Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

December 14, 2022

Cuti Sekolah Bawa Anak Mandi Di Bangi Wonderland Water Park


 Assallammualaikum

Bangi Wonderland Water Park

Hai semua, bila tiba musim cuti sekolah mesti kita sebagai ibu bapa perah otak fikir untuk bawa anak-anak pergi mana. Begitu juga dengan Shailla, kesian pulakan cuti sekolah diorang duduk rumah sahaja. Walaupun kita tidak dapat bawa mereka bercuti lama, kadang-kadang pergi tempat peranginan yang berdekatan pun boleh buat mereka  gembira. Macam anak-anak Shailla memang suka sangat mandi kolam. Jadi tempat yang Shailla tuju pastinya berkaitan kolam.

Hujung minggu lalu, Shailla telah membawa anak-anak Shailla ke Bangi Wonderland Water Park yang terletak di No. 2, Persiaran Bangi Avenue,Bangi Avenue,43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. 


Shailla sampai sini awal, jadi terdapat banyak cabana yang boleh dipilih.Memandangkan abang ipar Shailla pun datang sekali bawa anak-anaknya jadi, Shailla memilih untuk sewa Cabana. Shailla memilih cabana kerana mudah untuk letak barang dan lepak. Kalau hendak solat pun senang. 

Ini adalah harga untuk penyewaan Cabana. Kalau nak jimat boleh kongsi dengan keluarga atau raka-rakan. Di dalam Cabana ini juga ada disediakan kipas dinding sangat berguna pada waktu tengahari..hahaha.

Antara aktiviti yang korang boleh lakukan di Bangi Wonderland Water Park :

KIDS ADVENTURE



Untuk anak-anak sangat sesuai untuk mandi disini, kerana pelbagai permainan ada disini. Antara yang menjadi tarikan disini adalah baldi besar itu. Memang gigih Shailla dan anak-anak tunggu air jatuh dari baldi giant itu. Mengambil masa dalam 15 hingga 20 minit jugalah untuk tunggu air jatuh. Tetapi bila air jatuh jer dia punya seronok, hilang penat menunggu.Hahaha



Tarikkan kedua yang paling digemari kanak-kanak adalah gelungsur air. Anak Shailla titak tahulah berapa kali dia ulang naik gelungsur rasa tidak terkira dari datang hinggalah balik tidak henti-henti naik. Rasanya guard yang jaga dekat situ pun dah kenal asyik muka dia sahaja.






Kalau nak tahu, disini sahaja korang boleh habiskan masa separuh hari untuk main semua mainan yang ada di kids Adventure ini. Kanak-kanak memang akan leka ketika bermain disini. Lagi pula kita kita senang nak pantau anak-anak bila duduk dibawah bumbung dan di Cabana.


Di sini sahaja ada banyak permainan menarik yang boleh korang main. Kita yang dewasa ini pun terikut main sama okay..Hahaha.

WATER CANNON



Permainan ini menarik, ibarat korang duduk dalam meriam buluh kemudian meletup. Korang akan melambang bersama percikan air yang besar masuk ke dalam kolam. Untuk main permainan ini, korang perlu pakai jaket keselematan dan berat kurang dari 85kg. 

PIRATES BAY



Di sini kolam boleh mandi kolam seperti mandi pantai. Di mana reka bentuknya mencuram seperti laut dan juga ada ombak. Ombak akan dibuka mengikut masa yang ditetapkan. Kolam akan berombak seketika kemudia dia akan tutup untuk sesi seterusnya. Bila tiba waktunya ombak akan buka, kami akan berkumpul ramai-ramai depan itu menati ombak datang membadai cewahhhh.

MEANDER RIVER



Korang boleh guna pelampung untuk melalui Meander River, ini kerana jika korang jalan menyusurinya memang lenguh kaki juga sebab korang akan berjalan handuk air seluruh kawasan Bangi Wonderland. Kalau naik pelampung takdelah terasa sangat. 

Ada juga beberapa permainan yang Shailla tidak sempat main tetapi sempat ambil gambar  kerana kengkangan masa. Lagi pula anak-anak asyik main dekat kids pirate jadi sempat datang ambil gambar sahaja.  Antara mainan lain yang terdapat di Bangi Wonderland Water Park adalah seperti :

Insane Racer

Spiralax

Magic Funnel

Green Pearl

Boomeriang

The Fall & Anaconda Trail

Kesemua mainan diatas adalah antara pemainan yang mencabar dan memerlukan korang menggunakan pelampung.

