Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

August 28, 2018

Asap Steamboat Grill & Grill, Puchong Selangor

Assalamualaikum dan Hai !


Asap Steamboat & Grill terletak di Puchong, Selangor. Rasai keenakkan Steamboat bersama 3 jenis kuah untuk di pilih dari Sup, Tom Yam dan Kari.


Sha sebenarnya tidak sangka yang Asap Steamboat & Grill ini sangat cantik. Dari jauh nampak tersergam indah. Sangat sesuai untuk bawa keluarga serta rakan-rakan ke sini. Korang boleh pilih samaada mahu duduk atas atau bawah. Tapi untuk makanan hanya disediakan dibahagian bawah sahaja. Jadi pada yang duduk atas, kena turun ambil makanan.


Sha sangat teruja melihat pelbagai pilihan yang terdapat disini. Dari steamboat pencuci mulut hingga ke handmade dumpling, fishball, meatballs.


Selain itu, untuk seafood pula, korang boleh pilih seperti udang, ikan, ketam, kerang, dan kambing. Memang masa itu tidak terkira pelbagai pilihan yang mereka ada. Ambil masa yang lama juga untuk pilih apa yang hendak dimakan.


Sha pilih kuah sup kerana anak sha ada sekali. Kalau ambik tom yam atau kari, risau diorang tidak tahan pedas pula. Jarang sangat jumpa Steamboat kuah kari ini. Kebiasaan tempat sha pergi hanya kuah sup atau juga tom yam.


Antara pelbagai pilihan sos yang disediakan untuk korang nikmati ketika menjamu selera.


Tara...untuk pusingan pertama, ini sahaja yang sha pilih.Sha memang ambil semua sikit-sikit untuk mengelak pembaziran kalau tidak mampu habis. Sha dan keluarga nikmati steamboat sup bersama udang, sotong, kambing, lala dan pelbagai jenis bebola.


ABC juga turut pun ada tau. Semua bahan sudah siap. Korang hanya perlu campurkan sahaja bahan-bahan itu mengikut selera korang.


Untuk pencuci mulut, korang boleh ambil buah-buahan dan untuk kanak-kanak, ais krim Malaysia ini memang menjadi pilahan utama mereka. Ais krim ini sangat special kerana dibuat sendiri dan menggunakkan warna bendera Malaysia.


Di sini juga terdapat port cun untuk korang OOTD. Tapi hakak tidak mahir sangat bab pose OOTD ni, Pose peace jelah mampu...wakaka. 

Sekarang tiada lagi alasan untuk korang tidak singgah di sini. Bukan sahaja untuk makan steamboat bahkan menghayati makan malam yang nyaman dan selesa bersama keluarga dan rakan-rakan.


Alamat :

ASAP Steamboat & Grill
94, Jalan Tempinis, 
Kampung Tengah A, 
47100 Puchong, Selangor

No Tel : 013-485 8944

July 04, 2018

D'Apple Cafe & Restaurant

Assallammualaikum


Ini merupakan antara tempat kegemaran shailla dan juga keluarga. Selain harga dia yang agak berbaloi, makanan dia juga memang sedap. Macam biasa, kalau datang ke sini pasti shailla akan order chicken chop. Ayam dia memang ranggup ditambah pula dengan kuah BBQ yang pekat dan likat itu, memang menarik.


Suami shailla pula memang penggemar kambing. Kebanyakkan menu yang dia pesan selalu mesti ada kambing. Malangnya pada kali ini, rasa kambing dia tidak seperti selalu, kurang segar seperti sudah lama. Jadi malam itu memang potong selera sikit. Nasib speghetti ini sedap, takdelah rasa terkilan sangat. Anak shailla pun suka makan. Okay sampai di sini sahaja entry shailla, jumpa lagi di entry akan datang.

D'Apple Cafe & Restaurant Kota Damansara
36-G, Jalan PJU 5/20D, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Phone: 013-362 3321

Sekian Terima Kasih

July 03, 2018

Restoran Tok Wan FC

Assallammualaikum ❤️


Baru-baru ini, sha dapat flayer dari owner Restoran Tok Wan FC. Kedai ini baru sahaja buka. Kedai ini terletak di Seksyen 13 Shah Alam. Dulu kedai ini menjual nasi kukus. Kemudianya tidak beroperasi lagi. Sekarang diganti pula dengan Restoran Tok Wan FC. Memandangkan tengahari tidak tahu makan apa, jadi shailla pun ajak kawan office untuk mencuba makanan di kedai baru ini.

Pertama sekali bila sampai di sini, shailla tertarik dengan kuih yang di beri nama Bak Lava. Ramai juga orang beli kuih ini ketika shailla sampai ketika itu. Apa yang menarik tentang kuih ini adalah rasanya seperti kuih kacang tumbuk. Menurut pemilik kedai, kuih ini adalah dari kacang pisctachio.



Selain itu juga, shailla juga memesan set Duo Plate iaitu combo dua set ayam bersama kentang putar, coleslow, roti dan juga air. Harga set ini adalah RM12.50. Ayam tidak pedas sesuai untuk kanak-kanak. Rasanya boleh tahan serta rangup. Walaupun rasanya tidak sehebat KFC, tetapi tidak menjadi masaalah untuk shailla.

Selain itu, terdapat juga menu lain seperti Nasi Ayam Penyek, Nasi Ayam Bakar, Nasi Kukus Ayam Berempah, Pecel Lele, Chicken Burger, Fried BBQ, Wedges, Nugget dan beberapa menu yang lain. Itu merupakan main yang terdapat di situ. Shailla akan berkunjung ke Restoran Tok Wan FC kelak untuk mencuba menu lain pula.

Alamat :
No 9, Blok 4 Worldwide, 
Jalan Wushu Seksyen 13/49, 
Shah Alam

For Delivery :-

Whatsapp :

Amin : 011-11402728
Atau
Lina : 011- 36476788

Terima Kasih

December 22, 2017

Lunch Chicken Chop At Food Court Aeon Shah Alam

Assallammualaikum


Haiii semua, sudah makan tengahari ke tu? masak apa hari ni?.Disebakan hari ini hari jumaat dan kebanyakkan office mate sha semua cuti,jadi hari ini kami rancang untukmakan tenghari di Food Court Aeon Mall Shah Alam.

Dalam kereta kepala ligat berfikir untuk makan apa nanti di sana. Kemuadian seelok sahaja sampai terus kami rancang untuk makan di food court sahaja. Sampai sahaja di food court terus tuju ke kedai yang menjual makanan western food. Chicken Chop menjadi pilihan sha.Harga dia RM12.90.

Seperti yang korang lihat diatas,itulah dia chicken chop yang sha pesan. Chicken Chop ini kuah pekat sikit ditambah pulak dengan chicken chop yang rangup memang ngamlah. Kuah dia langsung tidak pedas, walaupun sha seorang yang tidak tahan makan pedas,tetapibila tidak rasa pedas langsung rasa macam kurang pulak. Selain itu kuah dia agak sikit,rasa tidak cukup pulak rasanya tadi. Keseluruhan, rasa chicken chop ini boleh layan memandangkan sha berjaya habiskan hidangan ini bersama milo dinosor.

Selepas makan, kami pergi cuci mata masuk sephora. Sempatlah pergi tengok minyak wangi dia..fulamak harga dia nak nangis tengok tapi tidak dinafikan memang wangi gile. Sha mampu bau sahaja,untuk beli kena fikir dua tiga kali sebab kalau fikir balik ,lagi bagus beli kasut sketcher.Dengan harga minyak wangi itu boleh dapat dua pasang..hahaha. Okay sampai disini sahaja entry sha,jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih



December 20, 2017

Terjebak Secret Recipe Beli Satu Percuma Satu

Assalamualaikum


Ini semua gara-gara blogger comel Farahin kongsi iklan promosi Secret Recipe iaitu makan 1 daripada 3 hidangan yang ada, korang akan dapat 1 lagi hidangan secara percuma.

