June 02, 2017

Sambut Ulang Tahun Perkahwinan di The Rack Boutique Cafe

Assalamualaikum 💕 

Sempena ulang tahun perkahwinan yang ketiga tahun. Shailla dan suami sambut di The Rack Boutique Cafe. Selepas pukul 5 terus drift balik rumah siap-siap semua kemudian dalam pukul 6 jugalah baru gerak. 

Sebelum shailla datang, shailla telah reserved dahulu tempat sebab memang tahu confirm penuh. Setelah berjaya harungi jem, akhirnya sampai juga ke lokasi yang dituju. Ketika sampai pun parking sudah penuh nasib ada terselit satu parking untuk kitaorg. 


Setelah masuk ke kedai, terus order makanan sebab risau pesanan sampai lambat..hahaha... Haishhhh... Nampakk sangat gelojohnya... Ehhhh... Bukan gelojoh tetapi sediakan payung sebelum hujan sebab tahun lepas shailla pernah jadi lebai malang dimana selepas waktu berbuka pun pesanan makanan masih tidak sampai, bukan sahaja makanan air pun takde!! Kitaorang berbuka dengan keropok Areez. Huhuhu. Sadesss betul time tu. 


Sedang asyik selfie dengan keluarga, tiba-tiba pesanan pertama kami sampai iaitu Nancos Cheese bersama sosej.


Budak inilah dapat rasa dulu, terliur gak tengok dia makan.hohoho.Tiba-tiba Areez menjerit macam kepedasan. Terus bagi air masak. Jadi Shailla cakap dengan husband "apa kata awak rasa, pedas ke tak? Terus husband jawab," ehhhhh awaklah rasa" hahaha. Keluar air mata gaklah si Areez makan Nancos Cheese ni. 



Yeahhh... Pesanan utama sudah sampai!! Apa lagi let's Selfie first!! Sementara tunggu azan maghrib berkumandang. Hidangan ini dinamakan dulang combo. Set yang Shailla order ini untuk 2 orang makan. Tetapi bila sampai,woahhhh ini macam untuk 4 orang makan! Memang banyak. 


Elok sahaja azan maghrib berkumandang, baca doa terus ngap. Husband siap pesan lagi jangan minum air banyak nanti cepat kenyang. Dalam set Dulang Combo ini terdapat speggeti, meatball. Chicken chop dan kentang. Jadi Shailla pula pesan dengan husband makan ayam dulu bab ayam banyak isi nanti cepat muak. Hahaha. Chicken chop dia juga bagi shailla pedas sikit tetapi sedap. Mungkin kerana kuah yang digunakan bersama ayam yang ranggup. Haaa... Meatball bersama kuah cheese melempah itu pun rasa sedapp lebih kurang rasa meatball ikea. Cuma speggeti dia sahaja kuahnya rasa agak masam sikit. Kentang macam biasa anak shailla kerjakan. Percayalah bahawasanya kami gagal menghabiskan makan dalam dulung itu lalu bungkus bawa pulang. Harga set Dulang Combo ini adalah RM36 ringgit sahaja. 

Untuk Nancos Cheese memang sedap dan pedas dimana bahagian yang terkena serbuk lada. Jadi untuk Areez Shailla pilih bahagian yang tidak kena serbuk lada. Kuantiti dia juga banyak dan berbaloi dengan harganya. Nancos Cheese ini korang boleh dapat berharga RM12 ringgit. 

Okay sampai disini sahaja, sesiapa yang rasa hendak berbuka di The Rack Boutique Cafe ini, shailla letak alamat dan nombor telefon dibawah ini. 

Alamat : 
1, Jalan Os 1/4, One Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia
Maps

Nombor Telefon 
01137845657

Sekian Terima Kasih

May 30, 2017

MAMINQA Milk Booster Penyelesaian Masaalah Kekurangan Susu Badan

Assallammualaikum 💕 


Hai Semua, macamana kalau shailla kongsikan satu produk yang bagus khas untuk ibu-ibu yang mengalami masaallah kekurangan susu badan. Produk ini amat mudah dimakan dan paling penting sangat sedap. MAMINQA Milk Booster. Harga satu kotak RM100. Terdapat 20 pekat dalam kotak ini.


Tidak dinafikan terdapat banyak petua-petua yang terdapat di pencarian google, tetapi korang juga boleh mencuba produk MAMINQA Milk Booster ini kerana sekali rasa pasti selepas itu korang akan setia dengannya. Alhamdulillah shailla juga telah mencuba produk ini lebih dua minggu.
Shailla makan sehari dua peket iaitu pada waktu pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur. Shailla telah Nampak perubahan dimana sebelum ini susu shailla memang drop habis, kalau pam pun adalah dalam setitik lalu. Setelah mencuba produk ini, apabila pump, shailla sudah berjay dapat hampir satu oz. Walaupun nampak sedikit tetapi sudah nampak hasilnya.
Selain itu, di dalam MAMINQA merupakan satu produk yang berasaskan bahan makanan sunnah yang bertujuan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu.


Kelebihan utama mengamalkan Maminqa Milkbooster ini  adalah dapat membantu sistem susu untuk terhasil dengan kerap. Selain itu menjadikan susu ibu berwarna lebih pekat dan kuantiti susu yang lebih meriah. Paling utama adalah Memastikan breast yang kosong akan sentiasa penuh dengan susu. 


Terdapat juga Kesan-kesan lain jika mengamalkan Maminqa Milkbooster ini  antaranya adalah menambah haemoglobin. Paling best adalah ia juga dapat menjadikan kulit kita kelihatan lebih tegang. Maminqa Milkbooster bukan sahaja bertindak sebagai antioxidant pada kulit kita malah dapat melambatkan proses penuaan (anti-aging). Untuk ibu-ibu yang berkerja mahupun sur rumah, Maminqa Milkbooster juga mampu menjadikan badan lebih bertenaga dan membantu sistem pencernaan (pelawasan). Maminqa Milkbooster ini juga mampu melancarkan peredaran darah, menguatkan sistem imunisasi pada badan, melembapkan kulit dan membantu perkembangan minda untuk berkembang


Jadi sebenarnya , MAMINQA Milk Booster bukan hanya untuk memperbanyakkan susu , malah turut untuk baik juga untuk kesihatan dan juga awek muda disamping memberikan ekstra tenaga. MAMINQA Milk Booster ini juga mendapat kelulusan daripada kementerian kesihatan. KOrang boleh lihat sendiri cop KKM ada dibelakang kotak ini. Jadi tidak perlu ragu-ragu untuk makan yer…hihihi


Cara makanya pula amat mudah dimana korang hanya perlu koyak dan hisap sahaja. Maminqa Milkbooster juga mudah untuk dibawa ke mana-mana. Jangan risau yer kalau lepas ini susu sikit kerana produk ini sangat membantu . Semoga kita semua dapat memberi susu terbaik untuk bayi kita. Amin…😍

Jadi ibu-ibu sekalian, lepas ini, kalau hendak susu meriah, jangan cari yang lain hokeyyyy....  

cari saja MAMINQA Milk Booster :

Instagram : @merebeniemy
Facebook : Mere Benie Malaysia/
Whatsapp : maminqamilkbooster

Terima kasih 
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...