Pengalaman Harungi Ribut

Assalamualaikum


Pengalaman yang tidak dapat dilupakan hari ini dimana balik elok sampai depan flat floral ribut kuay. Bayangkan dahan pokok besar-besar jatuh berdebuk kena cermin dan bumbung kereta. Dalam hati berdoa agar tidak ada mana-mana pokok yang tumbang sebab kiri kanan memang ada pokok besar.

Masuk simpang, haishhh tidak boleh teruskan ni sebab angin kuat sangat sampai mengkaburi pemandangan .. Dalam hati risau takut kereta terbang melayang😂😂. Terus buat keputusan berhenti kejap depan rumah pak long tunggu sampai hujan reda.
Nak keluar simpang rumah pak long.. Fulamakk kereta berderet.. Macamana nak mencelah ini? Tunggu sajalah sampai satu van bagi laluan.. Alhamdulillah

Masuk simpang tepi projek itik, elok sampai jambatan, tengok ada kereta kena himpap besi. Kereta lain pulak bagi lampu beam supaya patah balik. Lemah betul kalau bab patah balik di kawasan sempit, tambah pula bila bawa kereta panjang macam pesona. Terkial-kial undur kereta takut terlanggar kereta lain.

Sepanjang jalan keluar ke jalan utama, kiri  kanan pokok tumbang. Jalan habis dipenuhi dengan ranting dan daun pokok. Terlihat beberapa kedai dan rumah turut rosak. Signboard serta bumbung melayang sana sini. Gerai kecil tepi jalan tu tak payah cakaplah habis payung terbang. Perniaga sibuk mengutip barang-barang di tepi jalan.
Ribut kecil pun sudah rasa gentar. Bagaimana pula perasaan orang seberang hadapi tsunami.. Masyaallah.. Semoga semua berada dibawah lindungan Allah.. Amin.

Terima Kasih

2 comments: