July 09, 2013

Fungsi & Kebaikan Bedak TANAKA

Assallamualaikum



Hai semua...okay hari ini shaila hendak review pasal Bedak Tanaka..Pada suatu masa dahulu, kayu Tanaka ini digunakan oleh golongan kerabat diraja disana untuk mencantikkan kulit. Dipercayai kayu Tanaka ini berfungsi untuk melindungi kulit daripada pancaran matahari yang terik. Ia juga dapat menyejukkan, menyerap lebihan minyak dan menyerap peluh..Bedak ini Shaila dapat free gift semasa beli Adha skin care...Shaila dah cuba bedak ini...bedak ini memang best...bila pakai terasa sejuk sahaja muka..dan muka menjadi segar...untuk kelihatan putih dan sebagainya shaila belum nampak lagi...sebab baru pakai...tetapi bila lihat fungsi bedak ini...fuhhh mantap...bedak ini juga boleh buat macam foundation tau...caranya adalah basahkan span then dap..dap...dap...pada muka...shaila sudah cuba...memang tahan minyak...tapi tahap UV dia shaila tidak pasti berapa...tetapi shaila kurang gemar bau dia...maybe shaila kena cuba haruman lain..kerana dia mempunyai 4 haruman..untuk bedak ini shaila boleh bagi markah 3/5.Harga bedak ini adalah RM20.00..

101 fungsi dan kebaikan antaranya ialah

✔melicinkan kulit muka

✔memberi kesegaran pada kulit

✔mengurangkan kadar pengeluaran minyak/sebum pada kulit

✔menanggalkan sel kulit mati

✔ia membantu sejukkan kulit

✔membersih & menengang wajah

✔ Sesuai untuk kanak-kanak dan bayi 1thn lebih

✔ Sesuai untuk semua lapisan umur

✔ Menghilangkan ruam-ruam badan

✔ Boleh digunakan dimuka dan badan

✔ Menghilangkan gatal-gatal badan

✔ Mengecutkan jerawat

✔ Lembutkan kulit dan menghaluskan.

✔ Hilangkan jeragat

✔ Menyejukkan & mengurangkan minyak di kulit muka

✔ Pelindung cahaya matahari

✔ Boleh dijadikan sebagai bedak sejuk dan foundation


Bedak Tanaka mempunyai 4 jenis haruman :-

- rose(warna pink)

-jasmine(putih)

-krim(original)

-hijau(lemon)

P/S: Cara Guna...Untuk jadikan sebagai foundation cuma sapukan bedak TANAKA rata2 ke muka guna tangan atau span muka. ** Untuk jadikan sebagai bedak sejuk cuma basahkan tangan atau campurkan bedak TANAKA dgn air dan sapu kan ke muka. Lps 30 min boleh cuci atau nk pakai sepanjang mlm pun blh…blh cakap2 time sapu..muka x kedut mcm pakai masker.. ** Boleh pakai waktu siang sebagai foundation atau waktu malam sebagai bedak sejuk. ** Boleh digunakan untuk semua jenis kulit berjerawat, sensitif, normal dan sebagainya. ** Sesuai untuk lelaki dan wanita…dewasa dan kanak-kanak.

Awards & Certificate Bedak Tanaka Myanmar ShwePyiNann
- ISO 9001:2008
- 2008 Global Excelleence Awards
- 2009 People's Choice Awards
- Bureau of Food & Drugs - Kementerian Kesihatan Philippines
- HALAL Myanmar
- FDA ( Thailand )
- Test Report PSB Singapore
- Approved Kementerian Kesihatan Myanmar
- Certificate of State Registration in Russia

Sekian terima Kasih

July 08, 2013

Sukaneka Afiq Ilman

Assallamualaikum

Pada hari ahad pula adalah sukaneka anak buah shaila Afiq Ilman...diatas adalah antra barisan kanak-kanak tadika yang berumur 4 hingga 5 tahun..anak buah shaila berumur 5 tahun.Mereka mengenakan T-Shirt sukan berwarna Pink Biru...shaila berkenan sungguh dengan warna sukan budak-budak ini..^^

Inilah anak buah kesayangan shaila...Afiq Ilman

ini merupkan salah satu acara yang anak buah shaila masuk...iaitu susun menara...mesti korang pun pernah main permainan inikan?hahaha...shaila?of course lar pernah...antara permainan fav shaila time sekolah...

Afiq bersama salah sorang kawan rapat di tadika..

Ini pula adalah acara special...acara ini mengkehendaki anak menyuap ibunya makan nasi lemak...hahaha...lawak gile kakak saudara shaila...sampai tidak tertelan dia...tapi acara ini sweet sangat..^^

Jeng..jeng...jeng...anak buah shaila menang dapat dua sahaja medal...tapi okaylah...atleast menang juga...actually yang seronoknya bukan apa...kelakar melihat budak-budak ini bersukan...ada yang bersemangat...ada yang blur...ada yang asyik tengok parents jer...tidak kurang ada yang muka masam sahaja...tetapi telatah mereka memang menghiburkan..^^

Sekian Terima Kasih

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...