TEMPAT MENARIK DI KEDAH "Nightlife in Langkawi" HARUS DIKUNJUNGI

Assallammualaikum


Selalu kalau korang dengar sahaja pasal kedah, pasti lokasi percutian yang terbayang dan berlegar-legar di minda korang adalah Pulau Langkawi. Tunggu dulu, sebenarnya terdapat banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi bersama keluarga ketika berkunjung ke kedah yang
terkenal dengan Negeri Jelapang padi atau “Rice Bowl of Malaysia”, negeri yang aktif dengan aktiviti pertaniannya.

KEDAH

Negeri Kedah atau juga dikenali sebagai Kedah Darul Aman merupakan salah satu daripada 14 negeri di Malaysia. Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia dan memiliki keluasan 9,425 km2. Tanah besar mempunyai rupa bumi yang agak rata, yang digunakan untuk menanam padi. Bukti arkeologi ditemui di Lembah Bujang mendedahkan bahawa sebuah kerajaan Hindu-Buddha memerintah Kedah purba mungkin seawal 110 Masihi Penemuan kuil, jeti terus, besi peleburan tapak, dan tugu-tugu batu bata tanah liat sejak hingga 110 Masihi menunjukkan bahawa laluan perdagangan maritim dengan selatan India Tamil yang kerajaan sudah ditubuhkan sejak masa itu. Penemuan di Lembah Bujang juga menjadikan Kedah sebagai tamadun purba yang tertua di Asia Tenggara.

NAMA KEDAH

Nama kedah mengikut rujukan catatan arab dan parsi ialah "Kilah", "Kalah" atau "Qalha". Dalam tulisan sanskrit Kedah dicatatkan sebagai "Kataha" atau "Kadara", sementara dalam naskah tamil ianya dikenali sebagai "Kadaram" atau "Kalaram". Tetapi menurut Wilkinson, nama negeri ini berasal dari perkataan "Kheddah" yang membawa erti perangkap Gajah, tetapi ada juga yang mengatakan Kedah adalah bermaksud "Gelas berkaki" dalam bahasa arab, ianya bersempena dengan perniagaan pedagang arab yang menjual gelas berkaki pada masa itu.

Jika korang merancang untuk bercuti ke kedah, di sini sha kongsikan beberapa tempat tarikkan perlancongan yang terdapat di kedah.

TARIKKAN DI KEDAH

1. Muzium Arkeologi Lembah Bujang


Sumber : effortlab.com

Muzium Arkeologi Lembah Bujang terletak di Merbok. Muzium Arkeologi Lembah Bujang ini terkenal dengan tinggalan sejarah arkeologi atau carigali. Terletak 8km dari Tanjung Dawai. Di sini, terdapat 41 buah tapak arkeologi . Pengunjung boleh melihat artifak perdagangan seperti seramik, manik-manik, kaca, rempah ratus serta peralatan yang digunakan oleh masyarakat kuno. Artifak keagamaan juga terdapat di sini yang terdiri daripada candi, patung-patung dan arca.

2.Muzium Kota Kuala Kedah

Sumber : ihaveasweetsmile

Muzium Kota Kuala Kedah terletak di tapak Kota Kuala Kedah atau Kota Kuala Bahang yang terletak di tebing utara muara sungai Kedah. Ianya dibina sebagai benteng pertahanan bagi negeri Kedah selain dari ibu negerinya di Alor Setar. Di sini korang boleh melihat meriam, rumah api dan pintu gerbang Kota Kuala Kedah. Terdapat juga sebuah rumah yang dijadikan muzium menyimpan pelbagai barang peninggalan sejarah Kota Kuala Kedah

3.Hutan Lipur Bukit Hijau

Sumber : timothytye

Hutan Lipur Bukit Hijau merupakan tempat kawasan perkelahan yang harus dikunjungi. Mempunyai kawasan air terjun 5 tingkat dengan setiap satu mempunyai size berbeza. Di sepanjang juga, korang melihat pelbagai jenis tumbuhan flora dan fauna yang memukau pemandangan. 