Pengalaman Ketika Berada Di Bangi Wonderland Water Park
                                   

Shailla sampai disini sebelum kaunter Bangi Wonderland Water Park buka. Ketika sampai, Shailla di minta untuk menunggu di ruang menunggu. Kemudian bila  kaunter buka dan siap pakai tag di tangan, Shailla pun masuk ke kawasan  taman tema. Untuk sewa cabana kena cepat kerana dia limited. Korang juga boleh duduk di ruang public area yang  menempatkan kerusi dan meja.

Apa yang Shailla suka adalah, toilet tidaklah jauh dari taman tema. Selain itu ditingkat atas juga ada toilet, ruang persalinan dan loker untuk korang simpan barang berharga. Tempatnya memang selasa serta kemudahan yang ada amay menyenangkan.

Shailla memang puas hati dapat meluangkan masa bersama keluarga bermain di Bangi Wonderland Water Park ini. Dari masuk hingga balik tidak terasa lama pun. Paling penting dapat lihat anak-anak gembira bermain taman tema pun dah buat Shailla gembira walaupun mukaku habis berbelang disebakan sunburn.wakaka.



Untuk makan pula, Shailla beli yang jual set. Satu set berharga RM12. Bagi Shailla harga dia okay sebab termasuk sekali air. Selain itu, makan dia  juga sedap. Koarang boleh pilih beberapa set makanan yang mereka sediakan seperti laksa, bihun sup dan set nasi. Anak-anak Shaila paling suka set ayam masak kicap. Air juga korang boleh pilih mengikut list yang mereka sediakan. Selain itu, Dikawasan public area juga ada jual makanan seperti nugget, kentang dan lain-lain lagi.

Antara Kemudahan Disediakan :


Klik Gambar Untuk Beli Tiket

Ini harga terkini jika korang beli secara atas talian. Promosi ini sah dari 01/05/2022 - 31/12/2022 tertakluk pada  terma dan syarat pihak Bangi Wonderland.


Bangi Wonderland Water Park(2 Days Entry) + Le' Venue Hotel(1 Night)
STAY & PLAY for 4 PersonsπŸ”₯πŸ”₯
WEEKDAYS Package RM288 / 4 persons nett
* Check-in on Wednesday, Thursday & Sunday only.
* Deluxe Family Room.
WEEKEND Package RM338 / 4 persons nett
* Check-in on Friday, Saturday, School & Public Holidays only.
* Deluxe Family Room.
Kindly visit our official website at https://levenuehotel.com/ for booking
Info :
Walking distance from Le'Venue Hotel to Water Park is only about 5 min.

Selain itu, pada yang datang dari luar selangor, korang boleh menginap di Le' Venue Hotel kerana pakej dia termasuk sekali tiket masuk ke Bangi Wonderland Water Park. Kalau dari Hotel perjalanan makan masa hanya 5 minit.

Untuk info lanjut boleh klik link dibawah ini :

September 09, 2022

Penemuan coklat yang menakjubkan hanya di Chocolate Museum 2.0

 Assallammualaikum

Hai semua, bila sampai musim cuti sekolah tidak tahu hendak bawa anak ke mana-mana, boleh datang ke Chocolate Museum Kota Damansara. Hari itu Shailla ada kongsi beberapa keping gambar di facebook ketika berada di sana. Rupanya ramai juga yang tidak tahu di Kota Damansara ada Museum Chocolate. 

Chocolate Museum ini buka pada tahun 2013. Merupakan Chocolate Museum pertama (Chocolate Mesuem 1.0) yang menerima kunjungan lebih dari 1 juta pengunjung. Dalam masa yang sama, Chocolate Museum mengisytiharkan setiap lawatan dengan elemen asas 3Es iaitu, "elements namely", "Education regarding cocoa and chocolate", "experience of chocolate-making process and enjoyable shopping".

