December 28, 2022

Rangkaian Produk Carina Malaysia

 Assallammualaikum


Pasti semua sudah tahu tentang keberadaan tisu jenama Carina di pasaran. Shailla juga salah seorang pengguna tisu jenama Carina Malaysia. Carina ditubuhkan pada tahun 2009 sebagai pengeluar tisu pertama Malaysia bagi memenuhi permintaan negara tropika tersebut. Penghasilan tisu Carina yang menggunakan hanya 100% pulpa dara dan 100% kapas tulen asli membolehkan Carina memberikan keselesaan kepada orang ramai disamping mengekalkan standard kualiti produk. Tidak hairanlah jika tisu jenama Carina mendapat tempat dihati pengguna.

Tisu Carina bertempat di Lembah Klang, Malaysia, produk Carina dihasilkan dan diedarkan di seluruh Malaysia terus kepada pengguna. Selain kualiti produk Carina yang baik, harganya turut berpatutan untuk setiap lapisan masyarakat. Jadi secara tidak langsung, tisu carina ini mampu dimiliki oleh semua golongan.



CARINA  pada tahun 2023 telah berazam untuk bergerak ke hadapan mengikut peredaran zaman dan terus maju selepas pandemik. Mereka telah memperkenalkan konsep baharu dengan tema "We Care, We Love" bertujuan untuk :
  1. Kami menggalakkan kesedaran kebersihan, mewujudkan persekitaran yang sihat dan mengurangkan pencemaran
  2. Kami menjaga kulit anda dengan menyediakan 100% kapas tulen semulajadi yang mesra kulit
  3. Pengeluaran tempatan untuk meningkatkan pemulihan ekonomi
  4. Khusus untuk memenuhi keperluan dan kehendak orang Asia Tenggara
  5. 4 siri untuk memenuhi permintaan pasaran
"We Care, We Love", menyatakan kepercayaan mereka bahawa menghasilkan produk berkualiti tinggi akan mempengaruhi dan menghasilkan penjagaan dan kasih sayang yang lebih baik untuk keluarga. #CarinaCares terhadap anda dan keluarga anda.


Kalau korang hendak tahu, Carina mempunyai 4 siri utama iaitu:

Penjagaan Kecantikan (Beauty Care) 


Siri Tisu Kering Carina diperbuat daripada 100% PURE VIRGIN PULP untuk memastikan kebersihannya, menjadikan ia lembut dan selamat digunakan pada kulit, termasuk kulit sensitif. 


Siri Kapas yang diperbuat daripada 100% PURE COTTON yang sesuai untuk kegunaan kecantikan kerana ia bersifat hypoallergenic dan tidak akan menyebabkan iritasi dan kerosakan kulit kerana kapas yang digunakan adalah bahan semula jadi yang asli.

Penjagaan Bilik Mandi (Toiletries Care) 
Tisu Bilik Mandi dengan 3 lapisan, menjadikan ia lebih kuat dan lembut untuk digunakan.

Peralatan Dapur (Kitchenware) 


Siri Tisu Dapur dari Carina menjadikan permukaan dapur dan peralatan bersih, berkilat dan bebas calar. Ia membantu membersihkan kaunter dapur dan peralatan serta menyental tumpahan cecair.

Penjagaan Kesihatan (Health Care)  


Siri Tisu Basah kami mengandungi 99% air, bebas paraben yang tidak menyebabkan sensitiviti kulit dan alahan.

Pengalaman Shailla Menggunakan Produk Carina Malaysia

Produk Carina pertama yang Shailla gunakan adalah Carina Kitchen Towel. Memang dari dulu Shailla menggunakan Carina Kitchen Towel ini kerana selain harga yang berpatutan, ia juga memudahkan kerja Shailla untuk mengelap permukaan dapur dan perkakas peralatan dapur.


Kalau korang lihat, tisu dia agak tebal dan mempunyai texture pada permukaan tisu. Texture pada permukaan tisu Carina ini membuatkan ia nampak menarik. Selalu Shailla akan lap menggunakan tisu basah terlebih dahulu jika ada permukaan terlalu berminyak. Jika kurang berminyak, Shailla akan spray sahaja kemudian baru lap dengan Carina Kitchen Towel.

Apa yang istimewa tentang Carina Kitchen Towel ini adalah permukaan dapur korang akan terlihat bersih selepas menggunakanya. Paling penting adalah dapur korang nampak kilat dan bebas calar. Carina Kitchen Towel ini juga korang boleh gunakan untuk mengelap perkakas dapar yang lain.


Shailla juga pengguna Carina Facial Cotton untuk memakai toner dan mencuci make up. Apa yang bagus tentang kapas ini adalah texture dia sangat lembut ketika digunakan dan memudahkan Shailla untuk mencuci make up.

Apa yang penting adalah 100% pure cotton. Selain itu, untuk mereka yang menghadapi masaalah kulit sensitif, Carina Facial Cotton adalah pilihan tepat kerana ia bersifat hypoallergenic dan tidak akan menyebabkan iritasi dan kerosakan kulit.

Selain itu, kalau korang hendak tahu, Tisu Carina didatangkan dalam pelbagai saiz, daripada pembungkusan yang kecil sehingga yang lebih besar, menjadikannya sesuai untuk digunakan untuk seisi keluarga dan mudah untuk bawa ke mana-mana.

Kesimpulan

Menurut Shailla, jika dilihat dari hasil penggunaan, produk ini berbaloi untuk dimiliki pada setiap rumah. Bukan sahaja produk ini berkualiti malah dijual dengan harga berpatutan. Secara keseluruhan, Shailla suka ke sumua produk dari Carina Malaysia ini. Produk dari Carina memang akan Shailla beli lagi jika sudah habis nanti.



Carina Gift Box termasuk produk-produk berikut;


Selain produk, di dalam Carina Gift Box, terdapat juga:
  • Shop online voucher Shopee Carina official Store RM 5 voucher
  • Review & Win campaign flyer 
  • Carina Surprise Ang-pao sehingga RM88 melalui TNG

Sila ambil perhatian bahawa, di pasaran, Carina Gift Box Set TIDAK termasuk:
  1. Carina Kitchen Roll (boleh dibeli di kedai fizikal atau online)
  2. Carina Limited Edition We Love We Care Bag (GWP dengan pembelian RM 40 dan ke atas)


Dimana boleh dapatkan Carina Gift Box?
  • Aeon Big (Cawangan terpilih)
  • Mix Store (Cawangan terpilih @ IOI City Mall)
  • Hot Market @ Berjaya Times Square
  • Tong Hup Trading, Melaka
CARINA Review & *WIN (*T&C apply)

Berita baik untuk korang semua, Carina sedang melangsungkan CARINA Review & *WIN dinama korang berpeluang untuk MENANG 3 Bulan Bekalan Rumah Carina bernilai RM150. Jadi jangan lepaskan peluang ini! jom sama-sama kita sertainya.


Jumlah 100 pemenang untuk *MENANGI 3 bulan Bekalan Rumah setiap bulan

Jumlah bernilai RM 150 / Pemenang

Cara MENYERTAI:

1. Muat naik Foto/VIDEO Ulasan pengalaman anda dengan MANA-MANA produk siri CARINA di Facebook/Instagram/ Tiktok

2. Beritahu kami sebab anda akan mengesyorkannya & tag @CARINA rasmi Facebook / Instagram / Tiktok

3. Hashtags #MYCarina #WeCareWeLove (pastikan post anda adalah umum).

*Terma & Syarat:
  1. Tempoh kempen: SEKARANG- 30 April 2023
  2. #300 #Penilai Terbaik akan dipilih untuk MENANG 3 Bulan Bekalan Rumah Carina bernilai RM150. Kami akan screenshot pemenang dan umumkan pemenang di halaman Facebook kami bermula dari Feb 2023. Sila nantikan!
  3. Hadiah tidak boleh ditukar, tidak boleh dipindah milik, dan tidak boleh ditebus dengan wang tunai atau hadiah lain. Kami berhak untuk mengubah suai dan meminda terma dan syarat tanpa notis terlebih dahulu.
  4. Resit WAJIB ditunjukkan untuk menuntut hadiah.
  5. Setiap pemenang hanya sah untuk menuntut sekali sahaja, Nama & resit Pembelian yang sama tidak dibenarkan.
  6. Resit pembelian sah dari 1 Jan 2023- 31 April 2023 sahaja.
  7. Baucar tunai bernilai RM150 adalah untuk pembelian produk CARINA sahaja, setiap baucar tunai RM50 hanya sah selama 1 bulan.
  8. Carina berhak untuk mengubah suai dan meminda terma dan syarat tanpa notis terlebih dahulu.

Dimana boleh dapatkan CARINA?

OFFLINE

  • Aeon Big,
  • Aeon Wellness,
  • Econsave,
  • Mydin,
  • NSK,
  • Ascen+ Pharmacy,
  • MiX Store,
  • PotBoy Groceries,
  • C-Mart Penang, Kedah, Perlis
  • Ceria 99 Penang, Kedah, Perak
  • Family Stores Seremban
  • Family Stores Melaka
  • Oppa Mart Melaka & Seremban
  • Nirwana Maju Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan
  • Target Supermarket Johor
  • Song Mart Malaysia Johor
  • Pasaraya Hwa Thai Johor

ONLINE


   


SOCIAL MEDIA


Untuk maklumat lanjut, hubungi Carina melalui wangzhengcarina@gmail.com. Ikuti Carina Malaysia di platform berikut untuk perkembangan terkini, info-info kesedaran kebersihan dan pengumuman menarik yang lain.

Terima Kasih

#MildAndGentle #comfortable #pure #SoftAndTender
#CarinaMalaysia #CarinaCares #HealthyTissue #VITAMEDIA #CARINA #WeCareWeLove
#beautytissue #BetterLife #CarinaMY #MYCarina #Tissue #CarinaTissue #handkerchieftissue
#handkerchief #VirginPulp #PurePulp #Wallettissue #CarinaLavender #CarinaGreentea
#CarinaRose #CarinaEveryday #CarinaPure #CarinaCaringLife #CarinaForAll #BetterwithCarina
#CarinaFamily #Carina100natural #CarinaNature

1 comment:

Logo KBBA

WARNAI RAMADAN DI KLANA BEACH RESORT PORT DICKSON – SAJIAN NASI PADANG & SELERO NEGERI SEMBILAN

  Assallammualaikum Hai semua, minggu lalu Sha berkesempatan menghadiri pelancaran Bufet Ramadan 2024 bertemakan Nasi Padang & Selero Ne...