4. Tasik Pedu


Tasik yang luas dan cantik ini menjadi tumpuan kaki pancing. Selain itu pemandangan di sini sangat menarik. 

4. Taman Rekreasi Sungai Sedim

Sumber : timothytye

Taman Rekreasi Sungai Sedim merupakan tempat perlancongan yang terkenal dengan aktiviti lasak. Di sini, korang boleh lakukan aktiviti sukan air seperti whitewater rafting, tubing, dan lain-lain.

5. Gunung Jerai


Gunung Jerai merupakan gunung ketiga tertinggi di Malaysia. Apa yang menariknya adalah selain pengunjung dapat mendaki serta mandi air terjun, di kemuncuk gunung turut di sediakan penginapan untuk pengunjung.

7. Ulu Lenggong Hot Springs


Kepada korang minat mandi air panas, Ulu Lenggong Hot Springs adalah tempatnya. Setiap kolam air panas yang terdapat sini berbeza mengikut suhu dan kedalaman kolam. Kolam untuk kanak-kanak juga turut disediakan. Terdapat kemudahan chalet dan juga homestay untuk para pengunjung.

8. Bukit Pinang

Di Bukit Pinang terdapat tanah dusun buah-buahan seluas 2 ekar.
Sesuai untuk berehat dan beriadah di hujung minggu bersama keluarga. Terdapat Pokok durian, manggis, dukong, rambutan, kelapa pandan, salak, petai dan lain-lain terdapat di sini.

9. Air Terjun Seri Perigi


Air Terjun Seri Perigi terletak di daerah Yan. Merupakan air terjun di kaki Gunung Jerai yang cantik dan tinggi.  Terdapat kolam disediakan untuk aktiviti berkelah serta mandi manda.

MAKANAN DI KEDAH

1. Laksa Kedah


Laksa Kedah merupakan  makanan berkuah yang popular di Kedah. Ia juga dikenali sebagai Laksa Teluk Kechai. Makanan tradisi ini menjadi hidangan semasa musim perayaan. Bahan asas penyediaan sajian istimewa ini adalah laksa beras, ikan kembung, belacan, asam keping, cili, garam dan telur.

2. Nasi Ulam


Nasi ulam adalah hidangan nasi kukus dicampur dengan pelbagai herba, terutama daun pegaga atau sering digantikan dengan ruku-ruku, sayur-sayuran, rempah dan disertakan dengan pelbagai hidangan sampingan.

3. Pulut Inti


Pulut Inti ini biasanya popular dalam kalangan mereka yang berasal dari pantai timur. Pulut ini dimakan bersama inti kelapa yang manis dan lemak.  Pulut Inti adalah antara makanan yang turut juga menjadi pilihan kebanyakkan orang Malaysia.

4. Kuih Karas


Kuih karas merupakan sejenis kuih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras. Ia mempunyai bentuk seperti jaringan halus seperti bihun tetapi rangup dan rasanya manis.Kuih karas ini mempunyai bentuk seperti jala halus yang agak keras dan mempunyai rasa yang manis dan garing. Kuih karas dihasilkan dengan menggunakan adunan tepung beras cair yang dikirai dengan menggunakan acuan khas dalam minyak panas sehingga kuning keemasan. Ia kemudian diangkat dan dilipat.

5. Gulai Nangka


Gulai Nangka sangat sinonim dengan orang duduk belah utara. Kuah berwarna aromatik berwarna krim dibuat dengan nangka muda yang belum matang.

6. Ikan Bakar


Ikan bakar adalah hidangan ikan yang dibakar atau dipanggang di atas api atau bara api.

