Aktiviti Menarik di Port Dickson

Assallammualaikum ❤️


Sekarang sudah masuk cuti sekolah selama seminggu, pasti ramai ibu bapa menggunakan masa cuti sekolah ini untuk beriadah bersama keluarga. Baru-baru ini, sha bersama keluarga telah bercuti ke Port Dickson. Rancang asal kami hanya ingin membawa anak mandi kolam di Kuala Selangor. Memandangkan chalet telah penuh, jadi halauan telah bertukar ke Port Dickson Negeri Sembilan. 

Apa yang menarik terdapat di Port Dickson?. Selain pantai terdapat banyak juga aktiviti yang dilakukan disini seperti main banana boat dan lain-lain.


Disini juga terdapat pelbagai jenis gerai jualan yang menjual pakaian, mainan, cenderahati serta makanan. 


Ketika berada di sini, sha sempat juga merasa milo kepal. Milo kepal ini memang tengah viralkan sekarang. Disebabkan sha belum pernah cuba, jadi kesempatan yang ada ini, sha cubalah. Sedap juga rasa milo kepal ini ditambah dengan coco cruch dan bahan yang lain. Cuma masaalahnya adalah kena tunggu lama untuk ais kepal itu hancur. Milo kepal lagi sedap bila dimakan ketika aisnya hancur. Harga semangkuk milo kepal adalah RM5.00. Ada beberapa gerai yang menjual ais kepal ini dwngan harga yang berbeza. Jadi kalau korang rajin jalan lagi, korang boleh dapat semangkuk ais kepal dengan harga RM4.00.


Disini juga terdapat petting zoo. Untuk masuk bermain serta memberi haiwan makan dikenakan RM5.


Sha juga pergi berjalan di jambatan. Kalau kita lihat jambatan ini, tidak ubah seperti pergi Hutan Paya Bakau di Perak. Kalau di Hutan Paya Bakau Perak memang sejuk sebab banyak pokok. Sebaliknya di Port Dickson sangat panas tambah semasa sha sampai dalam pukul 3 lebih memang tidak menghayati panorama jalan sahaja laju untuk sampai ke penghujung.

Okay sampai disini sahaja entry sha, jumpa lagi di entry akan datang.

Terima Kasih

5 comments:

  1. seronok kalau dapat jalan2 ni. selamat bercuti sha!

    ReplyDelete
  2. pernah pergi pd sekali je.mandi dekat pantai cahaya bulan ke apa airah tak ingat tapi kalau pergi pd ni banyak jugak tempat menarik,tak sempat nak explore je lagi

    ReplyDelete
  3. waa bestnya, lama tak pergi pd.

    ReplyDelete
  4. sy xpenah p pd lagi hehehe nk kna p jugak ni nanti :)

    ReplyDelete