Logo KBBA

Disember 24, 2022

Persiapan Awal Beli Barang Persekolahan 2023 di Pusat Pakaian Hari-Hari Cawangan Sungai Buloh

 Assallammualaikum

Alhamdulillah, isnin yang lalu, anak-anak Shailla telah selamat bersunat. Mereka bersunat di dewan anjuran perstuan penduduk. Memang seronok mereka diraikan dengan kedatang Bomba menyiram mereka dengan pili bomba memang semasa itu melompat-lompat keseronokkan kena siram. Selain itu juga mereka dapat pelbagai hadiah. Sebelum bersunat memang seronok mereka berlari-lari tanpa tahu erti sunat sebenar. Habis sahaja sunat memang menangis dan menyesal budak-budak ini. Nasiblah bersunat sekali seumur hidup. hihihi.

Beberapa hari sebelum sunat, sebenarnya Shailla berfikir juga untuk buat persiapan beli barang-barang sekolah sebelum atau selepas sunat. Fikir punya fikir sehinggalah sampai sehari sebelum mereka hendak bersunat, petang itu juga Shailla pergi membeli kelngkapan barang persekolahan mereka. Lagi pula, Kalau hendak tunggu diorang betul-betul baik sunat makan masa juga, lebih baik beli awal-awal senang nanti. Lagi pula sebelum diorang sunat kita happy dulu dengan belanja barang keperluan persekolahan. Jadi petang itu, kami ke pusat pakaian yang berdekatan sahaja dengan rumah Shailla. 


Kalau bercerita tentang pakaian sekolah, memang tempat yang Shailla tuju adalah tidak lain tidak bukan Pusat Pakaian Hari-Hari. Untuk Shailla yang jenis golongan berpendapatan sederhana ini, memang Pusat Pakaian Hari-Hari menjadi pilihan kerana pakaian mereka berkualiti dan mampu milik. 

Kalau korang hendak tahu, Pusat Pakaian Hari-Hari ini mempunyai lebih 95 rangkaian cawangan di seluruh negara. Shailla pergi yang cawangan di Sungai Buloh. Ketika sampai disini memang tidak ramai orang memandangkan masih awal sebenarnya untuk membeli kelengkapan sekolah. Tetapi bagi Shailla beli awal lagi elok dan senang untuk membuat pilihan. Memang banyak pilihan pakaian dan peralatan sekolah yang terdapat di sini. 


Antara koleksi kasut Jony&Jerry yang terdapat disini. Macam-macam rekaan ada, pilih sahaja yang mana berkenan dihati. Dari yang bertali hinggalah yang pakai pelekat. Untuk peringkat umur anak Shailla, Shailla lebih suka beli yang jenis pelekat kerana senang pakai dan buka. Untuk yang bertali pula, mungkin nanti diorang dah besar sikit bolehlah, kalau tidak nanti kita juga mangsa untuk hari-hari ikat tali dan buka tali kasut mereka.


Anak-anak paling suka bahagian beg kerana terdapat pelbagai pilihan yang ada. Dari beg size sekolah tadika hinggalah ke sekolah menengah. Harganya juga berpatutan. Shailla sebagai ibu pun ramabang mata melihat terutama beg sekolah budak-budak tadika memang comel-comel semuanya.


Paling senang cari adalah beg abang. Sebab abang punya citarasa simple sahaja. Dia memang dari dulu suka corak abstract macam itu. Corak-corak macam ini memang dari jauh dah nampak. Jadi mudah untuk Areez membuat pilihan.



Si Aqeef ini pula sangat cerewet, agak lama juga untuk dia membuat pilihan. Susah juga untuk kami yakinkan dia bahawa beg roda tidak sesuai untuk bawa ke sekolah tadika kerana size yang besar jadi sukar untuk masuk dalam almari beg yang tersedia di tadika. Akhirnya adik kata hendak bawa beg ini untuk pergia bercuti lebih kurang macam beg bagasi..Hahaha..Tetapi, hahaha banyak sangat tetapi, kalau korang hendak tahu, akhirnya kami berjaya yakinkan adik untuk ambil beg kecil. Makanya beg yang adik pegang itu tidak jadi ambil..Fuhhh..lega.