Oleh kerana sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai, Chocolate Museum 1.0 telah menjadi terlalu kecil untuk menampung bilangan pelawat yang ramai maka lahirlah  Chocolate Museum 2.0. Muzium Coklat 2.0 ialah ciptaan semula Muzium Coklat 1.0 oleh Kumpulan DRHoldings Sdn Bhd untuk meningkatkan pengalaman pelawatmelalui tarikan yang menakjubkan, karya seni asli dan fakta yang menarik

Muzium Coklat 2.0

Antara tarikan Chocolate Museum 2.0 adalah pameran seumpamanya termasuk: 
  • Replika Saiz Nyawa Pokok Koko Malaysia 
  • Bandar Loker (Jenama Wafer No.1 Seluruh Dunia) 
  • Buku Bacaan setinggi 10 kaki 
  • 100 keping Koleksi Patung Asli 'Cow Parade' 
  • Tinjau kilang Coklat LIVE (tontonan terhad) 
  • Koleksi Arca Coklat Artistik (dengan sokongan dan kerjasama dengan tempatan institusi pengajian tinggi untuk mempromosikan bakat Malaysia) 
  • Set Kereta Api Coklat Model 35 kaki panjang - Model Tolok Dalaman Terbesar 1 Set Kereta Api di Malaysia! 
  • Replika Koleksi Model Kapal Skala Sejarah
  • Potret Kolaj menggunakan coklat m&m (potret Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan 5,359 keping choco m&m's) 
  • Dinding Seni 3D Coklat Venice 
  • Menara Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dibuat menggunakan 525 kg coklat 
  • Cermin Gila
Tentang Chocolate Mesuem


Muzium Coklat oleh Fidani di Kota Damansara dengan bangganya dimiliki dan dikendalikan oleh DR Group Holdings Sdn Bhd. Telah berada dalam industri coklat selama lebih daripada 35 tahun. Kumpulan DR menghasilkan coklat inovatif yang memenangi anugerah di bawah jenama DANSON, Milton, Farell's dan FIDANI menggunakan bahan coklat Belgium terbaik.


FADINI iaitu salah satu jenama dari Kumpulan DR Group Holdings Sdn Bhd. DR Group Holdings Sdn Bhd, sebuah syarikat Malaysia yang pelbagai antara lain
pakar dalam pembuatan dan peruncitan produk coklat dan kuih-muih. Kalau korang nak tahu asal nama FADINI adalah dari nama seorang gadis muda dan cantik yang mempunyai kegemaran untuk perkara-perkara terbaik kehidupan, terutamanya coklat berkualiti tinggi.


FIDANI telah mencipta coklat buatan tangan terbaik untuk coklat indulgers di Malaysia dan seluruh dunia sejak tahun 1999. Menggunakan kualiti terbaik coklat dan 100% mentega koko, terdapat 70 perisa yang berbeza dan lebih daripada 200 jenis tampalan untuk dipilih. Fidani custom membuat reka bentuk coklat untuk perkahwinan, acara korporat dan untuk hampir semua majlis atau majlis.

Chocolate Museum 2.0 Kota Damansara

Shailla dan keluarga berpeluang menikmati pengalaman melawat Musuem Chocolate 2.0 bersama keluarga. Banyak ilmu dan pengetahuan yang Shailla dapat semasa lawatan itu. 

Muzium Coklat dibahagikan kepada beberapa bahagian:

Journey of Chocolates

Mendengar penerangan tentang sejarah coklat


Di bahagian ini, Shailla telah diberikan penerangan mendalam tentang asal usul sejarah coklat ini.Kalau korang hendak tahu, asal usul coklat adalah daripada biji koko bermula dari 1500 SM dengan Aztec hingga ke hari ini.

Father of Chocolate


Pada bahagian ini, menonjolkan perintis Switzerland yang terkemuka dalam pembangunan dan pembuatan coklat.


Dengan kerjasama jenama coklat antarabangsa yang terkenal. Muzium Coklat 2.0 turut mempamerkan garis masa sejarah unik jenama terkenal seperti Neuhaus (pencipta coklat praline), Kit Kat Nestle, Cadbury, Nutella, Lindt, Hershey's dan banyak lagi. Muzium Coklat 2.0 juga mengimport coklat terus dari jenama coklat antarabangsa seperti Ferrero, Lindt, Neuhaus, Guylian, Hershey's, Cadbury, Toblerone dan m&m's untuk pengedaran dan runcit.

Health Benefits of Chocolates


Untuk bahagian ini, kita akan didedahkan tentang Kesihatan dan juga mitos tentang coklat dirungkai melalui paparan LED anatomi manusia yang interaktif.

