"Taman Tasik Titiwangsa - Kuala Lumpur"

Assalamualaikum 💕


Ini merupakan kali kedua dalam tahun 2017, sha datang ke Taman Tasik Titiwangsa. Apa yang menarik yang terdapat disini? Meh sini sha hendak cerita pada awak semua.


Haaa... Inilah salah satu aktiviti menarik yang terdapat disini. Sambil beriadah, kita bakar lemak sekali. Kereta berlampu ini kami naik lebih kurang 9 orang. Harga RM50 untuk sejam. Dari pengalaman sha, 30 minit mengayuh sudah cukup buat kita rasa mengah dan letih mengayuh. Kami berjaya juga menghabis masa selama sejam dengan mengayuh pusing Tasik Titiwangsa itu.


Sebenarnya aktiviti begini sangat bagus kerana korang dapat mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan. Selama sejam itu banyak korang boleh buat bersama keluarga seperti bergurau dan bercerita dari hati ke hati sekiranya ada masaalah. Semangat berpasukan juga memainkan peranan penting tau. Kalau sorang sahaja kayuh memang tidak jalanlah basikal itu. Mana tidaknya, logik ke sorang kayuh untuk tampung 9 orang. Selain itu memang tidak stabil basikal korang jika sorang sahaja yang kawal... Silap-silap ada pulak yang masuk tasik nanti.. Hihihi.

Selain aktivi berbasikal, korang boleh main balon buih, skutter dan lepak-lepak sambil makan keropok lekor bersama ais krim. Okay sampai disini sahaja entry sha, jumpa lagi di entry akan datang.

Terima Kasih❤️

1 comment: