Terengganu 2019 - Hari Pertama

Assallammualaikum


Untuk hari pertama ini, jeng.. Jeng.. Jeng.. Mengadap jem.. Hahaha. Shailla gerak dari Sungai Buloh pada pukul 5.30 petang.

Sepanjang perjalanan memang tidak minum banyak air untuk mengelak terkencing.. Hahaha.

Perjalanan pun ada pasang surutnya tau. Sekejap laju, sekejap sederhana laju dan kadang kala memang perlahan terus.

Memang kematulah punggung ini dek kerana perjalanan yang lama.. Hahaha.

Paling lawak si Areez terpaksa pakai pampers adik kerana tidak tahan untuk kencing..hihihi.

Selepas itu, Shailla singgah sebentar di rnr temerloh untuk ke tandas dan makan. Dekat situ kebanyakkan kedai jual tempoyak ikan patin. Jadi Shailla makan bakso keaw teaw, hurmmm sikit jer keaw teaw dia. Rasa macam celah gigi jer tambah kongsi makan dengan anak.. Huhuhu

Alhamdulillah selepas Rnr Temerloh, jalan lancar dan tidak tersekat jem lagi. Lebih kurang 12.45 pagi Shailla selamat sampai ke tempat yang dituju. Shailla duduk di Homestay saudara bapa mertua di Kemaman Terengganu.

Sampai di sini sahaja celoteh Shailla, jumpa lagi di entry akan datang.

Selmat Hari Raya Haji!!

Sekian Terima Kasih

No comments:

Post a Comment