Aladdin and The Malaysian Treasures Ramadan Buffet, Best Western i-City Shah Alam

Assalamualaikum ❤️


Aladdin and The Malaysian Treasures Ramadan Buffet di The View Cafe Level 5, Best Western i-City Shah Alam merupakan salah satu tempat yang korang kunjungi jika ingin berbuka puasa bersama keluarga dan juga kawan-kawan . Terdapat lebih 160 jenis juadah melayu yang boleh korang pilih mengikut selera masing-masing.


Mulai 6 Mei 2019 sehingga 3 Jun 2019 dari 7.00PM - 10.00PM, The View Cafe Level 5, Best Western i-City Shah Alam mempersembahkan hidangan buffet ramadhan yang mampu membuat korang rasa teruja untuk menikmati semua jenis makanan melayu terdapat di situ. Bermula dari pembuka selera, salad, sup, juadah utama, pencuci mulut, gerai-gerai yang membuat masakkan secara langsung.


Antara harta bernilai iaitu buah tempatan Malaysia yang tidak lapuk dek hujan tidak lekang dek panas tidak lain tidak bukan buah durian kampung.



Bermula dari pembuka selera, korang boleh nikmat pelbagai jenis kurma dan juga buah-buahan.



Selain itu terdapat pelbagai jenis ulam seperti salad, timun, tomato, kacang botol dan lain-lain. Selalu bila kita dengar pasal ulam pasti terbayang juga pencicah diakan? Korang boleh pilih kuah pencicah yang tersedia seperti sambal belacan.




Seterusnya adalah lauk utama menanti korang disana. Bermula dari Kari Kepala. Ikan, Daging Masak Hitam, Mutton Varuval, Ayam Masak Berempah, Udang Sambal Tumis Petai, Baked Honey Pumpkin, Lamb Shoulder bersama Mint Creamy Sauce, Teriyaki Honey Beef, Kambing Lada Hitam, Iris Lamb Stew, Beef Stroganoff , Bamboo Clam bersama Cili. Steamed Fish Teochew Style danl ain-lain.



Jangan lupa juga untuk melihat gerai-gerai yang terdapat di luar Cafe ini. Terdapat 13 buah gerai yang menyajikan masakan secara langsung. 



Antara makanan yang boleh korang cuba adalah seperti Rojak Campur, Okonomiyaki, Teppanyaki, Shawarma, Pasta Station, Bolognaise, Lala Meat Char Kuey Teow.


Ikan Bakar, Lamb Shoulder, Slice Beef, Otak-otak, Yong Tau Foo, Murtabak dan Arabic Marinated Roasted Whole Lamb.



Penuhi pinggan korang dengan pencuci mulut yang lazat lavi menarik seperti Ice-Cream, Malay Kuih, Bread dan Butter Pudding, French Pastries  Assorted Mousse ,Jelly, Chocolate Fountain  Baklava, Tapai Dodol, dan banyak lagi.

Di bahagian lobby Hotel terdapat Miniature 'Rumah Melayu' yang akan membuat korang terkenang kenangan ketika zaman kanak-kanak. Terdapat juga Pelita, Buluh, Lemang dan Api mengambarkan suasana 'Malay Kampung' . Hiasan di dalam tema Cafe juga turut menerapkan sentuhan Arabic. Untuk memeriahkan lagi suasana, pihak Hotel membuat cabutan setiap hari kepada semua pelanggan.


Untuk pertanyaan lanjut dan tempahan di The View Cafe Level 5, Best Western i-City Shah Alam, tolong hubungi 03-55219000 atau email sales@bestwestern-icity.my

Early Birds Specials & Booking

Aladdin and The Malaysian Treasures Ramadan Buffet

Tarikh : 6 Mei 2019 - 3 Jun 2019
Masa : 7.00PM - 10.00PM
Tempat : The View Cafe Level 5, Best Western i-City Shah Alam
Harga : RM119 Dewasa / RM69 Kanak-kanak / warga Emas

*Tempah Early Bird Voucher bermula dati sekarang 13 March 2019 - 30 April 2019 untuk mendapatkan harga istimewa RM99 Dewasa. Jika korang datang berkumpulan, orang ke 10 percuma, tidak perlu bayar apa-apa. Jadi dari 10 orang, hanya 9 orang dewasa sahaja yang perlu bayar.

Sekian Terima Kasih

6 comments:

  1. Serius sedap... Tak menyesal kalau datang sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. lg pula.. Terlampau byk pilihan.. Mmg rambang mate.. Hihihi

      Delete
  2. first time pergi..memang sedap.. nasib baik time tu tengah puasa ganti... kenyang.

    ReplyDelete
  3. Terbaik betul ada buah durian.

    ReplyDelete
  4. The Week Vegas Goes Country just got a whole lot bigger. The Academy of Country Music has announced a slew of incredible new talent taking the stage at the 54th Annual ACM Awards. ACM Awards 2019 Live via live ACM Awards 2019 Live Streamor The power-packed lineup will include incredible live performances from Dierks Bentley, Brooks & Dunn, Brandi Carlile, Eric Church, Kelly Clarkson, Luke Combs, Dan + Shay, Florida Georgia Line and Ashley McBryde. ACM Awards 2019 Live Streaming Tickets for the 2019 ACM Awards are available at axs.com. For more information about the big show and all ACM events, including ACM Party for A Cause. ACM Awards 2019 Live Stream Hosted by Reba McEntire, this year’s ACM Awards will air live on CBS from Las Vegas’ MGM Grand Garden Arena April 7.ACM Awards 2019 Live 54th Annual ACM Awards, Ashley McBryde, Brandi Carlile, Brooks and Dunn, Dan + Shay, Dierks Bentley, Eric Church, Florida Georgia Line, Kelly Clarkson, Luke Combs.

    ReplyDelete
  5. Fuh siap ada durian lagi.. terbaik ni

    ReplyDelete