D'Apple Cafe & Restaurant

Assallammualaikum


Ini merupakan antara tempat kegemaran shailla dan juga keluarga. Selain harga dia yang agak berbaloi, makanan dia juga memang sedap. Macam biasa, kalau datang ke sini pasti shailla akan order chicken chop. Ayam dia memang ranggup ditambah pula dengan kuah BBQ yang pekat dan likat itu, memang menarik.


Suami shailla pula memang penggemar kambing. Kebanyakkan menu yang dia pesan selalu mesti ada kambing. Malangnya pada kali ini, rasa kambing dia tidak seperti selalu, kurang segar seperti sudah lama. Jadi malam itu memang potong selera sikit. Nasib speghetti ini sedap, takdelah rasa terkilan sangat. Anak shailla pun suka makan. Okay sampai di sini sahaja entry shailla, jumpa lagi di entry akan datang.

D'Apple Cafe & Restaurant Kota Damansara
36-G, Jalan PJU 5/20D, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Phone: 013-362 3321

Sekian Terima Kasih

6 comments:

  1. kat kelantan pun ada d'apple ni..sdap2 makanan dia..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Tp fav sha tetap chicken chop.. Hihihi

      Delete
  2. Tengok gambar pun nampak sedap..
    Banyak juga portion makanan yang dihidangkan..
    Ada rezeki nanti boleh cuba..

    ReplyDelete