Mac 22, 2013

Malaysia International Shoe Festival

Assallamualaikum


Festival Kasut Antarabangsa Malaysia 2013 menganjurkan satu sidang akhbar yang diadakan di SHRDC. Staf dan pelajar mempunyai dikejutkan dengan kedatangan dua buah kereta yang menbawa dua pasang kasut yang berwarna ungu dan juga pink..Saya ada yang sudah pernah lihat kasut-kasut bergerak ini berkeliaran disekitar bandar raya.



cantikkan kasut pink dibelakang itu..pink is my favourite color...nasib besar..kalau tidak sudah curi bawa balik rumah..hihihi

Pelajar reka bentuk kasut kami akan mempamerkan reka bentuk mereka semasa Festival Kasut Antarabangsa Malaysia 2013




 

Diatas adalah gambar pelajar kami bersama product masing-masing yang mengikuti trainning di company kami iaitu SHRDC.INSEP Teknologi Kasut & Rekabentuk pelajar menerima lawatan dari desginer Bill Keith pada 28hb Februari. Lawatan ini adalah untuk penyediaan pelajar mengikuti pertandingan Kasut Antarabangsa akan datang di Malaysia Festival 2013. Pelajar akan mempamerkan reka bentuk mereka semasa pameran yang akan diadakan pada Mac 28 & 29 di PWTC.

Sekian..Terima Kasih..^^


Mac 07, 2013

wedding reception belah perempuan..^^

Assallamualaikum..^^

Hai semua...entry saya kali ini pula, saya hendak cerita wedding reception abang saudara saya belah perempuan.Perkahwinan ini berlangsung didewan sri petaling.


Bila semua tengok pelamin pengantin..rasa-rasa temanya apa? Actually temanya adalah vintages..menarikkan? Begitu juga dengan decoration pelamin sangat-sangat menarik.


Photo pengantin menjadi salah satu hiasan pada majlis itu..


Okay ini adalah salah satu tarikan pada peminat photo macam saya ini...di majlis itu disediakan ruang mengambil gambar menggunakan prop yang telah disediakan..



  

Kalau korang tengok gambar diatas mesti korang dah boleh agak yang family saya memang suka berposing..huhuhu..asyik gambar saya sahaja..jom kita layan gambar pengantin pulak...




Okay..diatas adalah beberapa gambar pengantin..pengantin mengenakan sut berwarna putih..putih melambangkan kesucian begitu juga cinta mereka..cewahhh..jiwang tak ayat...huhuhu..



Before balik..ambik gambar kenangan dahulu..jika korang lihat..pipi saya semakin tenbam..abaikanlah..ngeh3..


Budak comel Ini namanya afiq ilman..gambar diatas adalah gambar dia di dera ambil gambar oleh along saya...cian dia..huhuhu..okay sampai sini sahaja..nanti kita sambung cerita lagi..^^

Sekian Terima Kasih.

Mac 06, 2013

My Lovely Brother Nikah

Assallamualaikum..^^

Hai semua..sudah lame rasanya tidak buka blog...huhuhu..kepada pemenang GA saya..insyallah saya akan currier hadiah anda.Sekarang ini saya busy dengan kenduri kawen kawan-kawan dan juga saudara mara..begitu juga dengan SME audit yang semakin hampir.Okay, sekarang saya hendak cerita tentang majlis pernikahan abang saudara saya.Actually hubungan saya dengan abang saudara saya memang akrab dan saya juga sudah menganggap dia macam abang saya sendiri..pernikahanya berlangsung pada 1.3.2013 7aitu selepas asar.Majlis pernikahan berlansung dirumah perempuan di petaling jaya.


Haa..inilah abang saudara saya...lihat muka dia terpancar riak kegembiraan..Gambar ini dirakamkan sebelum majlis angkat nikah.


Ini pula kakak saudara saya..gambar ini juga dirakam sebelum majlis angkat nikah..


