March 16, 2015

Majlis Perkahwinan Adik Tersayang

Assallammualikum

Majlis Pernikahan (13/3/2015)


Hai semua pembaca, entry shaila kali ini adalah berkenaan Majlis Perkahwinan adik kesayangan shaila iaitu Siti Sarah dan Mohd Anuar,ehhhh...bukan Siti Sarah Raisuddin yer...ha...ha..ha...Diorang ini, bercinta memang sudah lama sejak dari zaman sekolah lagi. Bergaduh itu, tak payah cakap lar siap beberapa kali putus kemudian bersambung balik. Orang kata inilah dinamakan "jodoh" akhirnya ke jinjang pelamin juga mereka ini. 


Sarah dan Nuar ini, bertunang tahun lepas dan di ijab kabulakan pada 13/3/2015 selepas asar.Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar walaupun serba sederhana.Pada hari pernikahan, tema untuk pernikahan adik adalah adik mengenakan warna rona putih dan pink. Adik ini, memang tidak suka make up, sekali kena make up..nahhh!!! terus naik seri. Actually temanya sama dengan tema semasa shaila nikah tahun lepas...haishhhh...sibuk sahaja hendak ikut...huhuhu

Majlis Persandingan Belah Perempuan (14/3/2015)


Pada keesokkan harinya pula adalah majlis persandingan belah perempuan. Tema untuk majlis ini adalah green mint dan juga pink. Masa mula-mula pergi butik pengantin, adik memang berkenan sungguh dengan baju ini, banyak juga lar dia cuba baju yang ada disitu tetapi tidak berkenan, baju ini juga menarik perhatian dia. Bagi shaila baju ini memang cantik pun, shaila pun berkenan...nasiblah dah kahwin..hihihi


Actually adik shaila ini bukanlah peminat tegar pink!!! tapi tidak tahu lar tiba-tiba warna untuk pernikahan dan persandingan dia ada warna pink..haishhhhh..pelik tapi benar...hahahah


Shaila dan adik beradik pula mengenakan tema maroon dan coklat koko. Baju kami beli di zawara. Gambar duduk sahaja pun yang ada sebab kami tidak sempat hendak posing sakan memandangkan masing-masing sibuk di luar. Gambar ini pun di ambil semasa semua baru lepas siap untuk sambut tetamu.

Majlis Persandingan Belah Lelaki (15/3/2015)


Kemudian pada hari ahad pula adalah majlis persandingan belah lelaki. Lokasi majlis belah lelaki adalah di Bandar Tun Razak Cheras.Tema untuk belah lelaki adalah peach dan biru cair. Untuk baju, adik guna bajunya sendiri. Cuma make up dan aksesori sahaja adik sewa dari mak andam.


Cuba lihat gambar diatas..ada persamaan tak? hahaha...semasa majlis belah shaila, tema shaila juga peach dengan biru cair. hai la adik, memang adik kesayangan betul sehati dan sejiwa katanya, cita rase juga sama nasib suami tidak sama...hahaha


Inilah adik beradik shaila,semuanya 4 orang. Semasa majlis bertandang, atas permintaan adik, kami adik beradik mengenakan baju berwarna bertema purple.Gambar diatas adalah gambar kami adik beradik lepak di Taman Cheras sementara menunggu kompang sampai. Gambar semasa di pihak lelaki tidak dapat di rakamkan kerana pengantin tengah sibuk melayan tetamu yang datang.Okay sampai disini sahaja entry shaila. kepada adik kesayangan shaila Siti Sarah,Selamat menempuh hidup baru, semoga jadi keluarga yang saqinah, mawaddah, warrohmah, mendapatkan keturunan yang sholeh serta sholeha, diberikan rejeki yang berkah dan melimpah, serta selalu didalam lindungan serta kasih sayang Allah swt

Sekian Terima Kasih

4 comments:

  1. Alhamdulillah, tahniah utk adik shaila dgn hasben. Bertambah lagi ahli family shaila.
    *cantik adik shaila sama dgn kakak dia hehe.

    ReplyDelete
  2. semoga berbahagia sehingga ke jannah hendaknya...Amin...

    nice and simple...suka tengok...

    ReplyDelete

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...