February 24, 2015

Kuih Keria Mak Buyong

Assallammualaikum


Hai semua...apa khabar? di harap dalam keadaan sihat sahaja..okay entry shaila kali ini ada tentang kuih keria..wahhhh...yumyumyum...kisahnya shaila teringin nak makan kuih keria then mama shaila sibuk buat tempahan kuih karipap jadi terpaksalah mak buyong ni buat sendiri. Cerita tentang kiuh keria ini, sebenarnya buat dia tidaklah susah mana cuma hendak menguli dan buat bentuk donut tu makan masa sikit.Lenguh juga lar pinggang shaila dok buat bentuk donut nie..hahaha


Setelah siap digoreng dah disira dengan gula...inilah hasilnya..kuih keria mak buyong diberi nama. Nasib lembut..kalau tak patah gigi mama dan abah makan...hahaha...okay sampai sini sahaja entry shaila..jumpa lagi...daaaaaa...

Sekian Terima Kasih

February 23, 2015

Projek Baiki Katil Baby

Assallammualaikum


Hai semua...apa khabar? di harap dalam keadaan sihat selalu. Okay kali ini shaila hendak cerita tentang projek shaila dengan suami membaiki katil baby. Katil baby ini, pemberian kakak saudara shaila memandangkan dia tidak lagi guna katil baby ini. Tetapi papan untuk katil baby ini dah patah kerana di latam oleh anak-anaknya. Dari situ bermulalah projek shaila dan juga suami membaiki kayu yang patah itu tetapi malangnya tidak dapat dibaiki. Kebetulan bapa mertua shaila ada papan simpan papan tebal jadi suami shaila gigih gergaji papan itu mengikut size asal papan katil baby.


Setelah papan siap di potong, kami ke kedai hardware untuk membeli tikar getah sebagai pelapik dan stapler gun untuk tampal tikar getah pada kayu. Setelah siap membeli bahan-bahan, kami semangat pulang ke rumah untuk memula projek itu, tetapi malangnya ubat stapler gun tidak boleh masuk pula, jadi suami shaila telah ke kedai harrdware itu kembali untuk tukar ubat stapler. Kemudian bila sampai di rumah, kami sambung projek kami kembali tetapi malangnya elok 3 kali tembak, stapler gun itu tidak kuarkan ubat dan means dia jadi stuck tidak boleh guna.hurmmmmm...maka kami projek kami terhenti di situ. Selang dua hari kemudian suami shaila pergi balik kedai itu untuk tukar stapler gun dan hasilnya...taraaaa....seperti gambar di atas..siap juga akhirnya papan katil baby....hihihi


Memandangkan katil bayi ini tiada tilam, jadi shaila lapik guna toto sahaja. Memang pada awalnya shaila hendak beli tilam untuk katil baby ini, tetapi bila pergi servey..kebanyakkan size tidak sama, mahal dan nipis. Kemudian biras shaila suggestkan lapik guna toto sahaja kemudian baru letak tilam size travel baby itu jadi tidak la terlalu nipis. Kelambu baby itu pula kawan office shaila bagi.Alhamdulillah rezeki baby.Akhirnya siap juga katil baby kami. Rase puas hati dan happy sangat.

"wahai anakku, walaupun katil baby ini secondhand tetapi sangat bernilai kerana hasil tangan abi dan semangat abi untuk membaiki katil ini untuk kamu..itulah yang menampakkan ia sangat berharga dan tanda kasih sayang kami.Wahai anak belajarlah menjadi anak yang soleh dan hidup serba serderhana tetapi bahagia kerana umi dan abi tidak dapat menjanjikan kemewahan kepada kamu tetapi berusaha lakukan terbaik untuk kamu."

Sekian Terima Kasih
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...