Disebabkan geng makan tengahari semua pergi makan dekat Nasi Wok JJ tinggal sha dengan sorang lagi member office, jadi kitaorang pun buat keputusan untuk makan tengahari disini memandangkan Secret Recipe ada promosi.



Giant Shah Alam adalah lokasi yang kami tuju. Di atas adalah makanan yang sha pesan iaitu speghetti bolognese bersama dengan coffee mocha. Manakala kawan sha order noodle in tom yum soup. Sesudah makan, kami jalan-jalan sebentar, kemudian pulang ke tempat kerja dengan perut yang kenyang dan hati yang senang. Okay sampai sini sahaja entry sha kali ini. Jumpa lagi di entry akan datang. Terima kasih pada semua yang sudi baca entry sha.

Terima Kasih

September 21, 2017

Jus Asam Kunyit Madu Atasi Masalah Angin Dalam Badan

Assallammualikum

Hai semua, kali shailla ingin berkongsi satu minuman yang mampu mengeluarkan angina-angin degil yang ada didalam badan itu. Shailla merupakan seorang ibu yang mempunyai dua orang anak. Masaalah angin ini sebenarnya telah sejati dalam diri. Mana tidak bukan mudah untuk menjaga pantang selepas bersalin ini, jika kurang bertungku makanya memang angin satu badan.

Kalau korang semua perasan,selalunya ibu-ibu yang baru lepas bersalin ini akan berhdapan dengan masalah perut buncit. Haaa..ini terjadi kerana usus kita mempunyai angin yang menyebabkan kita rasa kurang selesa.


Di sini shailla ingin kongsikan satu minuman kesihatan yang mampu untuk membuang angin di dalam badan. Minuman yang shailla maksudkan adalah Jus Asam Kunyit Madu. Kalau korang nak tahu, banyak khasiat yang terdapat di dalam jus asam kunyit madu homemade ini kerana ia dimasak dari bahan dan persediaan secara tradisional. Antara bahan yang terkandung di dalam jus asam kunyit madu adalah seperti ibu kunyit, halia, asam jawa , temu kunci, madu, saffron, habbatussauda dan gula melaka.

Setiap ramuan ni mengandungi manfaat yg tersendiri. Ibu Kunyit mampu menyembuhkan luka dalaman, mengempiskan perut, mencantikkan kulit, anti bakteria. Halia boleh mengeluarkan angin. Temukunci untuk kesegaran badan dan menambahkan tenaga,menghilangkan kelesuan dan keletihan badan. Saffron pula bagus untuk penjagaan dan kecantikkan kulit. Habbatussauda mampu menstabilkan gula di dalam darah dan meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Madu pula untuk tingkat daya ingatan, anti kanser, tingkatkan kesuburan suami isteri dan manisan pengganti gula. Manakala Gula melaka pula sebagai pemanis bersifat antioksidan juga mampu mencegah serangan asma.

Antara khasiat Jus Asam Kunyit madu (JAKM) 

Membantu menurunkan berat badan 
Bantu Rawat Masalah Kulit 
Bantu Proses Pencerahan Kulit Secara Alami 
Bantu Naikkan Aura Seri Wajah 
Bantu Rawat Haid Tidak Tratur dan Darah Kotor 
Bantu menstabilkan kolesterol dalam darah 
Bantu Buang Angin Dalam Badan 
Bantu Rawat Ibu Dalam Pantang atau Lepas Brsalin 
Bantu Melambatkan proses penuaan(awetmuda) 
Bantu Rawat Luka Jahitan Lepas Brsalin 
Bantu Rawat Masalah Rahim/Peranakan 
Bantu Rawat Masalah Bau Badan 
Bantu Atasi Masalah Keletihan 
Bantu kurangkan masalah gastrik 
Bantu Atasi Migrain/Kerap Sakit Kepala 
Menstabilkan gula dalam darah 
Tingkatkan kesuburan suami isteri 
Mencegah batuk/selsema/asma 
Melancarkan sistem pencernaan 
Menurunkan paras kolesterol




