Showing posts with label Daily Life. Show all posts
Showing posts with label Daily Life. Show all posts

January 06, 2017

Barang Keperluan Untuk Dibawa Ke Hospital Ketika Bersalin

Assallammualaikum ❤

 
 

Kalau ikut tarikh untuk bersalin, lagi seminggu sahaja lagi Shailla akan melahirkan bayi kedua. Ketika ini memang rasa cuak, tetapi buat tenang sahaja sebab dalam minda memang telah set walau macamana pun kita tetap akan lalui detik untuk melahirkan bayi tanpa terkecuali cuma masa sahaja kita tidak boleh agak. 

Bagaimana dengan barang keperluan bayi untuk dibawa ke hospital pula?, Shailla memang suka sediakan sebulan lebih awal kerana daripada pengalaman anak pertama, bayi Shailla lahir 20 hari lebih awal. Selain itu Shailla juga rajin memeriksa beg bayi agar semua kelengkapan cukup.

Antara barang yang Shailla sediakan untuk dibawa ke hospital adalah seperti :

Untuk Bayi

1. Baju Bayi 3 Helai
2. Sarung Tangan dan Kaki 3 Set
3. Pampers 6 Keping
4. Barut Bayi 3 Helai
5. Tuala Mandian Sehelai
6. Mandian Bayi berserta minyak bayi
7. Selimut Bayi
8. Buku Yasin

Untuk Ibu

1. Set Breast Pump dan Nursing Cover
2. Baju, Kain Batik dan Stokin
3. Pad Bersalin
4. Tuala Mandian

 
 

Untuk memudahkan suami Shailla mengambil pakaian bayi ketika nurse minta, shailla telah memasuk setiap pasang baju, sarung tangan dan kaki serta pampers ke dalam plastik bagi memudahkan suami shailla menyerahkanya pada nurse yang bertugas. Selain itu, tujuan shailla memasukkanya ke dalam plastik supaya ia lebih nampak kemas dan tersusun. Okay, sampai disini sahaja entry Shailla, insyaallah kita berjumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih ❤

November 23, 2016

Bedak Ruam Bayi Atasi Masalah Penyakit Kulit

Assallammualaikum 💋


Setiap ibu pastikan mahukan yang terbaik buat anak mereka, begitu juga dengan shailla. Kadangkala anak digigit nyamuk cepat-cepat sapu Minyak Herba Asma Mujarab untuk mengelak gigitan menjadi lebih gatal dan merah. Pernah dengar tentang Bedak Ruam bayi? Bedak Ruam Bayi adalah bedak yang direka khas untuk ana-anak yang menghadapi masaalah kulit seperti  psoriasis , ekzema, panau, kayap, kurap, chicken pox, kudis buta, ruam bayi, gatal-gatal pada kulit ,jerawat dan lain-lain penyakit kulit.

Baru ini Shailla dapat Bedak Ruam Bayi untuk Shailla mencuba sendiri pada Areez Syahmi. Apa yang menarik tentang Bedak Ruam Bayi ini adalah bebas bahan kimia dan selamat jika termakan. Bedak Ruam Bayi ini diformulasikan daripada 100% tanah liat yang mengandungi mineral semulajadi dan Ia mengandungi mineral semulajadi yang bertindak menyerap segala kotoran dan toksik yang terdapat pada kulit.


Sebenarnya, Areez ini, kulitnya agak sensitif. Kalau terlalu berpeluh atau panas, habis merah-merah pada muka dan naik ruam. Waktu Areez baby dulu, lagilah teruk sebab tidak boleh pasang aircorn kebetulan cuasa panas, habis merah pipi Areez dan serta merta naik ruam. Memandangkan sekarang shailla telah memiliki Bedak Ruam Bayi ini, jika kulit Areez naik ruam kemerahan lagi hanya sapu sahaja pada bahagian ruam itu.