HOTEL DI KEDAH


Di Kedah terdapat banyak hotel menarik yang boleh korang kunjungi. Untuk menempah hotel senang sahaja, takkan tak tahu Traveloka kan ada!. Terdapat banyak tawaran hebat ada di situ.  Antara hotel yang tersenarai di dalam Traveloka adalah seperti :

Hotel Grand Crystal Kedah - terletak di Alor Setar. Merupakan sebahagian daripada Grand Hotels International Group. Hotel ini mempunyai 138 bilik dan suite yang luas yang dilengkapi dengan keperluan seperti akses internet Wi-Fi percuma, TV satelit / kabel, dan telefon IDD.

Swiss-Inn Sungai Petani - terletak di negeri Utara Malaysia. Menawarkan pelbagai kemudahan hotel dan rekreasi. Dengan 101 bilik tetamu yang lengkap dengan pelbagai kemudahan moden dan perkhidmatan.

Regency Hotel Alor Setar - terkenal dengan penginapan 3-bintang dengan layanan mesra, perkhidmatan mesra dan pesona Kedah yang tidak dapat dinafikan. Terletak betul-betul di tengah-tengah bandar, institusi kewangan utama, bangunan kerajaan dan korporat, kemudahan awam dan kemudahan lain semuanya dekat.

The Danna Langkawi -  adalah resort mewah lima bintang yang terdapat di sekitar sudut dari Oriental Village di Pantai Kok dengan koleksi 125 bilik dan suite yang penuh cahaya, lima tempat makanan dan wain dan rawatan spa yang melebihi harapan. Dibahagikan kepada lapan kategori, unit penginapan berukuran dari 60sqm hingga 600sqm dengan balkoni peribadi yang menawarkan pemandangan ke atas hutan hujan dan lautan.

LANGKAWI

Langkawi mempunyai kisah legenda berpanjangan yang tersimpul rapi dalam sejarahnya. Tanya sesiapa sahaja di pulau itu mengenai kisah tragik seorang perempuan cantik bernama Mahsuri, dan anda akan mendengar sebuah kisah cinta, cemburu dan satu sumpahan yang telah dikenakan ke atas pulau ini olehnya selama tujuh keturunan.

Hari ini, generasi ketujuh penduduk Langkawai telah lama berlalu pergi, tetapi masyarakat di sini masih mempercayai bahawa kekayaan dan kesejahteraan yang dinikmati pulau itu kini dan sumpahan yang dikenakan bukanlah satu kebetulan. Mistisisme legenda ini boleh dirasai di banyak tempat di pulau ini, terutamanya di Makam Mahsuri (Mahsuri Mausoleum), tempat di mana Mahsuri disemadikan.

NIGHTLIFE IN LANGKAWI

Selalu kalau korang bercuti di Langkawi, mesti korang akan pergi naik Langkawi Cable Car, pergi Makam Mahsuri , melihat hidupan air di Underwater World Langkawi dan pada hari terakhir akan singgah HIG untuk beli chocolate . Kemudian satu lagi tempat wajib pergi adalah Idaman Suri untuk borong pinggan mangkuk yang cantik-cantik. Kebanyakkan aktiviti ini di lakukan pada siang hari.
Bila tiba waktu malam, mesti korang tidak tahu hendak buat apakan? Mai sini, sha kongsikan beberapa tempat tarikkan "Nightlife in Langkawi" yang boleh di kunjungi ketika berada di sini.

Antara tempat "Nightlife in Langkawi" yang boleh korang kunjungi ketika bercuti ke Pulau Langkawi adalah :

Dataran Helang


Tidak lengkap percutian korang sekiranya sampai di Langkawi tidak singgah bergambar di sini. Dataran Helang merupakan tempat menarik yang menjadi tumpuan pelancong untuk bergambar. Apa yang menarik terdapat di sini adalah ukiran burung helang yang berukuran 12.6 X 21.6 meter terletak berdekatan jeti Pulau Lagenda. Pemandangan di Dataran Helang ini sangat menarik dan menakjubkan dengan berlatarkan belakang gunung. Di sini juga terdapat sebuah tasik serta jejambat . Dari sini juga, korang boleh melihat feri yang berulang alik dari Teluk.

