August 29, 2019

McDONALD'S MALAYSIA - RAIKAN IDENTITINYA SEBAGAI SYARIKAT MALAYSIA DENGAN MEMPERKENALKAN NASI LEMAK McD

Assallammualaikum


Ada apa dengan nama  McDonald’s? Walaupun ejaan nama  McDonald’s jika di pendek
dijadikan McD, tetapi korang perasan tak sesetengah orang bukan
menyebutnya dengan ejaan  McD tetapi Mekdi. Sempena sambutan Hari Merdeka dan
Hari Malaysia, McDonalds Malaysia telah meraikan  37 tahun sebagai syarikat Malaysia dengan menerima pakai nama panggilannya iaitu Mekdi. Kalau korang perasan, nama Mekdi jelas terpampang di restoran McDonald’s Bukit Bintang yang merupakan lokasi pertama  McDonald’s Malaysia mula yang dibuka pada tahun 1982. Wahhh.. ketika ini Shailla pun belum lahir lagi.. Hihihi


Atas sokongan rakyat Malaysia yang telah membantu membangunkan jenama McDonald’s,
syarikat tersebut telah memutuskan untuk menerima pakai nama panggilan
mesra Mekdi di mana ia kini sinonim dengan jenama McD sempena Hari Merdeka dan
Hari Malaysia.

Ketika kita menyambut Bulan Kebangsaan ini, McDonald’s Malaysia telah
memperkenalkan hidangan yang sinonim dengan rakyat Malaysia iaitu Nasi Lemak McD yang telah menjadi hidangan kegemaran rakyat Malaysia. Korang akan mendapat
mendapat hidangan nasi Nasi Lemak yang lengkap seperti nasi bersantan yang
wangi, ikan bilis rangup, timun segar dan telur goreng. Ehhh mana sedap tanpa sambal!
Haaa.. Jangan risau sambal pedas juga turut di sediakan. Korang juga boleh menambah Ayam
Goreng McD dan secawan Teh Ais Limau sebagai penambah rasa selera makan.


Menyedari populariti Nasi Lemak di kalangan rakyat Malaysia, McDonald's Malaysia juga memulakan petisyen di seluruh negara di laman web Change.org supaya Nasi Lemak diiktiraf secara rasmi sebagai hidangan kebangsaan Malaysia, dengan sasaran mengumpul 1 juta tandatangan menjelang Hari Malaysia (16 September).

Untuk turut serta dalam petisyen ini, sila layari: 

McDonald's Malaysia - Berjiwa Malaysia

Sejak pembukaan restoran pertamanyadi Bukit Bintang pada tahun1982, hampir keseluruhan perniagaan McDonald's Malaysia dikendalikan mengikut kehendak tempatan bermula dari menu, pembekal, pemegang francais, komuniti dan insiatif amal.

Pilihan menu bercitarasa tempatan



Selain menu utamanya, McDonald’s Malaysia turut memperkenalkan menu mengikut selera
rakyat Malaysia dan citarasa tempatan, seperti menu terbaru, Nasi Lemak McD dan Extra
Spicy Ayam Goreng McD. Malah, McDonald’s Malaysia adalah salah satu pasaran pertama
di dunia yang mempunyai hidangan Ayam Goreng dalam menunya.



Citarasa tempatan turut diserapkan ke dalam menu pencuci mulut, seperti McFlurry Cempedak, Pai Jagung dan Kon Cendol, di mana semua ini terdapat di restoran McDonald's di seluruh negara pada masa ini.

Penggunaan bahan-bahan tempatan


80 peratus daripada bahan-bahan McDonald's Malaysia diperolehi di Malaysia sendiri. Segala-galanya daripada ayam, sayur-sayuran, dan sos – termasuk Sos Cili kegemaran rakyat Malaysia – dihasilkan atau diperolehi di dalam negara. Hanya bahan-bahan tempatan yang paling segar dan berkualiti tinggi digunakan dalam semua menu menarik yang ditawarkan.

Restoran didukung oleh tenaga kerja warga Malaysia


McDonald's Malaysia kini menggaji seramai 14,000 rakyat Malaysia di restoran yang
dimiliki terus oleh Gerbang Alaf Sdn. Bhd., dan McDonald’s Malaysia komited
untuk menyediakan pekerja tempatan dengan peluang yang saksama dan berkualiti bagi
pembangunan, latihan dan kemajuan kerjaya di setiap peringkat.

Pemegang francais 100 peratus warga Malaysia


McDonald’s Malaysia terus bekerjasama rapat dengan usahawan tempatan Malaysia untuk
mengembangkan jenama McDonald’s di tempat-tempat seperti Sabah dan Sarawak.
Kesemua 21 pemegang francais tempatan kami adalah warga Malaysia, yang mengendalikan
lebih daripada 30 restoran di seluruh Malaysia.


Aktiviti akar umbi setempat

Restoran McDonald's di seluruh negara menyumbang semula kepada masyarakat setempat menerusi penganjuran pelbagai inisiatif seperti sumbangan makanan kepada badan amal tempatan, sambutan Hari Guru serta bantuan kepada mangsa banjir. Pada tahun 2018 sahaja, McDonald's Malaysa telah menganjurkan lebih daripada 10,000 aktiviti kemasyarakatan.

Inisiatif amal untuk kanak-kanak Malaysia

Menerusi Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC), McDonald's Malaysia terus
menyokong program yang secara langsung meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-
kanak dan keluarga mereka. Satu lagi inisiatif yang dekat dengan McDonald's adalah
program ‘Kembali ke-Sekolah’, yang telah memanfaatkan seramai 23,000 kanak-
kanak sekolah rendah miskin bandar sejak tahun 2017.


Nasi Lemak McD kini boleh didapati di semua restoran McDonald's Malaysia di seluruh negara dan akan menjadi menu tetap di McDonald's, 24 jam sehari.

Set Nasi Lemak McD berharga hanya RM5.99 untuk sarapan pagi dan disajikan dengan Milo Ais.

Pada waktu lain, harga yang ditetapkan adalah RM12.99 untuk set bersama 1 keping Ayam Goreng McD dan Teh Ais Limau, manakala RM15.99 untuk set bersama 2 keping Ayam Goreng McD dan Teh Ais Limau.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran menu McDonald's yang menarik bulan ini, sila layari:

Sekian Terima Kasih 

No comments:

Post a Comment

Logo KBBA

WARNAI RAMADAN DI KLANA BEACH RESORT PORT DICKSON – SAJIAN NASI PADANG & SELERO NEGERI SEMBILAN

  Assallammualaikum Hai semua, minggu lalu Sha berkesempatan menghadiri pelancaran Bufet Ramadan 2024 bertemakan Nasi Padang & Selero Ne...