Cara pengambilan dia adalah minum 1/2 gelas (-/+60ml) pagi sebelum sarapan atau sebelum makan malam. Untuk kesegaran berterusan bolehlah letakkan didalam peti sejuk. Kesegaran akan kekal selama 2 hingga 4 minggu. Jus ini boleh diamalkan oleh wanita, lelaki mahupun anak dara. Jus ini boleh membuang angin dalam badan, mencantikkan kulit, awet muda, mengurangi lemak didalam badan, memperlambatkan proses penuaan, menyegarkan badan dan melancarkan peredaran darah. Rasanya masam-masam manis, segar dan semestinya sedap. Boleh diminum dalam keadaan sejuk atau suam. Macam shailla suka minum ketika sejuk.

Sejak shailla minum jus asam kunyit madu ini, apa yang shailla rasa adalah :

1. Badan menjadi ringan
2. Mudah buang air besar.
3. Tekak yang sakit semakin pulih
4. Mudah sendawa dan mengeluarkan angin badan.
5. Perut kempis sikit dari sebelum ini.
6. Walaupun berjaga malam kerana anak kurang sihat,tetapi tetap bertenaga diwaktu pagi.

Buat masa ini itu yang shailla alami sekarang, shailla akan terus minum untuk melihat lagi perubahan yang akan berlaku. Mana tahukan dengan minum jus asam kunyit madu ini, shailla boleh dapat balik berat badan ketika anak dara dulu..cewahhhh...hahahha.

Maklumat Produk :

Berat -/+ 360ml
Harga RM12.00 Sebotol

Keterangan lanjut boleh layari :

https://www.facebook.com/azrina.samsudin

https://www.facebook.com/jusasamkunyitmadu/

Sekian Terima Kasih

August 15, 2017

KUEH Cafe Seksyen 13 Shah Alam

Assalamualaikum ❤️


Hari ini sha ingin berkongsi dengan korang tentang satu cafe yang terkenal dengan pelbagai jenis kuih. Yang menariknya di sini juga terdapat beberapa kuih tradisi yang mungkin juga korang tidak pernah lihat dan rasa sebelum ini.


Sha mengetahui pasal KUEH Cafe ini melalui rakan-rakan. Memandangkan cafe ini berdekatan dengan office jadi semasa makan tenghari, kitaorang melencong makan di situ. Ketika sampai di sini agak terkejut juga sebab lengang dan senang sangat dapat parking. Keadaan di dalam cafe ini tersusun kemas dan selasa. Banyak tempat duduk yang disediakan. Siap pilih lagi tempat mana nak duduk.


Konsep cafe ini adalah bayar dahulu. Korang perlu buat pesanan dan bayar di kaunter. Sha memesan nasi kerabu bersama ais chocolate. Rasa nasi kerabu ini boleh tahan ditambah dengan bahan-bahan sepeti ayam goreng, cili, kelapa, telu masin dan sayur memang menaikkan selera sha untuk makan hingga habis. Kalau sampai sini rugilah kalau tidak makan kuihkan. Sha dan kawan office memilih lima jenis kuih yang berharga RM4.00. Keseluruhan adalah makanan, minuman dan juga kuih berbaloi dengan harganya. Sha juga tidak teragak untuk datang kembali ke sini. Okay sampai di sini sahaja entry sha kali ini, jumpa lagi di entry akan datang.

Alamat :
Jalan Renang 13/26, Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Waktu Berniaga :
10 Pagi hingga 10 Malam

Terima Kasih 

August 14, 2017

Ayam Penyet Best Tsb Sungai Buloh

Assallammualaikum  ❤️


Semalam adalah hari lahir ibu mertua sha, jadi kitaorang telah rangcang untuk menyambut hari lahirnya di Ayam Penyet Best area Tsb Sungai Buloh. Ibu mertua tidak tahu pun yang Kitaorang  nak buat kejutan untuk hari lahirnya. Kitaorang beritahu hanya pergi makan-makan sahaja. Ibu mertua sha amat terkejut bila kami semua buat gimik nyanyi lagu happy birthday diiringi kek hari lahir. Memang gembira betul dia melihat anak, menantu dan juga cucu sama-sama menyanyikanya.



