Assallammualaikum,
Hai semua, okay kali ini Shailla ingin kongsikan tentang "Jom Taksir Zakat" bersempena bulan taksir zakat Lembaga Zakat. Apa yang menarik tentang "Jom Taksir Zakat" ini adalah korang berpeluang untuk memenangi hadiah menarik dari pihak Lembaga Zakat.
Tujuan bulan taksir zakat ini diadakan adalah :
- Zakat Pendapatan
- Zakat Perniagaan
- Zakat Wang Simpanan
- Zakat Pelaburan
- Zakat KWSP
- Zakat Emas & Perak
- Zakat Takaful
- Taksiran Zakat
- Qada Zakat
• Buat Pembayaran semua jenis Zakat Harta dan Zakat Fitrah
• Buat Pembayaran FIDYAH secara online
• Semak Rekod Bayaran Zakat lepas
• Semak Status Bantuan Zakat yang dipohon (Asnaf)
• Semak Status Bayaran Zakat (Vendor)
• Simpan Kiraan Zakat
• Download Penyata Bayaran Zakat Tahunan
• Download Borang VCASH (Asnaf tiada akaun bank)
• Download Borang Bantuan Zakat
• Pengiraan Zakat
• Lokasi Cawangan Zakat Selangor
• Info Zakat terkini
Selain itu, korang yang memohon bantuan zakat di Lembaga Zakat Selangor (LZS) kini boleh menyemak rekod bantuan secara atas talian melalui kemudahan platform eZakat Online
Melalui platform eZakat Online ini, korang hanya perlu hanya perlu mendaftar sebagai pengguna di https://ezo.zakatselangor.com.my/ dan seterusnya dapat mengakses rekod bantuan zakat yang diterima.
Ini merupakan alternatif bagi memudahkan korang untuk menyemak status permohonan bantuan. Selain menjimatkan kos dan masa, ia juga mudah diakses di mana-mana dan pada bila-bila masa.
Setiap permohonan zakat akan dinilai melalui tapisan haddul Kifayah. Proses kelulusan permohonan agihan boleh diringkaskan seperti berikut :
- LZS terima permohonan borang yang lengkap dari pemohon.
- Permohonan zakat akan dibuat semakan berdasarkan kadar had kifayah dan maklumat dimasukkan dalam Sistem Agihan Zakat
- Proses siasatan akan dijalankan terhadap permohonan
- Pemohon diluluskan/ditolak
- Pemohon dikelaskan mengikut asnaf fakir atau miskin
- Sekiranya asnaf, bantuan zakat yang bersesuaikan akan diberikan