December 12, 2017

"Tugu Peringatan Negara Malaysia - Kuala Lumpur"

Assallammualikum 


Hai semua, kali ini sha ingin berkongsi tentang Tugu Peringantan Negara.Sha dari kecil hingga sudah ada anak dua, masih akan singgah ke sini. Ketika kecil kelaurga sha memang suka bawa sha ke sini dan sekarang tiba giliran sha pula bawa anak-anak ke sini. Memandang isnin lepas Selangor cuti, jadi sha telah rancang untuk bawa anak-anak ke Expo Negaraku 2017. 


Dalam perjalanan, sha ubah sedikit rancangan iaitu singgah dahulu ke sini. Ketika sampai, kelihatan ramai pelancong dari dalam dan luar negara turut datang ke sini. Tugu Peringatan Negara juga merupakan salah satu destina dan juga tarikkan pelancong untuk datang menghayati sejarah negara serta merakam gambar.



Sha kongsi sedikit  tentang sejarah Tugu Peringatan Negara yang dibina pada 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama, Perang Dunia Kedua dan semasa Darurat. Kalau korang hendak tahu, setiap patung ini mempunyai wataknya yang tersendiri. Setiap patung melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian serta pengorbanan.


Ketika hendak pulang, sha perasan ramai orang berkumpul di tepi sudut. Kerana perasaan ingin tahu tidak dapat dibendung, lalu sha bergegas ke tempat kejadian. Rupanya kelihatan dua orang pelukis sedang melakarkan  gambaran disitu. Sha sempat merakam beberapa hasil kerja beliau, memang hasil lukiskan beliau sangat halus serta unik. Kepada penggemar lukisan, boleh singgah ke sini untuk mendapatkan hasil lukis tangan dari beliau.


Memang seronok dan tenang ketika berada disini. Ketika berada disini,cuaca memang agak panas, anak-anak sha  merahlah pipi diorang dek kerana tahan panas. Tetapi walaupun begitu, tidak mematahkan hasrat untuk melihat serta merakam gambar . Sha merakam gambar mengunakan telefon sahaja sebab memang rancang dari rumah. Okay sampai disini sahaja entry sha, jumpa lagi di entry akan datang.

Terima Kasih

7 comments:

  1. Kalau nak tau, Lynda tak pernah sampai sini. Qoid anak yang sulung dah bertanya. Mungkin boleh bawa sempena cuti sekolah ni..hehe

    ReplyDelete
  2. dekat jer dengan opis Ema..tapi baru sekali jer oergi..itupun masa follow anak lawatan sekolah tadika.

    ReplyDelete
  3. Alamak.. malu aaa lama dah tak p hahah .... tq sha . Nnt nak bawak iman

    ReplyDelete
  4. saya ni nama jea stay di Selangor..tapi tak dapat2 lagi nak pergi sini..huhu

    ReplyDelete
  5. Belum pernah jejak lagi tugu negara ni. terasa malu lak warganegara malaysia tak jejak lagi tugu negara. haha

    ReplyDelete

Logo KBBA

WARNAI RAMADAN DI KLANA BEACH RESORT PORT DICKSON – SAJIAN NASI PADANG & SELERO NEGERI SEMBILAN

  Assallammualaikum Hai semua, minggu lalu Sha berkesempatan menghadiri pelancaran Bufet Ramadan 2024 bertemakan Nasi Padang & Selero Ne...