asnaf. Kaunter-kaunter zakat juga ada buka disana. Selain itu ada  penampilan istimewa seperti Tyzo, Cik Piah dan Lah Ahmad. Sembang santai bersama PU Amin & Imam Muda Hassan. Borak dengan Miro bersama influencer Tik Tok Dak Ayam, Qowiy, Helmet 'Singer' & Man Raja Lawak.

Kuiz & cabutan bertuah juga turut ada tau! jadi jangan ketinggalan untuk datang ke Mini Festival YEZ 2022.

Marilah semua kita sama-sama menjalankan tanggungjawab dengan menunaikan zakat bagi membantu golongan yang susah. Bukankah dengan memberi kepada orang lain, Allah akan memberi dan menggantinya dengan hal yang lebih baik? Tidak sesekali kita rugi sekiranya memberi dan membantu orang lain dengan hak dan barangan kita. Melalui amalan bersedekah juga akan melahirkan perasaan tenang dan bahagia.Semoga kita mendapat lebih keberkatan rezeki apabila korang memenuhi tuntutan Allah s.w.t. Semoga Allah memudahkan kerja kita.

Untuk mengetahui lebih lanut mengenai kempen ini, sila layari, https://www.zakat.com.my/yez2022/

Terima Kasih

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...