Inilah rombongan dari pihak lelaki.pihak lelaki membawa 9 dulang hantaran.




Dengan sekali lafaz..abang saudara saya sah menjadi suami kepada kak Dira.Actually bapa pengantin perempuan yang menikahkan abang saudara saya dengan anaknya iaitu Khadira atau kak Dira.


Haaa..inilah kakak saudara baru saya..cantikkan? Chinness look lagi tuuu..huhuhu


Kalau bab bergambar memang serah pada saya...huhuhu..saya memang suke bergambar..hihihi


Ini pulak dulang hantaran dari pihak perempuan..pihak perempuan membalas 10 dulang hantaran..


Before balik berposing dulu dengan abah...huhuhu..okay sampai sini sahaja..nanti kita sambung lagi..^^

Sekian..terima kasih...

Februari 14, 2013

Moustache Accessories

Assallamualaikum


Hai semua...seperti yang kita tahu, aksesori misai sekarang sangat famous.ramai remaja dah start menggunakan aksesori misai.The-DramaQueen-Shop adalah antara web yang menjual Moustache Accessories.Di bawah adalah beberapa gambar Moustache Accessories.





Sekian..terima kasih..♥♥

Februari 08, 2013

Warna blok..^^

Assallamualaikum..^^
Hai..sekarang seperti yang kita tahu,color blok memang sangat famous sekarang.. Apakah maksud Color Block? Color Blocking merupakan kombinasi berlainan warna di mana setiap warna tersebut akan menyokong antara satu dengan yang lain.Tetapi harus di ingatkan,untuk match and matching kena pandai dan tepat kalau tidak ia akan nampak tidak cantik atau pelik.Jadi pemilihan color itu amat penting..Semasa buat research tentang color bclok,saya terjumpa beberapa gambar yang menarik perhatian saya...^^

Biru cair + biru pekat

Merah + Biru cair

Orange + Pink 

Pink + Biru

Example For Muslimah

Orange + Pink

Merah + Hijau

Orange + Hijau

Hijau + Maroon

Sekian..bubye..^^

Februari 07, 2013

Jeragat atau Pigmentasi pada wajah

Jeragat ialah tompok-tompok hitam yang disebabkan melanin yang terkumpul dan menjadi warna coklat muda atau coklat tua. Kadang kala ia hitam yang terkumpul di muka biasanya berkelompok, baik di pipi mahupun di dahi atau dagu. Jeragat boleh dipudarkan atau dikurangkan, tetapi tidak boleh dipulihkan sama sekali.
Jeragat boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu seborrhoeic keratoses, melasme dan skin tag. Seborrhoeic keratoses ialah timbul seperti biji hitam atau tahi lalat hidup pada kulit. Melasme pula tompok hitam atau kelabu leper di bawah lapisan kulit. Skin Tag  ialah daging lebih berwarna coklat atau kelabu yang kebiasaannya ada pada ketiak dan teher. Jeragat tidak berbahaya namun menyebabkan kulit muka individu kusam dan kotor. Mungkin anda tidak ada jeragat, tetapi mencegah lebih baik sebelum ditimpa masalah ini.

Punca terjadinya jeragat adalah:
1. Ia disebabkan oleh pancaran UV matahari yang menjadikan kelebihan pigmen.
2. Hormon yang tidak seimbang disebabkan mengandung atau menopaus.
3. Gelisah dan tidak cukup tidur.
4. Menggunakan makeup yang tidak berkualiti dan bermutu rendah.
5. Disebabkan oleh masalah pada limpa.
Rawatan Moden
a. Lindungi kulit anda daripada matahari dengan menggunakan “skin care” dan barangan makeup yang mengandungi “sunscreen” iaitu bahan pelindung matahari. Tidur dengan cukup dan jauhi daripada kegelisahan.
b. Pastikan barangan makeup yang anda pakai bermutu tinggi. Urutan pada muka anda boleh merangsang peredaran darah.