March 17, 2015

Contoh Bajet Perkahwinan Untuk Pengantin Lelaki

Assallammualaikum


Entry yang lalu shaila ada buat Bajet Perkahwinan untuk pengantin perempuan.Boleh rujuk SINI untuk melihat contoh bajet untuk pengantin perempuan. Jadi hari ini shaila ingin bentangkan pula bajet perkahwinan untuk pengantin lelaki pula.

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu (atau tidak) dalam sesebuah majlis perkahwinan Melayu. Sila cetak dan masukkan jumlah yang mampu dikeluarkan untuk setiap perkara berikut. Kira jumlah perbelanjaan dan semak panduan perbelanjaan perkahwinan yang diberikan di bawah.

Pra-Perkahwinan

Kursus perkahwinan RM
Wang hantaran RM
Mas kahwin RM
Upah jurunikah RM
Kad jemputan RM
Setem RM
Cincin tunang RM
Cincin kahwin RM
Barang kemas RM
Perjalanan pergi dan balik untuk rombongan RM
Tempat penginapan untuk rombongan RM

Contoh Barang Hantaran

Sirih junjung RM
Purse RM
Sunglasses RM
Telekung/sejadah RM
Coklat RM
Minyak Wangi RM
Kasut RM

Juruandam

Pelamin RM
Bunga pahar RM
Bunga telur/cenderahati tetamu RM
Baju songket RM
Hiasan bilik tidur RM
Pintu gerbang RM
Hiasan hantaran RM

Official Photographer/Videographer

Videografi yang siap disunting RM
Jurugambar RM

Kanopi

Kanopi RM
Kerusi dan meja RM
Alas meja RM
Kipas siling RM
Lampu RM
Upah pekerja RM

Hotel/Taman

Sewa hotel atau taman RM
Kerusi dan meja RM
Menu RM
Penyambut tetamu RM
Pengiring RM

Makan Beradap

Set meja pengantin RM
Kerusi dan Meja RM
Alas meja RM
Skirting RM
Scallop RM
Kerusi banquet RM
Bunga bouquet RM
Lauk pengantin RM
Penanggah RM

Katering

Nasi dan lauk pilihan RM
Buah-buahan RM
Air (kordial) RM

Hiburan

Kompang RM
Silat pengantin RM
Cak lempong RM
Kumpulan marhaban/berzanji RM

Sistem PA

Satu set sistem PA RM
DJ / MC RM

Bulan Madu

Percutian RM

Jumlah perbelanjaan RM

Sila semak panduan perbelanjaan anda di bawah: 

a) Perbelanjaan dari RM 10,000 – 15,500

Jumlah sebanyak ini adalah perbelanjaan yang agak mewah bagi pengantin lelaki. Walau bagaimanapun jumlah ini hanya sesuai untuk majlis perkahwinan di rumah, bukannya di hotel mahupun taman. Pun begitu, anda masih boleh menjadikan perkahwinan anda ini yang paling indah buat anda dan pasangan anda.

b) Perbelanjaan sebanyak RM 15,501 – 25,500

Jumlah yang dikeluarkan adalah mewah untuk majlis perkahwinan di rumah. Jumlah ini masih tidak berpadanan jika dilakukan di hotel atau taman. Ini kerana jumlah tersebut masih belum mencukupi atau anda terpaksa membuat pinjaman daripada kaum keluarga, sanak saudara atau rakan-rakan. Walau bagaimanapun, anda boleh menceriakan hati pasangan anda dengan hanya membuat majlis di rumah kerana pelbagai perkara yang boleh didapati daripada jumlah bajet sebanyak ini. Tentu sahaja apa yang anda idamkan atau impikan untuk majlis tersebut akan dapat anda dipenuhi.

c) Perbelanjaan sebanyak RM 25,501 – 35,500

Jumlah yang akan dikeluarkan ini adalah jumlah maksimum untuk majlis di rumah. Tentu sahaja anda mampu menyediakan apa jua yang anda inginkan untuk majlis perkahwinan anda ini. Apapun, jumlah ini masih boleh dikurangkan agar berpatutan dan beli perkara yang anda perlukan sahaja. Itu lebih jimatkan? Erm… jika diikutkan jumlah ini masih belum benar-benar cukup untuk melangsungkan perkahwinan di hotel. Pun begitu, jumlah ini membolehkan anda menyewa sebuah dewan sederhana di sesebuah hotel dengan jemputan yang terhad. Itupun jika anda berkeinginan untuk melangsungkannya di hotel.

 Semoga entry ini dapat membantu para bakal pengantin diluar sana..sekian terima kasih.


2 comments:

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...