Chocolates in the Industry



Disini, kita dapat melihat bagaimana proses pembuatan coklat itu dilakukan. Bermula dari dia cair hinggalah menjadi beku. Kita juga diberikan peluang untuk merasai keenakkan coklat itu. Memang sedap rasanya berbeza dengan rasa coklat di luar sana.

Chocolate Galleria

Chocolate Galleria menawarkan pelbagai jenis coklat dalaman dan import pada harga yang luar biasa murah untuk semua penggemar coklat. Perjalanan ke Chocolate Museum 2.0 tidak akan lengkap tanpa lawatan ke Chocolate Galleria, kedai runcit yang menawarkan pelbagai jenis coklat import dalam rumah di harga rendah yang luar biasa untuk semua penggemar coklat, sama ada untuk diri sendiri atau sebagai hadiah. 

Pengalaman di Chocolate Workshop / Chocolate Lab


Pada hari itu juga, Shailla diberi peluang untuk buat sendiri coklat dengan menggunakan mold yang disediakan oleh pihak Museum Chocolate. 


Paling seronok ketika itu adalah anak-anak Shailla. Mana tidaknya sambil masukkan coklat dalam mold sambil makan coklat dan jelly. 


Pada mulanya ingatkan hanya isi coklat dalam mold kecil-kecil itu sahaja. Rupanya ada kejutan dari pihak Chocolate Museum dimana Shailla perlu memilih kasut atau bag. Jadi Shailla memilih bag. Kami perlu buat dekorasi pada beg itu mengikut masa yang ditetapkan.


Ini dia hasil deko coklat dari Shailladan rakan-rakan yang lain. Ingatkan cukup hanya letak disitu sahaja. Rupanya kena present bagai tema atau konsep deko yang kita buat. Konsep beg deko beg Shailla adalah kasih sayang sebab husband Shailla yang deko semua manakala Shailla  tukar ambil gambar. Kemudian pihak Chocolate Museum juga minta kongsikan pengalaman ketika melawat Chocolate Museum itu.


Apa yang bagus tentang Chocolate Workshop / Chocolate Lab ini adalah pengunjung akan dapat merasai proses membuat coklat dengan tangan mereka sendiri di bawah bimbingan pakar coklat dalaman dari Chocolate Museum . Selain itu, pengunjung boleh mendapat penghargaan yang lebih mendalam dan bermakna terhadap koko.


Bayaran masuk nominal, dari serendah RM2, akan dicaj untuk Muzium Coklat 2.0. Bayaran masuk adalah percuma untuk kanak-kanak di bawah umur 3 tahun. Lawatan ke Muzium Coklat 2.0 menjanjikan pengalaman yang benar-benar tidak dapat dilupakan untuk semua pengunjung. Muzium Coklat 2.0 dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 5 petang. 

Untuk lawatan atau tempahan kumpulan besar, adalah disyorkan untuk menempah lawatan berasingan dengan melawat laman web DR Group Holdings. Muzium Coklat 2.0 mengalu-alukan kedatangan korang dalam perjalanan penemuan coklat yang menakjubkan ini, hanya di Chocolate Museum 2.0.

Address:
Chocolate Museum @Kota Damansara
No.2, Jalan Teknologi 3/5, Taman Sains Selangor 1,
47810 Kota Damansara,
Selangor

Website: www.chocolatemuseum.my
Facebook: @chocolatemuseumkotadamansara
Instagram: @chocolate_museum_kd
TikTok: @chocolatemuseum

Terima Kasih

November 24, 2021

Tips Bercuti Bersama Keluarga

Assallammualaikum

Memandangkan sekarang ramai yang pergi bercuti, jadi Shailla pun rasa rancang ingin pergi bercuti juga bersama keluarga. Kemana agaknya lokasi menjadi pilihan Shailla yer? Hurmmmm.

Dalam perancangan adalah hendak pergi pada bulan 12 ini. Kebetulan mak cik buat kenduri kahwin anak dia di Perak jadi alang-alang pergi ke sana, pergi bercuti sekali la.


Majlis perkahwinan ini berlangsung di Taiping Perak. Tetapi rasanya sebelum pergi ke Taiping mungkin akan naik ke Penang dahulu kerana untuk melihat rumah arwah tok. Rumah itu sudah lama terbiar, banyak kenangan ada disitu. Kalau korang lihat seperti gambar diatas, haaa.. Itulah rumah arwah tok Shailla. Memang sudah tidak nampak rumah dah. Tidak tahulah apa yang ada dalam itu. 