Ketika berada di restoran ayam penyet best, sha mencuba nasi lemak bersama kopi ais. Manakala keluarga lain pula kebanyakkanya memesan nasi putih bersama ayam penyet. Apa yang sha paling suka adalah sambal dia. Rasanya memang sedap bila dimakan bersama nasi lemak, kacang dan juga ikan bilis ranggup. Begitu juga rasa kopi ais dia yang memang kaw dan cukup rasa. Sha juga ada rasa ikan keli dia yang ranggup bersama sambal dia yang sangat pedas. Memang berasaplah telinga makan sambal dia. Walaupun pedas tapi sedap.

Keseluruhan sha rasa ayam penyet best ini best. Begitu juga dengan suasana restoran dia yang besar, bersih dan selesa. Anak sha dan anak buah siap main kejar-kejar didalam restoran ini. Restoran ini memang sesuai untuk bawa keluarga bersama berkunjung ke sini. Cuma satu sahaja, restoran dia kurang sejuk sebab kipas dia sangat perlahan. Agak berpeluh jugalah kitaorang ketika berada di sini. Okay sampai di sini sahaja entry sha kali ini. Jumpa lagi di entry akan datang. Bubye.

Alamat :
Jalan Nautika A U20/A Pusat Komersil TSB, Sungai Buloh, Selangor

Masa:
10 Pagi hingga 10 Malam

Terima Kasih 

August 11, 2017

Satay Minang Paya Jaras

Assallammualaikum


Hai semua! Korang rasa apakah apakah topik yang akan sha kongsikan hari ini? kalau tengok gambar pun korang sudah boleh agak apa yang akan sha ceritakan.

Siapa disini yang pernah makan satay minang? cuba angkat tangan, sha hendak tengok sikit..hahaha. Sebenarnya sha pun baru berjinak-jinak makan satay minang ini. Sha belajar makan satay minang ini dari suami sha.

Pertama kali makan sha makan satay minang di paya jaras pak yat ini, memang rasa teruja maklumlah tidak pernah makan. Baru sha tahu yang rasa satay minang ini boleh tahan sedapnya. Perniaga yang buat satay minang ini juga pandai buat kuahnya. Pendek kata satay minang ini memang kena dengan selera sha.

Antara yang terkandung dalam satay minang adalah satay ayam, nasi himpit, bawang goreng dan juga keropok. Kemudian diletakkan bersama dengan kuah yang memang sedap.

Beberapa kali jugalah sha dan suami datang makan satay disini. Selalu sha dan suami akan pesan 10 cucuk. Sha juga suka pesan bakso sebagai menu tambahan ketika berada disini. Okay sampai disini sahaja perkongsian sha, jika hendak mencuba boleh lihat alamat seperti dibawah ini :

Sate Minang Pak Yat
Lot 2986, Jalan Kuala Selangor
Kampung Paya Jaras Tengah
47000 Sungai Buloh Selangor
Telefon :  017-8891040

Terima Kasih

July 31, 2017

Makan Tenghari di Boat Noodle, PKNS

Assallammualaikum ❤️


Kalau semua nak tahu, kini boot noodles telah buka satu lagi cawangan di PKNS Shah Alam.  Shailla sudah pergi makan tenghari bersama kawan-kawan office.  Kebetulan pada waktu itu memang kami ingin pergi jalan-jalan di PkNS. Sudah alang-alang berada disana, maka kami pun singgah makan disitu. 

