Hai.hai..hai..koarang pernah dengar ubat gigi boleh mengecutkan jerawat?mesti pernah dengar kan...kan..kan...tetapi ada yang pernah cuba tak?berkesan x?
baru-baru ini muka saya dinaiki jerawat besar lak tue..dah la lambat surut dan kering...so try google then jumpe petua ini..
Hilangkan Jerawat Dengan Ubat Gigi
Sebelum tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat. Biarkan semalaman/sampai pagi kemudian baru di bilas dengan air yang suam. Kandungan ubat gigi mampu membantu untuk mengeringkan jerawat dan ia juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah. Ini tips paling mudah sekali untuk amalkan dan memang menjadi pada diri cik tom. Muka pun sejuk je bila sapu ubat gigi pada jerawat.
hai..hai..hai..saya sekarang menghadapi masaalah rambut gugur dan kering..walaupun kita bertudung penjagaan rambut juga perlu dititik beratkan..kalau hari-hari gugur lebih sepuluh helai..cuak jugak dibuatnya...silap-silap cukup sebulan botak...atoiii...ada sesiapa yang menghadapi masaalah yang sama?sunsilk color hijau adalah shampoo kegemaran saya...tetapi tidak dapat menyelesaikan masaalah rambut yang gugur dan kering.
kemudian saya menggunakan shampoo ini pulak..pun sama tidak dapat menyelesaikan masaalah saya..korang ada apa-apa tips atau shampoo yang sesuai untuk untuk rambut gugur dan kering x?please share with me..^^
hai semua..entry kali ini saya ingin menceritakan tentang skin care yang saya gunakan..okay Gambar A diatas...belah kiri adalah sebelum saya menggunakan skin care itu dan sebelah kanan adalah after saya menggunakan skin care itu without any make up.Manakala gambar B pula adalah sebelah kiri saya mneggunakan make up yang tebal..tapi stil nampak kusam dan belah kanan pula adalah..hanya menggunakan make up yang nipis tapi still nampak berseri gituu..hahaha..perasan..okay apakah skin care yang saya gunakan?jawapanya adalah Adha Skin Care.
Info Tentang Adha Skin Care
A-DHA BeautyCare adalah produk kecantikan yang sesuai untuk semua golongan tanpa mengira tua @ muda, lelaki mahupun wanita dan ianya mampu mengatasi berbagai masalah kulit wajah yang anda alami seperti:
-menghilangkan jerawat
-meratakan lubang jerawat
-menyamarkan dan
-menghilangkan flek-flek hitam dan pigmentasi atau warna kulit wajah tidak sekata
-memutih dan melembabkan kulit
-mengecilkan pori2
-membuatkan kulit anda nampak bercahaya
-meremajakan kulit muka
-menegangkan kulit muka sehingga anda kelihatan lebih muda
-mencegah timbulnya jerawat
-Melembabkan, Memutihkan dan mencerahkan kulit.
-Membantu menyamarkan noda hitam
-Mencegah timbulnya jerawat
-Menyamarkan garis halus dan memperlambat tanda-tanda penuan
-Mengecilkan pori-pori
-Mengangkat sel-sel mati dan merangsang pertumbuhan sel baru
next entry saya akan ceritakan pengalaman saya menggunakan Adha Skin Care..tunggu yer..^^
hai semua..sape pernah pakai charcoal mask?okay tak?last saya pakai time diuniversiti..memang best..habis segala bulu,bintik-bintik hitam dan sel kulit mati dia tarik keluar sekali.Setelah sekian lama meninggalkanya sekarang baru rase ingin pakai kembali disebabkan blackhead sudah kembali.Kalau harga dekat online dalam lingkungan RM20.00.
charcoal maskdi pebuat dari serbuk arang bahan traditional untuk wanita jepun mengunakkan memelihara kulit mereka selama berabad abad,ia berkesan untuk menghilangkan kotoran degil dan sel sel kulit mati.
topeng Alam Pack adalah terbuat dari ekstrak murni arang yang sedia dengan teknik pemprosesan lanjutan kosmetik dari Korea. baik untuk kulit berminyak ,berjerawat atau kombinasi. Idealnya untuk digunakan dua kali seminggu (untuk kulit berminyak) atau sekali seminggu untuk kulit kering. Peel off topeng ketat setelah telah berubah kering.
