Logo KBBA

Disember 14, 2022

Cuti Sekolah Bawa Anak Mandi Di Bangi Wonderland Water Park


 Assallammualaikum

Bangi Wonderland Water Park

Hai semua, bila tiba musim cuti sekolah mesti kita sebagai ibu bapa perah otak fikir untuk bawa anak-anak pergi mana. Begitu juga dengan Shailla, kesian pulakan cuti sekolah diorang duduk rumah sahaja. Walaupun kita tidak dapat bawa mereka bercuti lama, kadang-kadang pergi tempat peranginan yang berdekatan pun boleh buat mereka  gembira. Macam anak-anak Shailla memang suka sangat mandi kolam. Jadi tempat yang Shailla tuju pastinya berkaitan kolam.

Hujung minggu lalu, Shailla telah membawa anak-anak Shailla ke Bangi Wonderland Water Park yang terletak di No. 2, Persiaran Bangi Avenue,Bangi Avenue,43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. 


Shailla sampai sini awal, jadi terdapat banyak cabana yang boleh dipilih.Memandangkan abang ipar Shailla pun datang sekali bawa anak-anaknya jadi, Shailla memilih untuk sewa Cabana. Shailla memilih cabana kerana mudah untuk letak barang dan lepak. Kalau hendak solat pun senang. 

Ini adalah harga untuk penyewaan Cabana. Kalau nak jimat boleh kongsi dengan keluarga atau raka-rakan. Di dalam Cabana ini juga ada disediakan kipas dinding sangat berguna pada waktu tengahari..hahaha.

Antara aktiviti yang korang boleh lakukan di Bangi Wonderland Water Park :

KIDS ADVENTURE



Untuk anak-anak sangat sesuai untuk mandi disini, kerana pelbagai permainan ada disini. Antara yang menjadi tarikan disini adalah baldi besar itu. Memang gigih Shailla dan anak-anak tunggu air jatuh dari baldi giant itu. Mengambil masa dalam 15 hingga 20 minit jugalah untuk tunggu air jatuh. Tetapi bila air jatuh jer dia punya seronok, hilang penat menunggu.Hahaha



Tarikkan kedua yang paling digemari kanak-kanak adalah gelungsur air. Anak Shailla titak tahulah berapa kali dia ulang naik gelungsur rasa tidak terkira dari datang hinggalah balik tidak henti-henti naik. Rasanya guard yang jaga dekat situ pun dah kenal asyik muka dia sahaja.






Kalau nak tahu, disini sahaja korang boleh habiskan masa separuh hari untuk main semua mainan yang ada di kids Adventure ini. Kanak-kanak memang akan leka ketika bermain disini. Lagi pula kita kita senang nak pantau anak-anak bila duduk dibawah bumbung dan di Cabana.


Di sini sahaja ada banyak permainan menarik yang boleh korang main. Kita yang dewasa ini pun terikut main sama okay..Hahaha.

WATER CANNON



Permainan ini menarik, ibarat korang duduk dalam meriam buluh kemudian meletup. Korang akan melambang bersama percikan air yang besar masuk ke dalam kolam. Untuk main permainan ini, korang perlu pakai jaket keselematan dan berat kurang dari 85kg. 

PIRATES BAY



Di sini kolam boleh mandi kolam seperti mandi pantai. Di mana reka bentuknya mencuram seperti laut dan juga ada ombak. Ombak akan dibuka mengikut masa yang ditetapkan. Kolam akan berombak seketika kemudia dia akan tutup untuk sesi seterusnya. Bila tiba waktunya ombak akan buka, kami akan berkumpul ramai-ramai depan itu menati ombak datang membadai cewahhhh.

MEANDER RIVER



Korang boleh guna pelampung untuk melalui Meander River, ini kerana jika korang jalan menyusurinya memang lenguh kaki juga sebab korang akan berjalan handuk air seluruh kawasan Bangi Wonderland. Kalau naik pelampung takdelah terasa sangat. 

Ada juga beberapa permainan yang Shailla tidak sempat main tetapi sempat ambil gambar  kerana kengkangan masa. Lagi pula anak-anak asyik main dekat kids pirate jadi sempat datang ambil gambar sahaja.  Antara mainan lain yang terdapat di Bangi Wonderland Water Park adalah seperti :

Insane Racer

Spiralax

Magic Funnel

Green Pearl

Boomeriang

The Fall & Anaconda Trail

Kesemua mainan diatas adalah antara pemainan yang mencabar dan memerlukan korang menggunakan pelampung.

Pengalaman Ketika Berada Di Bangi Wonderland Water Park
                                   

Shailla sampai disini sebelum kaunter Bangi Wonderland Water Park buka. Ketika sampai, Shailla di minta untuk menunggu di ruang menunggu. Kemudian bila  kaunter buka dan siap pakai tag di tangan, Shailla pun masuk ke kawasan  taman tema. Untuk sewa cabana kena cepat kerana dia limited. Korang juga boleh duduk di ruang public area yang  menempatkan kerusi dan meja.

Apa yang Shailla suka adalah, toilet tidaklah jauh dari taman tema. Selain itu ditingkat atas juga ada toilet, ruang persalinan dan loker untuk korang simpan barang berharga. Tempatnya memang selasa serta kemudahan yang ada amay menyenangkan.

Shailla memang puas hati dapat meluangkan masa bersama keluarga bermain di Bangi Wonderland Water Park ini. Dari masuk hingga balik tidak terasa lama pun. Paling penting dapat lihat anak-anak gembira bermain taman tema pun dah buat Shailla gembira walaupun mukaku habis berbelang disebakan sunburn.wakaka.



Untuk makan pula, Shailla beli yang jual set. Satu set berharga RM12. Bagi Shailla harga dia okay sebab termasuk sekali air. Selain itu, makan dia  juga sedap. Koarang boleh pilih beberapa set makanan yang mereka sediakan seperti laksa, bihun sup dan set nasi. Anak-anak Shaila paling suka set ayam masak kicap. Air juga korang boleh pilih mengikut list yang mereka sediakan. Selain itu, Dikawasan public area juga ada jual makanan seperti nugget, kentang dan lain-lain lagi.

Antara Kemudahan Disediakan :


Klik Gambar Untuk Beli Tiket

Ini harga terkini jika korang beli secara atas talian. Promosi ini sah dari 01/05/2022 - 31/12/2022 tertakluk pada  terma dan syarat pihak Bangi Wonderland.


Bangi Wonderland Water Park(2 Days Entry) + Le' Venue Hotel(1 Night)
STAY & PLAY for 4 Persons🔥🔥
WEEKDAYS Package RM288 / 4 persons nett
* Check-in on Wednesday, Thursday & Sunday only.
* Deluxe Family Room.
WEEKEND Package RM338 / 4 persons nett
* Check-in on Friday, Saturday, School & Public Holidays only.
* Deluxe Family Room.
Kindly visit our official website at https://levenuehotel.com/ for booking
Info :
Walking distance from Le'Venue Hotel to Water Park is only about 5 min.

Selain itu, pada yang datang dari luar selangor, korang boleh menginap di Le' Venue Hotel kerana pakej dia termasuk sekali tiket masuk ke Bangi Wonderland Water Park. Kalau dari Hotel perjalanan makan masa hanya 5 minit.

Untuk info lanjut boleh klik link dibawah ini :

2 ulasan: