May 27, 2016

Food Review | D'kayangan Grill BBQ Steamboat Buffet Ramadhan 2016

Assallammualaikum


Semalam shaila dan beberapa rakan blogger dari Kelab Ben Ashaari pergi food review di area Seksyen 13 Shah Alam. Lokasi food review kali ini adalah D'kayangan Grill  BBQ Steamboat. Walaupun  berkerja di Shah Alam hampir 3 tahun, tetapi tidak pernah perasan pula D'kayangan Grill & Barbeque Steamboat. Mungkin juga sebab kedudukanya dibawah apartment, itu yang tidak perasan.



Untuk sampai ke sini, shaila guna maps. Kalau dari Sungai Buloh adalah dalam 35 minit. Tempat ini agak selasa dan mempunyai banyak tempat duduk. Semasa shaila datang pada pukul 8 malam masih banyak lagi kekosongan tempat duduk tetapi makin lama orang semakin ramai datang dan kebanyakkan tempat duduk sudah menjadi penuh.  Restoran ini juga mempunyai ruang santai yang boleh menampung sehingga 500 orang dalam satu masa . Antara kemudian yang di sediakan disini adalah wash room, surau untuk lelaki dan perempuan dan tempat letak kereta yang luas dan banyak.


Ramadhan sudah hampir tiba, mungkin korang tercari-cari lokasi untuk berbuka puasa bersama keluargakan. Apa kata korang bawa keluarga ke sini kerana disini terdapat buffet Ramadhan yang menyediakan pelbagai menu istimewa pada bulan Ramadhan yang akan menjelang tidak lama lagi. D'kayangan Grill  BBQ Steamboat ini menyediakan makanan yang berkongsepkan 3 dalam 1 iaitu Grill + stimbot + BBq secara buffet. Tengok sahaja kambing panggang yang sedang tergolek disalai diatas sana, rasa dia memang sedap dan tidak berbau. Kambing panggang ini merupakan salah satu menu istimewa yang disediakan disini setiap hari semasa bulan ramadhan.


Jom kita lihat aneka makanan yang tersedia disini. Terdapat pelbagai aneka makanan laut yang segar-segar ada disini seperti udang, ketam, kupang, kepah, kerang, sotong, isi ikan, bamboo lala dan lain-lain lagi
.



Haaaaa....untuk cucuk-cucuk di atas adalah untuk skewer. Terdapat banyak pilih tersedia untuk pilihan pengunjung disini seperti Ayam Skewer Berrempah, Ayam Skewer Kunyit, Ayam Skewer Cilantro, Daging Skewer Hitam Manis, Sotong Skewer Pedas Cilantro, Sotong Skewer Berempah, Ikan Dory Skewer Berempah, Udang Skewer Cilantro Pepper, Kambing Skewer Hitam Manis, Otak-otak dan Pari Assam Nyoya.



Turut disediakan disini juga adalah pelbagai aneka bebola, sayur-sayuran dan segar-segar bagi pengemar sayur dan juga aneka mee yang pelbagai jenis dan rasa. Kalau budak-budak ini mesti suka mee maggie yang pelbagai ini.



Pencuci mulut juga turut disajikan disini seperti Breads dan Butter pudding With Vanilla Sauce. Kek dan juga pelbagai jenis aneka buah-buahan turut disediakan disini.


Untuk stimbot, terdapat dua pilihan kuah untuk kita pilih iaitu sama ada kita hendak kuah sup ayam mahupun tom yam. Jadi kami telah memilih kuah tom yam sebagai kuah rebusan.


Disini terdapat banyak pilihan sos yang dibuat sendiri oleh Chef Shahnizam seperti Sos Cili Pedas, Sos Cili Thai, Sos Manis, Sos Bawang, Sos Bawang Putih, Sos Lada Hitam, Sos Yong Tau Foo dan lain-lain lagi. Kalau korang rasa hnedak makan ais krim, ABC dan juga minuman panas dan sejuk turut disediakan.


Fuhhhh, berpeluh-peluh shaila sibuk mengacau dan membakar makanan. Masuk sini bau minyak wangi tetapi bila keluar bau asap. Habis baju shaila beli dari blogger Tya Salmid bau asap..hahaha..Asap pun asaplah janji perut kenyang.


Ini antara blogger yang bersama shaila pada malam itu. Yanie ni macam-macam tahu-tahu sahaja hendak ambil gambar dia..hahaha. Keseluruhan makan di sini sedap dan banyak pilihan hingga tidak terpilih kami. Ada lagi beberapa jenis menua yang shaila tidak larat cuba sebab perut dah full tank.


Shaila tidak tahu, mengapa shaila happy sangat mungkin sebab terlebih banyak makan bersama dengan blogger-blogger yang suka buat lawak. Diorang ini kalau buat lawak dan boleh masuk Maharaja Lawak Mega, mesti menang punya..hahaha


Harga yang ditawarkan juga berbaloi dengan apa yang shaila makan pada malam itu. Pelanggan hanya perlu membayar serendah RM49.90 untuk dewasa manakala untuk kanak-kanak RM24.00 untuk yang berusia 5 hingga 11 tahun.