Jika kita lihat, Bedak Ruam Bayi ini berwarna putih tanah liat dan didalamnya pula bentuk cecair. Jadi tidak perlu kita tambah air lagi hanya gongcang agar bahan itu sebati kemudian sapu sahaja pada bahagian kulit yang bermasaalah itu. Bedak Ruam Bayi ini, cepat meresap dalam kulit dan menjadikan kulit terasa sejuk dan lembut .Satu bekas tahan agak lama,dalam beberapa bulan.Yang paling penting, Bedak Ruam Bayi bebas Paraben dan juga bahan-bahan kimia berbahaya.Selamat untuk anak-anak  terutama yang masih bayi kerana kandungannya dari 100% bahan semulajadi seperti tanah liat putih dan air galian yang telah ditapis secara khusus.


Pembuatan Bedak Ruam Bayi adalah secara homemade warisan semulajadi turun temurun serta pembuatan bedak sejuk tanah liat yang diiktiraf oleh SIRIM QAS INTERNATIONAL yang mana selamat digunakan dari bayi hingga dewasa.

Produk Tiruan Dipasaran


PEMBOHONG BESAR!

Ruam Bayi Powder (RBP) tidak pernah menukar packaging baru kepada nama Bedak 'Asma.
Tindakan jijik mereka ini sebenarnya untuk menipu pelanggan untuk menjual produk tiruan yang kononnya mengaku lebih baik dari RBP. RBP sudah mempunyai ratusan testimoni dan masih menggunakan bahan-bahan tradisional yang diwarisi oleh turun-temurun. RBP tidak diperoses oleh kilang kerana pihak kami ingin menjaga kualiti dan sifat kesucian tanah yang ditapis khusus. Fungsi tanah liat terbaik di dunia ini perlu dijaga keasliannya oleh tradisi turun temurun.

Testimoni Daripada Pengguna









Baguskan, harap lepas ini ibu-ibu semua boleh mencari Bedak Ruam Bayi ini jika anak menghadapi masalah kulit. Kalau hendak tahu lebih pasal produk ini boleh tengok disini :

Page :



Facebook :

Hubungi :

Puan Nurul : 017 6239935 ( Produk Owner) 

HQ En. Hafis 013 480 6787 (Bahagian Pemasaran)


Sekian Terima Kasih

October 28, 2016

Pengalaman Minum Air Gula

Assallammualaikum

 

Bila dengar sahaja nurse bagitahu kena minum air gula, pasti ibu-ibu akan berasa cuak dan lemahkan. Begitu juga dengan Shailla. Ini merupakan pengalaman Shailla kali pertama minum air gula kerana semasa mengandungkan Areez Syahmi, Shailla memang terlepas daripada kena minum air gula.

Sebenarnya rasa air gula itu tiadalah teruk mana pun cuma yang tidak tahan adalah kena cucuk untuk ambil simple darah dan kena tunggu 2 jam kemudian ambil darah kembali. Jadi ibu-ibu tidak perlu risau kerana rasa air gula tidaklah horrible seperti yang Shailla bayangkan sebelum ini. 

Untuk keputusannya pula, kita akan mengetahui pada check up akan datang. Bila fikir risau juga, tapi harap tiada masaalah dengan kencing manis.Aminnnnn...okay setakat ini sahaja entry Shailla untuk kali ini. 

Sekian Terima Kasih ❤️

September 05, 2016

Parenting | Hobi Baru Anak Suka Mengutip

Assallammualaikum

Ketika anak sedang meningkat usia semakin bermacam perangai. Perangai terbaru Areez adalah suka mengutip. Sebagai seorang ibu, Shailla juga risau tentang kesihatan anak. Betullah orang dahulu kata, kalau anak seorang yang pantas maka kita sebagai ibu bapa kena dua kali pantas daripada anak. Sering kali juga terjadi yang Shailla terlepas pandang ketika Areez mengutip.

Sebagai seorang ibu juga, Shailla kena pandang dari sudut lain pula dimana sebenarnya Areez sedang bereksplorasi dengan alam sekelilingnya. Sebenarnya beginilah cara Areez mengenali dan memahami sesuatu benda. Menurut teori perkembangan kognitif oleh Piaget, anak kita akan melalui fasa pertama yang dipanggil sensorimotor stage. Ketika ini anak kita akan mengenali persekitaran dan memahami diri melalui deria lidah, mata, telinga, hidung dan kulit.