Rancang PerjalananTerlebih Dahulu

Sebelum pergi bercuti, kita perlu membuat rancang awal agar percutian kita terlebih dahulu agar perjalanan semasa percutian berjalan lancar. Jadi apa yang kita perlu rancang? Masa Shailla selalu akan buat beberapa perkara ini sebelum pergi bercuti seperti :

Lokasi

Sebelum pergi ke mana-mana semestinya kita perlu tahu lokasi mana yang akan kita tuju. Tanpa lokasi memang akan jadi kalang kabut percutian korang nanti. 

Macam Shailla, lokasi arah tuju Shailla adalah Taiping Perak dan Penang. Percutian ini merupakan percutian 3 hari 2 malam. Shailla akan menginap di Penang selama 2 malam barulah turun ke Perak. Jadi lokasi utamanya adalah Penang sebelum pergi ke Taiping. 

Penginapan 

Sudah dapat lokasi barulah kita mencari penginapan di lokasi yang kita rancang itu.Shailla rancang untuk mencari penginapan area dalam bandar atau berdekatan dengan pulau kerana mudah untuk pergi ke tempat-tempat menarik sekitar situ. Untuk penginapan Shailla memilih apartment ataupun homestay yang memiliki 2 bilik kerana Shailla bawa mama dan abah sekali jadi lagi elok kalau duduk satu rumah dari duduk bilik hotel asing-asing.

Shailla juga ada mencari tempat penginapan di dalam google dan beberapa platform travel untuk menempah penginapan staycation Shailla. Salah satunya adalah seperti di platform Traveloka. Ini adalah antara platform kesukaan Shailla jika ingin menempah penginapan kerana memang "user friendly" dan mudah untuk membuat tempahan.

Korang hanya perlu masukkan butiran hari dan jumlah keluarga. Kemudian butiran lokasi. Macam Shailla ingin pergi ke Pulau Pinang jadi Shailla cari hotel Penang

Untuk memudahkan pencarian, boleh pilih "filter" atau tapisan. Kalau hendak penginapan mempunyai kolam, jadi boleh tanda kolam.

Mana-mana penginapan yang menjadi pilihan, Shailla akan tanda suka untuk memudahkan Shailla membuat perbandingan dan memilih mana yang terbaik.

Agenda

Agenda juga sangat penting semasa percutian korang. Rancang mana tempat yang korang hendak pergi kerana selain memudahkan, ia juga dapat menjimatkan masa. Antara tempat-tempat menarik di Penang yang boleh dikunjungi seperti :

Wonderfood Museum


Alamat: Ground Floor, Dewan Sri Pinang, Light Street, Penang, 10200 | Lebuh Pantai Georgetown 10300 Penang (Sebelah CIMB bank)

Penang 3D Trick Art Museum


Alamat: 10 Lebuh Penang, Georgetown, 10200 Pulau Pinang

The Top Penang


1, Jalan Penang, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang, Malaysia

The Habitat Penang Hill


Jalan Bukit Bendera, 11500 Bukit Bendera, Pulau Pinang, Malaysia

Senarai tempat yang Shailla senaraikan diatas ini, korang boleh dapatkan tiket di platform Traveloka tau. Selain terkenal dengan tempat-tempat menarik, Penang juga terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang berasaskan rempah seperti nasi kandar, roti canai yang dimakan dengan kuah kari pekat, pasembur dan banyak lagi. Memang syurga makanan! kalau sudah sampai sana jangan lupa pula untuk pergi tempat makan yang sedap-sedap ini. 

Periksa Kenderaan

Ketika hendak pergi bercuti, memang kita akan rasa teruja dan seronok tetapi jangan lupa untuk periksa kenderaan terlebih dahulu. Seperti tayar, break, minyak hitam dan alatan kecemasan agar dapat mengurangkan risiko tersadai tepi jalan dan sebagainya.

Apapun, kita perlu sentiasalah berhati-hati semasa pergi bercuti, tambah lagi bagi yang menuju ke destinasi yang jauh bersama keluarga tersayang. Semoga tips ini memberi manfaat kepada korang semua.

Sekian, Terima Kasih.
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...