'Expo Negaraku 2017 - Kuala Lumpur ’

December 15, 2017

Assalamualaikum 💕


Hai semua, kali ini sha ingin cerita tentang Expo Negaraku 2017 yang telah berlangsung pada 15 November 2017 sehingga 15 December 2017 bertempat di dataran merdeka.


Jika tidak silap sha, terdapat 5 kubah semuanya yang dibina khas untuk ekspo infrastruktur ini. Setiap kubah kalau korang hendak tahu, mempunyai temanya tersendiri.

Kubah Pertama


Tema - Rasa Bertuah Dirasai Bersama

Di dalam kubah ini kita dapat menyaksikan tayang video yang berkisar tentang kehidupan rakyat makaysia yang di limpahi tuah hasil daripada kemajuan infrastruktur negara. Video ini sangat menarik dan kreatif dimana pelajar perempuan di dalam video ini lemah dalam pelajaran dan sering diejek rakan sekelas. Suatu hari cikgu bagi tugasan kepada semua pelajar untuk membentangkan tentang topik infrastruktur negara. Apa menariknya pelajar perempuan ini berjaya menceritakan tentang kemajuan infrastruktur negara dengan mencantumkan lakaran lukisannya dan membuat semua rakan-rakan yang sering mengejeknya merasa terpegun lalu menolongnya melekatkan lakaran itu bersama-sama sehingga mencantum menjadi lakaran besar yang menceritakan tentang kemajuan infrastruktur negara.

Kubah Kedua


Tema - Kemudahan infrastruktur

Di dalam kubah nombor 2 ini pula, apa yang dapat korang lihat disini adalah korang dapat lihat tentang tranformasi kepada kehidupan rakyat Malaysia termasuk lapangan terbang, sistem transit aliran massa hinggake penjana kuasa.

Kubah Ketiga


Tema - Kehidupan dan Kesejahteraan

Untuk kubah ketiga ini pula, apa yang cuba disampaikan disini adalah tentang program dan juga insiatif yang disediakan termasuklah dari aspek Kesejahteraan rakyat,  pertumbuhan ekonomi serta pembangunan inklusif serta lain-lain.

Kubah Keempat


Tema - Gaya Hidup Malaysia

Kubah keempat pula adalah memberi peluang kepada kita untuk melihat video interaktif tentang mengenai komitmen kerajaan dalam memastikan rakyat bebas mengamalkan budaya serta agama masing-masing.

Kubah Kelima


Tema - Masa Depan Kita

Dan kubah yang akhir sekali iaitu kubah kelima adalah bertemakan tayangan interaktif mengenai perancangan pembangunan negara pada masa hadapan dengan kemudahan dan juga prasarana moden serta usaha kerajaan dalam mengekalkan sebuah masyarakat yang aman, damai dan harmoni.

Sesuatu pengalaman yang menyeronok dapat mengunjungi expo negarku 2017 ini. Untuk melewat semua kubah ini, korang akan mengambil masa 45 minit sehingga 60 minit. Okay sampai disini sahaja perkongsian sha kali ini, jumpa lagi di entry yang akan datang.

Sekian Terima Kasih

You Might Also Like

2 komentar

Geng Kbba9

#KelabBloggerBenAshaari

#KelabBloggerBenAshaari
Since 2009