Bagi Shailla, bahagian ini agak sukar sikit kerana anak-anak Shailla berkejar-kejaran di dalam kedai. Memang susah untuk mereka mencuba pakaian sekolah. Jenuh juga untuk suruh mereka mencuba baju sekolah. Nasiblah ketika ini orang tidak ramai, jadi mudah untuk Shailla memilih size yang sesuai untuk mereka.


Beginalah rupanya hasil dari paksa Areez mencuba baju sekolah. Hahaha. Areez dapat dua helai baju sekolah kebangsaan jadi mudah untuk berulang pakai. Kalau sehelai sahaja sakit jugalah untuk berulang pakai dan cuci. Untuk harga baju dan seluar adalah berasingan.


Ini pula untuk baju sekolah agama Areez. Sebenarnya samping warna hijau, tetapi si Areez ini sangat yakin yang dia akan jadi pengawas tahun hadapan jadi kami layankan jelah dia bergambar sambil pakai sampin warna merah walaupun hakikatnya samping kami tidak beli pun.hahaha.


Takkan abang sahaja dapat bajukan, adik pun mestilah dapat juga. Tahun 2023, adik masuk tadika 6 tahun. Semoga tahun depan adik dapat anugerah cermelang lagi ya adik, ingat saja-saja ke ibu belanja beli baju baru ini..hahaha...takdelah gurau je!. Tapi kalau korang hendak tahu, adik memang suka melukis dan mewarna kebanyakkan aktiviti dekat rumah banyak dihabiskan untuk mewarna dan melukis. Tetapi, haaa...ada tetapinya dia suka mewarna guna magic color. Memang sebulan sekali juga kami beli colour magic dia, nasib beli dekat kedai "merah" sahaja..wakaka.




Sudah beli baju dan beg, macam tidak lengkapan pula jika tidak ambil sekali peralatan menulis. Anak-anak Shailla dua-dua ambil sorang satu pencil box dan juga pencil menulis. Itupun diorang nak ambil botol air juga tetapi telah dipangkah oleh Shailla kerana botol air dirumah sudah banyak. kalau buat koleksi, memang penuh satu almari.


Hasil tangkapan ketika berbelanja di Pusat Pakaian Hari-Hari. Penuh jugalah satu bakul. Nasib suami sudah azan kat telinga, kalau tidak mahu 2 bakul juga Shailla sambar.hahaha.



Semasa di kaunter jangan lupa untuk scan dan tebus RM20 off jika korang berbelanja RM100 ke atas. Kalau  ikutkan pada maklumat disitu, tawaran ini valid sampai 31 December 2022 sahaja. Jadi cepat-cepat datang ke Pusat Pakaian Hari-Hari untuk dapatkan tawaran ini hampir sampai ke penghujungnya melainkan pihak Pusat Pakaian Hari-Hari tambah lagivalid date dia.hihihi.


Alhamdulillah, sedikit sebanyak persiapan anak-anak Shailla untuk bersekolah sesi 2023 hampir lengkap, walaupun masih awal tetapi nanti takdelah kalang kabut menjelang sesi persekolah 2023 buka semua sudah tersedia ada.


Promosi kembali ke sekolah kembali lagi!

FREEGIFT calendar untuk setiap pembelian RM30 dan keatas dalam satu resit!

Marilah Pergi Hari-Hari!

95 Hari-Hari seluruh Malaysia: www.hari.com.my/locator
Hari-Hari Online Store: http://ehari.com.my 
Hari-Hari Shopee: http://shopee.com.my/harihari_ 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh layari website: 

www.hari.com.my dan pembelian online: www.ehari.com


Sekian Terima Kasih

3 ulasan:

  1. Semuanya ada di Pusat Pakaian Hari-Hari tu suka singgah beli do sini

    BalasPadam
  2. wahhh siap dah dia...kita baru dok plan nak pergi tunggu ayahnya free hehhe

    BalasPadam
  3. Tak sabar nak shopping baju anak esok... Nak pergi Hari2 juga...

    BalasPadam