Aktiviti suka mengutip adalah kerana mereka tidak tahu dan tidak faham yang perbuatan itu tidak bagus malah boleh membahayakan kesihatan. Justeru itu, kita sebagai ibu bapa kena lebih peka dan memastikan ruang permainan atau rumah sentiasa bersih. Selain itu tiada pastikan tiada barang-barang yang kecil dan merbahaya bersepah di atas lantai. Dengan cara ini juga sebenarnya kita dapat mendisiplinkan diri agar sentiasa megemas rumah. Persekitaran yang bersih akan membuat seisi rumah rasa selamat dan sihat. Okay sampai disini sahaja entry Shailla, jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih

August 30, 2016

Maternity : Pengalaman Mengandung Kali Kedua

Assallammualaikum


Alhamdulillah rezeki shaila untuk tahun ini, Shaila hamil anak kedua. Kandungan shaila ketika ini telah mencecah 3 bulan lebih. Entry ini memang Shaila peram dahulu sebab rasa masih terlalu awal untuk berkongsi ketika kandungan masih diawal usia. 

Shaila memang tidak merancang pun untuk mengandung kali kedua kerana Shaila dan suami hendak memberi tumpuan pada Areez Syahmi yang kini telah mencecah usia 1 tahun 4 bulan. Rezeki dari Allah datang tanpa di duga, Allah hadirkan insan istimewa menghuni sekali lagi dalam rahim Shaila. Rezeki ini Shaila dan suami sambut dengan hati dan tangan terbuka.

Bagaimana shaila tahu yang shaila telah mengandung adalah melalui NALURI, Shaila sebelum ini memang tidak lihat teliti pun tentang tarikh-tarikh period setiap bulan asalkan datang period. Hendak dijadikan cerita, pada akhir bulan 5, hati shaila rasa semacam sahaja, rasa gelisah pun ada. Kebetulan period shaila tidak kunjung tiba lagi, semakin hari, hati shaila semakin kuat mengatakan shaila mengandung tambah pula dalam seminggu itu shaila sering hadapi masaalah sakit macam hendak period tetapi tidak keluar pun.

Shaila telah menceritakan pada rakan kerja shaila, jadi mereka sarankan untuk beli Urine Pregnant Test (UPT). Selepas beli UPT, keesokannya shaila test dan ternyata double line, terkelip-kelip juga mata shaila ketika itu dalam rasa percaya dan tidak percaya tetapi itulah hakikatnya. Setelah mengetahui tentang kehamilan ini, shaila terus pergi ke farmasi untuk membeli asid forlic.

Bulan 6 merupakan bulan yang agak struggle buat Shaila kerana mengandung di bulan puasa. Alhamdulillah puasa Shaila tahun ini penuh tiada ponteng satu hari pun. Pada mulanya shaila ingin menunggu kandungan masuk 11 minggu baru buat scanning tetapi memandangkan ketika itu dua orang rakan office shaila mengalami keguguran jadi shaila telah buat scanning pada usia kandungan 8 minggu. Gambar diatas adalah size bayi pada usia 8 minggu, sangat comel. Alhamdulillah bayi shaila sihat sahaja.

Okay sampai disini sahaja entry shaila kali ini, next entry shaila akan bercerita tentang kisah shaila buka buku pink dan kena tegur dengan nurse. Hurmmmm kena tegur pasal apalah tu yer, jeng..jeng..jeng. Jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih




August 17, 2016

Parenting | Bila anak jadi raksasa

Assallammualaikum

Bila anak sudah meningkat usia ini, macam-macam ragam dan kerenah mereka.Pasti semua ibu bapa pernah hadapi situasi dimana barang permainan yang dibeli atau diberi habis rosak dikerjakan oleh anak-anak. Begitulah situasi yang shaila hadapi sekarang. Kebanyakkan barang mainan Areez habis rosak dikerjakanya.

Lihat sahaja keadaan minions ini, habis anak shaila kerjakan. Daripada sempurna tubuh badan terus tercabut dibuatnya memang macam raksasa betul, kesian dekat minion itu. Kadang-kadang terpaksa sorok dahulu mainan yang baru kerana hendak tunggu Areez besar sikit baru bagi sebab sayang tengok mainan habis hancur dengan raksasa ini..hahaha. Okay sampai sini sahaja entry shaila.

