October 16, 2013

Produk untuk kecutkan Jerawat

Assallammualaikum


PURE ACTIVE Anti-Imperfections COOLING ROLL-ON 

Hai semua apa khabar?okay hari ini shaila hendak review tentang produk PURE ACTIVE Anti-Imperfections COOLING ROLL-ON. Produk ini sebenarnya shaila dapat free gift semasa beli pencuci garnier. 

Info PURE ACTIVE Anti-Imperfections COOLING ROLL-ON

GARNIER memperkenalkan Pure active cooling Roll on, Roll on Dingin pertama dari GARNIER untuk kulit berjerawat

Dengan kandungan : Purifying Saliclyic Acid, foemula nya yang segar dan tidak berminyak bantu menghilangkan jerawat

Diperkaya dengan HerbaRepair yang bantu proses regenerasi kulit untuk menyamarkan noda bekas jerawat

Cara Penggunaanya

cara penggunaan produk ini adalah dengan meletakkan atau roll saja pada bahagian jerawat dan biarkan semalaman.

Testimoni Shaila

Dalam banyak-banyak produk untuk kecutan jerawat yang shaila pakai,produk ini paling okay dan cepat mengecutkan jerawat.Sebelum ini shaila pernah menggunakan oxy, tetapi kulit shaila tidak sesuai, jerawat menjadi semakin merah dan tidak susut. Untuk produk ini, shaila guna sebelum tidur dan keesokkan harinya jerawat menjadi kecut. Haaa...jangan salah faham pula yer, produk ini bukan magic sekali pakai terus hilang jerawat, tidak sama sekali tetapi dia mampu mengecutkan jerawat dari jadi semakin merah dan besar dan yang penting jangan usik jerawat itu, dia akan hilangkan dengan sendirinya.. Bau dia juga tidak busuk . Gunakan produk ini sampai jerawat hilang. Kalau tiada jerawat, tidak perlulah gunakan.


Harga

15ML – RM24.90

Sekian Terima kasih

October 11, 2013

Perkahwinan Abang Shaheir dan Kak Fatimah

Assallammualaikum

Belah Perempuan


Enrty kali ini adalah serba sedikit ulasan majlis perkahwinan jiran shaila iaitu abang shahier dan juga kak fatimah.


Okay...inilah pengantinnya...sama cantik dan sama padan.Shaila berkenan betul dengan baju kak fatimah nampak simple tapi cantik.


Inilah antara hantaran yang di berikan oleh pihak lelaki.

Jeng...jeng...jeng...kenal tak? kenal x? inilah penyanyi lagu Kau pelita hatiku ZuR Eda.Zur Eda ini jiran kepada keluarga abang shahier 


Gambar ini diambil semasa makan adap-adap


Shaila bersama pengantin, mak pengantin dan mak cik shaila.


Gambar bersama Kak fatimah


Gambar bersama Abg Shahier


Gambar bersama banner pun boleh...hahhaha


Mama dan abah pun sibuk juga hendak bergambar di banner...

Belah Lelaki


Lagi sekali bergambar dengan banner..ish3...ratu banner betullah...hahaha


Ini gambar shaila bersama anak buah shaila yang sangat nakal...hahaha


Haaa...ini pula gambar shaila bersama baby afia.YES!! shaila memang suka dengan budak-budak..pantang jumpe siaplah kena kerja dengan shaila...hahahah


Pada majlis bertandang belah lelaki, penagntin menggunakan warna putih sebagai tema majlis perkahwinan mereka. Sebenarnya putih ini sangat canti, nampak suci sahajakan...


Haaa...naser wahab salah satu tetamu mereka.


Okay...gambar penutup entry shaila...selamat pengantin baru abang shahier dan kak fitimah semoga kekal hingga jannah dan di kurniakan anak yang soleh dan solehah..

Thank You.


Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...