2. Pantai Cenang


Di Pantai Cenang sangat terkenal di Langkawi. Di sini terdapat banyak  penginapan dan merupakan salah satu tempat yang menjadi tumpuan pelancong untuk bermalam. Pada waktu malam, Patai Cenang ini sangat meriah dengan pelancong akan membanjiri jalan utama di sekitar pantai cenang . Di Pantai Cenang juga terdapat banyak kedai makan dan juga kedai membeli cenderahati.

Sunset Tropical Cruise


Mahu melihat matahari terbenam di tengah laut? Naiki lah Sunset Tropical Cruise. korang akan meluncur atas kapal ini selama 3 jam bersama-sama dengan pelancong lain. Pengunjung dapat melihat matahari terbenam sambil menikmati on board BBQ Dinner feast bersama ayam, udang, ikan, daging lembu dan termasuk campuran sayur sayuran serta salad. Trip ini akan membawa korang melalui hampir 99 pulau yang terdapat di sekitar Pulau korang juga boleh terjun ke laut dan berendam di dalam jaring yang dilabuhkan di tepi kapal.

Telaga Harbour Langkawi


Telaga Harbour Langkawi merupakan sebuah perkampungan nelayan yang kecil dan suram, kemudian LADA (Langkawi Development Authority) menaikkan tarafnya menjadi sebuah pelabuhan kapal layar. Disini merupakan tempat persinggahan kapal-kapal berlabuh. Sangat sesuai untuk santai minum dan makan petang dengan suasana yang menarik. Disini juga terdapat butik, restoran, bar, spa, hotel. Korang juga boleh melihat pelbagai jenis reka bentuk kapal layar mewah yang berlabuh di marina. Pada waktu malam ketika lampu telah dinyalakan, Telaga Harbour Park kelihatan cantik dan ditambah dengan panorama yang indah.

Pulau Tuba


Pulau Tuba yang dikenali sebagai lubuk ikan dengan sumber laut yang kaya dengan spesies bernilai komersil seperti jenahak, kerapu, siakap, ketam, sotong dan sebagainya. Keistimewaan lain di Pulau Tuba adlah seperti gua kelawar yang menempatkan beribu-ribu kelawar spesies terkecil. Ia mudah dikunjungi, cuma mengambil masa 30 minit berjalan kaki mengikut denai. Jika tiba pada waktu bulan gelap, anda mungkin berkesempatan melihat koloni kelip-kelip yang cuma berada kira-kira 100 meter dari pekan Tuba.

Tunggu apa lagi? Isikan hari cuti anda bersama keluarga tercinta dengan percutian hebat hanya di Traveloka. Untuk maklumat lanjut boleh layari UNSEEN MALAYSIA

Sekian Terima Kasih

8 comments:

  1. yeayyyyy ada info lagi tuk impian ai nak ke kedah perlis langkawi hehehhe

    ReplyDelete
  2. wpon org kedah. xsmua tempat tu dah pegi. huhu

    ReplyDelete
  3. ritu pergi sana makan nasi kandaq ja... hahaa . tk tau lak ada tempat2 macam ni ...

    ReplyDelete
  4. Pulut inti! Dah lama tak makan tu, tringin plak rasa hehe

    ReplyDelete
  5. selalu sangat pergi kedah tapi tak sempat nak berjalan sebab kalau pergi je mesti ada hal penting haha laksa kedah memang best sangat

    ReplyDelete
  6. Selalu kitorang hanya 'balik kampung' Kedah je. Lepas ni boleh ler ambil peluang jenjalan di Kedah pula hihi. Good info!

    ReplyDelete
  7. Langkawi dah banyak kali pergi, negeri Kedah je belum habis jelajah.

    ReplyDelete
  8. rindu nak lepak langkawi hehehe

    ReplyDelete