Sekian Terima Kasih.

May 24, 2016

Maternity | Tanda-tanda Awal Kehamilan

Assallammualaikum




Topik shaila kali ini adalah berkenaan kehamilan. Asyik cerita pasal makan dan travel sahaja, jadi kali ini kita tukar topik ke arah kekeluargaan sikit. Macamana kita hendak tahu bahawasanya kita telah mengandung? Okay antara tanda-tandanya adalah:

Lewat Datang Haid

Jika kebiasaannya kitaran haid kita teratur tetapi tiba-tiba bulan ini tunggu punya tunggu tidak juga kunjung tiba...haishhhhh apasal nie?. Kebiasaanya selepas 2 minggu jika haid masih belum datang makanya kena buat check up jangan diam sebab kita risau juga kalau tidak mengandung, penyakit lain pula datang.

Perut Rasa Macam Senggugut

Dalam tarikh sepatutnya period datang itu, perut ini rasa sakit mencucuk-cucuk macam hendak datang period tetapi tidak datang pun. Sakit itu kadang-kadang datang serang sekejap-sekejap di ikuti dengan sakit pinggang

Selera Makan

Bagaiman pula dengan selera makan? hurmmm, tekat akan rasa tidak sedap dan rasa hendak muntah. Macam shaila suka makan makanan yang masam-masam macam Te o Ais Limau atau Tom Yam. Kemudian tengok makanan ini tidak selera tengok makan itu tidak selera. Kadang-kadang tengik itu terliur tengok ini terliur hendak makan itu hendak makan ini tetapi bila dapat makan sikit sahaja.

Rasa Mual Dan Pening Kepala

Ini sering terjadi, korang rasa tekak macam tidak sedap dan rasa ingin muntah bila lihat sesuatu yang korang tidak suka atau bau. Selain itu juga kepala rasa pening-pening.

Naluri Hati

Percaya tidak naluri hati seorang ibu ini kuat?. Pengalaman shaila, naluri hati shaila memang sangat kuat mengatakan shaila mengandung. Tiba-tiba rasa mengelabah periksa kitaran haid padahal sebelum ini takdelah alert sangat pun. Semasa itu baru perasan yang haid sudah terlewat. Naluri seorang ibu memang kuat tambah bila ada anugerah istimewa dalam peurtnya, hanya seorang ibu yang boleh rasa perasaan itu, perasaan yang sukar di rungkai dengan kata-kata.

Malas Dan Mengantuk

Okay, yang ini memang tidak dapat di elakkan, macam shaila memang malas sungguh hendak buat itu ini sampai kadang-kadang hendak bergerak pun malas. Mengantuk tidak payah cakaplah buat kerja tersengguk-sengguk depan komputer.Tetapi ibu-ibu jangan di layan sangat perasaan itu kerana kita ada tanggungjawab iaitu tanggngjawab kepada keluarga. Jangan sampai kerana asyik melayan perasaaan malas itu sampaikan abaikan semua.

Bau

Bila mengandung ini, deria bau sangat kuat. Tidak suka bau ikan, tidak suka bau goreng-goreng, tidak suka bau busuk kadang-kadang ada sesetengah sampai tidak boleh terima bau suami haaaaa yang itu parah boleh sebab gaduh.

Moody

Kebanyakkan ibu mengandung ini, emosi dia tidak stabil. Kadang-kadang, mood rasa down habis pada hari itu, semua rasa malas hendak layan. Ada juga ketikanya salah sikit, rasa hendak marah dan meradang.

Pinggang Sakit

Pinggang sakit ini sering berlaku ketika malam dan bangun dari tidur. Macam shaila selalu bila bangun dari tidur rasa sakit pinggang itu mencucuk.

Gusi Berdarah

Ada sesetengah ibu semasa berus gigi tiba-tiba ada darah. Ini berlaku kerana badan kita kekurangan kalsium. Untuk masaalah ini ibu-ibu kena ambil susu dan juga ubat yang telah diberikan oleh doktor.

Okay itu sahaja dapat shaila kongsikan untuk kali ini. Jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih

April 16, 2016

Event Review | Muhammad Areez Syahmi Turns 1

Assallammualaikum 



Pada 6 April 2016, genap usia anak shaila Muhammad Areez Syahmi setahun. Hari lahirnya jatuh pada hari rabu, jadi kami buat sambutan hari lahir dan juga kenduri aqiqah pada hari sabtu. Kad invitation itu shaila design sendiri okay.



Majlis aqiqah Areez Syahmi dimulakan dengan marhaban dari kumpulan di datangkan khas dari sungai buloh iaitu kumpulan Nur oleh ibu mertua shaila. Sebenarnya mak mertua shaila salah seorang ahli kumpulan ini.



Shaila kena bawa Areez Syahmi bersalam dengan semua ahli serta pusing sebanyak 3 kali. Sepanjang pusing itu, Areez Syahmi menagis sebab dia dah start kenal orang.



Inilah hasil kerja meja candy yang shaila buat. Shaila buat simple sahaja. Balon itu sebenarnya buat banyak tapi tiap kali hendak pasang meletup. Itu sahajalah yang tinggal memjelang birthday Arrez Syahmi.



Ini goodie bags untuk kanak-kanak yang datang, didalam dia ada air kotak, keropok dan gula. Sticker shaila tempah dari member office shaila sahaja.



Inilah kek hari lahir Areez Syahmi. Bertemakan cerita cartoon didi and friends. Areez memang suka tengok cerita ini, shaila rasa bukan areez sahaja tetapi kebanyakkan budak memang suka tengok cerita ini..hihihi



Wahhh.siap letak khemah, dah macam kenduri kahwin pula. Sebenarnya sebelah petang ada majlis pertunangan adik ipar, itu kami sewa khemah sekali.



Makanan utama pada majlis ini. Untuk Areez, shaila buat seekor kambing bakar dan seekor lagi masak kari. Katering yang kami sewa ini memang terbaik. Daging diorang masak lembut dan tidak berbau jadi memang sedap makan. Menjelang Majlis pertunangan adik ipar, kambing pun habis.



Haaa...ini kari kambing untuk seekor lagi kambing.



Ayam juga turut ada untuk para tetamu yang datang.



Ini merupakan favorite ayah mertua shaila, sambal belacan dan juga timun.



Birthday boy muka masam sahaja, muka tiada perasaan..hahaha..Selamat Hari Lahir anakku Muhammad Areez Syahmi, semoga menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada kedua ibu bapa. Semoga menjadi anak yang tabah dalam mengharungi hari yang mendatang.

Sekian Terima Kasih.

September 22, 2015

Throwback : IPC Shopping Center

Assallammualaikum,


Hai semua, apa khabar? Diharap dalam keadaan sihat selalu. Semasa shaila berjalan-Jalan di IPC Shopping Center, Shaila terperasan ada satu pameran. Jadi Shaila singgahlah untuk melihat. Shaila tidak ingat pula apa nama pameran itu, tetapi pameran ini berciri hari raya dan suasana kampung. Antara yang di pamerkan di situ adalah seperti congkak seperti gambar diatas.


Selain itu terdapat juga serkup ayam, beberapa bakul daripada rotan, tikar menkuang, nyiru dan bemban yang turut dipamerkan disitu.


Reban ayam dan juga anak ayam palsu turut juga di pamerkan di situ. haaa...sampai tergolek0golek ayam itu dibuatnya..huhuhu.


Shaila sempat mengambil gambar di rumah yang turut disediakan untuk para pengunjung mengambil gambar. Kalau tengok dari latar rumah itu memang meriah dengan lampu-lampu di pasang.Memang terserlah tema hari raya di kampung..memang nampak menarik dan kreatif.Okay sampai di sini sahaja entry shaila, jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih

July 29, 2015

Kisah Shaila Raya Pertama 2015

Assallammualaikum


Hai semua, entry shaila kali ini adlah berkisah tentang raya pertama shaila bersama orang baru! ehhh siapakah orang baru itu? suami barukah? hahaha, of course lah tidak dan tidak mungkin pun! okay orang baru yang shaila maksudkan adalah putera shaila.Alhamdulillah raya tahun lepas berdua mankala raya tahun ini bertiga.Tema keluarga shaila tahun ini adalah warna royal blue. Sebenarnya memang susah untuk mencari baju kanak-kanak yang berumur 0 hingga 3 bulan. Baju anak shaila pakai ini pun adalah size baju untuk 18 hingga 24 sebab itu nampak besar dan mengeloboh sahaja.Lagi satu memang susah untuk ambil gambar dan tarik perhatian anak ambil gambar.Lihat sahaja gambar di atas, orang pandang depan manakala anak pandang tepi merenung masa depan agaknya. 


Inilah adalah gambar adik beradik serta ipar duai belah shaila yang sempat kami ambil semasa hari raya pertama. Anak shaila time ini tidur jadi gambar dia tidak ada dalam gambar ini.Alhamdulillah raya tahun ini adik beradik shaila semua sudah berkeluarga dan mempunyai cahaya mata. Manakala adik shaila yang bongsu sedang mengandung.


Ini pula gambar shaila bersama family dan ipar duai belah suami. Seperti gambar di atas,anak shaila tidur juga masa ini, cuma yang bezanya kami masukkan juga gambar anak shaila yang sedang tidur dalam car seat baby itu.hihihi..tidak kisah lah asalkan masuk gambar. Dalam family belah suami shaila ini, cuma adiknya yang bongsu masih single yang lain semua sudah berkeluarga. Hapan raya tahun depan sedah berkeluarga pula lar...hihihi.


Semasa bergambar asyik tidur sahajakan..gambar semasa berjaga pun tidak banyak..haaa...ini gambar semasa anak shaila baru bangun. Bulat matanya...huhuhu.Okay sampai sini sahaja entry shaila kali ini, jumpa lagi di entry akan datang.Selamat Hari Raya Semua...

Sekian Terima Kasih

May 08, 2015

Kisah Kelahiran Puteraku

Assallammualaikum


Hai semua, apa khabar? diharap dalam keadaan sihat selalu. Okay entry shaila kali ini adalah berkenaan kelahiran putera sulung shaila. Shaila ada cerita tentang entry shaila yang lepas tentang shaila masuk hospital sungai buloh selama sehari kerana brown spot, tidak sangka pula itu merupakan salah satu tanda seminggu sebelum kelahiran bayi. Tidak sangka  31/3/2015 juga merupakan kali terakhir shaila check up bayi di klinik UITM. Check up yang lepas-lepas shaila ditemani oleh suami cuma last check up ini dia tidak dapat teman dan yang paling best adalah pada check yang lepas-lepas, shaila tidak pernah pula rasa hendak selfie berbanding check kali. Rupanya ini adalah gambar selfie yang menjadi kenangan shaila dengan baby bump. Balik dari check up shaila sempat lagi berjalan-jalan dengan mama pergi pejabat pos. 

 