Cara Penggunaan:
Untuk hasil yang terbaik, membuka pori-pori menggunakan tuala wap atau air suam. Lembut kering wajah anda dengan tuala bersih dan lembut.
1) Guna dan sapukan masker secara merata ke wajah anda. (Tip: Elakkan kawasan sensitif di sekitar, rambut alis mata, dan bibir)
2) masker akan mengambil 20 minit untuk melakukan tersebut. . (Tip: menyarankan persekitaran yang sejuk untuk mempercepatkan proses pengeringan)
3) Setelah anda merasa masker telah kering dan mengencangkan kulit wajah anda, secara perlahan lepaskan topeng bawah ke atas.
4) Untuk mendapatkan hasil terbaik, gunakan toner & pelembab setelah selesai
Inilah hasilnya selepas charcoal mask ditanggalkan..
HAi...disini saya ingin bercerita serba sedikit aktiviti semasa berada di festival kasut 2013.Actually saya ditugaskan untuk menjaga booth kasut student-student insept..Kalau korang hendak tahu..student footware under insept ini ditaja sepenuhnya oleh kerajaan..Selain itu mereka mendapat elaun RM500 sebulan.Student ini kena study 5 bulan di SHRDC dan 5 bulan lagi trainning di bawah organisasi footware..
saya paling suka design dari that girl..design dia nampak kontenporari and gojes..
kasut ini pula berkisarkan tentang hidupan laut iaitu tapak sulaiman..kalau korang hendak tahu..kasut ini paling mendapat perhatian..maybe kerana warna dan design dia menarik perhatian pengunjung..
Cube teka kasut ini ape motif dia?apa yang saya faham adalah kasut ini menceritakan tentang bahan terbuang..kakau korang nampak ada design surat khabar disitu..menarikkan..^^
ini pemandangan overoll booth kami..See siap ada body guard lagi belakang tuu..huhuhu
Cuba teka kena saya pegang kasut itu?of course sebab kasut itu color pink..^^
Yang ini pula...cube korang lihat belah depan kasut itu..color kuning dan merah..actually dia guna potongan tin minuman untuk dijadikan hiasan pada depan kasut itu..
Kasut diatas adalah adalah bertemakan vintage..pada pengemar kasut-kasut tinggi..ini adalah salah satu design yang sesuai untuk korang..
Saya memang berkanan dengan boot ini..serius cantik..actually designer yang buat boot ini memang pengemar boot..that why dia buat kasut boot ini..
Kanak-kanak riang sebentar..huhuhu
okay..apa yang menarik tentang art form yang saya pegang itulah adalah..dia seratus peratus direka menggunakan tali kasut..menarikkan..cantik dan unik pulak itu..
Gambar random yang diambil semasa di Pameran Kasut 2013
Jobstreet Malaysian Career & Training Fair 2013 akan berlangsung pada 29 - 31 Mac 2013 di Midvalley! Lawat kami di booth no 392 untuk lebih 400 peluang pekerjaan! Share status ini bersama rakan2 anda yang sedang mencari pekerjaan!Jom sama-sama kita pakai mai meriahkan..jangan lupa..ada hadiah menarik disediakan tau..^^
Festival Kasut Antarabangsa Malaysia 2013 menganjurkan satu sidang akhbar yang diadakan di SHRDC. Staf dan pelajar mempunyai dikejutkan dengan kedatangan dua buah kereta yang menbawa dua pasang kasut yang berwarna ungu dan juga pink..Saya ada yang sudah pernah lihat kasut-kasut bergerak ini berkeliaran disekitar bandar raya.
cantikkan kasut pink dibelakang itu..pink is my favourite color...nasib besar..kalau tidak sudah curi bawa balik rumah..hihihi
Pelajar reka bentuk kasut kami akan mempamerkan reka bentuk mereka semasa Festival Kasut Antarabangsa Malaysia 2013
Diatas adalah gambar pelajar kami bersama product masing-masing yang mengikuti trainning di company kami iaitu SHRDC.INSEP Teknologi Kasut & Rekabentuk pelajar menerima lawatan dari desginer Bill Keith pada 28hb Februari. Lawatan ini adalah untuk penyediaan pelajar mengikuti pertandingan Kasut Antarabangsa akan datang di Malaysia Festival 2013. Pelajar akan mempamerkan reka bentuk mereka semasa pameran yang akan diadakan pada Mac 28 & 29 di PWTC.