Kalau korang nak tahu, sistem di boot noodles cawangan PKNS adalah sistem layan diri. Dimana korang perlu ambil dan memesan makanan di kaunter terlebih dahulu...ohhh yaaa... Kena bayar sekali yer. Pada mula-mula kami masuk agak terkejut juga sebab kena layan diri,tapi kami layankan juga


Macamana? Banyak tak shailla makan? Hahaha.. Berlakon jer tu... Sebenarnya makan 3 mangkuk jer.. Wakaka. Okay bagi shailla, shailla lebih suka lagi kita pesan dan hantar makanan. Ini kerana, bila sistem layan diri ini, kita beratur panjang menanti pelanggan pesan makanan mereka. Rasa mee dia masih sama tetap sedap. Bezanya cuma pada sistem tempahan makanan. Okay sampai disini sahaja entry shailla. Jumpa lagi di entry akan datang. 

Sekian Terima Kasih💕

June 10, 2017

Resepi Tauhu Terbalik

Assallammualaikum❤


Berbuka puasa apa hari ini? Siapa disini yang suka makan tauhu? Pasti disini ramai penggemar tauhukan? Shailla hendak kongsi resepi Tauhu Terbalik. Pasti ramai yang telah tahu dan mencuba buatkan. Shailla pun pertama kali juga buat tauhu terbalik ini. Ini versi shailla iaitu versi guna bahan apa saja ada dirumah.


Bahan-Bahan

1. Tauhu Sepeket ( 8 Keping)
2. Carrot (1/2) Potong Dadu
3. Sosej Seketul Potong Dadu
4. Isi Ayam Potong Dadu
5. Garam Secukup Rasa

Cara Masak 

1. Tauhu potong bentuk "X" pada bahagian atasnya.
2. Kemudian terbalikan tauhu itu agar kulit didalam isi diluar.
3. Tanggalkan isi-isi tauhu hingga bersih
4. Kemudian ambil carrot, sosej, isi ayam dan isi tauhu gaul bersama garam.
5. Setelah itu masuk ke dalam tauhu dan goreng. Pastikan api slow untuk memastikan isi didalamnya masak.
6. Siap untuk dimakan.

Okay, resepi shailla ini simple sahaja sebab anak shailla pun makan jadi tidak boleh pedas. Kalau hendak nampak lebih meriah, boleh masukkan sayur kacang, cili merah, dan kentang. Sampai disini sahaja perkongsian shailla untuk kali ini. Jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih

June 02, 2017

Sambut Ulang Tahun Perkahwinan di The Rack Boutique Cafe

Assalamualaikum 💕 

Sempena ulang tahun perkahwinan yang ketiga tahun. Shailla dan suami sambut di The Rack Boutique Cafe. Selepas pukul 5 terus drift balik rumah siap-siap semua kemudian dalam pukul 6 jugalah baru gerak. 

Sebelum shailla datang, shailla telah reserved dahulu tempat sebab memang tahu confirm penuh. Setelah berjaya harungi jem, akhirnya sampai juga ke lokasi yang dituju. Ketika sampai pun parking sudah penuh nasib ada terselit satu parking untuk kitaorg. 


Setelah masuk ke kedai, terus order makanan sebab risau pesanan sampai lambat..hahaha... Haishhhh... Nampakk sangat gelojohnya... Ehhhh... Bukan gelojoh tetapi sediakan payung sebelum hujan sebab tahun lepas shailla pernah jadi lebai malang dimana selepas waktu berbuka pun pesanan makanan masih tidak sampai, bukan sahaja makanan air pun takde!! Kitaorang berbuka dengan keropok Areez. Huhuhu. Sadesss betul time tu. 


Sedang asyik selfie dengan keluarga, tiba-tiba pesanan pertama kami sampai iaitu Nancos Cheese bersama sosej.


Budak inilah dapat rasa dulu, terliur gak tengok dia makan.hohoho.Tiba-tiba Areez menjerit macam kepedasan. Terus bagi air masak. Jadi Shailla cakap dengan husband "apa kata awak rasa, pedas ke tak? Terus husband jawab," ehhhhh awaklah rasa" hahaha. Keluar air mata gaklah si Areez makan Nancos Cheese ni. 



Yeahhh... Pesanan utama sudah sampai!! Apa lagi let's Selfie first!! Sementara tunggu azan maghrib berkumandang. Hidangan ini dinamakan dulang combo. Set yang Shailla order ini untuk 2 orang makan. Tetapi bila sampai,woahhhh ini macam untuk 4 orang makan! Memang banyak. 


