January 18, 2017

Perkhidmatan Urutan Selepas Bersalin Area Selangor Dari raihana.basar

Assallammualaikum ❤

 

Hai ibu-ibu diluar sana, hari ini shailla akan review tentang perkhidmatan urutan bersalin yang shailla gunakan selepas bersalin anak kedua. Shailla harap post ini dapat membantu ibu-ibu diluar sana yang masih lagi tercari-cari perkhidmatan urutan selepas bersalin. Shailla ambil perkhidmatan urutan selepas bersalin daripada kakak cantik kecil molek yang juga merupakan Mua iaitu Raihana Basar. Shailla mengenali beliau ketika event KBB9. 

 

Perkhidmatan yang shailla ambil adalah urutan satu badan selama 3 hari. Urutan daripada hujung kaki hinggalah ke hujung rambut. Selama 3 hari mendapat perkhidmatan berurut daripada Raihana, apa yang shailla rasa adalah bengkak kaki shailla semakin berkurang. Mana tidaknya sebelum ini kaki shailla gemuk macam dinasor tetapi sekarang bengkak kaki sudah susut ke bentuk asal kembali. Badan shailla juga menjadi cergas dan bertenaga. Walaupun dalam keadaan berpantang, shailla masih lagi buat kerja rumah yang ringan-ringan tetapi berbataslah. Berbanding bersalin anak pertama minggu pertama berpantang shailla banyak habiskan masa berbaring sahaja. Mungkin sebab ini bersalin anak kedua dan shailla ada seorang lagi anak yang kena pantau jadi untuk berpantang kali ini kena kuat. Raihana juga turut menaikkan kembali rahim kedudukan rahim yang turun sedikit dan juga membuka laluan untuk pengeluaran susu untuk memudahkan aliran susu lancar.

 

Selain urutan satu badan, shailla juga ambil perkhidmatan bertungku. Bertungku ini amat penting kerana ia bukan sahaja membuang angin dalam badan malah turut mengeluarkan sisa-sisa darah beku yang masih tertinggal semasa bersalin. Selama 3 hari bertungku, perut terasa semakin susut dan ringan. Darah beku juga keluar memang terasa lega.

 

Mandian herba juga turut disediakan oleh raihana. Ramuan ini adalah ramuan buatan sediri daripada rumah oleh raihana khas untuk pelanggannya. Ramuan herba ini disediakan dalam bentuk daun daun kering. Kita hanya masuk dalam periuk dan rebus sehingga mendidih. Ketika air rebusan mandi sedang mendidih, akan terkeluar bau bauan yang menyegarkankan daripada air rebusan mandi herba tersebut. Selepas mandi menggunakan air rebusan ini, memang badan kita akan terasa segar dan berbau wangi.

 

Diatas adalah antara perkhidmatan yang disediakan oleh raihana.basar. Slogan yang sering digunakan oleh raihana.basar adalah "Masa berpantang adalah masa terbaik untuk kembali cantik & sihat". Shailla memang tidak kongsi harga setiap perkhidmatan yang disediakan, untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh raihana.basar boleh terus hubungi atau whatsapp beliau. 

raihana.basar Confinement Service 

Pm/Wa 0122763200

Terima Kasih ❤

5 comments:

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...