Untuk mengetahui lebih lanjut dan mendapat info mengenai restoran ini, boleh layari laman Facebook Steamboat-BBQ-Buffet_DKayangan dan Instagram #dkayangansteamboat. Restoran ini bertempat di alamat :
Sri Acappella Servis Apartment Rest. 
D’Kayangan,Sri Acapella Servis Appartment. 
No. 1, JLN Lompat Tinggi 13/33m Seksyen 13, 
40400 Shah Alam.


Untuk membuat sebarang tempah terus boleh hubungi 03-55234979 / 012-2971091 / 012-3970091

Waktu Operasi : 5pm - 2am

Sekian Terima Kasih

May 24, 2016

Maternity | Tanda-tanda Awal Kehamilan

Assallammualaikum




Topik shaila kali ini adalah berkenaan kehamilan. Asyik cerita pasal makan dan travel sahaja, jadi kali ini kita tukar topik ke arah kekeluargaan sikit. Macamana kita hendak tahu bahawasanya kita telah mengandung? Okay antara tanda-tandanya adalah:

Lewat Datang Haid

Jika kebiasaannya kitaran haid kita teratur tetapi tiba-tiba bulan ini tunggu punya tunggu tidak juga kunjung tiba...haishhhhh apasal nie?. Kebiasaanya selepas 2 minggu jika haid masih belum datang makanya kena buat check up jangan diam sebab kita risau juga kalau tidak mengandung, penyakit lain pula datang.

Perut Rasa Macam Senggugut

Dalam tarikh sepatutnya period datang itu, perut ini rasa sakit mencucuk-cucuk macam hendak datang period tetapi tidak datang pun. Sakit itu kadang-kadang datang serang sekejap-sekejap di ikuti dengan sakit pinggang

Selera Makan

Bagaiman pula dengan selera makan? hurmmm, tekat akan rasa tidak sedap dan rasa hendak muntah. Macam shaila suka makan makanan yang masam-masam macam Te o Ais Limau atau Tom Yam. Kemudian tengok makanan ini tidak selera tengok makan itu tidak selera. Kadang-kadang tengik itu terliur tengok ini terliur hendak makan itu hendak makan ini tetapi bila dapat makan sikit sahaja.

Rasa Mual Dan Pening Kepala

Ini sering terjadi, korang rasa tekak macam tidak sedap dan rasa ingin muntah bila lihat sesuatu yang korang tidak suka atau bau. Selain itu juga kepala rasa pening-pening.

Naluri Hati

Percaya tidak naluri hati seorang ibu ini kuat?. Pengalaman shaila, naluri hati shaila memang sangat kuat mengatakan shaila mengandung. Tiba-tiba rasa mengelabah periksa kitaran haid padahal sebelum ini takdelah alert sangat pun. Semasa itu baru perasan yang haid sudah terlewat. Naluri seorang ibu memang kuat tambah bila ada anugerah istimewa dalam peurtnya, hanya seorang ibu yang boleh rasa perasaan itu, perasaan yang sukar di rungkai dengan kata-kata.

Malas Dan Mengantuk

Okay, yang ini memang tidak dapat di elakkan, macam shaila memang malas sungguh hendak buat itu ini sampai kadang-kadang hendak bergerak pun malas. Mengantuk tidak payah cakaplah buat kerja tersengguk-sengguk depan komputer.Tetapi ibu-ibu jangan di layan sangat perasaan itu kerana kita ada tanggungjawab iaitu tanggngjawab kepada keluarga. Jangan sampai kerana asyik melayan perasaaan malas itu sampaikan abaikan semua.

Bau

Bila mengandung ini, deria bau sangat kuat. Tidak suka bau ikan, tidak suka bau goreng-goreng, tidak suka bau busuk kadang-kadang ada sesetengah sampai tidak boleh terima bau suami haaaaa yang itu parah boleh sebab gaduh.

Moody

Kebanyakkan ibu mengandung ini, emosi dia tidak stabil. Kadang-kadang, mood rasa down habis pada hari itu, semua rasa malas hendak layan. Ada juga ketikanya salah sikit, rasa hendak marah dan meradang.

Pinggang Sakit

Pinggang sakit ini sering berlaku ketika malam dan bangun dari tidur. Macam shaila selalu bila bangun dari tidur rasa sakit pinggang itu mencucuk.

Gusi Berdarah

Ada sesetengah ibu semasa berus gigi tiba-tiba ada darah. Ini berlaku kerana badan kita kekurangan kalsium. Untuk masaalah ini ibu-ibu kena ambil susu dan juga ubat yang telah diberikan oleh doktor.

Okay itu sahaja dapat shaila kongsikan untuk kali ini. Jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...