Pada 4/4/2015 pula,shaila sempat lagi pergi menonton wayang bersama suami cerita fast & furious 7..hahaha.. Sepanjang shaila menonton cerita itu, memang baby dalam perut aktif sangat bergerak-gerak, mungkin baby pun teruja tengok cerita itu..hahaha..keesokkan harinya, shaila sempat juga pergi kenduri kahwin. Di kenduri kahwin itu, shaila sempat bedal aiskrim campur bersama pulut! Yumyumyum memang sedap gua cakap lu. Kemudian pada malamnya pula shaila sempat melantak satay.Pada pukul 11 malam macam itu, shaila pergi ke toilet untuk buang air kecil, shaila terperasan ada keluar brown spot dalm kuantiti yang sedikit jadi shaila buat tidak tahu sahaja. Kemudian pada pukul 4.30 pagi, perut shaila rase memulas sangat jadi shaila pergi ke toilet umtuk buang air kecil, seperti kes sama ada keluar brown spot dalam kuantiti yang banyak sedikit. Selepas itu shaila naik untuk tidur kembali tetapi hakikatnya tidak boleh tidur kerana sakit kejap-kejap datang menyengat. Tahan punya tahan pada pukul 7 pagi shaila kejut suami sebab memang dah tak tahan dah sakitnya. Padapukul 8 pagi, suami menghantar shaila ke hospital sungai buloh. Selepas menunggu lebih kurang sejam lebih, nama shaila dipanggil untuk check up. Pada mulanya shaila sangka just sakit biasa sahaja tetapi setelah di check oleh doktor latih di situ rupanya jalan sudah buka 1 cm. Pada masa itu juga sempat shaila minta pada doktor untuk pulang kerana apa shaila tahu untuk buka 8 cm memang menunggu masa agak lama.Tetapi malangnya doktor tidak membenarkan shaila balik, jadi terpaksa lar betapa di situ. Seperti yang semua tahu hospital kerajaan memang tidak menyedia extra katil jadi terpaksalah berehat di bilik menonton. Lebih kurang tiba waktu makan tengahari, suami shaila ada belikan makanan untuk shaila tetapi shaila sempay menjamah satu suap sahaja kerana sakit contractiom semakin kuat sehingga shaila tidak lalu untuk makan. Kemudian shaila pergimke toilet. Semasa ditoilet, shaila dapati darah keluar agak banyak. Jadi shaila memberitahu nurse bertugas disitu lalu mereka menyuruh shaila berehat dahulu dibilik check up.Semasa dibilik check up, nurse check pembukaan jalan sudah terbuka 5 cm. Memang start dari situ, sakit memang sakit sangat.Nurse juga ada memberitahu bahawa shaila rasa sangat sakit adalah kerana shaila minum air selusih terlalu awal sebab itu bayi shaila keluar awal 20 hari. Tindakan shaila meminum air selusuh ini seakan memaksa bayi keluar. sehinggalah pukul 6 lebih tidak silap bukaan sudah buka 7 cm dan nurse bawa shaila ke bilik bersalin. Pada masa itu sempat juga terdetik betul ker aku nak bersalin ni ? Cuak juga rasa masa itu. Dibilik bersalin nurse menolong membuka jalan dan memecahkan air ketuban. Masa itu juga suami shaila masuk untuk memberi sokongan. Lebih kurang sejam juga rasanya shaila meneran akhir pada pukul 7.46 pm shaila berjaya mengeluarkan bayi lelaki ini.  


Saat bayi lelaki shaila keluar, rasa macam zuppppp...fuhhh lega...semua keluar.Sedar-sedar nurse letak bayi atas badan shaila dan memberitahu jantina bayi shaila.Kemudian nurse mengeluarkan uri dan menjahit bahagian yang terkoyak akibat angkat punggung. Semasa meneran memang nurse marah kerana menjerit dan angkat punggung tetapi biasalah masa itu dah tidak fikir apa dah...hanya fikir hendak keluarkan bayi agar tidak bayi lemas dan kena vocuum. Bayi shaila dibawa keluar oleh nurse untuk dibersihkan.


Setelah bayi shaila dibersihkan nurse membawa kembali bayi shaila ke bilik untuk diazankan oleh suami shaila.Sementara menunggu katil kosong, sempat juga tangkap gambar dan main bersama bayi shaila. Pada pukul 8 lebih baru shaila dipindahkan ke wad. Suami shaila dapat teman sampai pukul 12 tengah malam sahaja. Waaaaa masa itu rasa..haishhhhh macamana hendak jaga bayi sorang-sorang ini? Hendak tak nak kena redhalah. Shaila tidak tidur nyenyak pun kerana bayi shaila sekejap-sekejap nangis dan di ikuti bayi yang lain yang ada disitu. Macam viral pula, sorang menangis semua ikut menangis. Pada pukul 4 pagi bayi shaila berak. Fuhhhh seronok masa itu sebab syarat untuk keluar adalah bayi berak.Keesokkan harinya selepas bayi dan diri shaila siap cheak up, kami dapat balik tengahari itu, yeaayyyy..alhamdulillah.Bayi kami diberi nama Muhammad Areez Syahmi Bin Mohd Asmadi. Semoga Areez menjadi anak yang soleh...amin...

Sekian terima kasih.

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...