Elok sahaja azan maghrib berkumandang, baca doa terus ngap. Husband siap pesan lagi jangan minum air banyak nanti cepat kenyang. Dalam set Dulang Combo ini terdapat speggeti, meatball. Chicken chop dan kentang. Jadi Shailla pula pesan dengan husband makan ayam dulu bab ayam banyak isi nanti cepat muak. Hahaha. Chicken chop dia juga bagi shailla pedas sikit tetapi sedap. Mungkin kerana kuah yang digunakan bersama ayam yang ranggup. Haaa... Meatball bersama kuah cheese melempah itu pun rasa sedapp lebih kurang rasa meatball ikea. Cuma speggeti dia sahaja kuahnya rasa agak masam sikit. Kentang macam biasa anak shailla kerjakan. Percayalah bahawasanya kami gagal menghabiskan makan dalam dulung itu lalu bungkus bawa pulang. Harga set Dulang Combo ini adalah RM36 ringgit sahaja. 

Untuk Nancos Cheese memang sedap dan pedas dimana bahagian yang terkena serbuk lada. Jadi untuk Areez Shailla pilih bahagian yang tidak kena serbuk lada. Kuantiti dia juga banyak dan berbaloi dengan harganya. Nancos Cheese ini korang boleh dapat berharga RM12 ringgit. 

Okay sampai disini sahaja, sesiapa yang rasa hendak berbuka di The Rack Boutique Cafe ini, shailla letak alamat dan nombor telefon dibawah ini. 

Alamat : 
1, Jalan Os 1/4, One Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia
Maps

Nombor Telefon 
01137845657

Sekian Terima Kasih

May 28, 2017

Berbuka Puasa di Jom Makan! at Coffee Societe

Assallammualaikum


Hari itu shailla pergi makan di Coffee Societe yang merupakan cawangan bagi Garage 51. Lokasi dia terletak di Dutamas. Kedai kecil sikit dari garage 51 tetapi persekitaran dia memang selesa dimana tidak crowded dan tersedia kerusi di dalam dan luar.




Coffee Societe ini memang sesuai untuk korang suka duduk lepak santai-santai dengan kawan-kawan. Dimana korang akan rasa enjoy dan relax bila berada disini. Shailla sangat tertarik susun atur kedai dia,amat cantik dan tersusun sahaja. Begitu juga dengan lighting terpasang dikedai ini bila dalam gambar memang nampak cantik.



Sempena Ramadhan yang mulia ini, Coffee Societe  buat Jom Makan! at Coffee Societe dengan berharga RM25 untuk korang yang rancang untuk berbuka disini. Untuk Jom Makan! at Coffee Societe ini, korang boleh mencuba set Ayam Kapitan with Fish Kerabu and orange rice. Dalam Set ini ini juga terdapat juga Teh Tarik Milk Tea with Bubble Pearl dan juga kuih. Kalau kita lihat set hidangan dia memang nampak lazat. Selain korang juga boleh makanan dan minuman seperti dibawah

The Son - Nutella with hints of Hazelnut awesomeness 

Smoked Salmon on 3 eggs Scramble & Sourdough

Poached Egg On sourdough with smashed Avocado 

Grilled Boneless Chicken with Wedges

Quick Seared Lamb Shoulder with Widges, Roasted, Green Peas

Carbonara Speghetti

Cappuccino 

Shailla dan juga kawan-kawan lepak pada malam itu

Shailla, Bella dan Yanie

Shailla bersama Kak Azni

Shailla bersama Erma

Okay semua, jom makan! At Coffee Societe lokasinya Shailla share dibawah ini. Rugi tau tidak mencuba. 

Instgram : @coffeesociete
Facebook : CoffeeSociete
Alamat : Publika
Block D4, Level G3, Unit 3A
Jalan Dutamas 1,
Solaris Dutamas
50480 Kuala Lumpur

Sekian Terima Kasih
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...