Pupuk Minat Membaca Bersama Set Happy Meal Readers

Assalamualaikum ❤️

Hai semua, apa khabar? Hari ini Shailla ingin berkongsi dengan korang tentang satu program yang boleh memupuk minat membaca terutama di kalangan anak-anak.

Selalu kalau kita beli set Happy Meal pasti dapat permainan. Sebenarnya ini yang dinantikan oleh anak-anak bila membeli set Happy Meal ini. Kalau korang nak tahu, bukan sahaja hanya kanak-kanak, Shailla sendiri pun terjebak menanti permainan apa  yang keluar bila beli set Happy Meal. Ada suatu ketika, McDonald’s ada mengeluarkan koleksi kereta dan Hello Kitty. Ketika itu, memang Shailla kumpul setiap koleksi yang keluar..Hahaha
Untuk kali ini Mcdonald's telah membuat kelainan yang baru dengan tidak lagi mengeluarkan set permainan. Sebaliknya mereka memperkenalkan program Happy Meal Readers. Program Happy Meal Readers ini merupakan tanda sokongan terhadap aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara membaca di bawah Program Dekad Membaca Kebangsaaan.

Happy Meal Readers


Apa yang menarik tentang program Happy Meal Readers ini adalah kerjasama McDonald's dengan Cressida Cowell, penulis dan pelukis ilustrasi terkenal dunia yang menghasilkan siri buku popular How to Train Your Dragon dengan melancarkan satu siri buku bertajuk Treetop Twins Adventures.


Terdapat 12 cerita yang akan dipaparkan menerusi buku bersiri yang dihasilkan secara eksklusif untuk McDonald’s yang akan dikeluarkan setiap bulan sepanjang tahun ini. Buku ini boleh didapati dalam dua versi iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

Aplikasi Happy Studio di Google Play dan Apple Store


Kalau korang nak tahu, pihak McDonald’s juga ada melancarkan aplikasi Happy Studio yang boleh di muat naik di Play Store and Apple Store. Apa yang menarik tentang aplikasi ini adalah buku-buku itu juga boleh didapati dalam versi digital menerusi aplikasi Happy Studio.

Aplikasi ini sangat sesuai untuk dimainkan bagi seisi keluarga dimana korang dapat sama-sama membaca dan berinteraksi tentang cerita yang ditulis. Aktiviti sebegini juga, dapat meningkatkan pengalaman membaca dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

Treetop Twins Adventures


Buku Treetop Twins Adventures yang Shailla dapat ini mengisahkan kembar yang sangat beruntung di mana ayah dan ibu mereka iaitu Profesor Penelope Treetop dan Profesor Pablo Treetop mencipta mesin bagi memboleh mereka ke zaman dinasor. Mereka merupakan keluarga pertama yang mengembara ke alam dinasor bagi mengkaji umur dinasor. Kisah pengembaraan yang amat menarik, sesuai untuk dikongsikan bersama anak-anak. Bukan sahaja anak Shailla, malah Shailla juga turut rasa terhibur ketika menceritakan kisah ini kepada anak-anak Shailla.

Shailla juga suka dengan ukuran saiz buku ini. Dengan ukuran saiznya yang kecil, memudahkan Shailla untuk membawa buku ini ke mana-mana. Contoh seperti ketika berada di kedai makan, boleh Shailla beri buku ini pada anak-anak untuk mereka baca agar tidak merasa bosan ketika menanti pesanan makanan sampai.


Tujuan program dilaksanakan untuk menggalakkan keluarga agar meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga. Anak Shailla teruja ketika dapat buku ini. Walaupun dia tidak pandai membaca lagi, tetapi anak-anak Shailla suka melihat pelbagai watak lukisan animasi kartun yang comel terdapat di dalam buku ini.

Dengan adanya program ini, dapat membuka minda anak-anak tentang kebaikkan membaca di samping dapat meningkatkan ilmu pengetahuan. Aktiviti seperti ini bagus dilakukan  bersama seisi keluarga. Bukan sahaja menyeronokkan, malah dapat memupuk budaya membaca di kalangan anak-anak. Ibu bapa juga turut dapat meluangkan masa bersama-sama kelurga.

Tidak sabar rasanya untuk menanti keluaran buku yang akan datang. Pasti lebih banyak cerita dan pengembaraan lebih menarik dari sebelum ini.

Untuk Maklumat Lanjut :

Web

Terima Kasih

2 comments:

  1. bagus happy meal bagi buku ni. Kalau sebelum ni bagi toys jer. At least bila dia bagi buku ni, bolehlah pupuk minat membaca dikalangan kids

    ReplyDelete