February 28, 2014

Segalanya Mudah Dengan FoodPanda.com

Assallammualaikum

Hai semua pembaca..apa khabar? Di harap sihat selalu. Sesiapa yang mengikuti blog http://secretofshaila.blogspot.com/ pasti tahu yang shaila beberapa hari ini agak jarang sikit post entry, WHY? WHY? WHY?..hahaha...sebenarnya  shaila sekarang busy dengan audit dan kadang-kadang terpaksa pergi jaga event yang ajuran company shaila berkerja. Memandang rutin saila yang agak busy sekarang, jadi jarang dapat keluar makan tengahari jadi shaila hanya menggunakan khidmat penghantaran makan dari   FoodPanda.my . Makan dari The chicken Rice shop menjadi pilihan shaila.


Mungkin ada kalangan  pembaca di sini yang telah menggunakan perkhidmatan FoodPanda right? Kepada yang belum mengetahui perkhidmatan ini, shaila akan cerita serba sedikit tentang perkhidmatan ini.FoodPanda.my adalah sebuah portal dalam talian penghantaran makanan yang menjadikan ia mudah untuk pelanggan untuk memesan makanan dari restoran-restoran terbaik di Malaysia dan mendapatkan ia dihantar di rumah mereka. Dengan lebih daripada 300 restoran untuk dipilih, foodpanda telah menjadi salah seorang pemimpin penghantaran makanan dalam talian. Pelanggan boleh memesan makanan dari rantaian antarabangsa popular seperti Tony Roma , Kenny Rogers Roasters, Sushi King dan banyak lagi atau dari kegemaran tempatan seperti The Chicken Rice Shop , Stesen Kluang dan lain-lain Senarai masakan di foodpanda agak menarik juga. Pelanggan boleh memesan pelbagai masakan seperti Sushi, makanan India, Itali Makanan atau makanan barat. Minuman juga boleh dipesan dari tempat-tempat terkenal seperti Chatime, dan Starbucks . Pesanan akan dihantar dalam masa yang singkat bergantung pada kawasan anda berada.FoodPanda ini ada di seleuruh Malaysia seperti di Pulau Pinang, Georgetown, Melaka, Subang Jaya, Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Johor, Ipoh dan Lain-lain.Okay sampai di sini sahaja entry shaila untuk kali ini, sesiapa mempunyai rutin yang sibuk sehingga tidak sempat makan, boleh menggunakan perkhidmatan FoodPanda.my.

P/S: Untuk memudahkan pengguna, FoodPanda.com meyediakan aplikasi phone Android dan juga iPhone. Untuk maklumat lanjut tentang aplikasi ini, boleh ke http://www.foodpanda.my/contents/apps .

Sekian Terima Kasih

February 20, 2014

Bergaya Dengan Peplum Dress Anggun Dan Cantik

Assallammualaikum

Hai semua pembaca blog...hari ini shaila hendak cerita pasal peplum dress...seperti kita tahu, peplum dress ini memang terkenal masa kini. Malah digayakan oleh semua golongan dari kanak-kanak hinggalah dewasa dan orang tua. Peplum juga telah direka dengan pelbagai design dari ke pejabat hinggalah ke majlis-majlis yang istimewa. okay tanpa berlengah lagi jom shaila review sikit pasal peplum dress ini.


Sejak akhir-akhir ini trend peplum dress semakin menjadi kegilaan ramai terutamanya bagi kaum wanita moden. Stail dress ini juga mencuri perhatian kerana tampak begitu segar di mata penggemar fesyen tanah air.


 Malah dalam pada masa yang sama ianya membuatkan kita mengimbau kenangan zaman kegemilangan biduan wanita terkenal iaitu Saloma kerana beliau begitu dikenali dengan gaya klasik peplum dress. 


Trend ini juga kelihatannya menjadi ikutan dalam kalangan selebriti masa kini.Semakin ramai yang menggayakan dress ala peplum mereka di bawah sorotan lampu serta kamera di karpet merah pada majlis-majlis anugerah hiburan. Ramai bersetuju trend ini mejadi kegemaran adalah kerana dress tersebut nampak begitu classy apabila dipakai.


 Peplum dresses juga sangat sesuai dipakai ke kerja malah lebih menarik untuk keparti. Lace-like pattern pula menambahkan keserian kepadanya.


Bagi wanita yang bekerja mereka pasti akan suka dengan dress ini kerana ianya menambahkan stail vintage kepada penampilan mereka. 

Sehelai peplum dress dapat berikan imej yang lebih segar kepada si pemakai. Tapi bagaimana cara untuk menggayakannya? Cuba padankan dengan sepasang kasut tinggi ianya pasti membuatkan penampilan seksi anda lebih sempurna!

Layari zalora.com.my dan dapatkan koleksi menarik peplum dress dengan pelbagai variasi rekaan dan warna. Malah anda pasti teruja dengan apa yang mereka tawarkan iaitu peplum dress daripada jenama-jenama terkenal dengan kualiti yang cukup tinggi. Zalora Malaysia menyediakan pengalaman membeli-belah yang terbaik buat penggemar fesyen.Langkah-langkahpembelian di sana juga begitu mudah namunselamat buat pembeli. Lihat Zalora blog untukberita-berita fesyen terkini.

Sekian Terima Kasih
Logo KBBA

WARNAI RAMADAN DI KLANA BEACH RESORT PORT DICKSON – SAJIAN NASI PADANG & SELERO NEGERI SEMBILAN

  Assallammualaikum Hai semua, minggu lalu Sha berkesempatan menghadiri pelancaran Bufet Ramadan 2024 bertemakan Nasi Padang & Selero Ne...