Showing posts with label Gadget. Show all posts
Showing posts with label Gadget. Show all posts

May 18, 2021

Sudio Nio Review | Sudio NIO Case (mesra vegan dari kulit epal)

Assallammualaikum 


Nama Sudio memang tidak asing lagi. Tidak mustahil juga mungkin di antara korang yang sememangnya peminat tegar produk Sudio. Kalau korang hendak tahu, produk Sudio ini popular dengan mengeluarkan pelbagai jenis wireless dan speakers sseperti Sudio Tolv, Sudio Ett, Sudio Elva, Sudio Fem dan Sudio Femtio. Sudio Nio merupakan produk wireless earphone terbaru yang dilancarkan pada 11 Januari lalu. Terdapat 4 pilihan warna yang tersedia iaitu Warna Hitam, Hijau, Putih dan Aurora. Shailla memilih warna Aurora kerana warna itu nampak unik dan bergaya.

Kelebihan Sudio NIO

1)Hujung sayap dengan 4 saiz tersedia untuk keselesaan anda
2)Teknologi mikrofon dwi adaptif dan jangka hayat bateri 20 jam
3)Kawalan panel sentuh dan gandingan automatik; Perlindungan dinilai IPX4 yang boleh dipercayai
4)Terdapat dalam 4 warna: hijau, hitam, putih, pasir, dan aurora warna eksklusif
5)Penghantaran percuma ke seluruh dunia dan jaminan antarabangsa 3 tahun dengan Sudio SPHERE

Touch Panel Sudio Nio

Untuk Muzik:

-Play/Pause - Sentuh Sekali (earphone sebelah kiri/kanan)

-Undo - Sentuh Dua Kali (earphone sebelah kiri)

-Next - Sentuh Dua Kali (earphone sebelah kanan)

-Kuatkan Volume - Sentuh Tiga kali (earphone sebelah kanan)

-Perlahankan Volume - Sentuh Tiga Kali (earphone sebelah kiri)

Untuk Panggilan:

-Jawap Panggilan - Sentuh Sekali (earphone sebelah kiri/ kanan)

-Tolak Panggilan - Sentuh Tiga Saat (earphone sebelah kanan/kiri)

-Jawab Panggilan - Sentuh Sekali (earphone sebelah kiri/kanan)

Kini Sudio telah melancarkan pula Sudio NIO Case pada 10 Mei 2021 yang lalu. Sekiranya korang membeli Sudio Nio bermula 10 Mei - 6 Jun 2021 ini, korang akan mendapat NIO Case secara PERCUMA dengan sebarang pembelian NIO. Okay sebelum itu, jom kita lihat apa yang menarik tentang Sudio NIO Case.

Sudio NIO Case


Sudio NIO Case ini telah direka dengan bahan berasaskan tumbuhan. Menggunakan kulit kulit epal yang menghasilkan penutup pelindung bertekstur cantik. Kulit vegan di sekitar kotak Sudio Nio dihasilkan dari kulit epal dari kebun di utara Itali. Proses mengubah kulit epal yang dibuang menjadi kulit bebas kekejaman berasaskan tumbuhan menghasilkan bahan yang cantik, hypoallergenic, dan biodegradable yang sesuai dengan gaya anda. 


BAHAN BIO UPCYCLED 
Kulit vegan di sekitar kotak Sudio Nio berasaskan tumbuhan yang lestari. Dihasilkan dari kulit epal dari kebun di utara Itali. Daripada dibuang, lebih baik diguna pakai semula untuk tujuan yang lebih tinggi.

BERKESAN BERFIKIR 
Proses mengubah kulit epal yang dibuang, dikeringkan dan ditumbuk menjadi serbuk halus untuk membuat bahan asas yang digabungkan dengan bahan tidak toksik dan pigmen organik lain menghasilkan bahan yang cantik, hypoallergenic, dan biodegradable yang sesuai untuk semua. 

KENAPA KULIT APLIKASI KULIT?
Menggunakan kulit kulit epal yang menghasilkan penutup pelindung bertekstur cantik yang lebih baik untuk Bumi.


Miliki Sudio Nio Sekarang Dengan Harga Diskaun!

Ada berita baik untuk korang. Korang boleh dapatkan 15% diskaun eksklusif dengan pembelian Sudio Nio. Dapatkan diskaun 15% untuk Sudio NIO dengan menggunakan kod SHAZILLAH. korang juga akan dapat sarung Sudio NIO mesra vegan secara PERCUMA untuk pembelian NIO dari 10 Mei - 6 Jun (atau sehingga stok habis). Penghantaran PERCUMA di Malaysia dan di seluruh dunia serta mendapat jaminan 3 tahun dengan Sudio Sphere.

Untuk Maklumat Lanjut:
Website: www.sudio.com/my/
Instagram: www.instagram.com/sudio
Facebook: www.facebook.com/sudiosweden

December 21, 2017

Sony Xperia XA Ultra Tewas Akhirnya

Assalamualaikum 💔


Setelah lama bersabar tewas juga akhirnya. Hari terpaksa Sony masuk bengkel. Disebabkan masaalah lampu lcd selalu berkedip dan gegar. Selain itu juga mudah hang dan cepat panas. Haishhh sedih tul rasa hati.. Huhuhu

Nasib telefon lenovo S90 lama yang telah di wasiat pada Areez masih elok. Tapi semalam berebut juga dengan si Areez sebab dia nak tengok video Upin dan Ipin. Nasib ada ipad, jadi buat sementara Areez tengok upin ipin di youtube download.

Semalam semak balik dalam kotak, warranty masih ada. Jadi sha cadang untuk claims warranty baiki telefon ini.  Mula-mula ada terfikir untuk beli telefon baru. Tetapi tiba-tiba ubah keputusan untuk guna duit itu, beli barang anak-anak. Haishh.. Ibu-ibu memang begini yer.. Utamakan keperluan anak-anak dahulu dari diri sendiri. Okay sampai disini sahaja entry untuk kali ini, jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...